Bila dah terdesak dan tiada idea untuk berdebat & berdialog menggunakan hujah,
Mula lah mereka main kotor/fitnah.
Jangan terperangkap dengan permainan mereka.
Mereka mahu kamu lupa tentang kenaikan kos sara hidup kerana GST, dan kemungkinan kadar GST dinaikkan jika Najib menang untuk membayar hutang negara yang dijangka mencecah RM1 trillion pada tahun 2021.
(ref- The Edge Report, February 2018)
Mereka mahu kamu lupa bahawa 4/5 peluang pekerjaan yang tercipta pergi ke pekerja asing.
(ref- Laporan Bank Negara, Mac 2018)
Mereka mahu kamu lupa bahawa kadar pengangguran bagi anak muda x4 kali ganda kadar nasional.
(Ref- Laporan Bank Negara 2016/2017)
Mereka mahu kamu lupa bahawa indeks rasuah negara makin teruk (dari 55 ke 62, 3 tahun berturut kita tercorot)
Saya & HARAPAN komited untuk perjuangkan isu isu ini. Isu yang begitu dekat dengan hati saya.
Saya tak perlu untuk main kotor,
Kerana permainan kotor ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat.
Masalah kita semua.
Together we stand, united we fall. Demi Malaysia yang baru.
malaysia gst 2021 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
[Bulan November bulan kelahiran saya]
Alhamdulillah kita semua telah memasuki bulan ke 11 untuk 2014 dan bulan pertama untuk tahun baru Islam. 14 haribulan ini maka genaplah umur saya 40-tahun. Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yang diberi olehNya dan malu saya dengan Allah swt kerana Dia Sangat Baik kepada saya.
Saya amat bersyukur kerana baru-baru ini kami menyambut tahun baru hijrah minggu lepas, di mana saya kali ini Alhamdulillah dapat berkumpul bersama hampir 4,000 orang peserta ketika program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Mines Convention Center bersama membaca doa hujung tahun dan awal tahun serta solat bersama. Nikmat, nikmat! Syukur Alhamdulillah.
Selepas tamat program 4-hari IMKK minggu lepas, saya banyak berada di pejabat kerana kami sedang membuat persediaan bajet syarikat serta perancangan organisasi menjelang 2015-2017, ia adalah sebahagian daripada perancangan organisasi dibawah sasaran matlamat Richworks International Corporation Holdings (RICH) pada tahun 2021.
Ibu saya admitted hari rabu lepas kerana masalah kuman diparu-paru, tapi Alhamdulillah semakin pulih.
Alhamdulillah jumaat lepas, saya dapat bertemu hampir 2,000 peserta di Johor Bahru untuk program Klinik Usahawan & Pelaburan Dr Azizan Osman- Mudahnya Berniaga. Dan ahad pagi hari ini pula, saya berpeluang bersama hampir 2,000 peserta di Berjaya Times Square KL pula untuk program yang sama.
Semalam saya berpeluang menghadiri mesyuarat agung tahun pertama Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (KPUSB), ia merupakan sebuah koperasi yang diasaskan oleh saya sendiri lebih setahun yang lalu di dalam usaha saya membantu anak bangsa saya khususnya anak murid saya agar mereka dapat bersama-sama melabur serta mempunyai pegangan saham di dalam pelaburan hartanah terutamanya hartanah lelong yang amat berleluasa sekarang ini.
Di setiap sesi perkongsian saya minggu ini, banyak perkara yang saya kongsikan tetapi mainly saya berkongsi tentang cabaran ekonomi & kewangan global yang sedang berlaku serta cabaran lebih dahsyat menjelang 2015 hingga sekurang-kurangnya 2017.
Saya telah lama menjangkakan "economic bubble" bakal meletus seantero dunia dengan kadar inflasi yang tidak diumumkan dengan sebenar adalah sangat tinggi terutamanya di kawasan bandaraya. Itu bermaksud, kemampuan kuasa membeli mereka yang berada dikawasan bandar akan semakin susut. Maksudnya juga, jika pendapatan anda dibawah RM3,500 sebulan di bandar, anda adalah kategori miskin bandar. Kemampuan anda membeli akan semakin berkurangan.
Perjuangan saya sejak 6 tahun lepas adalah mengajak anak bangsa saya berniaga melalui perkongsian ilmu dan pengalaman bagaimana Richworks membina organisasi kami serta bagaimana saya terlibat membantu banyak syarikat kecil, sederhana dan besar sejak tahun 2001 di dalam pelbagai industri untuk meningkatkan jualan syarikat mereka.
Pengalaman 14 tahun di dalam industri pengiklanan & pemasaran strategik serta memiliki syarikat agensi pengiklanan berakreditasi banyak memberikan saya "hands-on" experience membina jenama serta peningkatan jualan untuk pelbagai jenis produk & brand.
Tahun 2015, saya melihat keadaan ekonomi yang lebih mencabar terutamanya buat mereka yang pendapatan tetap serta rendah atau sederhana. Cabaran melangsaikan hutang-hutang di insitusi kewangan serta non-perfoming loan untuk kereta, kad kredit serta hartanah juga akan meningkat.
Polisi kerajaan di dalam melaksanakan GST akan memberikan sedikit bahang di dalam senario ekonomi kepada masyarakat secara umumnya walaupun ianya bagus untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju sedikit masa lagi.
Polisi PTPN yang bakal mengetatkan syarat pembayaran semula pula akan memberikan cabaran berat terutamanya kepada 2/3 peminjam yang rata-ratanya pemuda pemudi anak bangsa saya.
