Apa Masalah Menafsir al Quran Dengan Sains?
Di zaman moden ini ilmu sains moden semakin berkembang. Masyarakat dunia semakin intelek dan mula mencari fakta ke atas sesuatu kejadian alam menurut sains. Di samping itu juga wujud golongan yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Scientism. Mereka golongan yang menolak agama (ateis) dan tidak percayakan kewujudan tuhan. Mereka hanya mempercayai sains semata-mata kerana pada mereka kebenaran dan fakta yang realistik hanya ada pada sains dan tidak ada pada agama.
Walhal dalam sejarah kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyyah, ilmu sains merupakan ilmu yang paling pesat diperkembangkan oleh ilmuan Islam. Akan tetapi sekarang autoriti perkembangan ilmu itu sudah berubah arahnya. Pada hari ini pusat-pusat kajian dan ilmu sains sudah dikuasai oleh barat. Kebanyakkan mereka adalah dari golongan Scientism yang meletakan keimanan mereka kepada ilmu sains semata-mata.
Oleh kerana wujudnya golongan ini maka ramai dari kalangan pelajar mula terpengaruh dengan cara Scientism berfikir. Pada mereka sains adalah benar dan agama adalah tahyul serta karut marut. Bagi mereka agama sering dianggap memusuhi sains kerana kebanyakkan pandangan sains selalu bercanggah dengan agama.
Oleh itu, golongan saintis moden yang beragama mula menghasilkan hubungkait antara agama dan sains bagi menjawab kembali salah faham golongan Scientism terhadap agama. Kebanyakan yang terlibat adalah dari kalangan saintis Kristian dan Islam. Mereka mula menghimpunkan kajian Sains yang selari dengan agama dan membuktikan bahawa agama tidak memusuhi sains.
Setelah itu terhasilah buku-buku sains yang mendokong agama antaranya The Qur’an and Modern Science karangan Dr. Maurice Bucaile, The Qur’an and The Bible karangan Dr. William Campbell, The Bible & Science karangan Wayne Jackson, Science Confirms The Bible karangan Ken Ham, Science And Health and Key To The Scripture, tulisan Dr. Keith L Moore, Dr. Zakir Naik dan banyak lagi.
Akhirnya wajah agama dilihat mesra dengan ilmu Sains. Setelah itu, usaha memperkembangkan penyatuan antara agama dan sains terus pesat digiatkan dan pada hari ini bermacam-macam jenis buku dan laman sesawang yang membincangkan topik hubungan antara agama dan sains.
Fahaman Salah Terhadap Tafsiran al Quran Saintifik
Dalam ghairah mencari penyatuan fakta antara nas agama dan ilmu sains, terdapat beberapa keterlanjuran yang harus diperbetulkan terutama mengenai disiplin wahyu dan sains itu sendiri. Ini kerana ia juga melibatkan dengan keimanan dan cara berimplimentasi dengan wahyu.
Antara cara yang melampau dalam penafsiran ini adalah apabila ilmu sains didahului daripada al Quran. Sebagai contoh apabila terdapat nas dalam al Quran yang mengharamkan sesuatu bahan maka dicari apakah kesalahan atau kepincangan bahan tersebut dalam saintifik lalu dipadankan dengan asbab pengharaman bahan tersebut. Sebagai contoh seperti di bawah:
Pengharaman Babi:
Sepertimana perbincangan pengharaman daging babi. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi...”(al Baqarah: 173)
Setelah itu mereka menyenaraikan asbab keburukan yang terdapat pada daging babi.
1) Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes dari cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya. Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus babi dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung tersumbat), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.
2) Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung.
Kemudian dinyatakan inilah sebabnya babi diharamkan dalam Islam. Sains membuktikan bahawa terdapat mudharat yang besar sekiranya memakan daging babi.
Kenyataan seperti ini dilihat agak berbahaya. Kita perlu berhati-hati dalam memahami hikmah larangan dan asbab pengharaman daging babi. Sekiranya kita mempercayai bahawa disebabkan cacing pita dan lemak yang banyak adalah punca pengharaman kepada babi maka itu adalah cara pemahaman yang salah.
Jika dihujahkan kembali jika sistem penternakan babi sangat terurus dan bersih. Terdapat banyak perusahaan babi organik yang diberi rawatan susulan untuk bersihkan daripada cacing dan mikrob dalam badannya. Sekiranya babi tersebut bersih daripada cacing dan penyakit adakah hukum itu berubah menjadi halal? Sekiranya lemak, tabiat buruk, dan penyakit babi itu dibersihkan maka adakah hukum itu berubah? Sudah tentu pengharamannya tetap haram.
