Soalan saya dan Jawapan Kementerian Komunikasi dan Multimedia: Jawapan:-
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses penguntukan spektrum tambahan kepada Syarikat Altel Communications Sdn. Bhd. adalah mengikut ketetapan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]).
Peruntukan spektrum tambahan kepada Syarikat Altel Communications Sdn. Bhd. adalah untuk memastikan pengagihan yang setara bagi menyokong perkhidmatan berkualiti kepada penggunamemandangkan syarikat tersebut mempunyai pegangan spektrum yang sedikit di kalangan pemberi perkhidmatan.
Penguntukan spektrum ini akan mengambil kira pelan spektrum, hasil penilaian pasaran, pengagihan yang setara untuk menyokong perkhidmatan berkualiti kepada pengguna, kepastian jangka Panjang penguntukan serta penguntukan spektrum yang terdahulu yang telah dikeluarkan kepada pemegang lesen.
Sebelum mana-mana penguntukan spektrum boleh dikeluarkan, setelah mengambil kira syor daripada MCMC, suatu Penentuan Menteri akan didaftarkan untuk menentukan bahawa spektrum tersebut diagihkan semula melalui penguntukan spektrum.
Setelah Penentuan Menteri didaftarkan, tawaran penguntukan spektrum dikeluarkan kepada pemegang lesen sedia ada yang telah ditentukan. Tawaran tersebut mengandungi syarat-syarat yang perlu dipenuhi antaranya penggunaan spektrum yang lebih ketat yang perlu dipatuhi, dan terma dalam tawaran tersebut tidak boleh dirunding (nonnegotiable). Penguntukan spektrum hanya akan dikeluarkan apabila kesemua syarat-syarat yang ditetapkan dipenuhi.
Pemantauan akan dibuat oleh MCMC sepanjang tempoh penggunaan spektrum oleh pemegang lesen bagi memastikan penggunaan spektrum mengikut pelan yang telah ditetapkan seperti di dalam syarat penguntukan spektrum. Sekiranya pemegang lesen didapati melanggar syarat-syarat penguntukan, tindakan boleh diambil oleh MCMC termasuklah menarik balik penguntukan spektrum tersebut.
Untuk makluman, perkhidmatan perumah jaring (web-hosting) atau pelanggan-pelayan (client server) adalah dikecualikan daripada pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98). Setakat ini perkhidmatan pengkomputeran awan adalah perkhidmatan yang tidak dilesenkan.
Pelancaran inisiatif MyDIGITAL pada 19 Februari 2021 telah menyasarkan pemindahan 80% data awam ke persekitaran awan hibrid pada penghujung tahun 2022 di bawah dasar “Cloud First Strategy” bagi memangkin penerimagunaan digital (digital adoption) di Malaysia.
Kerajaan mengambil maklum keperluan kritikal keselamatan, privasi, perlindungan, dan aliran data untuk meyokong “Cloud First Strategy” tersebut. Berdasarkan laporan tersebut, dapat disimpulkan bahawa satu bentuk kawal selia yang teguh adalah kritikal untuk memangkin visi digital Malaysia.
Peningkatan penggunaan dan kebergantungan kepada perkhidmatan awan di Malaysia akan lebih ketara lebih-lebih lagi di sebabkan oleh pandemik Covid-19 yang memaksa pekerjaan dan pembelajaran dalam talian.
Selain itu, KKMM turut maklum terdapat keperluan untuk melindungi kepentingan pelabur, dan mewujudkan persekitaran yang dipercayai (trusted environment), melindungi aliran data di pusat data di samping menyelesaikan isu pengehosan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang semakin meningkat.
Cadangan kawal selia ini masih dalam kajian dan proses perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan sedang giat dijalankan bagi memastikan tiada impak yang besar ke atas semua pihak. Kesemua aspek dan kesan langsung dan tidak langsung ke atas cadangan tersebut perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.
KKMM mengambil maklum keperluan pendigitalan terutamanya kepada perusahan kecil dan sederhana dan dalam masa yang sama mengakui kepentingan keselamatan data pengguna dan persekitaran yang dipercayai merupakan pemangkin utama penerimagunaan digital di Malaysia. Adalah penting untuk mencapai keseimbangan ini untuk kelestarian penerimagunaan digital di Malaysia.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
digital 2022 malaysia 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
🔴 Live Update 18th Titanium Inner Circle Meeting bersama Puan Jueliner Winnie Anak Bala, Founder JW Empire, Master Stokis Faith Fleur
Selamat Hari Malaysia! Hari ini juga merupakan hari terakhir Titanium Inner Circle Meeting, himpunan lebih 300 usahawan RichWorks. Pastinya padat dengan ilmu yang telah dikongsikan MenThor bagi persediaan para usahawan ini menghadapi persaingan bisnes yang lebih mencabar dan serba digital ini.
Digital adalah persediaan supaya semua Usahawan Titanium terdedah dengan game digital dan faham transformasi yang diperlukan.
Tonton Live ini untuk ketahui perkembangan terkini hari terakhir bersama Puan Jueliner dan bagaimana persediaan beliau menghadapi pasca pandemik ini.
Anda ingin ketahui lebih lanjut bagaimana Usahawan RichWorks berjaya mengharungi cabaran bisnes terutamanya ketika pandemik dan bagaimana mereka didedahkan dengan persediaan bagi menghadapi tahun 2022? Mereka bakal berkongsi strategi mereka bersama anda secara eksklusif!
Sertai 3-Hari Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya pada 24-26 September 2021. Daftar secara percuma sekarang di richworks.com/titansummit
INGAT! Tempat eksklusif ini terhad, hanya untuk 500 Founders yang bertindak pantas sahaja!
#AzizanOsman
#TitanSummit2021
#InnerCircleMeeting