HUBUNGAN BAIK ANTARA PEMIMPIN MASYARAKAT CINA DAN ISTANA JOHOR WUJUD SEJAK 200 TAHUN LALU
Hubungan baik di antara pemimpin masyarakat Cina dan Istana Johor telah wujud sejak tahun 1840-an lagi, dalam bersama-sama membangunkan negeri Johor.
Mengimbas kembali sejarah, mendiang Tan Kee Soon yang dilahirkan pada tahun 1803 merupakan Kapitan Cina pertama di Johor yang dilantik oleh Temenggong Daeng Ibrahim.
Pada tahun 1844, Temenggong Daeng Ibrahim telah menganugerahkan Surat Sungai kepada Tan Kee Soon dan mempelawa beliau untuk memimpin masyarakat Cina pada ketika itu untuk meneroka dan mengembangkan penanaman lada serta gambir di Kangkar Tebrau.
Menurut catatan buku “A Pictorial History of Johor Bahru” yang diterbitkan oleh Persekutuan Tiong-Hua Johor Baru – mendiang Tan Kee Soon merupakan pemimpin pertama Ngee Heng Kongsi di Johor - sebuah persatuan diiktiraf bawah naungan Almarhum Sultan Abu Bakar dan dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan keharmonian dan aturan bagi masyarakat Cina di Johor pada ketika itu.
Terdapat juga catatan bahawa Tan Kee Soon, sebagai ketua pertama Ngee Heng, telah menghantar bantuan kepada Almarhum Sultan Abu Bakar semasa Muar merupakan kawasan bergolak ketika itu.
Bagi mengenang jasa Tan Kee Soon yang meninggal dunia pada tahun 1857, Persekutuan Tiong-Hua Johor Baru bersama pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina yang lain menubuhkan satu jawatankuasa kerja pada Januari tahun lalu, bagi mengkaji serta mencari tempat persemadian mendiang.
Makam Tan Kee Soon yang ditemui di Pontian, kemudian dipindahkan ke Tiong-Hua Memorial Park, Johor Bahru.
Pada hari ini, makam baharu mendiang Tan Kee Soon didirikan di Tiong-Hua Memorial Park dengan diadakan satu majlis ringkas yang dihadiri Yang Berhormat Mejar Cina’ Dato’ David Wong.
Hadir sama, Penasihat Menteri Besar Johor, Datuk Tee Siew Kiong dan Presiden Persekutuan Tiong-Hua Johor Baru, Ho Sow Tong.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
daeng ibrahim 在 Masjid, Beautiful mosques, Mosque - Pinterest 的推薦與評價
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim Beautiful Mosques, Islamic Architecture, Masjid, Singapore, Pergola,. More like this. Masjid Haji Muhammad Salleh. ... <看更多>
daeng ibrahim 在 Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim Of Johore 的推薦與評價
Abu Bakar ibni Daing Ibrahim (1833-1895), also known as Albert Baker, was the 21st Sultan of Johor. Considered to be the “Father of Modern ... ... <看更多>
daeng ibrahim 在 Masjid Temenggong Daeng Ibrahim Telok Blangah ... 的推薦與評價
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim Telok Blangah Singapura, Singapore. 3497 likes · 8 talking about this · 7015 were here. Sultan of Johor Mosque. ... <看更多>