Allah mengharamkan babi bukan disebabkan penyakitnya dan masalah yang ada pada babi. Haramnya babi itu sebab Allah yang mengharamkanya sebagai ujian kepada manusia. Tidak ada dalih untuk melanggar perintah Allah. Mencari hikmah larangan itu adalah hak milik manusia, hak asbab kepada larangan itu adalah milik Allah.
Pengharaman Arak:
Begitu juga masalah yang sama berlaku kepada isu lain. Persoalan kenapa arak diharamkan? maka dibawa kajian yang menyatakan bahawa apabila meminum arak ia akan memberi masalah radang pada kulit, memabukkan sehingga hilang kewarasan, dan sebagainya. Sekiranya ia digaris sebagai hikmah itu masih boleh dibincangkan, akan tetapi sekiranya dinyatakan masalah arak itu adalah sebab kepada pengharamnya maka ia memberi masalah. Hujah sebeginilah digunakan oleh golongan Kristian yang mengharuskan meminum arak padahal di dalam Bible jelas mengharamkan mereka meminum arak. Ia dipanggil kaedah menafsirkan Bible dengan hermaneutik.
“Oleh itu jagalah dirimu baik-baik. Jangan minum wain atau minuman keras dan jangan makan makanan haram.” (Hakim-Hakim 13: 4)
Mereka membawa pernafsiran bahawa ayat itu turun di padang pasir di timur tengah. Suasana yang panas dan keadaan yang kering itu mempengaruhi sebab pengharaman arak. Meminum arak dalam keadaan sebegitu akan menyebabkan keradangan pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan. Mereka faham situasi inilah yang menyebabkan arak itu di larang dalam Bible. Maka mereka membuat alasan sekiranya arak itu diminum di kawasan yang sejuk maka ia dibolehkan, ini kerana kajian saintifik membuktikan bahawa arak boleh berperanan memanaskan badan.
Golongan Kristian juga memahami larangan meminum arak hanya untuk golongan yang minum berlebihan yang hanya mencari kemabukan semata. Ini kerana menurut kajian dalam jurnal New England Journal of Medicine melaporkan, minuman arak mampu mengurangkan risiko serangan jantung. Maka mereka mula menghujahkan arak dalam kuantiti sedikit itu dibolehkan.
Sebab itulah pada pengharaman arak ini Allah SWT tidak menafikan ada kebaikan kepada arak, Allah berfirman yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya..” (Al Baqarah: 219)
Akan tetapi mudharat dan keburukan itu lebih besar daripada kebaikan yang ada pada arak. Akan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk orang Islam menghalalkan arak yang telah jelas diharamkan oleh Allah dalam al Quran. Sebab itulah penafsiran secara hikmah dan saintifik itu perlu berhati-hati kerana ia boleh menjadi hujah juga kepada golongan yang tidak mahu menurut perintah Allah mengikut penafsiran kaedah mereka.
Seperti contoh yang didedahkan sebelum ini mengenai kaedah golongan Kristian yang menggunakan kaedah tafsir juga untuk menghalalkan apa yang di haramkan dalam kitab suci mereka.
Oleh itu usahlah kita terlalu fanatik dalam mencari sebab suruhan wahyu melalui ilmu-ilmu baru yang sering berubah-ubah. Walaupun ia nampak hebat dan moden tetapi kesan buruknya itu sangat berbekas.
Ringkasnya, sains tidak sempurna, banyak kajian yang dipegang oleh saintis pada suatu masa akan diganti dengan paradigma lain tidak lama selepas itu.
Contoh yang konkrit adalah seperti kepercayaan saintis pada awal abad ke 20 an yang mengatakan alam semesta dalam keadaan tetap (steady state) dan memiliki saiz dan umur tidak terbatas, infiniti. Hanyalah pada tahun 1930-an saintis mengambil kira secara serius teori Big Bang sebagai perkembangan kosmos.
Sudah pasti, idea alam semesta kekal infiniti mencanggahi al Quran, yang mengatakan setiap makhluk memiliki had batasan. Kalaulah Muslim awal tahun 1900 ingin menyelarikan Quran dengan sains, lantaran klaim mereka ‘Quran dan sains tidak akan mungkin bercanggah’, maka pasti mereka akan mentafsir semula al Quran supaya bertepatan dengan dapatan sains ‘steady state universe’ yang popular ketika itu.
