🌻KENALI LOGO HALAL MALAYSIA🌻
1. Perkataan "MALAYSIA" dalam bulatan (di atas)
2. Bintang berbucu 8 di tengah bulatan
3. Perkataan arab "حلال" di tengah bintang
4. 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan jawi.
5. Tulisan halal dalam rumi di tengah bulatan
6. Perkataan "ماليزيا" dalam bulatan (di bawah)
7. Contoh nombor standard di bawah bulatan.
8. No. rujukan permohonan.
Kredit :Bahagian Hab Halal, JAKIM
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#SabarSebelumSebar
#TabayyunSebelumMenghukum
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過2,800的網紅SabaruddinSohaimi LIVE!,也在其Youtube影片中提到,Dalam video ni saya ceritakan sedikit tentang Optimum Nutrition iaitu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia bina badan. Namun, disebalik jenama ter...
「malaysia halal standard」的推薦目錄:
- 關於malaysia halal standard 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於malaysia halal standard 在 Vkeong Food Blog Facebook 的精選貼文
- 關於malaysia halal standard 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於malaysia halal standard 在 SabaruddinSohaimi LIVE! Youtube 的最佳解答
- 關於malaysia halal standard 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
malaysia halal standard 在 Vkeong Food Blog Facebook 的精選貼文
Besides coconut shake, Melaka is also popular for Mango Float. Mango Float Royale Melaka uses fresh mango juice, then top it with a huge scoop of vanilla ice cream followed by real mango cubes.
Looks and tastes great, creamy and not too sweet. If you don't like to wait then this would be a great stop because the service is super efficient. Even if you are in line you will be served in no time.
#melaka #halal #mangofloat #MangoFloatRoyaleMelaka #mango #drink #icecream
Mango Float Royale ini paling best untuk minum semasa waktu panas untuk melegakan kedahagaan tekak anda.
Join group kami: https://www.facebook.com/groups/117879215561894/
Mango Float Royale (MFR) Melaka menjadi tumpuan ramai kerana kesedapan minuman ini. Mango Float ini adalah satu campuran jus mangga, ais krim vanilla, isi mangga dan ais.
Mereka agak murah hati dengan bahan-bahan yang diletak dalam minuman. Jus mangga diperah dengan isi sebenar mangga. Satu scoop besar ais krim vanilla dalam setiap cawan. Tambah lagi isi-isi mangga.
Teksturnya ‘creamy’ dan ia tidak terlalu manis. Setiap cawan kaya dengan aroma dan rasa mangga. Kesedapannya amat memberangsangkan. Perkataan 'royale' tu bukan diletak sewenang-wenangnya tapi, ia memang ada standard. Bukan semua perisa sahaja tapi ada mangga sebenar.
Walaupun ‘queue’ nampak panjang, tapi jangan bimbang. Servis sini pantas.
Apabila pergi bercuti di Melaka, ingat letak Mango Float Royale ini di dalam senarai makanan perjalanan anda. Tak lengkap kalau anda pergi bercuti di Melaka tetapi tidak cuba Mango Float Royale ini.
Waktu tulis post ini, admin pun rasa dahaga dan mengidamkan satu cawan sekarang. Ajaklah kawan-kawan & tag mereka di sini untuk datang bersama-sama untuk cuba. Jom serbu mango float hari ini!
Harga: RM5.00 secawan
Video versi HD: https://www.youtube.com/watch?v=32NzZIJ0UBE
Mango Float Royale Melaka
Lokasi: Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka.
Tel: 017-678 3602
Waktu Operasi:
Isnin-Sabtu 12pm-6.30pm / 8.30pm-11.30pm
Ahad 11am-6pm
Laman Web: http://www.mangofloatroyale.com
Facebook: https://www.facebook.com/Mango-Float-Royale-Melaka-286207011750314/
Jangan lupa SHARE & LIKE page ini.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Hubungi Kami: mymakantv@gmail.com
#mangofloatroyalemelaka #dontmesswithmelaka #negaraku #melaka #Mango #MangoFloat #IceCream #Malaysia
This Mango Float Royale is the best to drink during the hot weather to relieve your throat.
