*MAGERAN Cadangan Dr M kepada Agong*
*Keanggotaan*
Mahathir berkata sungguhpun beliau menawarkan diri untuk menerajui majlis itu, ia tidak perlu dipimpin oleh beliau atau dianggotai oleh mana-mana ahli politik.
“Kita memerlukan pakar-pakar yang terbaik dalam bidang masing-masing. (Contohnya dalam bidang) kesihatan, ekonomi dan pendidikan. Majlis itu hendaklah berbentuk inklusif – dalam erti kata pakar-pakar yang terbaik diambil menganggotainya, tak kira latar belakang mereka,” kata Mahathir.
Di tanya siapa yang harus mengetuai majlis itu, Mahathir berkata calon berkenaan harus berpengalaman luas dalam menguruskan pelbagai krisis sebelum ini, terbukti sebagai pemimpin berkaliber, dan mempunyai integriti.
Mahathir berkata calon berkenaan juga harus berpengalaman dalam kerahan jentera pentadbiran kerajaan dan menggerakan rakyat ke arah mengatasi empat krisis berkenaan.
Bekas perdana menteri itu berkata mana-mana parti bebas mencadangkan calon untuk menganggotai majlis ala MAGERAN itu namun Agong mempunyai kata putus untuk menentukannya.
*Kebertanggungjawaban*
Mahathir berkata walaupun majlis ala MAGERAN akan berfungsi sebagai eksekutif, ia tidak akan mempunyai kuasa-kuasa meluas sebagaimana yang dimiliki oleh pentadbiran sekarang menerusi perisytiharan darurat.
“Menerusi MAGERAN, kita mengembalikan kuasa kepada Parlimen dan Agong. Sebagai contoh, jika MAGERAN mengusulkan dasar untuk menangani isu tertentu, ia akan dibahaskan terlebih dahulu di Parlimen.
“Undang-undang akan melalui proses Parlimen,” kata Mahathir.
Mahathir berkata sistem sedemikian akan menamatkan pendekatan bahawa “hanya kerajaan tahu apa yang terbaik” untuk rakyat.
Mahathir juga menegaskan cadangan penubuhan MAGERAN akan memastikan segala tindakan dan operasi majlis itu tidak terbantut atau dikekang oleh mereka yang tamak kuasa.
“Agong sendiri akan menentukan keahlian MAGERAN, jadi majlis dan operasinya tidak akan terjejas dengan apa-apa tindakan sesiapa yang berniat merampas kuasa,” kata beliau.
“Pada masa sekarang, orang berfikir bahawa satu-satu cara untuk menukarkan kerajaan atau memperolehi kuasa adalah dengan mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Hakikatnya tidak ada sesiapa yang mempunyai sokongan mencukupi.
“Jadi, apa yang berlaku adalah institusi Parlimen sendiri ditindas kerana pihak yang memegang kuasa (kerana sentiasa) khuatir kehilangan sokongan mencukupi di Parlimen,” tambah Mahathir.
Beliau berkata MAGERAN berupaya memastikan politik melampau diminimumkan dan negara memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengatasi krisis yang dihadapi.
“Kita juga boleh menjimatkan banyak wang rakyat yang dibazirkan. Ketika ini kita mempunyai 72 menteri dan timbalan menteri tetapi kerajaan tidak boleh mengatasi masalah negara. Bayangkan betapa banyak duit rakyat boleh dijimatkan dengan sebuah pasukan kecil (MAGERAN) yang tidak melebihi 20 orang.
“Semua wang itu yang dijimat itu boleh disalurkan kembali untuk kebaikan rakyat, dalam bentuk vaksin, makanan, dan lain-lain kebajikan,” tambahnya.
*Jangka hayat MAGERAN*
Mahathir berkata MAGERAN perlu berfungsi sehingga empat krisis yang disebutnya diselesaikan, tetapi menegaskan bahawa ia tidak bermaksud majlis itu berfungsi sehingga semua masalah selesai 100%.
“Untuk kesihatan, kita boleh kata masalah sudah diselesaikan apabila jumlah kes Covid-19 rendah dan negara mencapai imuniti kelompok 80%. Untuk ekonomi, ia (dianggap selesai) apabila kegiatan ekonomi boleh berfungsi semula seperti sediakala,” kata Mahathir.
“Kita harus ingat bahawa semua empat krisis berkenaan adalah saling berkait. Namun adalah selamat untuk mengatakan bahawa MAGERAN tidak harus berkuasa melampaui Mei 2023.
“Pada masa itu, kita bubarkan MAGERAN dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan pada PRU15,” kata Mahathir.
*Darurat atau tidak?*
Mahathir juga berkata sekiranya cadangan beliau diterima, MAGERAN boleh berfungsi bawah perisytiharan darurat yang ada sekarang atau tanpanya.
