Ramai yang fikir nak BELI RUMAH ni SUSAH, tak seperti nak beli KERETA. Dan ramai juga anak-anak muda lebih BERKEINGINAN untuk membeli KERETA berbanding membeli RUMAH.
Di sini saya ingin kongsikan SEDIKIT Tips bagaimana untuk Membuat PERSEDIAAN untuk MEMBELI RUMAH PERTAMA.
1. Pilih Lokasi Yang Sesuai
Apa yang dimaksudkan dengan lokasi yang sesuai ini contohnya seperti berdekatan dengan tempat kerja anda, sekolah untuk hantar anak-anak, berhampiran hospital/klinik, berdekatan kedai-kedai untuk membeli keperluan asas dan juga persekitaran yang sesuai untuk anak bermain-main di petang hari. Ini contoh bagi yang ingin membeli kediaman untuk diduduki.
Manakala bagi yang ingin membeli rumah sebagai pelaburan, anda boleh cuba melihat apa tarikan yang ada berdekatan dengan rumah yang ingin dibeli. Contohnya seperti tempat-tempat Pelancongan, Kawasan Tumpuan Pekerjaan seperti Kilang-Kilang dan berdekatan kawasan Bandar.
2. Jenis Rumah
Pilih atau Tentukan jenis rumah yang anda inginkan. Flat, Pangsapuri, Condo, Teres Setingkat, Teres 2 Tingkat, Semi-D ataupun Banglo. Buat pilihan berdasarkan KEMAMPUAN anda, jangan mengikut KEHENDAK semata-mata. Semakin BESAR rumah yang anda pilih, Semakin TINGGI bayaran Bulanan anda kepada bank. Melainkan anda beli secara TUNAI.
3. Kira Kelayakan Pinjaman Anda
Untuk mengira kelayakan Pinjaman, anda boleh terus berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar (REN) ataupun Banker yang anda kenali. Serba sedikit mengenai cara Pengiraan Kelayakan Pinjaman Rumah, anda boleh mengunakan SIFIR 200. CONTOH PENGIRAAN.
GAJI KASAR - KOMITMEN = GAJI BERSIH
3,000 - 500 = 2,500
GAJI BERSIH - KOS SARA HIDUP = GAJI LAYAK PINJAMAN
2,500 - 1,000 = 1,500
GAJI LAYAK PINJAMAN x 200 = KELAYAKAN PINJAMAN ANDA
1,500 x 200 = RM300,000
Kos sara hidup RM1,000 / RM1,200 / RM1,600 bergantung dari bank mana anda ingin membuat pinjaman dan di kawasan mana anda bekerja/tinggal.
4. Kira DEBT SERVICE RATIO (DSR)
Debt Service Ratio (DSR) adalah cara BANK menentukan anda LAYAK atau TIDAK membuat pinjaman berdasarkan KEMAMPUAN bayar balik pinjaman anda. Dibawah saya tunjukkan serba sedikit mengenai DSR yang digunakan oleh pihak Bank buat masa sekarang.
Gaji RM3,000 Ke Bawah - 60%
RM3,000 - RM5,000 - 70%
RM5,001 - Ke Atas - 85%
Contoh pengiraan
RM2,700 x 60% = RM1,620
RM3,200 x 70% = RM2,240
RM5,300 x 80% = RM4,505
Sekiranya bayaran bulanan rumah DITAMBAH komitmen sedia ada anda melebihi dari DSR yang ditetapkan, Kemungkinan besar Pinjaman anda akan di TOLAK. Pengiraan ini juga berbeza mengikut Bank dan Kawasan BANDAR atau LUAR BANDAR.
