Ada beberapa bentuk azab yang akan diterima apabila kita sengaja melengah-lengahkan solat atau langsung tidak mengerjakan solat. 3 ketika akan mati kelak. 3 ketika di alam kubur. 3 di akhirat.
Azab di Dunia
tidak akan diramati kehidupannya
akan hilang NUR pada wajahnya
tidak akan menerima pahala bagi amalan-amalan baik yang dikerjakan
doa-doanya tidak dimakbulkan
tidak akan dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh
Azab ketika hendak Mati
mati dalam keadaan memalukan/'aib
mati dalam kelaparan
mati dalam keadaan dahaga dan haus yang teramat sangat hinggakan jika air dalam laut di dunia ini tidak akan menghilangkan hausnya
Azab di dalam Kubur
akan dihimpit oleh kuburnya sehingga bercantum tulang-tulang rusuknya
api, dibakar dalam kuburnya dan dia akan diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam
ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama guruh bunyi suaranya............"Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat Zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat Asar hingga magrib, kerana melengahkan Magrib hingga 'Isya, kerana melengahkan Isya hingga Fajar. Ular itu akan terus memukulnya hinggalah tiba hari Akhirat. Setiap pukulan akan membenankannya hingga ke 70 hasta ke dalam tanah.
Azab di Padang Mahsyar/Akhirat
Hisabnya amat keras sekali
Allah SWT murka padanya
Dia dicampakkan ke dalam api neraka
Pesanan Nabi SAW yang disampaikan oleh Ibn 'Abbas:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh maka sampailah dia ke salah satu pintu kabair (dosa besar)"
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...