Namun, 4 dekad kemudian mereka terpaksa pula membatalkan dan menarik balik penafsiran mereka apabila dipopularkan pula teori Big Bang. Kini, mereka akan kata pula al Quran selari dengan teori Big Bang.
Maka soalannya, bagaimana kita dapat kepastian bahawa sains terkini yang digunakan oleh setengah orang untuk menafsir semula al Quran dengan sesuatu teori dan teori itu dibatalkan dalam masa beberapa dekad? Kalau kita baca tentang sejarah sains, ia sangat berkemungkinan untuk berlaku.
Oleh itu perlu berhati-hati dalam kita menegakkan hujah untuk agama. Walau niat baik tapi kaedah itu tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan masalah kelak. Dalam masalah menafsirkan al Quran dengan Sains ia memerlukan disiplin ilmu dan asas untuk diletakkan supaya ia lebih diperhalusi lagi.
Asas Dalam Menentukan Kesedudukan Sains dan Wahyu
Dalam membawa perbincangan ilmu dan wahyu, perkara asas yang perlu diketahui adalah jangan melampau dalam membahas rangka ini. Pendirian wahyu tidak harus dilihat sesempit pandangan sains sehingga mengabaikan asas-asas penyampaian al-Quran yang lebih luas dan menyeluruh, sebagaimana juga tidak mengabaikan langsung kelebihan perkembangan sains moden dalam membantu membuktikan kebenaran al-Quran dari sudut kemukjizatannya.
Al-Quran mengandungi keluasan makna pada setiap ayatnya, ayatnya tidak berubah tetapi maknanya berkembang. Walaupun al-Quran bukan sebuah buku Sains Moden, namun ada sebahagian perkara-perkara saintifik ada dijelaskan di dalam al-Quran. Namun, perlu difahami bahawa peringkat ilmu sains moden adalah suatu ilmu yang berkembang dari masa ke semasa, yang mana ia tidak diterokai dan tidak disusun terutamanya pada zaman awal penurunan al-Quran. Maka ia akan difahami bahawasanya, lafaz-lafaz al-Quran yang dikaitkan dengan maklumat sains moden pada masa kini difahami dengan cara berbeza pada zaman sahabat dan tabi’i terutamanya.
Adapun al-Quran itu sendiri, sebagai wahyu daripada Allah SWT diturunkan juga sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW. Jika ada penjelasan saintifik dan maklumat berkaitan dengan ilmu sains moden di dalamnya, ia menunjukkan kebenaran al-Quran sebagai wahyu daripada Allah SWT, bukan tulisan ataupun karangan manusia pada zaman tersebut, kerana ilmu-ilmu tersebut baharu sahaja dapat ditemui pada zaman moden, seribu tahun selepas al-Quran diturunkan.
Kesimpulannya al Quran itu bukanlah buku sains, buku sejarah dan buku sastera. Ia adalah kitab wahyu yang memiliki hikmah yang menjadi petunjuk bagi kebenaran.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過71萬的網紅VOGUE Taiwan,也在其Youtube影片中提到,課業與工作上的壓力讓你喘不過氣因而連睡眠問題都找上門了嗎?掌握這 5 個秘訣!或許對你的失眠問題會有幫助! #1 記錄每天喝了攝取咖啡因,觀察它是否影響你的睡眠 (Keep a caffeine journal to see how it affects your sleep.) 即使距離上一次攝...
journal bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[RESPON KEPADA ‘BETTER BEER FESTIVAL’: Dari Perspektif Agama Di Malaysia]
Sebelum ini kami sudah mengulas mengenai isu arak di dalam pandangan agama-agama dunia, dan kami berpandangan mengikut konteks Malaysia isu arak tidak relevan jika ia diurus di dalam skop kebebasan beragama. Ini kerana majoriti penganut agama di Malaysia adalah Muslim, Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh yang mana adalah jelas di dalam kitab ajaran agama ini semua mengharamkan arak.