“Keputusan untuk tamatkan darurat adalah di tangan Agong. Namun, apa yang membezakan MAGERAN dan kerajaan darurat adalah pemulihan Parlimen.
“Malaysia adalah sebuah demokrasi dan Parlimen adalah asas demokrasi itu. Berbeza dengan kerajaan sekarang yang dikendalikan oleh ahli politik, MAGERAN akan berpandu kepada kumpulan pakar dalam bidang masing-masing.
“Dan berbeza dengan kerajaan sekarang yang telah melumpuhkan Parlimen, MAGERAN akan diperkasakan oleh Parlimen dan institusi itu akan mengawasi MAGERAN,” kata Mahathir.
isu 2023 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Soal Jawap kemusykilan Politik semasa
Ada yang kata :
Sepatutnya UMNO & PAS jadi pembangkang hingga PRU15. Tak perlu bergabung dengan PPBM dan team Azmin bentuk kerajaan.
Jawapan nya :
Memang itu pun yang sepatut nya dan UMNO pada waktu itu mohon bubar parlimen bagi diadakan pilihanraya. Tetapi YDP Agong berpendapat tidak sesuai diadakan pilihanraya kerana pada waktu itu juga covid sudah melanda dunia. Maka terpaksa lah bergabung dengan PPBM dan team Azmin bentuk kerajaan yang mana TSMY dipilih menjadi Perdana Menteri.
Ada yang kata :
UMNO gila kuasa dan tak sabar sabar nak jadi Perdana Menteri.
Jawapan nya :
Jika UMNO gila kuasa sewaktu nak tubuh kerajaan lagi UMNO dah boleh tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Menteri yang strategik. Sebaliknya UMNO akur dengan pebentukan kabinet TSMY dan terus bekerja untuk rakyat. Boleh semak sendiri kabinet yang ada hari ini.
Ada yang kata :
UMNO cuba khianat kerajaan kerana menyokong Anwar Ibrahim.
Jawapan nya:
UMNO tidak pernah khianat kerajaan hari ni malah UMNO tidak pernah menyokong Anwar Ibrahim mahupun DAP. Sebaliknya kerjasama dengan PKR itu dicadangkan oleh Dato Sri Najib setelah melihat kerajaan pimpinan TSMY tidak menfokuskan kepada isu sebenar Rakyat dan jika Rakyat berang dengan keputusan kerajaan bermakna UMNO yang merupakan sebahagian kerajaan akan terpalit sama.
Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memutuskan tidak ada sebarang kerjasama dengan Anwar PKR apatah lagi DAP. Dan akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional hingga PRU15. Keputusan Majlis Kerta Tertinggi UMNO itu adalah yang paling tinggi jadi tidak ada sebab nak tuduh UMNO khianat TSMY dan kerajaan PN.
Ada yang kata :
UMNO masih gila kuasa hingga tak sabar nak adakan pilihanraya
Jawapan nya:
Bukan UMNO gila kuasa tetapi realitinya hari ini perebutan kuasa yang berlaku hari ini adalah disebabkan tipis nya majoriti yang ada dalam kerajaan ditambah Anwar Ibrahim, Tun Mahathir yang masih belum berhenti berebut nak jadi Perdana Menteri.
Justeru itu, Pilihanraya Umum adalah jalan terbaik dalam menyerahkan kembali mandat kepada Rakyat untuk membuat pilihan. Dan sebab itu UMNO konsisten agar PRU diadakan dan perlu diadakan setelah wabak pandemik covid ini reda dan berkurangan.
Ada yang kata :
Kenapa tak tunggu covid habis dan adakan pilihanraya ? Kenapa tak tunggu 2023 sampai habis penggal?
Jawapan nya :
Covid19 akan berada dengan kita mungkin 2 ke 4 tahun. Dan selama mana itu dengan kedudukan tipis nya majoriti akan menyebabkan kerajaan terus tidak stabil dan menyebabkan pelabur tidak berani untuk melabur di Malaysia.
Suka atau tidak suka kita akan hidup dengan covid19 dan itu lah sebab nya ada negara yang sudah mengadakan pilihanraya, sedang pilihanraya dan akan mengadakan pilihanraya.
Apakah kita mahu negara terus tidak stabil dengan keadaan politik hari ini hingga 2023
Ada yang kata :
Rakyat tidak mahu pilihanraya dan tidak mahu darurat.
Jawapanya :
Kalau ikut cakap Rakyat ni sepenuhnya maka tidak akan ada penyelesaian diatas segala kemelut yang berlaku. PRU14 sebab rakyat lah juga Pakatan Harapan menang dan kerana Rakyat lah juga wakil rakyat yang dipilih pada PRU14 lalu lompat katak hingga tidak menstabilkan negara.
Suka atau tidak suka pilihanraya mahupun darurat terpaksa dilakukan dalam masa terdekat.
