Peja BERSATU tumbang bukti UMNO gila kuasa???
Tahun 2009 Barisan Nasional yang dipimpin Dato Sri Najib Razak telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat (DAP,PKR,PAS). Waktu itu menteri besar Perak adalah Dato' Seri Nizar Jamaluddin dari parti PAS.
Walaupun ini kisah lama namun inilah realiti yang berlaku dalam sejarah negara yang mana usaha Barisan Nasional merampas negeri Perak bukan atas faktor tamak atau gila kuasa sebaliknya ianya dibuat atas tujuan menyelamatkan negeri Perak dari dirogol diliwat oleh Pakatan Rakyat waktu itu.
MB Perak dari PAS waktu itu telah mengumumkan hak milik pajakan tanah 999 tahun dan ianya suatu pekara yang telah memberikan gambaran jelas bahawa jika Perak tidak dirampas nescaya akan lebih banyak kemudaratan berlaku yang akhirnya memberikan kesan jangka masa panjang buat anak anak Perak.
Hari ini bila Peja dari parti Bersatu hilang sokongan adun Perak ianya sekali lagi memberikan persepsi kononnya UMNO tamak dan gila kuasa. Malah sudah ada yang memainkan isu konon nya UMNO bersekongkol dengan DAP menumbangkan Peja Menteri Besar Melayu Perikatan Nasional.
Sedarlah bahawa jatuhnya Peja selaku Menteri Besar hari ini bukan lah disebabkan ketamakkan pemimpin UMNO apatah lagi bersekongkol dengan DAP untuk merampas negeri Perak. Ianya adalah disebabkan tidak ada pilihan lain selain dari menyelamatkan negeri Perak dari kerakusan yang sewenang wenangnya membuat keputusan tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Perak dan institusi DiRaja Perak.
Tentang siapa Menteri Besar yang baharu itu adalah pilihan Tuanku Sultan Perak dan juga sokongan majoriti adun Perak. Sama ada UMNO atau tidak yang akan dipilih selaku Menteri Besar Perak itu adalah pekara kedua kerana apa yang penting hari ini adalah memastikan negeri Perak diselamatkan terlebih dahulu.
Sekali lagi Saya nak ingatkan kepada semua, UMNO dituduh tamak gila kuasa. Jika UMNO ni tamak Gila Kuasa pada tahun 2004 negeri Kelantan yang ditadbir PAS dengan kelebihan 1 kerusi dan majoriti 1 undi sudah pasti dirampas.
Namun ianya tidak berlaku kerana UMNO bukan parti yang tamak sebaliknya UMNO melakukan apa yang perlu dalam memastikan kuasa politik Melayu Islam ini berada dilandasan nya.
Ada sebab kenapa hari ini 48 adun Perak tidak lagi percaya kepada Peja. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Biarlah Peja sendiri tampil bercerita kenapa beliau hilang sokongan majoriti adun Perak. Hanya beliau tahu kemudaratan yang beliau telah lakukan selama mana menjadi Menteri Besar Perak.
UMNO itu amanah orang Melayu.
Search
dato nizar najib 在 Nizar Najib NN11 的推薦與評價
Nizar Najib NN11. 5554 likes · 1330 talking about this. ADUN Peramu Jaya Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Naib Ketua UMNO Bhgn... ... <看更多>