Menyusukan anak ni letih ke?
Iya.. Sangat letih!
Bukan 10 minit anak menyusu, anggaran masa yg diperlukan sehingga anak hilang haus, memakan masa 20 minit. Itu belum campur anak mengempeng sampai sejam.
Kalau dlm keadaan baring, dapatlah kita terlelap sekejap. Itu pun kejap2 terjaga takut anak tersedak susu. Tapi kalau dlm keadaan duduk pula, tersengguk2 emaknya memangku anak.
Itu kalau ibu menyusukan anak secara 'direct'. Kalau pam susu, sebelah 15 minit,sebelah lagi dlm 20 minit..
Kadang-kadang lebih setengah jam pam susu, duk picit2 breast bagi keluar lagi susu.. 😂😂 Yg ni admin selalu buat, konon2 nak bagi susu keluar banyak lah..
Walaupun ibu letih dan lemah tak bertenaga, walaupun ibu terpaksa minum dan makan dgn banyak, walaupun ibu terpaksa mencuba pelbagai suplimen milkbooster utk banyakkan kuantiti susu..
Demi anak!
Ibu sanggup, ibu takkan give up utk menyusukan anak. Ibu rasa bangga dan gembira bila anak ibu kenyang dan happy bila menikmati susu ibu..
Mana ibu yang menyusukan anak?
Semoga kita terus istiqomah, sabar dalam menjalani hari-hari yg indah dlm dunia penyusuan. ❤️❤️
Buat suami, teruskan menyokong isteri anda 😍
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Wow! Tak sangka la pemilik suara Didi and Friends ni dah besar rupanya! ? Tapi suara maintain jeee! Apa apa pun, korang kena tengok Konsert Hora Horey...
「kalau rasa gembira」的推薦目錄:
- 關於kalau rasa gembira 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
- 關於kalau rasa gembira 在 Facebook 的最佳解答
- 關於kalau rasa gembira 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於kalau rasa gembira 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
- 關於kalau rasa gembira 在 Qim Anna Youtube 的最佳貼文
- 關於kalau rasa gembira 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於kalau rasa gembira 在 Lagu Kanak Kanak | Kalau Rasa Gembira | Didi & Friends 的評價
- 關於kalau rasa gembira 在 Lagu Kanak Kanak Melayu Malaysia - KALAU RASA GEMBIRA 的評價
- 關於kalau rasa gembira 在 Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan - Lagu Kanak TV - YouTube 的評價
- 關於kalau rasa gembira 在 HONG SHI NING 2A LAGU KALAU RASA GEMBIRA - Facebook 的評價
- 關於kalau rasa gembira 在 Kalau Rasa Gembira - YouTube 的評價
kalau rasa gembira 在 Facebook 的最佳解答
Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.
Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan bintang bintang di langit.
Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.
Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.
Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.
Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati, kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.
Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.
Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.
Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.
Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat kepada si isteri.
Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan lain lain keperluan.
Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.
Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.
Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:
“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab dapat baby boy!”
Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.
Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada saya.
Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang sepatutnya.
Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di makan oleh isteri musafir.
Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak rakyat dengan tangan sendiri.
Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?
Siapakah nama Raja orang islam ini?
Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?
Pemimpin berjiwa rakyat?
Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina Umar, tapi janji politik ni, adohai..
Akhir kata…
Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil, sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Fikir fikirkan lah.
Woha!
Hamka (Kereta Mayat) 2021, 24 Sept.
kalau rasa gembira 在 Facebook 的最讚貼文
Sambungan cerita SAMPAH.
.
Mungkin ramai di antara kita yang rasa perangai orang kita ni amat sukar untuk di bendung kan? Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat dari sudut yang positif, sebenarnya masih ada harapan untuk masyarakat kita. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu persepsi diri kita, kerana menidakkan kebolehan adalah salah satu langkah pramatang. Usaha haruslah kekal berterusan dan jika masih menemui kebuntuan maka ada keperluan untuk mencari tonik baru sebagai evolusi dalam percubaan. Pada pendapat saya ada beberapa tempat yang kita perlu rujuk kembali untuk memperkemaskan balik idealogi kefahaman serta mentaliti orang kita tentang bab ini.
.