Di Malaysia masyarakat cina bukan Islam adalah golongan yang mendominasi di dalam mengkonsumsi arak. Tidak hairan kerana minuman ini juga dilihat mula berkembang di China. Merujuk jurnal National Geographic: The Birth of Booze, bukti penciptaan arak terawal ditemui di Jiahu, China. Antara bahan yang digunakan adalah jagung, barli, beras, gandum, anggur, tebu dan lain-lain lagi. Ketika itu China masih mengamalkan kepercayaan shamanisme dan agama tradisi nenek moyang. Ia berlaku jauh sebelum lahirnya agama Buddha di India, dan agama Taoisme serta Konfusianisme di China.[1]
Larangan Arak Dalam Agama Buddha
Di dalam Pancasila (lima sila) ajaran Buddha, sila terakhir menyatakan perlu menghindari minuman yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Pali
“Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan. Dan dari ayat ini terdapat banyak pandangan dari kalangan ilmuan Buddha dalam menghurai larangan ini. [2]
Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang. Begitu juga dengan ilmuan yang lain:
“The Vibhanga states that even as little as a drop the size of a dewdrop on the tip of a balde of grass is enough to constitute a violation. So, having even small glass of wine, even if it does not make one drunk, is a transgression.”[3]
“It it known that intoxicants even in small amounts can make one less sensitive, heedless and easily swayed by the defilements. As one starts to enjoy getting high on intoxicants, the effect becomes addictive and usage increases.”[4]
Larangan Arak Dalam Agama Kristian
Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat mengenai larangan meminum arak:
a) Imamat 10:9,
b) Bilangan 6:3,
c) Ulangan 29:6,
d) Hakim-Hakim 13: 4,
e) 1 Samuel 1: 15,
f) Amsal 20: 1, 31: 4-6,
g) Yesaya 5: 11, 22: 24: 9, 28: 9,
h) Mikha 2: 11
Manakala larangan-larangan dalam perjanjian baru dalam Injil Lukas 1: 15 dan Efesus 5: 18.
Larangan Arak Dalam Agama Hindu
Ayat yang melarang meminum arak dalam kitab suci Hindu:
a) Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12 ,
b) Rigveda Buku 8 hymn 21 ayat 14,
c) Athravaveda 6: 70: 1,
d) kitab Manusmriti 7: 47-50,
e) Manusmriti: 11: 55,
f) Manusmriti 11: 91.
g) Malah di dalam Kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.
Di dalam Hindu dibezakan diantara minuman Soma dan juga Sura. Soma ialah minuman yang digunakan untuk ritual keagamaan (zaman Vedik) dan dikatakan ia sejenis minuman memabukkan yang banyak kali disebut di dalam Veda (Rig Veda:1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) tetapi resepi air ini sudah pupus dan tidak dapat dibuat sekarang. Ada yang mengatakan ia dibuat dari susu dan ada dikatakan ia dibuat dari sebuah pohon yang menjalar di gunung.[5]
Manakala Sura pula adalah minuman beralkohol sepertimana arak-arak yang sedia ada pada hari ini.[6] Menurut Madhavi Bhaskar Kokhatkar di dalam jurnalnya Review: Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice mengatakan minuman Sura atau arak ini dilarang di dalam agama Hindu.[7]
Walaupun Veda membenarkan meminum Soma, pada masa yang sama ia juga melarang meminum minuman yang beralkohol (Sura):
“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1)
Ini menunjukkan bahawa meminum minuman keras adalah dilarang malah di dalam kitab Manusmriti terdapat banyak larangan mengenai larangan meminum Sura:
“Killing a Brahmana, drinking (the spirituous liquor called) Sura, stealing (the gold of a Brahmana), adultery with a Guru's wife, and associating with such (fenders), they declare (to be) mortal sins (mahapataka).” (Manusmriti: 11: 55)
“A twice-born man who has (intentionally) drunk, through delusion of mind, (the spirituous liquor called) Sura shall drink that liquor boiling hot; when his body has been completely scalded by that, he is freed from his guilt.” (Manusmriti 11: 91)
Malah tidak menjadi isu apabila ketua Menteri negeri Bihar, Nitish Kumar mengharamkan arak di negeri majoriti Hindu itu pada awal April 2016.