Join our group: https://www.facebook.com/groups/117879215561894/
Mango Float Royale (MFR) Melaka became the focus of many due to the deliciousness of this drink. This Mango Float is a mix of mango juice, vanilla ice cream, mango and ice.
They are quite generous with the ingredients put in the drink. Mango juice squeezed with real contents of mango. A large scoop of vanilla ice cream in every cup. Add more mango contents.
The texture is ' creamy ' and it's not too sweet. Every cup is rich with mango aroma and flavor. The deliciousness is very great. The word 'royale' is not arbitrarily placed but, it really has standards. Not only all flavors but there are real mangoes.
Although the ' queue ' looks long, but don't worry. Quick service here.
When going for a holiday in Melaka, remember to put this Mango Float Royale on your travel food list. It's not complete if you go for a holiday in Melaka but don't try this Mango Float Royale
Time to write this post, admin also feels thirsty and craving a cup now. Invite friends & tag them here to come together to try. Let's grab the mango float today!
Price: RM5. 00 a cup
HD version video: https://www.youtube.com/watch?v=32NzZIJ0UBE
Mango Float Royale Melaka
Location: Lot 950, KM 8, Kampung Sungai Putat, 75350 Melaka.
Tel: 017-678 3602
Operation Hours:
Mon-Sat 12 pm-6.30 pm / 8.30 pm-11.30 pm
Sunday 11 am-6 pm
Website: http://www.mangofloatroyale.com
Facebook: https://www.facebook.com/Mango-Float-Royale-Melaka-286207011750314/
Do not forget to SHARE & LIKE this page.
Facebook: https://www.facebook.com/mymakantv
Contact Us: mymakantv@gmail.com
#mangofloatroyalemelaka #dontmesswithmelaka #negaraku #melaka #Mango #MangoFloat #IceCream #MalaysiaTranslated
malaysia halal standard 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global....Siri ke 10
Mohd Danial Madani (MDM)
Saya berminat untuk bertanya tentang cabaran yang tidak pernah putus dalam kehidupan manusia lebih-lebih lagi dari seorang yang telah berjaya mengharungi pelbagai rintangan. Pasti Datuk boleh menceritakan sedikit sebanyak cabaran dan dilema yang datang dari komuniti kita sendiri iaitu 'penyakit' manusia yang pelbagai agar pembaca dapat mengambil pelajaran untuk berdikari dan mencapai kejayaan di semua peringkat.
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Saya suka sangat dengan soalan sebegini. Ini cerita masyarakat kita sendiri. Cerita betul dan bukan drama. Tapi saya juga sedih untuk menceritakan sebahagian episod cerita ini kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada sendiri atau keaiban masyarakat kita sendiri. Apa pilihan yang saya ada? Saya tetap akan cerita juga walaupun mungkin tidak semua dan tidak sepenuhnya.
Masyarakat kita bercakap tentang pentingnya kita melahirkan insan yang berjaya khususnya usahawan yang berjaya iaitu mereka yang mampu berdiri sendiri. Tiada bantuan, tiada gaji tetap dan tiada tongkat sakti. Tetapi bila seseorang itu sudah berjaya, kita tidak menghargai mereka dan kadang-kadang mengenepikan mereka. Kes saya semakin parah sebab saya hanyalah seorang sarjana Syariah. Apa sarjana Syariah boleh buat? Usahawan global? Mengarut semuanya itu. "Mana mungkin orang Syariah faham bisness?", itulah bahasa badan daripada sebahagian orang yang berfikiran sempit, kuno dan juga primitif. Syariah pada sebahagian orang hanyalah halal dan haram. Sebahagian sarjana agama pun mempunyai tanggapan dan bahasa badan bahawa agama tiada kaitan dengan kehidupan selain dari skop aktiviti keagamaan yang terbatas.
