Semoga kalian yang membaca artikel ini dapat kemudahan rezeki untuk hantar anak-anak Tusiyen seperti ini. Rezeki anak-anak dah ditentu, kita sebagai mak ayah juga yang mencorakkan mereka dan dorong mereka untuk berjaya.
Saya yakin dan percaya, jika niat mencari redha Allah, ke jalan Allah insyaAllah pelajaran dan ilmu yang dikejar akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan berkat untuk anak-anak. Dan mereka jua dapat mengamalkannya dalam kehidupan mereka.
Percaya atau tidak, jika kita lazimi anak-anak dengan suasana yang kondusif dan persekitaran ilmu, insyaAllah permainan game bukan lagi fokus utama.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kelas tuisyen membaca」的推薦目錄:
- 關於kelas tuisyen membaca 在 Facebook 的精選貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於kelas tuisyen membaca 在 Kelas membaca fahim - 貼文 - Facebook 的評價
- 關於kelas tuisyen membaca 在 KELAS MEMBACA PETIKAN DAN SUKU KATA KVKV 的評價
- 關於kelas tuisyen membaca 在 [live] pendidikan khas – bahasa melayu mari membaca kv+kv ... 的評價
kelas tuisyen membaca 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Janganlah marah jika tak faham nasihat di sebalik pantun melayu.
Pesan pantun ni nak cari bini jangan tengok wajah cantik semata mata. Tengok juga tahap ilmunya. Jika tumbuk sambal yang tak guna dapur api pun tak pandai yang lain apatah lagi?
Sekali dapat bini anti vaksin, anti beranak di hospital, anti bank islam, anti memasak tak ke naya?
Maka pesan saya kepada orang bujang:
Sebelum saya kahwin, saya belajar beberapa perkara agar bini dan anak lebih gembira hidup dengan saya:
Saya belajar main gitar- bini suka dan anak pun suka.
Saya belajar melukis –bini suka, anak lagi suka!
Saya belajar mewarna- Anak suka sangat.
Aku hafal lagu popular-dalam radio, bila ada lagu lama, saya menyanyi dengan baik, bini terhibur, anakpun gembira.
Saya belajar Bahasa English- anak suka tanya jika tak faham.
Saya belajar Sains-bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila berlaku peristiwa.
Saya belajar agama- bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila ada masalah agama.
Okey banyak nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Bini saya pulak, sebelum kahwin dah belajar tumbuk sambal, dan belajar memasak, belajar kemas rumah, belajar basuh baju, belajar jemu baju, lipat baju, kemas dapur dan sebagainya.
Hasilnya saya rasa sangat lapang serta tenang dan masa menulis idea mencurah curah sebab rumah kemas dan minum pakai semua cukup.
Bini saya juga belajar menjahit sebelum kahwin, tahun pertama hari jadi dia minta hadiah mesin jahit, sekarang langsir rumah dan baju anak-anak, banyak bini yang jahit. Alhamdulillah, mesin jahit tu masih elok sampai sekarang siap buas bisnes jahit tanjak.
Bini saya juga belajar hias rumah dan hias halaman, lepas kahwin sayadah tak payah pening kepala.
Bini saya pernah bercita cita nak jadi cikgu-tapi takde rezeki, namun lepas kahwin anak anak dapat kelas tuisyen percuma, bila anak cemerlang- anak dapat hadiah, bini pun dapat-woha!
Bini saya juga pandai mengaji-lepas kahwin anak anak semua mengaji dengan dia sampai khatam.
Banyak jika nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Moralnya di sini, kepada orang bujang, tambah kemahiran korang, belajar sekarang, nanti lepas kahwin, pasangan korang akan rasa diri korang ni asset, bukan liability.
Jangan buang masa main game, tengok TV, melepak, dan update fesyen, jangan! Baik korang pergi belajar menjahit, belajar berenang, belajar asas elektrik, belajar ilmu rumah tangga, belajar tumbuk sambal dan belajar agama, sebab nanti bila dah kahwin, korang akan buat bini dan anak gembira.
Nampak tak?
Sila kagum dari jauh!
Woha!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ingin membaca lebih banyak kisah menarik dari Hamka keretamayat?, ada ayat power, tazkirah santai, nasihat deep, cerita lucu dan banyak lagi, dapatkan e-book Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai.
http://keretamayat.blogspot.com/p/permata-yang-hilang-kini-di-jumpai-ebook.html
kelas tuisyen membaca 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Baca ini jika tak pandai Bahasa English!
Kepada korang yang dah terer Bahasa Inggeris, boleh abaikan entry ini, biarkan aku yang pernah ambik BM julai mengajar pembaca yang lain akan betapa pentingnya korang kena belajar Bahasa English.