Larangan Arak Dalam Agama Sikh
Dalam kitab agama Sikh Guru Granth Sahib Ji himpunan Guru Gobing Singh terdapat larangan meminum arak menurunkan kecerdasan dan merosakkan fikiran:
ਜਿਤੁ ਪੀਤੈ ਮਤਿ ਦੂਰਿ ਹੋਇ ਬਰਲੁ ਪਵੈ ਵਿਚਿ ਆਇ ॥
“Drinking the wine, his intelligence departs, and madness enters his mind” (Sri Guru Granth Sahib: hlm 554)
Di dalam agama Sikh juga terdapat 5 larangan asas antaranya:
1) Tidak boleh potong rambut
2) Tidak boleh berkelakuan buruk
3) Tidak boleh merokok
4) Tidak boleh memakan daging yang disembelih
5) Tidak boleh minum arak
Larangan Arak Dalam Agama Islam
Di dalam Islam, jika mahu dibandingkan bilangan dalil larangan minuman keras berbanding agama lain, tidaklah sebanyak terdapat di dalam Bible dan juga kitab-kitab Hindu. Akan tetapi oleh disebabkan muslim itu bermaksud seseorang yang tunduk patuh kepada arahan Allah maka kuantiti bilangan larangan itu bukan perkara utama kerana apa yang utama adalah mereka mengikut segala aturan yang disebutkan di dalam kitab suci. Sebab itu dilihat orang Islam lebih sensetif terhadap larangan ini. Di dalam al Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut mengenai larangan arak:
a) Surah al-Ma’idah: 90,
b) b) Surah Al-Baqarah: 219,
c) c) Surah an-Nahl: 97
Amalan Agama Menggunakan Arak
Adapun sebahagian agama animisme dan agama penyembah roh, kebiasaannya mereka akan menggunakan arak sebagai ritual keagamaan mereka. Hal ini boleh dilihat sebahagian besar Cult di Afrika dan masyarakat Afrika Amerika yang menggunakan arak di dalam amalan mereka seperti ajaran Candomble, Kumina, Voodoo, Umbanda, Quimbanda, Santeria dan lain-lain.
Disamping itu juga, terdapat juga ajaran Kristian khususnya yang turut menggunakan arak di dalam ritual mereka. Sebab itu apabila dilihat sebahagian Kristian seperti Black Christ turut menggunakan arak disebabkan sinkretisme amalan masyarakat (animisme) mereka dengan ajaran Kristian yang disampaikan oleh pendakyah Kristian sehingga wujudnya pengambilan arak di dalam agama. Akan tetapi di Malaysia, perkara ini tidak ada dan tidak berlaku. Maka ia tidak boleh menjadi hujah kepada ia adalah anjuran ritual agama.
Kesimpulan
Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukkan dari kesan meminum arak nescaya senarai keburukkannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Malah dengan pengambilan arak juga manusia boleh terjebak dengan jenayah yang lain-lain kerana akal mereka sudah tidak stabil lagi. Sebab itu terdapat akta mengenai kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol di seluruh dunia. Malah jika difikir secara logik, sekiranya seorang individu yang mabuk boleh memberi kesan yang mudharat kepada orang awam apatah lagi sekiranya perkara itu dilakukan secara besar-besaran, pasti impak dan kesan dari orang yang mabuk itu memberi kesan yang lebih teruk kepada orang awam.
Demikian itu, isu ini tidak relevan hanya dibincangkan di bawah rangka kebebasan beragama kerana tidak ada agama di Malaysia yang ‘membebaskan’ meminum arak. Kedua, isu ini perlu juga dibincang dibawah kesan dan mudharat yang bakal menimpa dari pesta orang ramai yang mabuk boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat. Ketiga, program sebegini tidak menguntungkan masyarakat dan negara malah membawa kepada kerosakkan moral, fizikal dan juga mental masyarakat.
Oleh itu masyarakat masyarakat muslim, buddhis, kristian, hindu, dan sikh yang benar-benar mengikut ajaran agama perlulah bersatu untuk menjauhi bahana arak yang jelas memberi kesan buruk kepada masyarakat. Nilailah isu ini dari sudut yang luas dan bukan sahaja hanya fikir untuk keseronokkan dan keuntungan penjualan arak sahaja.
Seorang manusia yang waras dan rasional sudah pasti akan menjauhi arak. Sebuah kisah sebagai penutup yang diceritakan oleh ilmuan Buddhis Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts:
“There once was a man who wanted to “just have a little drink,” but he did not have a dish of food to go with it. Seeing that his next-door neighbour was raising an old hen that was cackling away, he stole the hen and killed it to make a dish to eat while he drank his liquor. Thus he had broken the precepts against killing and stealing in one fell swoop. When the lady of the house next door came home and asked about her hen, the man told her that he had not seen it, thereby breaking the precept against lying. By now the man was a bit drunk, and seeing how beautiful the woman was, he started flirting with her and touching her in an indecent manner."