Ada yang kata :
Dah elok elok kerajaan Pakatan Harapan memerintah, kenapa nak rampas dari PH? Kenapa tak biarkan sahaja PH memerintah?
Jawapan nya:
UMNO & PAS tak pernah rampas kerajaan, apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan perpecahan dalam PH itu sendiri apabila Team Azmin keluar PKR dan TSMY menarik Bersatu keluar PH. Kerajaan PH tumbang kerana perebutan kuasa dalam PH antara Tu Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Ada yang kata:
Kalau PH memerintah hari ni tak berlaku huru hara politik macam hari ni.
Jawapan nya:
Jika Pakatan Harapan memerintah hari ni Saya yakin anda semua boleh fikir apa yang berlaku dan berkemungkinan negara ini akan terus hancur dek kerakusan yang telah PH tunjukkan selama 22 bulan menjadi kerajaan.
Ada yang kata :
Apa perjuangan Sir yang sebenar? Dulu cakap penyatuan ummah, kerajaan Bumiputera tapi sekarang Sir hentam kerajaan dan TSMY.
Jawapan nya:
Perjuangan Saya tak pernah lari dari matlamat iaitu mahu kerajaan Bumiputera 2/3 parlimen melalui mandat rakyat pada PRU15 akan datang.
Salah Saya cakap salah, betul Saya cakap betul. Saya berpolitik kerana nak selamatkan negara ini dari jatuh ke tangan yang salah dan nak pastikan Rakyat diutamakan oleh kerajaan.
Ada yang kata :
Apa sebenarnya yang perlu dilakukan sekarang? Politik huru hara dan pemimpin politik semua parti rakus gila kuasa?
Jawapan nya :
Kita serah kepada kebijaksanaan YDP Agong dan Raja Raja Melayu. Saya tidak dapat lihat pekara yang berlaku hari ini boleh selesai begitu sahaja jadi Saya fikir YDP Agong lah yang paling sesuai menyelesaikan nya dan kita sebagai Rakyat Malaysia perlu menyokong sebarang titah YDP Agong dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku hari ini.
Ada yang kata:
Apa sebenarnya berlaku?
Jawapan nya :
Demi kamu semua Rakyat Malaysia maka Kita serah kepada kebijaksanaan YDP Agong, insyAllah 🤲🏼
Akhir kata dari Saya buat semua, sebenarnya baik PH telah tumbang kerana jika tidak anda semua akan terus diperbodohkan PH kerana mereka telah mengatur strategi yang cukup rapi dengan menyekat peruntukan kepada rakyat diawal pentadbiran dan akan menabur bermacam macam nikmat sementara kepada anda semua menjelang PRU15 bagi melupakan apa agenda mereka yang sebenar.
Memang wujud konspirasi dan semua nya dirancang untuk menyelamatkan negara ini. Moga kita semua dilindungi dan negara ini selamat dari jatuh ke tangan yang salah. Amin
isu 2023 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Sempena Gerhana Matahari hari ni, maka geng Bumi ni rata patut dah boleh bertaubat.
Tiga tahun lepas, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari itu iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.
Jadi bagaimana Jupem boleh kira tarikh gerhana matahari dengan tepat? Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat.
Jadi saya nak cabar korang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana akan datang di Malaysia, bila?
Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni, tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan GERHANA MATAHARI DI MALAYSIA akan berlaku pada 21 Jun 2020, 20 April 2023, 2 Ogos 2027, 22 Julai 2028, 13 Julai 2037, 26 Disember 2038, 20 April 2042, 14 Oktober 2042 dan banyak lagilah.
2042 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.
Korang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana seterusnya? Semua kuasa Allah, bagi ilmu matematik kepada manusia juga dari Allah, nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika korang yakin bumi rata, cubalah ramal Tarikh gerhana seterusnya jika korang betul.
Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!
Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.
Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha.
Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.
Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.
Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijma ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm
Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?
Bila tunjuk gambar bumi bulat, katanya NASA menipu. Itu semua CGI. Baiklah, kami juga minta flat earth tunjukkan gambar bumi yang sebenar. Tak ada? Tolonglah geng flat earth buat versi CGI, nak tengok jugak, tak kan gambar lukis pakai tangan jer bang?
Woha!
isu 2023 在 Skating ISU 的推薦與評價
The International Skating Union (ISU) is the international winter sport ... A day in the life of Jordan Stolz (USA) | Heerenveen 2023 | #WorldSpeed. ... <看更多>
isu 2023 在 ISU Figure Skating | Lausanne 的推薦與評價
This is the official ISU page for the branch of Figure Skating which includes the ... Excitement is building as we await the kickoff of the 2023/24 season! ... <看更多>
isu 2023 在 ISU Figure Skating World Championships 2023 的推薦與評價
ISU Figure Skating World Championships 2023. SBS Sport. 9 videosLast updated on Mar 31, 2023. ... <看更多>