“Abang kereta mayat, ada orang kecam solat atas batu, katanya riak, menunjuk nunjuk, dalam islam tak boleh riak, kena sembunyikan kebaikkan, boleh cerita detail?”
Baiklah, Tunaikan janji nak ulas bab ini sebab ada baca komen nitizen yang pertikaikan orang solat secara terang terang, tuduh riak, troll, menganjing, dan kata islam tak ajar amalan solat terbuka macam tu?, maka abang keretamayat nak tegurlah sikit.
Dalam islam selain bak riak, ada satu bab lagi semua kena belajar iaitu bab Shiar. Apa maksud Syiar?
Syiar adalah ibadat yang kena buat secara terang terangan agar wujud suasana agama, amalan ini kena hebahkan.. dan tempat yang ada suasana agama, akan ditangguh bala, dan dipercepatkan rahmat!
Apa itu suasana agama?
Suasana agama adalah bila orang tengok sesuatu perkara akan ingat kepada Allah, bila orang terdengar sesuatu perkara, akan ingat kepada Allah, bila orang terfikir sesuatu perkara, akan teringat kepada Allah,
Contoh ada makcik kiah berkembam dengan kain batik depan rumah sambal jemur kain, lepas tu budak pengakap lalu, mak cik kiah teruskan jemur kain, lalu pulak polis, mak cik kiah masih jemur kain, tapi tiba tiba melintas geng tabligh.
Lintang pukang Mak cik kiah lari menyorok dalam rumah sebab melihat orang tabligh telah berlaku suasana agama, terus mak cik kiah rasa nak tutup aurat.
Sama jugak ambil contoh sebelum PKP geng rempit melepak atas motor tepi jalan, lepas tu budak pengakap lalu, mat rempit selamba melepak, lalu pulak polis, mat rempit tak salah apa apa, teruskan melepak, tapi tiba tiba melintas geng tabligh.
Lintang pukang Mat rempit start motor nak menyorok sebab melihat orang tabligh telah berlaku suasana agama, terus mat rempit sedar diri belum solat, kejap lagi kena “azan” kat telinga.
Jadi, orang tak faham agama, akan anggap orang tabligh berpakaian serban dan jubah sebagai riak, padahal itulah Syiar agama, iaitu amalam agama secara terang terangan.
Nak mudah faham, rujuk rukun islam.
Lima rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk, kena syiar!. Itu sunnahnya! Tak boleh sorok sorok masuk islam, lepas mati orang bakar sebab ingat kafir? Nak salahkan siapa, jadi rukun islam pertawa, wajib war warkan.
Bagitahu semua orang saya masuk islam, bersaksilah bahawa saya mengucao dua kalimah shahadah!
Ada mualaf cerita dia masuk islam dalam masjid waktu isyak, masa tu penuh orang islam dalam masjid, semua bertakbir! Kemudian dari hari ke hari dia dapati orang makin kurang datang masjid, dia pelik, rupanya dia masuk islam pada satu Ramadhan, patutlah masjid penuh! Woha!
Jadi kena faham, Syiar islam kena buat terenag terangan, dalam Bab Solat berjemaah kena azan dengan suara kuat, Nabi siap sewa banguan yahudi tinggi suruh Bilal azan kuat kuat, lepas tu Nabi pesan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar semua orang kampung tahu kita nak ke masjid, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.
Bukan sorok sorok pakai baju pergi jogging, sampai masjid baru tukar baju solat, sebab takut riak, takde! Solat berjemaah kena buat secara terang terangang!
Bab Puasa ikut hadis, kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.
Bab Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang, siap buat upacara akad dan lafaz.
Bab Haji kena bagitahu, jika mampu buatlah kenduri syukur. Jangn tiba tiba hilang sebab takut riak, adohai…
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, takut nanti orang tuduh berzina, dan jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.
Apa apapun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, ikhlas kerana Allah, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi bila dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana?, sahur makan apa?, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, baca al quran ada waktu elok sembunyi, ada waktu boleh share, guna common sense.
Tutup aib orang tu wajib, jangan sebarkan, juga amalan khidmat secara sembunyipun bagus, dan lain lain yang boleh mengundang riak, sembunyikan.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, Isteri tak boleh dikongsi, tapi suami boleh di kongsi. Ehem ehem.