"Consequently, he also broke the precept against sexual misconduct. It was because of consuming intoxicants that all five precepts were broken in one stroke.”
Dengan hanya bermula sedikit ia boleh menyebabkan manusia melanggar semua hukum hakam dan ia diumpamakan ibu segala kejahatan. Sesuai dengan sebuah hadis mengatakan: الخمر أم الخبائث “Arak itu ibu segala kejahatan” (Silsalat al-Hadith as-Sahiha no: 1854).
Nota akhir:
[1] Lihat – (February 2017) Journal National Geographic: The Birth Of Booze Our 9000 year Love Affair With Alcohol, vol 231 no 2, hlm 48-49
[2] Lihat Aggacita Bhikkhu (2010). The Importance of Being Morally Virtuous, Sasanarakkha Buddhist Sanctuary, Taiping, hlm 65-71 / Lihat Bikhu Dhammavuddho Mahathera, (2011). Pesanan Buddha, Sangha Foundation, Perak hlm 4 / Lihat – (2014). Buddha & Me: For Biginners, Ti-Ratana Buddhist Society, Kuala Lumpur, hlm 41 / Dr. K. Dhammananda, (2002). What Buddhists Believe, Buddhist Missionary Society Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 210-211.
[3] Lihat Veberable Fa Xun (2011). One Life Five Precepts, Shi Faxun, hlm 73
[4] Lihat Chan Khoon San (2002). Introductory Course in Buddhism, Selangor Buddhist Association, Kuala Lumpur, hlm 89
[5] Lihat Mark Cartwright (2016). Ancient History Encyclopedia: Soma - http://www.ancient.eu/Soma/
[6] https://beerinindia.wordpress.com/tag/sura/
[7] Madhavi Bhaskar Kokhatkar (1999). Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice, D.K Printworld, India, hlm 140
R&D Team MRM
journal bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[What Does Religions Say About Alcohol]
Alcohol is a type of drink with alcoholic substance that is able to make an individual drunk. Even if it can only affect the individual in a large quantity, drinking it in a lesser quantity is still considered as alcohol as it has the criteria of an alcoholic beverage.
The history of alcohol invention is lengthy, referring to an article by National Geographic: The Birth of Booze, proofs that earliest trace of alcohol was found at Jiahu, China. Among the ingredients used to make an alcoholic beverage are corn, barley, rice, wheat flour, grapes, sugarcane and many more.
Religion and Alcohol
Religion came to guide human being with the laws by the Creator (Allah) in order that human being will not cause destruction to this world. Alcohol is the mother of immoral behavior, the mind of a drunken individual will not function rationally and his action will be beyond his control. In fact, the majority of religions forbid the consumption of alcohol. Previously, Islam in the only religion that famously known for its prohibition of alcohol, however it is to note that other religion also prohibits it:
Islam
In Islam, the number of verses concerning the prohibition of alcohol are lesser than other religions such as in the Bible and Hindu scriptures. Even so, as Muslim means someone whom submits to the command of Allah hence the amount of verses is not the main focus instead it is the command in the scripture that takes into account. That is the reason why Muslims are more sensitive when it comes to alcohol. Below are verses in the Holy Quran that mentions the prohibition of alcohol.
a) Al-Ma’idah 5:90,
b) Al-Baqarah 2:219,
c) An-Nahl 16:97
Hinduism
Verses that prohibits the consumption of alcohol:
a) Rigveda book 8 hymn 2 verse 12,
b) Rigveda book 8 hymn 21 verse 14,
c) Athravaveda 6: 70: 1,
d) Manusmriti Scripture 7: 47-50,
e) Manusmriti: 11: 55,
f) Manusmriti 11: 91.
g) In the Manusmriti Scripture 9:225, the selling of alcohol is also forbidden.
In Hinduism, Soma and Sura drink are differentiated. Soma is a fermented juice drink used in religion ritual (Vedic Times) and it is said to be an alcoholic beverage that is mentioned numerous times in Veda (Rig Veda 1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) however, the ingredient for this beverage is already extinct and cannot be made today. There are opinions that it is made from milk or a climbing plant which thrives in mountain areas. (Mark Cartwright: Ancient History Encyclopedia: Soma: 2016).
While Sura is a form of liquor, same as other kinds of alcoholic beverage available in this era. According to Madhavi Bhaskar Kokhatkar in his journal “Review: Surā, The Liquor and The Vedic Sacrifice”, it stated that Sura or this liquor is forbidden in Hinduism.
