Kisah Laki Bini part 434
---------------------------
Semalam, hari merdeka..
Kami anak beranak duduk rapat rapat melihat tentera Malaysia berarak melintas depan PM, kami kagum melihat tentera bersilat guna pisau Rambo, kemudian kereta kebal, kereta perisai, bomba, ambulance dan pelbagai lagi pengangkutan awam melintas dengan halaju minimum.., argghh, kenapa tiada kelibat keretamayat menyertai perarakan?
Dalam semangat merdeka, tiba tiba suasana menjadi lebih teruja apabila jet pejuang tentera udara malaysia melintas menggamatkan suasana.., penonton di dataran merdeka kelihatan mendongak kepala ke langit, tapi kami anak beranak hanya pandang ke depan, ke screen TV.., sambil makan sarapan pagi bertemakan menu merdeka, sarapan nenek moyang sewaktu perang, iaitu ubi kayu rebus bersama kopi ‘O’..
Walaupun cara menyambut merdeka kita berbeza, bersyukurlah kerana Malaysia masih aman.., We love Malaysia..,
Selamat hari merdeka, dari kami laki bini..
Search