Siri Kedua Kembara di London
Menarik memerhati kisah Brexit di UK. Banyak soalan yang masih tak terjawab. Kenapa David Cameron pada satu hari tiba2 mengumumkan idea membuat referendum Brexit atau No Brexit? Apakah motivasi beliau? Tiada siapa tahu. Beliau baru sahaja memenangi piliharaya dengan kejayaan yang besar. Ada teori bahawa ini adalah inisiatif Amerika supaya Britain keluar EU supaya EU lemah dan Amerika gagah. Tiada siapa tahu kebenarannya tapi ada logiknya. Kalau tiada angin, mana mungkin daun bergoyang.
Lebih menarik lagi, dalam referendum lepas, hampir 60% dari semua parti Labour dan Conservative, kampung dan bandar serta peringkat umur di UK memilih Brexit tapi hampir 70% dari anggota parlimen (MP) menolak Brexit...sebab itu mungkin sehingga sekarang, tiada keputusan muktamad dicapai di Parlimen. Rakyat sudah mempertikai sejauhmana MP menjunjung mandat rakyat di Parlimen. Ada yang sudah mempertikaikan keabshan demokrasi. MP lebih gagah dari rakyat.
Paling menarik, ternyata bahawa baru sekarang semua MP tersedar bahawa mereka berhadapan dengan krisis yang sebenar. Sebelum ini, soalan yang ditanya dijawab acuh tak acuh. Yang bertanya pula, hanya mencari publisiti & menangguk ikan di air keruh. Minda dan sikap peduli kepentingan negara adalah tidak serius. Cakap saja lebih. Pengalaman Brexit menyedarkan kerajaan & pembangkang menjadi ahli Parlimen yang benar2 menjalankan tugas mereka. Semoga ini juga menjadi pengajaran kepada demokrasi di negara kita juga. Parlimen adalah tempat yang mulia untuk perbincangan bertaraf lima bintang.
Brexit juga menyaksikan bagaimana Teressa May telah bekerjasama dengan UDP di Northern Ireland buat buat pertama kali untuk mendapat majoriti di Parlimen. Baru2 ini, UDP telah berubah kiblat. Inilah politik. Kesemua 10 ahli Parlimen UDP berpaling tadah. Tersungkur Boris Johnson.
Sebelum ke Heathrow, saya ditegur oleh beberapa anak muda di hadapan hotel. Mereka pernah berjumpa saya di Jordan dan Maghribi. Mereka sekarang adalah usahawan dalam bisnes perlancungan. Saya bangga dengan mereka. Dulu mereka jurusan pengajian Islam. Sekarang mereka pencipta pekerjaan (job creators and not job seekers). Ini berita indah di sebalik kemelut Brexit. PM Boris masih cuba mendapat Parlimen untuk mengundi kali terakhir tetapi dibantah oleh speaker John Bercow bersandarkan precedent tertentu. Yang jelas, Parlimen dan MP telah gagal memuktmadkan perkara ini walapun mempunyai masa yang banyak. Apakah tanggungjawab dan liabiliti ahli parlimen?
Cerita saya dah sampai penghujung. Cerita yang penghujungnya ada dalam minda anda masing2. Akan berangkat ke Dubai pula.
MDB
Search