Semua tahu sudah, belajar Bahasa English itu penting kerana banyak sekali akan sumber ilmu yang dapat dirujuk dalam Bahasa English, boleh rujuk Wikipedia yang mana rujukan terbesarnya dalam Bahasa English, dan jika korang berniat untuk menyelamatkan dunia, maka ‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah bila korang pandai English, insyALLAH terutama jika kamu expert like a crazy pig (Pandai gila babi).
Nota: Gila babi bukan digunakan untuk menghina, tapi untuk menujukkan rasa kagum yang teramat iaitu kagum gila babi-harap maklum.
Lagipun aku dengar cerita, jika tak tahu English, jika memang Olimpik ke, memang FIFA ke, silap berucap, siaplah korang jadi bahan nitezen walaupun pandai gila babi main bola, adohai..
Balik pada Main topik, Pendek cerita, Dulu, aku adalah seorang melayu yang agak malas belajar bahasa English, Mungkin sebab zaman aku dulu, PM tak wajibkan lagi belajar Matematik dan Sains dalam BI, lagipun masa tu belum ada internet, maka aku jadi macam tak endah dengan pentingnya BI, (alasan.)
Sehinggalah pada suatu hari, setelah aku melihat budak budak Punk ketawa membaca tulisan di dinding tandas yang buat aku iri hati dengan kelebihan ilmu mereka dan di tambah dengan ramainya pendosa dari luar Negara yang datang ke Malaysia, maka aku mulai berniat to improve my English language sebagai salah satu kaedah yang lebih cepat dalam usaha menyelamatkan dunia..insyAllah!
Bak kata pepatah:
“Everyone should be able to do one card trick, tell two jokes, and recite three poems, in case they are ever trapped in an elevator.” (Lemony Snicket)
Namun, sebab aku dah lama habis sekolah dan aku juga seorang yang miskin, takde duit nak masuk tuisyen dan takde masa jugak nak pergi belajar, maka aku belajar English dengan cara aku sendiri, dan sekarang, berkat usaha gigih karisma dedikasi integriti.. err,, kejap.., cerita aku di sini bukanlah nak cerita aku yang dah terer English gila babi, tapi nak cerita tentang bagaimana kita sama sama boleh cepat pandai dalam English… insyAllah.. so tiada lagi istilah “hot-hot chicken shit”
Jadi, mula-mula sekali dalam bab nak belajar English, korang kena ada kamus sendiri, kalau takde korang kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja, kalau boleh hafal kamus, jika dulu Nabi di gelar ‘Al quran yang bergerak’, maka sekarang, korang kena jadi ‘kamus yang bergerak’..
Jika aku jumpa korang dan bertanya, what is masturbation? Terus dapat jawab, dan tolong jangan buat! Sebab itu hanyalah contoh!
Dan aku tahu, korang tak pandai BI bukan sebab korang bodoh, tapi sebab korang tak tahu makna dan malas nak hafal sebab buat block dalam otak, tak tahu BI boleh hidup gak, kata korang, malaikat dalam kubur tak tanya dalam BI, korang beralasan.., dalam syurga lebih afdal cakap arab! arghh, malas nak cerita, apa kata korang just bukak block tu, dan aku heran kenapa pelajar dalam kelas BI tak ada kamus kat tangan, masalah pertama kamu adalah tak tahu makna, itu masalah yang paling utama! Tak tahu makna! Beli kamus dan hafal, itu key yang pertama!
“Don't be so humble - you are not that great.” (Golda Meir)
Dulu bila aku baru berkecimpung dalam bidang internet, rasa teruja sungguh, sebab begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai, bukak sahaja wikipedia dan boleh baca semua cerita, baru aku tahu apa itu “Rotten Tomatoes”, siapa “Maddox”..,imdb info, tapi sebelum tu, semua nak kena pandai English!
Dan bila dah pandaiEnglish, boleh buat niat untuk berdakwah ke peringkat antarabangsa, bukan setakat Perlis sampai ke Sabah sajer perjuangan kita.., baru boleh dapat pingat emas peringkat olimpik dan tebus satu juta! Dan itu cerita lain-woha!
Jadi sebab baki hayat kita dah tinggal sikit.., maka aku belajar BI dalam “ruang yang terhad” tapi masih seronok sebenarnya, sebab dunia belajar itu memang fun bukan?, dan semua dengan pertolongan Allah.
Jadi , aku memang rajin baca ‘Wikipedia, the free encyclopedia’ dan baca sambil bukak kamus, (sekarang dah ada google translate) lepas tu beli akhbar the Star, beli komik English (sekarang banyak yang on line)dan beli jugak kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab Hadis versi English, baca baca baca..
