Satu lagi berita yang menggusarkan saya dan rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Putrajaya ini sepatutnya sedang didakwa atas kes rasuah apabila dia menerima wang tunai RM1 juta daripada ahli perniagaan.
Tetapi pihak pendakwaan telah memohon Ahli Parlimen Putrajaya ini untuk dilepas tanpa dibebas mengikut arahan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jika tidak bersalah, buktikan sahajalah di mahkamah.
Saya risau kerana ahli perniagaan yang terlibat juga pernah mengaku salah bersubahat dengan Ahli Parlimen Putrajaya.
Dia pun sudah kena denda RM1.5 juta.
Jadi, mengapa hari ini Ahli Parlimen Putrajaya boleh terima DNAA dari AGC?
https://m.malaysiakini.com/news/554106
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...