Saya selalu sebutkan di dalam kelas-kelas perniagaan yang saya, jika kita tidak bertindak merubah keadaan ekonomi kita dengan berniaga serta meningkatkan pendapatan kita dengan segera, suka atau tidak, kita akan menghadapi tekanan ekonomi yang mampu memberi kesan kepada banyak perkara. Kesan kepada perhubungan rumah tangga, kesan kepada anak-anak serta peningkatan kadar stress.
Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang bagus jika digunakan dengan baik, ia dapat memberikan manfaat kepada ramai orang untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Bila saya kata, jom berniaga, ramai yang kata saya poyo! Anda nak tahu saya poyo atau tidak, anda tunggulah sedikit masa lagi, bila segala kos harga barang meningkat tetapi gaji anda tidak meningkat, bila kadar pinjaman meningkat, bila kos hartanah meningkat lagi, bila sewa rumah meningkat lagi, bila kos isi minyak meningkat lagi, bila kos nak kahwin meningkat lagi..... Masa itu kita tengok siapa poyo.
Sesiapa yang pernah hadir ke Klinik Usahawan yang kami adakan pasti tahu, apa yang saya kongsikan tentang ilmu dan pengalaman saya membina perniagaan saya serta bagaimana saya membantu beribu-ribu anak murid saya Alhamdulillah telah banyak membuka minda ramai untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan memulakan perniagaan sehingga ramai yang telah membuat beberapa juta ringgit setahun dalam pelbagai bisnes.
Bukan semua orang faham apa yang saya cuba kongsikan di sini. Siapa yang faham dan bertindak, insya Allah akan nampak peluang yang akan wujud di sebalik cabaran ekonomi yang lebih dahsyat nanti.
Akhir kata, saya selalu sebutkan perkara ini, jika kita mati esok hari, tidak banyak isu yang kita perlu fikirkan tetapi jika belum sampai masanya, suka atau tidak, kita mesti melakukan persediaan. Nak hidup pun kena bersedia disamping bersedia dengan kematian.
Apa sahaja yang saya kongsikan di sini adalah mengikut ilmu dan pengalaman saya berniaga serta menghadapi pelbagai cabaran ekonomi sejak 1995.
Jika anda merasakan yang anda ingin lebih memahami dan ingin belajar bagaimana memulakan perniagaan, saya mencadangkan agar anda buat tindakan segera untuk mencari ilmu berniaga. Saya akan berkongsi lebih banyak tentang bagaimana anda lebih bersedia dengan membina perniagaan anda sendiri dengan cara yang mudah.
Jumpa saya di Klinik Usahawan & Pelaburan Dr Azizan Osman- Mudahnya Berniaga. Hanya 6 lokasi sahaja lagi sebelum kami menutup tirai 2014 ini. Pastikan anda mendaftar 100% Percuma dengan mendaftar 3 nama di www.KlinikUsahawan.com.
Ia mungkin menjadi titik permulaan perubahan hidup & kewangan anda serta keluarga anda Insya Allah.
Buat anda yang bakal berguru dengan saya di program bisnes & pemasaran "legend" saya iaitu Millionare Marketing Mastery (www.MarketingMastery.com.my) pada 28-30 November 2014 di Shah Alam Convention Center, Shah Alam hujung bulan ini, saya tidak sabar berkongsi dengan anda bagaimana membina perniagaan dari kosong hingga anda mampu membina perniagaan mencapai jutaan ringgi setahun Insya Allah sebagaimana ramai anak didik saya yang telah berjaya.
Esok adalah 10 Muharram, hari yang digalakkan untuk berpuasa dan ditambah ia sebagai hari isnin yang memang sunnah Nabi saw untuk berpuasa. Esok petang Insya Allah kami warga Richworks dibawah Pertubuhan Kebajikan & Rekreasi Richwell dengan kerjasama Tuan Haji Saiful Nang, kami bakal berkumpul di rumah anak yatim Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang untuk meraikan mereka serta berbuka puasa bersama mereka. Doakan kejayaandan keberkatan majlis ini nanti ya Insya Allah.
Selain menghadiri Klinik Usahawan bersama saya, anda juga boleh layari www.AzizanOsman.com untuk dapatkan banyak informasi tentang Business, Marketing & Success.
Anda juga boleh hubungi kami di 019/013-2442244/019-2442400 (waktu pejabat: 9pg-5ptg Isnin-jumaat) atau www.richworks.com.my/kemtahfiz
untuk maklumat tentang Kem Tahfiz RichKids SmartKids yang bakal diadakan untuk tahun ke-4 di Kuala Lumpur & Melaka untuk anak-anak berumur 9 tahun -17 tahun. Jangan biarkan cuti sekolah anak-anak kita kosong begitu sahaja. Kita isikan jiwanya dengan sesuatu yang lebih baik Insya Allah kerana itu tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Saya mohon maaf jika ada salah silap di dalam coretan saya kali ini dan saya doakan sempena tahun baru Ma'al Hijrah ini, Allah swt berikan kita lebih baik iman dan amal serta berikan kita peningkatan di dalam segala aspek kehidupan dan rezeki kewangan yang melimpah ruah agar kita mampu memberi manfaat kepada ramai orang lain Insya Allah sebagaimana maksud sebuah hadis Nabi saw bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada ramai orang lain Insya Allah amiin.
Terima kasih kerana membaca dan bantu saya sebarkan kebaikan dengan berkongsi ia dengan orang lain.
With Love
Azizan Osman
Jurulatih Perniagaan & Pemasaran #1 Asia