TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 33)
Fikiran saya pagi ini masih terperap di Jakarta di 1996 (cuma saya guna foto baru berbatik Indonesia sebagai foto hiasan kerana tiada foto lain).
Dalam seminar di sana, pertama kali saya melihat ada 3 mentol atas meja ucapan. Hijau boleh bercakap. Kuning baki 1 minit. Merah berhenti serentak dimatikan pembesar suara. Inilah cara terbaik mengawal pembicara yang tak pandai jaga masa atau rasa dia yang paling penting.
Semasa kes Gaza baru2 ini, saya banyak terlibat dalam webinar tentang Gaza. Selalunya masa hanya 10 minit seorang. Ada pembicara suka ambil 30 hingga 40 minit. Tak ada adab masa. Bagaimana Islam nak menang kalau displin pun tak ada.
Di pagi ini juga, saya melihat ke tahun 2050. Indonesia bakal menjadi negara ke-4 dunia yang paling besar dari segi GDP selepas China, India & USA. Pada Julai 2020, Bank Dunia telah menaiktaraf mereka sebagai negara berpendapatan pertengahan. Walaupun income per capita mereka masih rendah (sekitar USD 4,500 USD), GDP mereka paling cepat berkembang.
Bandung Technology Institut banyak menjalankan kajian yang Silicon Valley tak boleh buat.
Presiden Jokowi ingin menjadikan demografi Indonesia ekuiti baru. Dijemputnya syatikat2 besar seperti Amazon datang bertapak dengan pelbagai insentif. Dalam era pandemik, ICT berkembang maju. 11%. Malah ekonomi baru Indonesia adalah e-commerce sesuai dengan demografi & geografi.
Bukalapak akan disenaraikan di Bursa OJK tidak lama lagi dengan nilai lebih dari USD1 bilion. Traveloka & Goto juga akan ikut serta samada secara SPAC atau IPO. Presiden Jokowi mahu Indonesia juga ada homegrown companies bertaraf antarabangsa. Semua syarikat2 ini bermula di 2010-2012. Ada lagi banyak potensi. Gojek. Jago. Tokopedia.
Sekarang, 51% orang tinggal di kota. Di tahun 2030, 70% di urban. 51% pekerja bawah umur 30 tahun. Income per capita di tahun 2045 adalah 23k USD. Indonesia sekarang seperti China 9-10 tahun lepas.
Bukalapak menyediakan perkhidmatan kepada warung2 membeli barang terus dari pembekal & toko besar tanpa 5 lapisan orang tengah. Harga murah. Barang laku. Produksi bertambah. Rakyat gembira.
Idea adalah ekonomi baru. Idea perlu visi & impian.
MDB
Search