Satu hari, waktu makan malam, anak darjah enam bertanya:
“Ayah, kenapa Tuhan buat otak kita hanya 10 peratus di gunakan?”
Saya cakap, mana ada? Dapat dari mana?
“Tadi tengok kartun Teen Titans, bila ada masalah, kawan hero cakap berpunca dari otak yang hanya guna 10 peratus!”
Saya cakap, fakta tu salah, kartun tu salah, sebab tuhan buat otak kita berfungsi 100 peratus! Tuhan tak buat sesuatu yang membazir.
Anak tingkatan tiga pulak menyampuk, bagitahu ada filem dewasa mat salleh dia tangok, juga bercerita tentang otak hanya guna 10 peratus.
Filem apa?
“filem yang Black Widow berlakon tu?”
Oh, itu filem lakonan Scarlett Johansson dan Morgan Freeman, tajuknya Lucy, saya terus google depan anak web imdb dan pergi pada bahagaian “Goofs” dan klik pada bahagian: Factual errors:
Lantas tertulis:
“The major premise of this movie - that humans only use a small percentage of our brains - is a fallacy. Filmmaker Luc Besson has acknowledged this.”
Tengok?!, filem mat saleh pun bolah gunakan fakta palsu sebagai fakta utama dalam filem, aduh.. dan sekarang filem kartun Teen Titans sedang sebarkan maklumat yang salah ini patut kena kecam!
Karang kan, kejap lagi datang penjual MLM scam yang mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang beli produk kismis minda campur herba campur kurma yang mahal-mahal untuk menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, padahal ini adalah tipu, tapi laju jer orang beli, adohai..
Padahal kajian otak menunjukkan, jika betul manusia hanya guna 10 peratus otak, maka kecacatan beberapa bahagian pada otak yang tak digunakan pasti tak menjejaskan prestasi manusia tapi terbukti, setiap tempat otak yang rosak, akan buatkan manusia hilang keupayaan, jadi setiap ruang otak ada fungsinya.
Panjang nak cerita bab sains ni maka fakta auta macam ni tolong janganlah letak dalam filem animasi sebab kanak kanak mudah percaya.
Bagi korang yang dewasa pulak, yang dah banyak percaya benda karut marut, percaya politik sebelah pihak, percaya pada produk palsu, percaya pada hantu, percaya bumi leper, percaya teori konspirasi bagai, ini adalah kerana korang dah penuhkan 100% otak dengan maklumat palsu.
Masih belum terlewat, ada baki umur ni, duduklah baca taklim dan Al quran banyak banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.
Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik, MLM dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah..
Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge Surrounding authority yang korang percaya dari kecik, dan akhirnya dapatlah korang buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., insyAllah.
Sebab tu tok guru saya pesan, jika nak belajar ugama, kena berhijrah, cari Surrounding authority yang betul, seperti bergaul dengan orang alim, bertikikaf di masjid bersama pendakwah, makan setalam dengan ulamak, dan banyakan membaca makna Al quran dan hafal hadith fadhail, insyALlah Surrounding authority ini akan menukar belief system kita kepada belief system yang sama pada Sahabat nabi yang membuatkan Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah.
InsyAllah..
Akhir kata, jika korang malas nak baca Al quran dan hadith sebab hati gelap, tapi masih berniat untuk membentuk Surrounding authority dan belief system yang betul, saya cadang, korang baca semua buku Hamka keretamayat!
Woha!
Ps: Buku Permata, kamar sutera, dan Neraka yang saya kata tak nak jual sebab stok sikit, dah habis saya jual sebab ramai sangat yang pujuk, maka tinggal stok Syurga, dan Laki Bini jer, sayang nak jual tapi jika korang pujuk saya mungkin akan jualkan. Huhuhu.
a hero imdb 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
“Abang mayat, ada orang kata ejen Ali ada moral isu, boleh komen?”
Boleh dik, teringat waktu filem ejen Ali di pawagam, kami sekeluarga sempat menjadi “ejen”.
