Kulit yang rangup, isi yang padat, memang mantap rasanya.
kulit karipap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Assalamulaikum semua😊
Semalam sy share inti arini Kulit pulak ye..
Kulit luar...
1kg tepung gandum cap sauh
1 senduk nasi minyak masak
1 sudu makan planta
2 sudu kfc garam
2 sudu makan air kapur
Panaskan minyak+planta dah panas sediakan tepung lubangkan tengah tuang minyak dgn planta tadi takbahkan garam dgn air kapur uli sampai tepung jadi peroi baru tambahkan air uli sampai jadi doh..biar 10 minit uli sekali lagi ..siap
Kulit Dalam...
1 pek kecil tepung ubi (rm1.50) harga kt teluk intan
1 senduk nasi minyak masak
1 senduk nasi planta
Uli sampai betul2 boleh jadi doh..siap
Cara bt Kulit..
Bulatkan Kulit luar agak2 segenggam lubangkan ambil doh Kulit Dalam tadi agak2 1 sudu makan bulatkan ikut step karipap pusing boleh tengok kt YouTube ye..itu je senangkan..
Untuk saiz jualan masa potong tu letak jari atas tepung agak2 1 inci potong
insyaallah saiz semua sama
Selamat mencuba kwn2
Kredit: suhailapai buka
kulit karipap 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Karipap sardin cara saya...😊
RESEPI CARA SAYA😊
Kulit karipap
- 500g tepung gandum
- 1/2 cawan minyak
- 2sudu besar marjerin/butter
- 1-2sudu teh garam
- 175ml air ais(kurangkan atau lebihkan ikut keperluan)
- 1 sudu besar air kapur jernih (fungsi untuk mengekalkan kerangupan)
- 1 sudu besar shortening(minyak sayuran) masukkan dalam minyak semasa menggoreng.
- Panaskan minyak + marjerin+garam
- Tuangkan dalam tepung yang dah diayak, gaul rata.Dah agak sejuk gaul sebati dengan tangan,masukkan air kapur .
- Tuang pulak air ais sikit2 sampai jadi doh yang elok molek...😊
- Boleh guna terus...nak perap 1/2 jam dulu pun boleh.
Bahan inti sardin
- 1tin kecik sardin
- 1biji bawang besar potong dadu
- 3 ulas bawang merah(tumbuk)
- 2 ulas bawang putih(tumbuk)
- 1 sudu besar cili kisar
- 4 sudu besar rempah kari daging/ikan
- 5-6 biji ubi kentang(dadu)
- daun bawang secukupnya
- daun kari
- gula,garam/perisa secukup rasa
- sikit air asam jawa
-minyak untuk tumis
- Tumis bawang yang dah ditumbuk, masukkan daun kari, dah naik bau masukkan bawang besar,cili kisar & rempah kari.
- Dah cukup garing masukkan ubi kentang.
- Tambah air secukupnya & biar sampai ubi hampir2 empuk, baru masukkan sardin yang dah dilenyek.
- Sesuaikan garam,gula & perisa secukupnya ikut keperluan.
- Masak sampai kering & masukkan hirisan daun bawang.
- Siapppp.
*minyak untuk goreng karipap jangan lupa masukkan 1sudu besar shortening
SELAMAT MENCUBA
-
Credit :Jamilah Nordin
#bikmm
#notatambahan
- timbang doh 30gram, kemudian bentukkan bujur macam nak buat almond london tu....kemudian canai & letak inti memanjang.
-tiada acuan digunakan,bentukkan guna tangan saja.
-untuk bentukkan karipap jadi panjang,canai doh memanjang macam canai karipap lapis.
-fungsi air kapur adalah untuk mengekalkan kerangupan.
-fungsi shortening/minyak sayuran adalah untuk mengurangkan serap minyak,bagi karipap rangup.
...............................................,.........
Ada yang nak resepi lain tak?Kalau ada,komen N