AYAM PERAP BBQ 😋
Bahan-Bahan:💦
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam(saya buh lada hitam best lagi dr lada putih)
garam secukup rasa
Cara Cara Dia :-💦
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
3.Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.
Tambahan:☂️
Selain ayam, boleh guna sosej atau daging juga.
Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar2 sikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
Baki perap boleh simpan didalam peti sejuk, utk digunakan di masa akan dtg.
BBQ lebih sedap diperap lebih lama.
Mula2 perap sekurang2nya 3jam dlm suhu bilik, lepas tu masukkan dlm peti sejuk.
Pada hari yg nak masak nnt, baru keluarkan, dan biarkan ais cair dulu.
.
Selamat mencuba.
Kredit: Dapur Chef Wan Dapur Berasap
「ayam masak merah chef wan」的推薦目錄:
ayam masak merah chef wan 在 Chef Ustazah Facebook 的最讚貼文
RESEPI VIRAL RAMADHAN 11 : Resepi Daging Masak Merah. STYLE CHEF USTAZAH
.
Assalamualaikum wbt.
.
Alhamdulillah dah masuk hari ke-11 Ramadhan. Moga kita terus Istiqamah (konsisten) dengan amalan fardu dan sunat seperti membaca Al-Quran, solat terawih, sedekah dan membaca zikir.
Hari ni Chef Ustazah nak kongsikan #ResepiViralRamadhan . Kali ni kita masak daging pulak ya. Ketam,ikan sudah,ayam pun sudah, udang pun dah masak. Hari ni Chef Ustazah kongsi resepi daging.
Resepi Daging Masak Merah. STYLE CHEF USTAZAH
.
Semoga bermanfaat. Sila SHARE jika suka. Jangan lupa cuba. Peluang menang HADIAH RAYA dari Chef Ustazah. Nantikan setiap hari Resepi VIRAL RAMADHAN. Cuba masak dan posting pada kami. 20 Ramadhan kirimkan gambar ke Fb Chef Ustazah/ Fb Ustazah Wan Habsah. Taip : #ResepiViralRamadhan.
.
Jom kita semak RESEPI.
.
Sebelum tu jangan lupa SHARE supaya ia tidak hilang.
Bahan-bahan :
Daging direbus bersama pewarna merah. Saya gunakan pewarna Star Brand. Rebus sehingga lembut. Daging jenis batang pinang paling mudah lembut. Kalau daging peha kena rebus lama ya!
Potong daging yang telah direbus. Ada orang suka nipis dan ada orang suka tebal potongannya.
Bahan-bahan untuk menumis :
Minyak masak
Bawang putih 3 ulas diketuk
2 inchi halia (Ketuk kasar)
2 biji bawang besar
3 ke 4 sudu makan sos cili
3 ke 4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 -2 sudu teh serbuk lada hitam.
Perasa :
Garam dan gula.
Saya tak letak ajinomoto. Dah sedap pun..hihihi
Hiasan :
Cili hijau potong
Buah tomato dipotong 6.
Cara-cara :
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih.
3. Masukkan daging
4. Masukkan halia dan bawang besar
5. Masukkan Sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Tambah sedikit air.
7. Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam.
8. Seterusnya masukkan cili hijau potong dan tomato buah.
9. Tambah sedikit air jika kering sebab nak bagi basah-basah.
Selamat Mencuba
#ResepiViralRamadhan
#ResepiDagingMasakMerahStyleChefUstazah
Salam Sayang,
Dari Dapur Chef Ustazah
Ustazah Wan Habsah