Al kisahnya, Anak-anak dah lama request, tapi ayah perasan sibuk, jadi bila balik dari surau ada kawan bagitahu kerusi banyak kosong jam 5 suku hari minggu, maka saya tengok jam lagi 20 minit tayangan nak start, terus suruh anak bersiap, dan mereka memang bersiap pantas. Lagi 15 minit tayangan semua dah siap macam ejen jugak.
Masuk kereta MPV tengok minyak dan Low, ni jika singgah isi minyak akan terlepas babak awal, cancel, semua anak bini melompat masuk kereta axia yang kecik, minyak full, masa lagi 13 minit.
Kereta di pecut, tapi anak syurga cakap lapar, singgah beli keropok lekor, misi seludup makanan dalam wayang terpaksa diteruskan demi kelangsungan hidup anak OKU, jika takde makanan dia mengamuk. Masa lagi 10minit.
Sampai di Mall jam dah 5.15, tapi susah nak parking, bini turun depan pintu mall dan ditugaskan beli tiket, anak sulung turun beli air dan popcorn, saya bergegas cari parking. Cerita dah start.
Akhirnya 5.25 minit berjaya berkumpul semua depan panggung wayang, kami bertujuh, tiket beli enam sahaja, satu anak riba, dan anak OKU dapat diskaun.
Mula mula masuk, wayang gelap, anak autisme mengamuk nak balik, waktu tu masih iklan, alhamdulillah, tak miss dari awal. Saya agihkan makanan, bini pujuk anak autism.
Plan A, jika movie start anak mengamuk, bini akan bekorban bawa anak keluar dan saya akan temani anak yang lagi 4 orang.
Plan B, tunggu orang belakang ‘halau’ sebab anak bising baru keluar waktu tu.
Plan C, bagi anak syurga earphone dan rasuah dia dengan smaryphone.
Duduk sekejap cerita start, ada babak lawan guna gasing, anak autism terpegun tengok senjata berputar, terus diam.
Saya zero knowledge filem ni, jadi saya yang banyak tanya anak perempuan form 1 di sebelah kanan dan anak lelaki darjah lima di sebelah kiri: Siapa ni? Ayah dia tak tahu ke dia ejen? Emak dia dah mati ke? Mamak tu ada ke dalam filem? Kucing tu kenapa ada kuasa jugak?
Filem yang saya sangka akan bosan, rupanya best sebab masalah filem ni adalah penting, hubungan ibu dan anak. Respek si ibu yang pakai tudung walaupun dalam bentuk data.
Ada part sedih, saya tengok anak darjah lima menangis.
Ada part kelakar, ejen memang tahu kelemahan orang Kelantan, takut bini, berdekah saya gelak! Babak kemunculan geng mamak macam hero tamil tu berdekah jugak.
Lawan pun best, sains, fizik, mekanikal, eletrik, semuanya teratur, setiap watak ada skill dan senjata masing masing, tak pening tengok mereka berlawan, mantap! Cuma bila tak pakai helmet tu macam tak logic sikit sebab iron man pun pakai helmet, tapi takpe, mungkin alat tu ada cover aura nipis seluruh tubuh.
Keropok habis, pop corn habis, air habis, ceritapun habis, anak autism pun diam dari awal sampai habis, terpegun kot tengok senjata yang berputar putar.
So saya bagi markah 9/10.
9 sebab dalam banyak banyak watak pakai baju kostum gempak, tadke satu pun pakai Tanjak Warisan melayu. (rujuk gambar)
Woha!
Lima bulan kemudian, filem ni masuk TV dan ada orang komen filem Ejen Ali ada masalah moral.
Pada pandangan peribadi saya Ejen Ali The Movie tak ada isu moraliti. Kerana di akhir cerita ditunjukkan dengan jelas apa yang dilakukan itu salah.
Kita semua setuju, jika filem tu cerita kisah pencuri yang jahat dan akhirnya kena tangkap atau insaf, maka tiada masalah moral.
Masalah moral berlaku jika di akhir cerita disimpuakan mencuri itu baik, semua polis yang nak tangkap pencuri kalah baru timbul masalah moral.
Cerita ejen Ali adalah kisah dilemma seorang anak yatim sebab tak ada mak, tiba tiba jumpa kawan baik mak yang cool di pandangan mata ejen Ali.