Yang pertamanya adalah di peringkat rumah sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga sentiasa memperingatkan anak-anak tentang perihal ini. Saya sendiri sentiasa menitik beratkan perkara ini kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat kumpul sampah depan mereka dan juga saya tunjuk saya simpan sampah kecil dalam poket seluar sebelum di buang ke tong sampah berdekatan. Adakalanya tu saya buat macam kuiz, saya tanya kenapa saya buat sedemikian, kita bagi mereka berfikir sikit lah guys, baru senang nak lekat dekat kepala anak-anak. Apapun, didikan dirumah itu adalah amat penting dan kita jangan terlepas pandang. Dan juga, jangan lupa ye, LEAD BY EXAMPLE.
.
Keduanya di peringkat sekolah. Mungkin tidak perlu ada polisi khas dan sebagainya pun, kalau nak buat macam tu pun mungkin bagus. Macam dekat rumah tadi, kena ada penyampaian maklumat dan peringatan yang berterusan dari warga pendidik. Mungkin boleh juga dirancakkan sekali sekala dengan aktiviti gotong-royong kutip sampah berserta PENGISIAN ILMU. Bukan sekadar arahan tetapi ada penjelasan dan perkongsian ilmu tentang aktiviti tersebut. Sekolah adalah tempat dimana budak-budak ni untuk ‘absorb’ maklumat. Andai kata ada seorang dua yang jenis kepala batu, mereka masih juga akan terkesan apabila melihat kebanyakkan rakan membuat perkara yang betul. Sekolah adalah tempat kedua pembentukan sahsiah diri anak-anak kita, jadi kenapa tak nak gunakan peluang tersebut sebaik mungkin kan?
.
Ketiga diperingkat kebangsaan yang meliputi media massa dan media cetak, agensi-agensi kerajaan, mereka yang berpengaruh di dunia realiti mahupun alam maya dan sebagainya. Semua perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama. Selalu menyampaikan mesej kesedaran tanpa perlu tunggu menerima arahan mahupun bayaran. Memang lumrah manusia sentiasa lupa dan perlu di ingatkan. Kalau tak kawan-kawan, tak kanlah syarikat-syarikat besar sanggup melabur jutaaan ringgit untuk kempen pemasaran. Semata-mata untuk produk mereka di lihat setiap hari oleh masyarakat sama ada melalui billboard, kaca tv, surat khabar mahupun social media. Konsep sama kita harus ciplak dan sama-sama BERGANDINGAN untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia.
.
Keempat, ermm....keempat ape erk? Hurmm lupa dah. Owhh! Elakkan dari menuding jari dalam isu ni. Salah kau, salah dia, salah mereka. Sampai ke sudah masalah tak kan selesai. Kadang-kadang masalah masyarakat kita macam ni lah, bila ade satu isu, semua orang sibuk duk cari sape yang salah. Lepastu berlarutan dan mulalah merapu sampai ke bab lain. Berbeza dengan apa yang saya belajar, dalam situasi tersebut sepatutnya semua orang kena fokus kepada SOLUSI nya. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Bagaimana untuk elakkan perkara ini berulang lagi? Apa langkah seterusnya? dan lain-lain. Macam ni barulah masalah boleh selesai dengan cepat.
.
Yang terakhir adalah kompaun, denda dan yang seantara dengannya. Saya sebenarnya kurang selesa dengan langkah ni. Kalau boleh kita elakkan bab denda-denda ni dan jikalau perlu untuk denda jugak, biarlah dengan tujuan untuk mendidik. Kenapa saya kurang setuju? Menghukum adalah langkah bersifat sementara sebenarnya kawan-kawan. Ianya bukan pendekatan yang efektif pun. Sebagai contoh, kita ada anak. Bila anak tak solat, instead of didik dengan penjelasan dan hujah, kita guna cara hukuman. Anak tu akan solat selagimana kita ada, kerana takut. Akan tetapi sampai satu masa bila anak tu dah keluar dari rumah, anda rasa apa akan terjadi? Sebahagian besarnya akan buat perkara sebaliknya, ‘culture shock’. Di pendekkan cerita, kita tak nak masyarakat kita takutkan denda dan kompaun, atau sebab takut kerana ada cctv merata tempat dan juga mungkin ada pihak penguatkuasa. Tetapi kita nak masyarakat kita buang sampah ke tempat yang sepatutnya adalah kerana mereka mempunyai kefahaman mutlak akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat. KESEDARAN SIVIK.
.