Even though Veda allows the consumption of Soma, at the same time it forbids the consumption of alcoholic beverage (Sura):
“Weak minds are attracted towards meat, alcohol, sensuality and womanizing. But O non-violent mind, you focus your mind towards the world in same manner as a mother cares for her child.” (Athravaveda: 6: 70: 1)
One becomes sinful if he or she crosses even one of the 7 restraints. Yaskacharya defines these 7 sins in his Nirukta as: Theft, Adultery, Murder of a noble person, Abortion, Dishonesty, Repeating misdeeds and consumption of alcohol. (Rigveda 10:5:6)
This shows that drinking alcoholic beverage is forbidden and there are many verses in the Manusmriti scripture that prohibit the consumption of Sura.
“Killing a Brahmana, drinking (the spirituous liquor called) Sura, stealing (the gold of a Brahmana), adultery with a Guru's wife, and associating with such (fenders), they declare (to be) mortal sins (mahapataka).” (Manusmriti: 11: 55)
“A twice-born man who has (intentionally) drunk, through delusion of mind, (the spirituous liquor called) Sura shall drink that liquor boiling hot; when his body has been completely scalded by that, he is freed from his guilt.” (Manusmriti 11: 91)
In fact, on early April 2016 it did not become an issue when the Chief Minister of Bihar state, Nitish Kumar prohibits alcohol in the state with the majority is Hindu.
Buddhism
According to Buddha teachings of Pencasila (Five Precepts), the last precepts states that one must avoid intoxicating beverage. In the Pali language “Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” translated as abstaining oneself from drinking intoxicating beverage.
Even a Buddhist Monk by the name of Master Hsing Yun in his book, The Five Precepts states it is still forbidden to consume even a little of alcohol. Same goes to other Buddhist monk and scholars:
“The Vibhanga states that even as little as a drop the size of a dewdrop on the tip of a balde of grass is enough to constitute a violation. So, having even small glass of wine, even if it does not make one drunk, is a transgression.” (Veberable Fa Xun: One Life Five Precepts: 2011: page 73)
“It it known that intoxicants even in small amounts can make one less sensitive, heedless and easily swayed by the defilements. As one starts to enjoy getting high on intoxicants, the effect becomes addictive and usage increases.” (Chan Khoon San, Introductory Course in Buddhism: 2002 page 89)
Judaism
In the Old Testament, there are many verses on the prohibition of alcohol:
a) Leviticus 10:9,
b) Numbers 6:3,
c) Deuteronomy 29:6,
d) Judges 13: 4,
e) Judges 14: 1,
f) Samuel 1: 15,
h) Proverbs 20: 1, 31: 4-6,
g) Isaiah 5: 11, 22: 24: 9, 28: 9,
h) Micah 2: 11
Christianity
Prohibition of alcohol is as stated in the Old Testament while in the New Testament Luke 1:15 and Ephesians 5: 18.
Sikhism
In Sikhism scripture, Guru Granth Sahib Ji compilation of Guru Gobing Singh, there is prohibition of alcohol consumption:
“Drinking the wine, his intelligence departs, and madness enters his mind.” (Sri Guru Granth Sahib: Page 554)
In Sikhism, there are 5 basic prohibitions;
1) Cutting ones hair
2) Bad behavior
3) Smoking
4) Eating meat killed in a ritualistic manner
5) Alcohol consumption
Alcohol in Religious Practices
Alcohol is used in religious practices of some Animism religion and spirit worshipers. This is also the same for some of the biggest cult in Africa and the African American community such as Candomble, Kumina, Voodoo, Umbanda, Quimbanda, Santeria and many others.
Besides that, alcohol is also used as part of religious ritual in some Christian’s teachings. For example Black Christ uses alcohol due to the syncretism people practice (animism) adding on with the teachings of Christianity by Christian missionaries so that there is alcohol in religion.
Apart from that, the consumption of alcohol in Christianity is due to misinterpretation of the texts from the Bible. Even though there are prohibitions in the Bible, the justification given is that alcohol can be consumed as long as one refrains from getting drunk. There is also commentary that the verses were revealed in the ancient times and the situation is not the same as today.
Besides that, another interpretation is the prohibition is specifically for the Jews hence the Gentiles is allowed to consume alcohol. There are even more misinterpretations made towards the verses.