5. CTOS / CCRIS
Sekiranya anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar (REN), mereka semestinya akan bertanyakan mengenai Rekod CTOS/CCRIS anda. Ini kerana, ianya memainkan peranan UTAMA dalam menentukan Kelayakan Pinjaman. Pihak BANK juga akan menilai Si Peminjam melalui REKOD bayaran balik Pinjaman sebelumnya. Sekiranya ada Pinjaman yang anda TIDAK Bayar atau SELALU Lewat Bayar atau SENTIASA ada Tunggakan bayaran, ini akan memberikan Reputasi BURUK dari pandangan mata pihak Bank kepada Anda. Jadi sekiranya anda berkeinginan untuk membuat Pinjaman lagi, tolong pastikan bayaran balik Pinjaman anda sentiasa Baik mengikut jadual masa yang telah di tetapkan. *Jangan sesekali menipu Ejen mengatakan nama anda BERSIH dan tiada sebarang Masalah Pembayaran sedangkan anda tau mengenai Rekod tersebut. Kerana ianya hanya akan MENYUSAHKAN ramai pihak termasuk diri anda sendiri apabila Pinjaman anda di TOLAK. Ceritakan hal sebenar, dan Ejen Hartanah Berdaftar (REN) akan cuba membantu apa yang boleh untuk membersihkan nama anda dengan cara PENYATUAN HUTANG sedia ada atau sebagainya.
6. Booking / Deposit
Sebaik-baiknya anda menyimpan 15% daripada harga rumah yang anda ingin beli. Kerana untuk pembelian rumah SUBSALE anda kebiasaanya di wajibkan membayar booking sebanyak 3.18% dan baki 6.82% semasa menandatangai S&P (Perjanjian Jual Beli). 5% yang seterusnya adalah untuk kos guaman yang akan digunakan (S&P dan juga Loan Agreement). Sekiranya anda hanya Layak membuat pinjaman 90% sahaja, anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP anda sebanyak 10% + 10% atau kesemua baki Akaun 2 KWSP (Bergantung mana yang lebih RENDAH) untuk Tambahan bayaran Booking dan Kos Guaman (SELEPAS Pinjaman DILULUSKAN).
TETAPI saya tidak mengatakan TANPA DEPOSIT anda tidak boleh membeli rumah, anda juga boleh membeli rumah BARU atau SUBSALE (dengan persetujuan OWNER) dengan booking serendah RM500 - RM2,000 (WAJIB PERLU SEDIAKAN) dan Ejen Hartanah Berdaftar (REN) akan cuba membantu anda untuk mendapatkan pinjaman penuh 100% SKIM RUMAH PERTAMA.
Boleh Like & Follow Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai urusan Jual Beli & Sewa Hartanah.
FB Page Nice7Property Melaka
https://www.facebook.com/nice7property
atau Telegram Nice7Property Melaka
https://t.me/Nice7Property
Untuk check kelayakan loan secara PERCUMA sekitar MELAKA, boleh Tekan Link Dibawah
http://wasap.my/60166846232/CheckKelayakanLoanPDH
「ctos check」的推薦目錄:
- 關於ctos check 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於ctos check 在 Oppa Sharing 【歐爸·旅游·分享站】 Facebook 的最佳貼文
- 關於ctos check 在 Oppa Sharing 【歐爸·旅游·分享站】 Facebook 的最佳貼文
- 關於ctos check 在 Why Checking Your CTOS Score is Important! | Facebook 的評價
- 關於ctos check 在 Features Highlight 01 : SQL - CTOS full credit reports - YouTube 的評價
ctos check 在 Oppa Sharing 【歐爸·旅游·分享站】 Facebook 的最佳貼文
【理财管理】花3分钟简单做个财务信用报告~ CTOS Financial Health Check
ctos check 在 Oppa Sharing 【歐爸·旅游·分享站】 Facebook 的最佳貼文
【理财管理】花3分钟简单做个财务信用报告~ CTOS Financial Health Check
马上检查 >> https://ref.page/CTOS
ctos check 在 Features Highlight 01 : SQL - CTOS full credit reports - YouTube 的推薦與評價
Get FULL CTOS report in your SQL Account:•Directly check your customers credit score, director & shareholder information•Be inform of ... ... <看更多>
ctos check 在 Why Checking Your CTOS Score is Important! | Facebook 的推薦與評價
CTOS Mobile Apps now to do your CTOS self- check ! https://bit.ly/GetCTOSScore Stay in the green for a better financial ... ... <看更多>