Bila berjalan, aku akan bawak kamus, (sekarang dah ada app, just install) jika nampak tulisan yang di conteng di dinding tandas awam dalam bahasa English, aku akan bukak kamus dan ketawa jika lawak itu bermutu tinggi..
Contoh lawak di tulisan tandas:
A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man. (Lana Turner)
Untuk lebih cepat pandai, aku pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu satu versi BM dan satu versi English, dan kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan..,
Buku BI : How To Give Any Woman Orgasms and have a beg you for more
Buku BM : Tak sampai hati nak tulis…
Untuk dapat saham di dunia dan akhirat pula, aku baca buku islamic yang ada dua versi BM dan BI, seperti buku Tafsir dan buku Hadis, kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan, ada jugak waktu, aku baca taklim dalam BM, aku semak dalam BI.
Contoh Hadith BI dipetik dari “A Selection of Ahadith”
Nabi Said: He is wise and shrew who takes account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Contoh yang sama Hadith BM dipetik dari “Himpunan Hadith Pilihan”
Nabi bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisap akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati, Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat Pengampunan Allah. (Tarmizi)
Kadang kadang aku kaji falsafah English seperti berikut..
“Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own room.” ― Bill Gates
Kadang kadang jugak, bila menonton filem, aku akan focus pada subtitiles dan apply dalam kehidupan seharian..
Contoh petikan Dialog dari Filem "Bujang Lapuk" [old bachelor(s)]
Aziz: Probably ... that house that you mentioned, has anyone occupied it yet ?
Sudin: Which house ?
Aziz: That house, the one that you kept talking about.
Sudin: Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get it.
Aziz: How many rooms, Din ?
Sudin: I saw three rooms.
Aziz: That's good. Each of us can have a room to himself. Are they large ?
Sudin: Not very. But it's long - 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz: Quite big, huh, there's even depth.. That's a grave !
Woha!
Dah naik syekh, Ada jugak aku cuba menanyi lagu melayu dalam Bahasa English seperti lagu:
-Sekadar di Pinggiran “Just at the Edge”
-Menaruh Harapan “Pinning on Hope”
-Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu “You are the Key to My Love in Your Heart”
-Takdir Dan Waktu “Fate and Time”
-Pada Syurga Di Wajahmu “Your Heavenly Face”
-Teratai Layu Di Tasik Madu “Dying Lotus in the Honey Lake”
-Tanya Sama Itu Hud Hud “Ask the Woodpecker”
-Cinta Beralih Arah “Love Turns Away”
-Jerat Percintaan “Love Trap”
-Balqis “Queen of Sheba”
-Rela Ku Pujuk “I'm Willing to Entice”..
Sebagai contoh aku paste satu lagu yang aku suka nyanyi dulu..
Contoh:
Lagu Asal: Aci-Aci Buka Pintu
Aci-Aci, Open the door
Nana come back at 1 am
Don't be afraid of the owl
Nana bring Semambu of cane
Nana Nana, come home quickly
Aci afraid to be all alone
There's a ghost behind the house
With shifty eyes and a striped nose
Aci aci, don't be afraid
Nana have Oh! a stunt machete
Ghost and demons will be frightened
See the machete, surely they will run!
If Nana, just say so
Then my heart is calm right now
If come again, demons and ghost
Aci will beat them with a broom!
(lirik tibai, mintak tolong cikgu English betulkan)
Lepas tu untuk menambahkan lagi kefahaman dalam English, Kadang kadang aku berpantun dengan orang orang tua di sekitar kehidupan guna Bahasa English..
Contoh pantun..
1)
The Pandan Island is far from land
The Daik Mountain has three peaks
Though the body has rot in the sand
The good deeds are never forgotten.
2)
Two or three cats a running
They are not comparable to the cat with stripes
Two or three I can find
But there are not comparable to you.
Kadang kadang aku berteka teki dalam Bahasa English!
-Which Mountain has three peaks?
-Which Island is far from land?
Kadang kadang aku bersajak hasil karya Artis malaysia dalam BI
Cake
I wanted one life
You wanted another
We couldn't have our cake
So we ate each other.
The Little Turtle
There was a little turtle. He lived in a box.
He swam in a puddle. He climbed on the rocks.
He snapped at a mosquito. He snapped at a flea.
He snapped at a minnow. And he snapped at me.
He caught the mosquito. He caught the flea.
He caught the minnow. But he didn't catch me.
Kadang kadang sorang diri depan ceriman, aku akan menari macam Micheal jaksaon dan menyayi lagi ni..
You Better Run,
You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood,
Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough,
Better Do What You Can
So Beat It,
But You Wanna Be Bad..,
Just Beat It,
Bini aku cukup menyampah tengok aku tergedik gedik sepahkan bilik tidut dengan tarian gymnastic aku.. woha!