Maka ejen ali yang sedang dahaga kasih sayang seorang mak telah diberikan penghilang kehausan iaitu ‘sudut pandang’ mak dia dari kawan baik mak dan semua orang akan anggap mak dia betul atau dalam kes ejen Ali akan anggap kawan baik mak dia adalah betul.
Maka Ejen Ali sebagai budak, telah buat salah, iaitu percaya dengan orang yang ambik kesempatan, biarkan emosi rindu mak menutup Ketidakadilan yang hanya akan melahirkan satu lagi ketidakadilan. Dan Kesalahan demi kesahan yang di anggap benar akhirnya tidak langsung membuahkan kebenaran.
Maka di akhir cerita, ejen Ali sedar silap dia, lalu Ali membersihkan emejnya dengan bergabung kembali pada pihak yang benar dan gunakan kuasa untuk kalahkan Niki and the Gengs.
Satu babak, Ejen Ali sanggup korbankan masa berharga bersama maknya di alam maya untuk kumpul kekuatan demi kalahkan Niki, Maknya akan hilang buat selamanya dalam bentul program dan Ejen Ali sanggup membayar harga kehilangan Mak demi tumpaskan Niki.
So bagi saya, tiada masalah moral di akhir cerita, dan ada masalah emosi bagi semua ummat manusia.
Dan filem yang dalam watak jahat ada baik, dalam watak baik ada jahat ini adalah satu seni bercerita yang kita kena puji.
Filem ejen Ali bukan level Ultraman lawan raksasa, Ultraman baik dan Raksasa Jahat, bukan macam tu
Filem ejen Ali nak bagitahu orang jahat juga manusia dan ada sebab kenapa dia jadi jahat, dan Ejen Ali juga seorang manusia (baca: kanak-kanak) yang sedang rindu mak dia, tiba tiba orang jahat adalah kawan baik mak, maka berlakulah masalah moral dari sudut seorang yang dahagakan kasih sayang dan bila orang jahat dapat hilangkan dahaganya, maka derhaka dan isu moral akan berlaku. Itu masalah umum semua bangsa dalam dunia.
Jadi.., Pengajaran filem ejen Ali adalah, perhatikan anak anda, jika mereka sedang dahaga kasih sayang, maka anda kena beri kasih sayang itu kerana jika orang jahat yang hilangkan dahaga kasih sayangnya, maka dia akan jadi manusia jahat.
Ingat pesan Nabi, berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat bau wangi percuma, berkawan dengan tukang besi kita akan dapat asap percuma.
Maka berkawan dengan Niki akan dapat akhlak buruk Niki namun bila Ejen Ali jumpa Maknya secara maya, Ejen Ali akhirnya tahu dia silap dan buat pengorbanan untuk berpisah selamanya dengan mak hingga anak saya darjah lima menangis waktu menonoton dan saya waktu tu sedikit meremang bulu roma kerana saya juga sedang rindu arwah mak saya.
Bercerita tentang kelemahan animasi tempatan terkadang orang bandingkan dengan anmasi barat. Semalam, waktu makan malam bersama si anak, anak tingkatan tiga bertanya:
“ Ayah, kenapa Tuhan buat otak kita hanya 10 peratus di gunakan?”
Saya cakap, mana ada?
“Tadi tengok kartun Teen Titans, bila ada masalah, kawan hero cakap berpunca dari otak yang hanya guna 10 peratus!”
Saya cakap, fakta tu salah, kartun tu salah, sebab tuhan buat otak kita berfungsi 100 peratus! Tuhan tak buat sesuatu yang membazir.
Anak tak puas hati dan bagitahu ada filem dewasa mat salleh dia tangok, juga bercerita tentang otak hanya guna 10 peratus.
Filem apa?
“filem yang Black Widow berlakon tu?”
Oh filem lakonan Scarlett Johansson dan Morgan Freeman, tajuknya Lucy, saya terus google depan anak web imdb dan pergi pada bahagaian “Goofs” dan klik pada bahagian: Factual errors:
Lantas tertulis:
“The major premise of this movie - that humans only use a small percentage of our brains - is a fallacy. Filmmaker Luc Besson has acknowledged this.”