Akhir kata, lepas ni jika masuk waktu solat, biarlah semua pakat pakat solat secara terang terangan, jika ramai boleh solat berjemaah walau tepi kedai, atas batu, atas padang, biarkan mereka, jangan kecam sebab zaman nabi, ada hadis.. ketika Hazrat Abdullah bin Umar ra, juga Abdullah bin Abbas r.a dan Abdullah bin Mas’ud r.a sedang berada di pasar, bila tiba waktu solat, sebaik sahaja azan berkumadang, mereka melihat, semua peniaga telah tutup kedai masing-masing dan ada yang meninggalkan kedai begitu sahaja lalu mereka semua berpusu-pusu ke masjid, lalu sahabat ini berkata:
"Demi Allah, mereka inilah orang yang perniagaan mereka tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah.," lalu membaca surah An –Nur ayat 37 yang sama maksud dengan perbuatan itu.
Jom solat secara terang terangan, bila masuk waktu kerana inilah masid Ayat An Nur,
"Lelaki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."
Now you know.
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過70萬的網紅ESBEYE,也在其Youtube影片中提到,Assalamualaikum Wr.Wb. Kali ini ESBEYE upload video do'a niat puasa Ramadhan, sebagai pengingat untuk umat muslim. Perintah untuk menjalankan puasa ...
hadis ramadhan 在 Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum korang... alhamdulillah harapnya korang semua dah berbuka 🤗
Sedar tak sedar dah nak tamat bulan Ramadhan. Mesti ada yang tengah sibuk cari baju raya kan. Takpe teruskan.
Just nak bagitau kat tempat ni tengah hujan renyai2 ni.
Majoriti ulama dunia, hasil kajian dan perbincangan sepakat mengatakan Malam 27 Ramadhan adalah Malam Lailatul Qadar. Kalau kita sedekah, pahalanya adalah seperti kita sedekah setiap malam selama 83 tahun !
Fastabiqul Khairat. Jadi saya nak ajak sahabat-sahabat semua untuk rebut peluang untuk sedekah wakaf dana bangunan asrama baru Tahfiz Lembah Palas Kedah.
Dah ada 120 orang pelajar yang majoritinya adalah anak-anak penduduk setempat. Mereka sasarkan dalam tempoh 5 tahun ni insyaAllah akan ada 1 rumah 1 tahfiz !
Mereka sedang mencari 15,000 dermawan je lagi yang boleh wakaf hanya RM10 sahaja. Guys Rm10 sahaja! Tak rugi kita derma, insyaAllab tambah rezeki lagi.
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Sahabat-sahabat
boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR @ TAHFIZ LEMBAH PALAS
No. Akaun : 02039010080690
ATAU
Boleh derma klik online
(Link ada di ruangan komen)
Email : [email protected]
PS. Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala orang yang memgikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. (Hadis Riwayat Muslim)
hadis ramadhan 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Allah hadiahkan Ramadhan untuk seluruh umat islam sebagai medan untuk perbanyakkan amalan. Jadi perbanyakkan amalan dan usahakan sehabis baik untuk beribadat di bulan Ramadhan
“Sesiapa menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dapat sesuatu? Jangan lupa belanja ❤️❤️❤️ dan like agar lebih ramai dapat perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Boleh?
#Mula
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#BangkitBerniagaBangsaku
#AzizanOsmanMenthorKami
#SokongPerniagaanKecilSederhana
hadis ramadhan 在 ESBEYE Youtube 的最佳貼文
Assalamualaikum Wr.Wb.
Kali ini ESBEYE upload video do'a niat puasa Ramadhan, sebagai pengingat untuk umat muslim.
Perintah untuk menjalankan puasa diterangkan dalam firman Allah SWT pada surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Niat puasa haruslah dilakukan sebelum terbit fajar atau pada malam hari sebelum memulai puasa. Niat puasa sendiri dikatakan dalam hadis shahih adalah tidak perlu dilafazkan, melainkan hanya perlu berniat dalam hati.
Mixing & Mastering : Ekky : https://www.instagram.com/ekky_flute/?hl=id
Video by : ESBEYE : https://www.instagram.com/esbeye_offi...
Vocal : Oday
Follow Instagram Kami
► ESBEYE : https://www.instagram.com/esbeye_offi...
► Oday Akhras : https://www.instagram.com/odayakhras/
Terima kasih sudah mendukung kami dengan memberikan like, koment, dan subscribe.
ESBEYE Management
► Ihfadz
Call / Wa : 081273731989
#dirumahaja #niatpuasa #odayakhras