That is one of the main factors resulting in the corruption of religion. Syncretism from other beliefs mixed with religious practices between one religion and another, also the misinterpretation of liberals that deviate from the original text.
Summary
The majority of religion prohibits alcohol. Even logically, human beings will refuse the harming effects of alcohol consumption. If the benefits and detrimental effects of alcohol were to be compared, indefinitely the detrimental effects are greater. In fact, due to alcohol consumption an individual can easily engaged in crime as the mind is in an unstable condition. Due to the same reason also, there are laws made worldwide on driving under the influence of alcohol. A human being with a sane mind will surely refrain from alcohol consumption, specifically because it is the command of Allah and also because of the harmful effects. A story taken from the Buddhist Monk, Master Hsing Yun in his book The Five Precepts:
“There once was a man who wanted to “just have a little drink,” but he did not have a dish of food to go with it. Seeing that his next-door neighbour was raising an old hen that was cackling away, he stole the hen and killed it to make a dish to eat while he drank his liquor. Thus he had broken the precepts against killing and stealing in one fell swoop. When the lady of the house next door came home and asked about her hen, the man told her that he had not seen it, thereby breaking the precept against lying. By now the man was a bit drunk, and seeing how beautiful the woman was, he started flirting with her and touching her in an indecent manner. Consequently, he also broke the precept against sexual misconduct. It was because of consuming intoxicants that all five precepts were broken in one stroke.”
Just a little drink drove a human being into violating the laws and tenets, hence alcohol can be describe as mother of all evil. As stated in a Hadith الخمر أم الخبائث “Alcohol is the mother of all evil” (Silasat al-Hadith as-Sahiha no:1854).
Allah knows best.
journal bible 在 VOGUE Taiwan Youtube 的最佳貼文
課業與工作上的壓力讓你喘不過氣因而連睡眠問題都找上門了嗎?掌握這 5 個秘訣!或許對你的失眠問題會有幫助!
#1 記錄每天喝了攝取咖啡因,觀察它是否影響你的睡眠
(Keep a caffeine journal to see how it affects your sleep.)
即使距離上一次攝取咖啡因已經好幾個小時,它也有可能讓你失眠,記錄你的睡眠習慣與咖啡因攝取量,看你是否注意到什麼規律。你甚至應該某一天完全不喝咖啡測試。
#2 睡前一小時將你的電子產品收起來
(Put away all of your electronics at least an hour before bed.)
你的電腦和手機螢幕會傳播藍光,導致體內的褪黑激素延遲釋放,打亂睡眠節奏
#3 或是你可以戴上抗藍光眼鏡
(Or you can try special glasses that block out blue light, instead.)
抗藍光眼鏡可以保護眼睛不被藍光干擾睡眠,有些APP還能降低手機上的藍光,不妨一試!
#4 試試看「加重毯」
(Look into a weighted blanket.)
有些人說「加重毯」幫助他們睡覺,建議你取得醫生同意後再購買,確認你並無血液循環或呼吸問題
#5 日落時攝取褪黑激素
(Take melatonin at sundown on extremely restless nights.)
褪黑激素通常在日落時上升,所以在日落時攝取才不會亂了你的生理時鐘,但是攝取太多褪黑激素也會導致自身產量減少,所以也記得跟醫生詢問喔!
5 Tips for Coping With Insomnia
#健康生活
----------
【 更多熱門主題推薦 】
√ 名人73個快問快答+名人包包 ► http://bit.ly/2rBu73D
√ 女星/名人封面特輯 ► http://bit.ly/2pPOCsi
√ 瘦腿、塑腰、練翹臀!最多瘦身 ► http://bit.ly/2f7qFHW
√ 美容保養/彩妝技巧 ► http://bit.ly/2fns0cP
----------
【更多VOGUE TAIWAN】
Web:http://www.vogue.com.tw/live/
Facebook:https://www.facebook.com/VogueTW/
Instagram:https://www.instagram.com/voguetaiwan/
Twitter:https://twitter.com/Vogue_Taiwan
LINE:voguetaiwan
✨喜歡影片請記得幫我們按讚+訂閱 http://bit.ly/2eoVk7R
✨Still haven’t subscribed to Vogue Taiwan on YouTube? ►► http://bit.ly/2eoVk7R
----------
※關於時尚,VOGUE說了算!自從1892年第一本VOGUE在美國出版以來,至今已有122年的歷史,始終被時尚專業人士所推崇,因此榮譽為Fashion Bible時尚聖經