Ada orang share gambar ustaz bercerai dalam sosme dengan caption: “Baik kahwin dengan artis dari ustaz, artis tak cerai bini, tapi ustaz selalu poligami dan cerai isteri pertama”
Aduh, orang bila dah tak suka, macam macam alasan keluar.
Nabi dulu sebaik baik manusia, tapi bila orang tak suka, di tuduhnya nabi ahli sihir, gila seks, gila kuasa, dan macam macam, itu kita dah rujuk sebaik baik manusia tu, maka apatah lagi jika rujuk pada orang yang korang tak suka so call ustaz semua ni, terus up kisah bercerai ustaz tu sebagai alasan padahal dalam islam sebelum nak letak hokum, dengarlah kisah dua pihak.
Selalu sangat jugak ada pasangan yang lepas kena cerai, di ceritakan keburukan bekas pasangan, apa tujuan entah? Aduhhh. Cerita pulak tu dah tentu berat sebelah.
Sedangkan bercerai itu halal, tapi bercerita keburukkan pasangan adalah haram, jika betul cerita keburukkan itu, ianya adalah mengumpat, da jika salah cerita keburukkan itu, ianya adalah menfitnah, dua dua haram. Dua dua dosa.
Tapi itulah, zaman sekarang, lepas bercerai terus memburuk-burukkan bekas pasangan secara terbuka di FB dan IG? Aduhh
Dah jadi gila macam orang saiko. Macam mana anak nak respek nanti?.
Nikah, Cerai dan Rujuk adalah hukum Allah. Semuanya ada hikmah masing masing.
Tanpa nikah manusia akan berzina dan zuriat berkembang dengan cara yang salah,
Tanpa Rujuk maka tiada peluang untuk kali ke dua dan ketiga.
Tanpa Cerai rumah tangga tak bahagia akan kekal celaka dengan adegan laki pukul bini siang malam, atau isteri curang hujung minggu, atau jenis seksa pasangan, atau lemah batin, dan macam macam masalah hidup, yang mana solusinya adalah bercerai.
Lepas dah berpisah tak boleh move on, jangan cerita buruk, mensyuarat, boleh Rujuk balik.
Jika lepas berpisah lebih bahagia, move on,terus kan hidup, dunia ini bukan sesempit perkahwinan korang sahaja.
Dunia ini luas, sangat luas, hidup ini bukan setakat nak berlaga lubang kencing sahaja. Besarkan anak anak tanpa perlu melihat ibu bapa bergaduh juga nikmat hidup.
Jadi, ketahuilah, bahawa Nikah, Cerai, Rujuk yang mana sema ini hukum Allah.
Cerai adalah jalan keluar, bukan jalan buntu, buat dengan betul akan dapat pahala berganda ganda, yang penting lepas bercerai, wartawan tanya ke, kawan tanya ke, siapa siapa tanya ke, jawab jer tiada jodoh.
Sungguh saya sangat respek dengan artis zaman saya muda muda dulu, yang bila bercerai, dijawabnya tiada jodoh, sungguh zaman tu saya tak dengar sangat kisah pasangan artis burukkan pasangan, cukup jawab “dah takde jodoh”, jawapan yang sangat tepat dengan rukun Iman ke enam,, Alhamdulillah.
Jadi kepada isteri ustaz ke, isteri siapa siapa, atau sang suamipun, jika dah ditakdirkan korang bercerai, jawab sahaja tiada jodoh, tak perlu selak kain tunjuk kemaluan.
Dulu waktu pasangan kita tidur terselak kain, dekat paha tak ada kudispun, tapi tidur kain terselak adalah aib, kita lekas lekas tutup dengan selimut atau tutup pintu bilik takut anak anak nampak, aib pasangan kita jaga, sekarang dah bercerai, kita nak selak semua bagi orang tahu pasangan kita ada kurap?
Dan bila orang tahu bekas pasangan korang ada kurap, dah tentu korang pun ada kurap juga sebab tidur sebantal, kan? Aduhhh…
Kahwin elok elok, cerai elok elok, rujuk elok elok, hidup elok elok. InsyaAllah bahagia.