Saya mungkin betul dan saya juga mungkin salah. Ini cumalah pendapat dan idea-idea dari saya. Jika anda rasa ianya bernas, bolehlah diguna pakai dan saya gembira jika ianya dapat dimanfaatkan. Akan tetapi jika anda ada pandangan dan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik, bolehlah kongsi di ruangan komen supaya kita semua dapat gunakan untuk kebaikan bersama. Tugas mendidik itu adalah tugas kita BERSAMA.
.
Terima kasih semua 🙏❤️🇲🇾
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
kalau rasa gembira 在 MeleTOP Youtube 的最佳解答
Wow! Tak sangka la pemilik suara Didi and Friends ni dah besar rupanya! ? Tapi suara maintain jeee! Apa apa pun, korang kena tengok Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di Astro First! Hora horeyyyy!
#MeleTOP
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
kalau rasa gembira 在 Qim Anna Youtube 的最佳貼文
Irama : Kalau Rasa Gembira
Penulis / Koreografi : Cikgu N. Firdaus
Suara & Visual : Cikgu Mustaqim
kalau rasa gembira 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
“ Aku bagi kau makan, lepas ni ni aku mkn kau pula yer” benci lah Odah ni..!! Tgk muka odah rasa mcmnk ketuk sampai benjol “
.
Sy suruh dia senyap masa bagi mkn ikan ..!! Nanti ikan lari klu bising dn gerak2 badan ..dia masih dgn sengal terus buat lawak, sy pula tak tahan dgn lawak odah mesti nak terkencing dan goyang badan tahan nak gelak
.
Begitu lah cantiknya alam, sungai bonda yg ikan liar boleh dijinakan , dia dtg dekat manusia. Sy memg tak benarkan org memancing di rumah sungai bonda, tapi keseronokan memancing dan menjala ikan yg dilakukan oleh org2 asli tidak dpt sy tahan. Kalau boleh sy nak sgt hidup dgn alam
.
Tapi Allah menjadikan alam utk manusia nikmati sebab Allah jadikan alam utk manusia bukan utk jin. Dan sebagai manusia kita kena bertanggungjawab dan menyayangi alam
.
.
Sy sentiasa mengucapkan tasbih Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu akbar setiap kali sy merasa gembira dgn nikmat yg Allah berikan bersama alam
.
.
Bagi tamu yg dtg ke rumah hutan dan rumah sungai, ingin lihat dn explore apa yg sy posting di dlm media sosial..Tertarik kerana apa yg sy sampaikan bukan satu promosi resort semata2 tetapi sy ajak anda sayang alam, ia ilmu utk kita mujahadah menyayangi alam dan sesama makhluk yg kita akn tinggalkan pd anak cucu kita akn dtg
.
Bisnes part lain, ilmu dan kebersamaan sesama makhluk dn manusia itu yg paling utama sebab sy yakin, penjagaan alam bersama2 , adab sesama makhluk mewujudkan satu fenomena yg paling sihat , aman dn menyeronokkan hidup sesama manusia di muka bumi dn menaikan prestasi negara dgn sikap kita
.
Hidup ini memg sedia banyak masalah sebab itu dlm Islam adab dan akhlak ini sgt diutamakan kerana ia tidak boleh dibina dlm masa 3 tahun...bina dn perbaiki wlu kehujung nyawa
.
Inilah yg paling utama sebelum islam dan iman diperkenalkan pd manusia.
kalau rasa gembira 在 Lagu Kanak Kanak Melayu Malaysia - KALAU RASA GEMBIRA 的推薦與評價
Kalau rasa gembira tepuk tangan(If you're happy and you know it clap your hands)Kalau rasa gembira tepuk tangan(If you're happy and you know ... ... <看更多>
kalau rasa gembira 在 Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan - Lagu Kanak TV - YouTube 的推薦與評價
975,793 views May 10, 2019 Kalau rasa gembira tepuk tangan Kalau rasa gembira tepuk tangan Kalau rasa gembira beginilah caranya … Show more. ... <看更多>
kalau rasa gembira 在 Lagu Kanak Kanak | Kalau Rasa Gembira | Didi & Friends 的推薦與評價
Jom menari dan menyanyi bersama Didi & Friends di YouTube dan Astro Ceria! Hora Horey! (LIRIK) Tepuk tangan! Kalau rasa gembira tepuk tangan, ... ... <看更多>