Tengok, filem mat saleh pun bolah gunakan fakta palsu sebagai fakta utama dalam filem, aduh.. dan sekarang filem kartun Teen Titans sedang sebarkan maklumat yang salah ini patut kena kecam!
Idea otak 10 peratus ni selalu diguna oleh pakar motivasi palsu yang suruh korang makan pil kismis minda konon otak anak bertambah lagi 10 peratus adohai..
Padahal kajian otak menunjukkan, jika betul manusia hanya guna 10 peratus otak, maka kecacatan beberapa bahagian pada otak yang tak digunakan tak menjejaskan prestasi manusia tapi terbukti, setiap tempat otak yang rosak, akan buatkan manusia hilang keupayaan, jadi setiap ruang otak ada fungsinya.
Panjang nak cerita bab sains ni maka fakta macam ni janganlah letak dalm filem animasi sebab kanak kanak mudah percaya dan kejap lagi datang orang jual produk minda nak kembangkan sel otak, adalah yang sengal pergi percaya, aduh.
Saya tak tonton drama ejen Ali, dan jika dalam drama ejen Ali ada guna fakta yang salah macam Teen Titans tu, maka part tulah yang kita kena tegur.
Dan Ejen Ali akan ada sambungan lagi, jangan terburu buru membenci, sebab masa star wars episode IV muncul, ramai orang bodoh kritik apa kejadah Death Star senang sangat nak hack? Bila tengok Rouge One punya explainantion, semua masuk gua, ha ha!
Jadi akhir kata, ingat pesan Nabi,
“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai”
Maka pesan saya pada ejen Ali, jangan buat kesiapan yang sama dalam movie akan datang kerana orang beriman tidak akan dipatuk oleh ular yang sama dua kali.
Pesanan ini agak deep, orang slow yang makan pil minda akan susah nak faham.
Woha!
a hero imdb 在 XXY 視覺動物 Facebook 的最讚貼文
#本週新片 + #新片IMDb分數列表 2020-04-01
三月不知不覺過完,2020年也過了四分之一啦
進入清明連假的時刻,期待今年狀況能夠變好
本週總共有12部新片,包括:
▶《魔髮精靈唱遊世界》 Trolls World Tour
▶《間諜速成班》 My Spy
▶《小魔花》 Little Joe
▶《犬鳴村》 Howling Village
▶《火口的二人》 It Feels So Good
▶《我的英雄學院劇場版:英雄新世紀》 My Hero Academia: Heroes Rising
▶《馬丁伊登》 Martin Eden
▶《冤鴦大盜》 The Exchange
▶《拾光人生》 Kodachrome
▶《猛鬼大師收工沒?》 Ghost Master
▶《在黑暗中漫舞》 Dancer In The Dark
▶《羊男的迷宮》 Pan's Labyrinth
.
大家這禮拜打算看哪部電影呢?
歡迎留言分享與我討論唷!
**************
歡迎加入【有梗電影俱樂部】,不錯過任何電影實體聚會與活動喔!
臉書社團(需回答問題審核):https://www.facebook.com/groups/viewpointmovieclub/
Telegram群組:https://t.me/viewpointmovieclub2
.
PODCAST - Firstory APP
📣 XXY:https://open.firstory.me/user/xxymovie
📣 What A MAXX!:https://open.firstory.me/user/whatamaxx
.
別忘了按讚追蹤XXY視覺動物
📣 XXY視覺動物 YouTube頻道 http://pcse.pw/9ZNYT
📣 XXY @Yahoo頁面 https://tw.tv.yahoo.com/xxy/
📣 IG:xxy_djfishmb
📣 XXY @方格子 https://vocus.cc/user/@XXY2018
a hero imdb 在 'The Gray Man' Cast and Directors Answer Burning Questions 的推薦與評價
IMDb. 419K subscribers. Subscribe. Chris Evans, Ryan Gosling, and Ana de Armas lead the Netflix action thriller 'The Gray Man,' and they've ... ... <看更多>