Xray paru-paru & dada salah 1 pesakit kami di ICU Covid-19.
Pesakit merupakan seorang bakal ibu berumur 20 tahun lebih yang sedang mengandung anak pertama. Dia merupakan seorang wanita yang sihat tanpa sebarang penyakit. Usia kandungan lebih kurang 35 minggu.
Pesakit bekerja di sebuah pejabat dan tiada kontak dengan mana mana pesakit Covid19.
Pada suata malam yang dingin, pesakit tersebut datang ke sebuah hospital di lembah klang dengan gejala demam, batuk, sesak nafas & kurang oxygen dalam darah. Pesakit kemudian segera dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut dan ujian Covid19 nya didapati positif.
Pesakit dirujuk dan dihantar serta merta kepada ICU Covid19 kami untuk rawatan lanjut. Keadaan pesakit melarat menjadi semakin teruk dan kritikal, dia menjadi semakin sesak nafas dan kadar oxygen dalam darah nya makin berkurang.
Perbincangan antara kumpulan doktor Pakar ICU, pakar Bius, pakar O&G dan pakar Penyakit Berjangkit berpendapat keadaan pesakit adalah sangat serius dan tidak stabil. Keadaan pesakit diberitahu kepada pesakit tersebut & suami nya.
Pesakit tersebut faham bahawa keadaan dia yang tenat. Pesakit berdoa dan berzikir supaya dipermudahkan, sebelum pesakit tersebut diberi ubat bius untuk ditidurkan (anaesthetise).
Kemudian tiub pernafasan (intubation) dimasukkan dan dia bernafas menggunakan mesin bantuan pernafasan (ventilator) memandangkan oxygen dalam darah nya terlampau rendah.
Kemudian pesakit tersebut telah dibedah Caeserean Section untuk mengeluarkan bayinya supaya bayi tersebut selamat & supaya pesakit menjadi lebih stabil.
Selesai pembedahan Caeserean Section pesakit dibawa semula ke ICU, dalam keadaan yang pesakit masih ditidurkan (sedated) dan bernafas menggunakan mesin bantuan pernafasan (ventilator), pesakit diletakkan dalam posisi meniarap (prone position) untuk membantu paru paru nya dan menaikkan kadar oxygen dalam darahnya.
Sepanjang tempoh rawatan di ICU, pesakit telah beberapa kali ditiarapkan (prone position) dan dimasukkan tiub pernafasan untuk menggunakan mesin bantuan pernafasan (ventilator).
Sepanjang di ICU Covid, tiada pelawat & ahli keluarga dibenarkan melawat.
Akhirnya setelah lebih kurang 2 bulan pesakit tinggal dan dirawat di ICU serta menjalani rawatan fisioterapi untuk menguatkan paru paru & otot kaki tangan, pesakit telah discaj dan pulang ke rumah untuk bertemu anak pertama nya & suami nya.
Syukur Ahamdulillah.
MORAL : Covid-19 bukan sekadar demam biasa. Tak semua pesakit sihat @ gejala ringan sahaja. Ada yang hampir meninggal, ada yang meninggal. Tak kira tua @ muda..
Kredit : Pak Engku
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...