Salam Guys, beberapa hari ini dalam kekecohan hal politik negara kita turut dikejutkan dengan tindakan racist beberapa individu bukan Melayu. Mereka mengeluarkan kenyataan yang mengundang perasaan marah orang Melayu dan dalam masa yang sama mereka mencabar agar tindakan diambil ke atas mereka ini.
Ini termasuk juga apa yang berlaku di Pulau Pinang apabila tulisan Cina ditampal pada papan tanda jalan. Mungkin ramai tidak tahu yang kerajaan Pulau Pinang telah menwartakan tulisan Cina dipapan tanda jalan sejak 2015 lagi. Namun mereka tidak menampal tulisan cina kerana mereka hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjayakan propaganda yang dirancang.
DAP tahu yang mereka hanya boleh hidup dengan politik perkauman. Dan hari ini mereka memainkan lagi sentimen perkauman untuk menarik orang Melayu menghentam kenyataan beberapa individu bukan Melayu dan tulisan Cina di Pulau Pinang.
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sarawak tempoh hari yang mana pekara tersebut sengaja dicetuskan agar masyarakat Melayu melenting dan seterusnya mengeluarkan kenyataan yang mereka DAP akan labelkan sebagai Racist.
Nasihat Saya kepada semua Melayu, jangan masuk perangkap yang DAP gerakkan hari ini. Apa yang kita perlu buat adalah kekal tenang dan fokus kepada matlamat untuk menang 2/3 majoriti parlimen pada PRU15 akan datang.
DAP sekarang ini hanya fokus kepada kerusi yang mereka ada baik kerusi Parlimen mahupun Dun. Mereka tahu gelombang sokongan orang Melayu kepada Muafakat Nasional dan gelombang Bumiputera Sabah Sarawak kepada Perikatan Nasional. Maka apa yang DAP perlu buat hari ini adalah menfokuskan kekal kerusi yang mereka telah menangi pada PRU14 lalu.
Ingat Guys, PRU15 adalah bapak kepada segala pilihanraya. Berpecah kita Melayu Bumiputera maka DAP akan sekali lagi menguasai kerajaan dan kita akan hilang segala gala nya.
Jangan masuk perangkap DAP.
Psssttt... mungkin agak berat nak fikir apa yang saya sampaikan, tapi fikir dengan baik apa yang Saya sampaikan ini.
dun sabah 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
PRN Sarawak bila bila masa dari sekarang kata Ketua Menteri Sarawak. Bila bila masa itu Saya yakin tidak membawa maksud dalam tempoh sebulan dua ini Dun Sarawak akan dibubarkan. Mana mungkin kerajaan Sarawak mahu merisikokan rakyat nya dalam pandemik covid19 setelah apa yang berlaku di negeri Sabah.
Ikut tamat penggal dun Sarawak adalah awal tahun hadapan. Jadi Saya yakin PRN Sarawak diadakan seawal tahun hadapan.
Sekarang masa untuk fokus membantu rakyat dan sudah pasti Sarawak juga antara negeri yang terjejas kesan ekonomi yang malap akibat wabak covid19.
dun sabah 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
Cukuplah berebut kuasa!
Angka kes Covid-19 semakin meningkat. Jumlah kes aktif melebihi 1,300 pesakit. Selain membabitkan soal nyawa, rakyat amat bimbang dengan kesan ekonomi dan sara hidup sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang dilaksanakan pada Mac lalu, dilaksanakan semula.
Tempoh morotarium secara automatik pula telah tamat.
Tidak dinafikan, Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19. Tindakan Datuk Sri Shafie Apdal meminta membubarkan dun negeri menyebabkan PRN Sabah terpaksa diadakan dan ini menjadi pengajaran kepada kita semua termasuk lah Saya yang terpaksa menanggung risiko berkempen berhadapan dengan pandemik covid19 akibat daripada kerakusan merebut kuasa.
Dengan mengambil iktibar atas perkara tersebut, saya berharap agar para pemimpin politik menghentikan terlebih dahulu tumpuan merebut kuasa, yang akhirnya boleh menghumban negara dan rakyat ke kancah yang lebih mengerikan.
Kita tidak mahu krisis menjadi lebih parah akibat tindakan politik di peringkat nasional yang boleh memburukkan lagi wabak Covid-19.
Pada 18 Mei 2020 yang lalu, dalam Titah Diraja semasa merasmikan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli-ahli politik agar jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, tatkala sedang berhadapan masalah dan waktu sukar akibat wabak Covid-19.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pemimpin kerajaan dan pembangkang agar dapat memberi tumpuan penuh terhadap usaha membantu rakyat.
Ini masa sukar sekali lagi buat kita semua rakyat Malaysia.
Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2 Oktober 2020