Hidup ni tak lama, esok lusa semua mati jadi mayat, elok elok tersusun kubur korang, dan saya nak ambik gambar kubur korang dan letak caption:
“Dulu saya selalu update FB dan IG cerita keburukkan pasangan saya, sekarang tidak lagi sebab mulut dah penuh dengan tanah!”
Woha!
Ralat: Ada orang tanya, kitab taklim pakcik jual tak? maaf, saya jual buku saya sahaja, tapi jika nak beli kitab taklim, saya cadang beli di shopee link ini, 3 dalam satu https://invol.co/cl5mi9t
同時也有10部Youtube影片,追蹤數超過16萬的網紅THE TYA'S FAMILY,也在其Youtube影片中提到,Episod Wanita Inspirasi Mutyara @mutyarabeauty kali ini adalah dengan bekas Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana yang pernah merangkul Anugerah ...
「kisah dunia fb」的推薦目錄:
- 關於kisah dunia fb 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於kisah dunia fb 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於kisah dunia fb 在 Facebook 的最佳解答
- 關於kisah dunia fb 在 THE TYA'S FAMILY Youtube 的最佳解答
- 關於kisah dunia fb 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於kisah dunia fb 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
kisah dunia fb 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
15 Minit Berseni Baca & Tulis Bersama MDB
COVID-19 yang menimpa seluruh dunia mencipta pelbagai dimensi pengalaman berharga meskipun pahit. Bak kata HAMKA,
"Kadang-kadang sesuatu pengalaman yang pahit menjadi kekayaan jiwa yang tinggi mutunya, jadi kenangan yang amat indah untuk membuat hidup lebih matang"
Oleh itu, 5pages1day di sini mengajak anda semua sebagai anak muda untuk menyertai sesi sembang "MDB with Youths : Heal and Grow". Hanya 15 minit setiap Sabtu.
Sesi ini merupakan salah satu inisiatif 5pages1day untuk membantu meringankan tekanan emosi dan mental yang dihadapi oleh anak muda di Malaysia.
"Dengar dan bicaralah agar sedikit terawat beban di dada."
Buat mereka yang komited menyertai sesi ini, kami akan memberi jemputan istimewa untuk anda menulis kisah-kisah tentang "Krisis Hidup Anak Muda 2021" dan "Cara Anak Muda Menangani Krisis Hidup" bersama Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.
Coretan anda bakal dibukukan dan pastinya memiliki nilai sejarah kerana COVID-19 akan berakhir tetapi memori berhadapan dengan fasa yang sukar ini tak akan dapat dilupakan.
Istimewa buat 100 orang terawal yang mendaftar, anda akan memperoleh voucher ETNT. Ayuh, jadi yang terawal!
Imbas QR code atau Daftar di sini:
https://forms.gle/WhdgZeCyXMydhgYk7
Ikuti media sosial kami untuk info terkini:
Website:https://5p1dstationxetnt.com/
Telegram : https://t.me/FivePagesOneDay
FB Page: http://bit.ly/3gJsBZz
IG : http://bit.ly/3nvznTQ
Youtube: https://bit.ly/2WH01fF
TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSJXCgt9A/
#5pages1day
MDB
Penasihat 5pages1day
kisah dunia fb 在 Facebook 的最佳解答
Nabi Muhammad SAW pun kena PKP?
Hari ni kita semua sedih sebab kena PKP di rumah masing masing, sempena duduk rumah, tahukah korang bahawa Nabi pun pernah kena sekatan ala ala PKP, perintah Kawalan Pergerakan yang lebih dahsyat, berlaku pada umur Nabi 45 tahun.
Semuanya kerana orang kafir benci dengan Dakwah Nabi, lepas tu mereka dengar Nabi nak Hijrah ke tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar 83 orang ke Habsyah, terus orang kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima orang islam.
Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat sumber rezeki dan mereka tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padadah Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati dalam ribaan kerana ibunya tiada susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.
Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan PKP zalim itu selama tiga tahun?
Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.
Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kelaparan.
Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.
Satu hari Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP gantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anaik kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.
Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut,
Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Jika kita tetntu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi pergi dapur tiada orang, hmm, isteri aya ada kat bilik belakang kot? Tapi bila pergi tiada orang jugak, dada bederbar debar, masuk bilik, katil kosong, baru sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri macam masih hidup, sob sob sob…
Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi, dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi satu meninggal. Allahu.
