Waktu sedang menjalani tempoh kuarantin di Singapura, teringat pula Seafood Shellout yang saya pernah singgah makan di Muar Station.
Segar dan sedap. Saya jarang makan gaya shellout ni tapi waktu di Muar Station, saya order dan memang berbaloi dengan harga.
Waktu musim pandemik begini, memang kalau boleh saya nak sokong dan jadi pelanggan untuk kedai-kedai makan di Muar. Pagi singgah makan sate, tengahari makan asam pedas, petang malam pula pergi kedai lain.
Setiap kali kita berbelanja di kedai makan ni, ia akan menjadi pendorong untuk para peniaga mulakan hari esok dengan lebih bertenaga.
Kalau Muar Station ni pula, memang saya pergi sebab sedap dan bersih. Sokong betul, saya dan team Muar makan sedap pun betul. Orang luar nak datang rasa makanan Muar pun, boleh datang singgah.
Cawangan Muar Station pun ada banyak. Bukan di Muar sahaja ya. Boleh follow Muar Station Putra Heights dan bawa keluarga makan-makan di sana.
Kalau di Muar gerai Muar Station terletak di hadapan Stesen Bas Bentayan.
Ada rezeki saya pulang nanti, kita makan sama-sama.
Follow Muar Station Putra Heights okay! Support local business!
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過452的網紅Afzalsukasuki,也在其Youtube影片中提到,Hari ni aku nak share resepi Mee Bandung Muar Ori menggunakan pes Demuara. Aku suka guna pes DeMuara ni sebab mudah dan rasa dia memang bebetul macam...
「makan malam di muar」的推薦目錄:
- 關於makan malam di muar 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
- 關於makan malam di muar 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
- 關於makan malam di muar 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
- 關於makan malam di muar 在 Afzalsukasuki Youtube 的最佳貼文
- 關於makan malam di muar 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於makan malam di muar 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
makan malam di muar 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
Cerita Pakcik Hashim.
Semalam jam 4 petang, apabila saya sendiri tengok dan naik rumah Pakcik Hashim, memang sedih. Rumah Pakcik Hashim sudah tidak boleh lagi didiami dengan selamat.
Atap hilang separuh, lantai banyak lubang dan dimamah anai-anai. Sebab itu saya bawa Pakcik Hashim tinggal sementara di rumah saya di Parit Unas.
Tapi syukur pada belah malam, Pakcik Hashim telah mendapat tempat di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas. Saya sendiri pergi hantar dari Pejabat Parlimen Muar ke pusat jagaan. Berbeza dengan rumah saya, di pusat jagaan ini makan minum Pakcik Hashim memang akan terjaga.
Pengusaha semua rajin dan baik. Kalau nak mandi, boleh mandi. Nak makan, ada makan. Nak tidur rehat, boleh tidur di sini.
Sekarang kami sedang berurusan dengan pihak JKM, KPLB dan MAINJ. Kita nak selaraskan bantuan supaya betul-betul sampai ke tangan Pakcik Hashim dan berusaha untuk bina rumah baru kepada Pakcik Hashim.
Banyak prosedur tapi inilah yang kita kena uruskan segera. Tadi pun pegawai KPLB akan buat site visit ke rumah Pakcik Hashim bersama team Parlimen Muar.
Buat masa ini, saya bantu cover kos pusat jagaan sebanyak RM1,200. Kalau ada yang ingin berkongsi rezeki dan membantu, boleh bantu sumbang wang ke akaun Pejabat Parlimen Muar.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar
CIMB Bank: 8603323060
Rujukan: Pakcik Hashim
Saya dan team Parlimen Muar juga sedang berhubung dengan individu yang mahu bantu bina rumah, sediakan kelengkapan kepada Pakcik Hashim dan beri kehidupan yang lebih sejahtera kepada Pakcik Hashim.
makan malam di muar 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
Petang tadi diumumkan bantuan khas PERMAI yang dikatakan bernilai RM15 bilion.
Saya cuba ulas dan buat kesimpulan dari pengumuman sebentar tadi.
1. Fokus bantuan kerajaan masih lagi pada wang simpanan rakyat.
Saya sangat gusar dengan trend bantuan khas dari kerajaan. Fokus pakej PERMAI ini banyak tekankan pada jenama dan bukan kelangsungan ekonomi rakyat.
Iyalah, waktu Belanjawan 2021 umum, kerajaan minta rakyat keluarkan wang simpanan KWSP untuk tampung kehidupan susah.
Petang tadi, kerajaan sekali lagi umum rakyat yang susah boleh keluarkan wang simpanan KWSP melalui i-Sinar. Ini wang rakyat, bukan bantuan khas kerajaan.
Apa jawapan kerajaan terhadap wang simpanan rakyat yang makin susut ini? Kalau PKP terus dilanjutkan sampai pertengahan tahun, simpanan wang rakyat dah kering.
Rakyat sudah susah, simpanan makin susut. Jawapan kerajaan, guna lagi wang rakyat untuk selamatkan rakyat.
2. Tidak ada bantuan wang tunai kepada rakyat
Saya dah ulas beberapa kali hal ini. Rakyat tidak mahu potongan cukai terhadap telefon bimbit dan laptop. Rakyat yang kerajaan kena bantu ni tak larat dan tak lepas pun bayar cukai. Tadi pun kerajaan bagi potongan cukai jualan atas kenderaan.
Rakyat yang susah sekarang tak beli pun kereta.
Mereka nak beli keperluan asas. Beras, gula, ayam, ikan, sayur. Potongan cukai tak boleh bantu sediakan makanan atas meja rakyat yang susah.