Kadang kadang, aku akan berpatriotik dalam bahasa English..
Rukun negara
Belief of God (Kepercayaan kepada Tuhan)
Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
The Supremacy of the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)
The Rule of Law (Kedaulatan Undang-Undang)
Courtesy and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)
Kemudian bila jumpa member member yang berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah, doctor atau professor, aku terus akan bercakap English dengan mereka, jika berurusan dengan cina dan India, aku jugak akan bercakap English, malahan dengan kucing yang curi-curi masuk rumah aku, aku juga menghalau dalam bahasa English, sesekali bila berasmaradana dengan bini, kitaorang speaking-woha!
Dan yang paling bernilai dalam hidup, iaitu ketika para pendakwah dari luar Negara datang berdakwah dikampung aku, aku pula akan menjadi pengalih bahasa untuk orang kampung yang tak tahu berbahasa English, begitu lebih kurang..
“Alhamdulillah, Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the commandments of Allah following the way of Rasullulah SAW. All of the companions of Rasullulah SAW have had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our life, we should follow the footsteps of those successful people by making effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect religion in our life easily…,”
pendek cerita, satu hari tu, ketika duduk berborak dengan kawan kawan dalam bahasa English yang agak berterabur janji faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup aku, yang mana aku lihat kawan kawan aku bila belajar bahasa English mereka ada target tersendiri atau Measurement masing masing dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan mereka dalam Bahasa English tercapai.
Antara mereka ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh berborak dengan pelancong asing, ada yang yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh menyanyi lagu English sambil faham maksud tersirat, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh mengarang resume sehingga di terima kerja, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus, atau boleh ketawa pada dinding tandas yang di conteng falsafah English misalnya, dan lain-lain.
Tapi aku lain, aku ada target tersendiri atau Measurement yang lain dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan aku dalam Bahasa English tercapai, iaitu..
AKU MESTI BERMIMPI DALAM BAHASA INGGERIS!
Ya, serius, untuk pandai bahasa English, Aku mesti memastikan dalam mimpipun aku akan berbahasa English, aku mesti pastikan selalu bermimpi berada di London atau New York, aku mesti berjumpa dengan Avril Lavigne atau Padme Amidala dalam mimpiku, lalu berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America atau slang Coco sambil buat lawak standard hollywood, ke ke ke.
Dan akhirnya, selepas bertungkus lumus belajar bahasa English, aku akhirnya sudah dapat bermimpi dalam bahasa English, kadang-kadang bermimpi berada di London atau New York, dan sudah bertemu dengan mat saleh yang ada iras Angelina Jolie atau Avril Lavigne dalam mimpi aku, kemudian berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America sambil sempat berdakwah dalam mimpi dengan bahasa English! Tapi Bonda marah bila aku juma artis wanita Hollywood dalam mimpi, adohai..
Maka, nasihat aku, kepada korang yang sedang belajar bahasa English sekalian, buat target yang tinggi dalam hidup, think big! iaitu korang mesti pastikan belajar English sehingga akhirnya korang dapat bermimpi dalam bahasa English, dan mengigau dalam bahasa English.., so itu tahap tertinggi dalam belajar ilmu BI, maka sekarang, korang mungkin belum dapat berdakwah di America, tapi berkat usaha gigih, boleh sajer berdakwah dalam bahasa inggeris dalam mimpi korang masing masing…
Boleh?
Sekian.
Ps: Tapi yang sedihnya, kadang kadang waktu terjaga dari tidur, aku terpaksa pulak bukak kamus sebab tak faham dengan mimpi aku sendiri..Woha!
(sumber: keretamayat blogspot)
kelas tuisyen membaca 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
kelas tuisyen membaca 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kelas tuisyen membaca 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
kelas tuisyen membaca 在 KELAS MEMBACA PETIKAN DAN SUKU KATA KVKV 的推薦與評價
KELAS MEMBACA PETIKAN DAN SUKU KATA KVKV. Pusat Tuisyen Cita Lestari. Pusat Tuisyen Cita Lestari. 63 subscribers. Subscribe. ... <看更多>
kelas tuisyen membaca 在 [live] pendidikan khas – bahasa melayu mari membaca kv+kv ... 的推薦與評價
Akademi Youtuber Guru Malaysia , Pusat Tuisyen Percuma Terbesar di Malaysia. Kelas Tuisyen secara langsung oleh guru-guru seluruh negara. ... <看更多>
kelas tuisyen membaca 在 Kelas membaca fahim - 貼文 - Facebook 的推薦與評價
Alhamdullilah, sambutan bagi KELAS MEMBACA FAHIM semakin menggalakkan. Kini, Tuisyen Fahim membuka sesi baharu khas untuk murid 5 dan 6 tahun yg tidak ... ... <看更多>