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kiah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu. Capal yang pernah berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya sewaktu jumpa Allah.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP selama tiga tahun.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih penuh peti ais, internet laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..
Nabi kini kena PKP lagi, orang kafir tak benar Nabi keluar Mekah, namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir selamanya sehingga ke hari ini.
Alhamdulilah.
Akhir kata:
Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian, Nabi tak sedih kena PKP, tiada makanan, sahabat kena siksa, sahabat ada yang OKU, dan macam macam kesusahan, semua tu nabi tak bercucuran air mata sebab kesusahan itu sementara sahaja, Tapi Nabi sedih bila ada orang mati tanpa Iman, kerana tanpa Iman kita akan kekal di Neraka selama lamanya!
Semoga Allah matikan kita semua dalam Iman, macam P Ramlee mati tersenyum dalam Ali Baba Bujang Lapok
Woha!
Hamka keretamayat
PKP3.0 sambung lagi.
Bertabahlah.
kisah dunia fb 在 THE TYA'S FAMILY Youtube 的最佳解答
Episod Wanita Inspirasi Mutyara @mutyarabeauty kali ini adalah dengan bekas Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana yang pernah merangkul Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2014 secara berturut turut.
Jom kita dengarkan kisah Inspirasi beliau dalam selok belok dunia pengacaraan.
Moga tips ini menjadi pembakar semangat untuk wanita diluar sana berjaya dalam mencapai impian!
Wanita Berbagi Cerita,
Wanita Boleh Berjaya,
Wanita Inspirasi Mutyara ?
@mutyarabeauty
IG: @mutyarabeauty
FB: MutyaraBeauty
Hotline: https://wa.me/60182789277?text=Nak%20Jamu%20Mutyara
Website: mutyarabeauty.com
kisah dunia fb 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Pengalaman semalam sy melihat senery padang pasir ..Kesian sy tengok org2 sana sebenarnya miskin ..
Nak juga cakap cina "Ni hau pak" ..lawakkkk buka hp joget2 anak2 sy takut dia mabuk ke Ami .
Dia bawa rasing kuda Azizah dn Ain ngeri sy tengok dia bawa anak dara sy..tetiba dia suruh dia azizah bawa keta kuda mcm tu .
Azizah pandu kereta kuda dn si Abg Aji naik unta , ishh x nak lah sy naik unta sbb sy xnak bau badan unta hancing lekat kt baju .
Sy ada amik video masuk ikut jalan belakang kedalam piramid..nanti foloow lagi dn sy masukan di u tube rozitaibrahim..Sy nk kemari melihat antra keajaiban dunia .
Kemashuran kebijaksanaan firaun dn tamadun bermula dr sini ..Melihat peralatan bedah mereka ..Akal yg hebat dn kurniaan kelebihan kebijaksanaan jdkan dia sgt derhaka sombong angkuh sampai Allah laknat ( sy siap doa Ya Allah aku berlindung dr kejahatan diri ku sendiri agr x derhaka sampai murka Mu Ya Allah) .
Pemandangan yg cantk ..Allah bijaksana cipta alam dn manusia berbagai rupa dn ilmu yg luas
.
.
Khimar terbaru yg sy dn ajah pakai ni ialah design terbaru dari sy.. blh beli di @bonda_by_rozita_ibrahim atau 0199009133 mmg sgt ringannnnn..!!Beralun.. senang di gosok..
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES Rozita Ibrahim
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/
kisah dunia fb 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Sedih xterhingga sy mendengar kisah acik ni..xnak sy tulis memadai ilmu utk saya..Harta dunia dipandang manusia..terpinggir ber2 dia saja disini..Pendapatan nelayan sungai..Sakit dn susah x ditangisinya pun..xmengemis pun..xbuat jahat pun
.
Sy Senang sekali dgn acik ni didik hatinya ..( kata suami sy hanya wali mengenal wali)
.
bila mendekati org susah.. golongan ahli ugama.. dn juga asnaf..
.
Banyak kata2 mereka yg mempunyai "isi" mutiara kata2 kehidupan yg blh jadi penyuluh jalan utk menajamkan akal fikiran..
.
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES Rozita Ibrahim
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/