Rakyat mahu bantuan wang tunai.
3. Moratorium tidak dibuat secara automatik
Saya juga pernah ulas panjang lebar bab ini pada 8 November 2020.
Ini post saya:
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/posts/3429796913765977
Moratorium kena dibuat secara automatik seperti waktu PKP 1.0. Ramai rakyat tak tahu pun kena mohon moratorium. Kalau nak mohon online pun, ramai sangat rakyat tak ada akses internet. Contohnya di Muar sahaja.
Saya juga banyak dapat aduan proses dan dokumen yang diperlukan untuk seseorang peminjam buat permohonan moratorium sangat leceh dan menyusahkan. Bila susah, kena tanya kaunter bank.
Ramai yang susah ke kaunter bank, akhirnya banyak kontak rapat dengan wabak pandemik.
Kenapa kerajaan susah sangat nak bagi perlindungan moratorium secara automatik kepada semua? Kalau PKP 1.0 boleh, kenapa sekarang tak boleh?
4. Tak ada kemaskini SOP yang akhirnya menyusahkan rakyat
Saya jangka bantuan khas PERMAI ini akan angkat isu SOP yang pelik dan menyusahkan semua orang.
Tapi tidak.
SOP seperti buka kedai makan hanya sampai pukul 8 malam, pelajar IPT dan asrama tak diwajibkan buat swab test, tidak ada rancangan buat mass testing di kawasan zon merah tidak diubah.
Ini yang rakyat mahu. Kerajaan kena ubah SOP yang menyusahkan ekonomi dan kesihatan rakyat. Tapi tidak ada apa-apa kemaskini.
Saya juga banyak lihat pakej bantuan PERMAI ini sudah diumumkan dalam Belanjawan 2021 dan tidak khusus untuk PKP 2.0.
Jadi, soalan saya kepada kerajaan. Bagaimana pengumuman pakej PERMAI bernilai RM15 bilion ini akan bantu rakyat sediakan makanan di atas meja untuk keluarga?
https://www.malaysiakini.com/news/559464?utm_source=mkini_desktop&utm_medium=website&utm_campaign=trending_feed_box&utm_content=my-most_read
makan malam di muar 在 Afzalsukasuki Youtube 的最佳貼文
Hari ni aku nak share resepi Mee Bandung Muar Ori menggunakan pes Demuara.
Aku suka guna pes DeMuara ni sebab mudah dan rasa dia memang bebetul macam makan Mee Bandung kat Muar tu. Padu ?
Korang boleh dapatkan stok pes DeMuara ni atau pelbagai lagi produk2 IKS di :
RIZQ HalalMart
No.5, Jalan Impian Makmur 3/B
Taman Saujana Impian
43000 Kajang
Waktu operasi
8.30 am - 9.30 malam
Setiap hari
Sebarang maklumat korang boleh terus whatsapp abang Irwan Johari 019-3132123

makan malam di muar 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Nippon Sushi yang telah beroperasi dari tahun 2018 kini telah melebarkan sayapnya ke Prima Saujana, Kajang. Nippon Sushi kini telah mempunyai 12 cawangan di serata semenanjung Malaysia.
Mengetengahkan menu masakan daripada negara matahari terbit iaitu Jepun. Kelebihannya adalah kesemua makanan di Nippon Sushi ni di jamin HALAL.
Antara menu yang kami cuba disini ialah:
Sushi Plate (Kaiten), Unaking, Beef Wagyu Sukiyaki & Salmon Teppanyaki
?Lokasi Nippon Sushi»
1. KAJANG - Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
2. GOMBAK - 16G, Prima Samudera Jalan Samudera Utara 11, 68100 Batu Caves, Selangor
3. BATU PAHAT - Old Street Commercial Centre, Jalan Rotan Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
4. AMPANG - No. 84, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
5. BANGI - No 8-G-01, Jalan Medan PB2, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
6. KLANG - KSL Avenue, 7&9 Jalan Bestari 9/KS09, Bandar Bestari, 41200 Klang, Selangor
7. SEREMBAN - 11-G Gerbang Seremban OFF Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban
8. SHAHALAM - B-LG-13 Vista Alam, Jalan Ikhtisas Seksyen 14, 40000, Shah alam
9. MUAR - No.6 8-3, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Johor
10. MELAKA - No 15&17, Jalan Komersial TAKH 2, Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, 75450 Melaka
11. KELANA JAYA - L1-3AK, L1-5K & L1-6K, Residensi Highpark, No.1 Jalan SS6/7, SS6, 47301 Kelana Jaya, Selangor
12. SUBANG JAYA - Lot G07A-C Subang Parade, No.5 Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya Selangor
Facebook: NipponSushiMY
Instagram: nipponsushi_my
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT: CAMERA OPERATOR & VIDEO EDITOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/) - - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
©️ Copyright & Disclaimer Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

makan malam di muar 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
PERLUKAN BANTUAN ANDA! 100K SUBS TAHUN 2019! SIAPA YANG BELUM SUBSCRIBE, TOLONG SUBSCRIBE SEKARANG!
Kalau ke selatan tanah air, wajib cuba tahu bakar yang terkenal di Johor. Keunikan gabungan rasa tahu dan sos istimewa dimakan bersama timun, taugeh dan kacang tumbuk memberikan satu nikmat sensasi kepada deria rasa.
Dalam episod kali ini, Rhys ke R&H Cafe Muar untuk rasa sendiri tahu lentok. Apa itu tahu lentok? Mana datangnya asal usul nama tersebut? Nak tahu, tonton episod Mat Salleh Cari Makan kali ini.
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