Di fasa awal saya terlibat dengan bidang kepenasihatan Syariah dan masih lagi bertaraf 'makan gaji' kerana masih bekerja di UIA, saya dipandang sebelah mata oleh sebahagian golongan tokoh agama senior hanya kerana saya masih muda. Muda sangat-sangat (sangat-sangat ialah bahasa kegemaran mentor saya yang masih muda iaitu saudara Irfan Khairi atau IK). Saya baru berumur 33 tahun tapi sudah berada di sekeliling mereka yang berumur secara purata dalam lengkungan 50an. "Ini tak boleh jadi", mungkin diungkapkan sebahagian daripada mereka yang lebih senior. "Sepatutnya majlis tertinggi ini hanya dianggotai oleh mereka yang senior sahaja", ini mungkin rasa luahan hati mereka. Mereka tidak salah sebab mereka belum mengenali saya lagi.
Menyedari saya dipandang rendah atas faktor umur, saya tidak ada pilihan melainkan untuk menunjukkan saya ada isi dan 'substance'. Bukan tin kosong. Saya tidak boleh ubah umur saya. Kalau boleh pun saya ubah umur saya menjadi lebih tua, saya tidak akan buat bagitu sebab umur muda ada kelebihan. Sehubungan dengan itu, dalam setiap isu perbincangan yang memerlukan kajian lanjut, saya menawarkan diri untuk buat kajian lanjutan bagi pihak Majlis. Mungkin orang muda ada kelebihan masa sikit. Banyak yang saya sumbangkan antaranya ialah kertas kajian saya tentang keharusan pengenaan 'gharamah' atau denda lambat bayar pembiayan kewangan Islam. Kertas kajian ini menjadi asas kepada amalan perbankan Islam di Malaysia sekarang berhubung denda lewat membayar di akhir tahun 1990an.
Usul saya ini adalah bertentangan dengan pendirian Syariah yang dibuat oleh perbankan Islam sejak tahun 1983. Pandangan dan penghujahan saya diterima baik akhirnya untuk menghalang perbankan Islam dari diambil kesempatan oleh pelanggan yang sengaja untuk melewatkan pembayaran bulanan. Pandangan dan rasa hormat sarjana Syariah senior kepada saya sudah semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Ini pengalaman saya di Malaysia. Saya juga menanggotai Majlis Syariah AAOIFI iaitu badan paling tertinggi di dunia untuk mengeluarkan piawaian Syariah dalam usia saya yang paling muda di kalangan ahli-ahlinya yang purata umur mereka adalah dalam lingkungan 55 tahun. Saya langsung tak rasa dipandang rendah oleh mereka. Apabila saya bercakap dengan bahasa Arab yang 'broken' berbanding mashayikh yang hebat ilmu dan bahasa Arab mereka, semua mereka memberi perhatian kepada saya. Saya teruja gila. Saya pelik sendirian kenapa saya mendapat dua bentuk penerimaan yang berbeza. Ia masih menjadi misteri sehingga sekarang.
Misteri tidak berhenti setakat itu. Ada di kalangan sarjana Syariah senior yang telah menulis komentar negatif kepada kajian saya tentang 'gharamah' dua kali ganda lebih muka surat dari kajian asal saya yang kemudiannya dihantar kepada saya dan juga dibuat salinan kepada ramai sarjana Syariah senior antarabangsa. Isi dan hipotesis komentar ini adalah kritikan kepada saya kerana saya telah ditohmahkan telah menghalalkan riba al-fadl iaitu lebihan ke atas pembiayaan atau hutang asal. Sebarang lebihan adalah dianggap riba yang diharamkan. Saya menjadi takut dan rasa kecil sekali. Apalah nasib saya ini? Sudahlah muda, pandangan baru saya ini dihebahkan dalam polemik peringkat antarabangsa.
Oleh kerana saya telah membuat kajian yang mantap, sekurang-kurangnya pada hemat saya, saya tidak perlu bimbang dan gusar, betul tak? Di peringkat antarabangsa, saya ditanya isu ini samada secara tertutup atau terbuka di banyak forum dan seminar. Saya menjawab secara jujur dan amanah perspektif saya dan juga industri perbankan Islam di Malaysia. Alhamdulilah, trend sekarang dalam industri kewangan Islam seluruh dunia sudah mirip kepada pemikiran awal saya di akhir-akhir tahun 90an dalam hal lewat bayar. Gharamah adalah polisi utama displin kewangan dan berkaitan rapat dengan kos dan perbelanjaan sebenar sesebuah institusi kewangan Islam apabila pelanggan lambat membayar. Saya juga telah buat usul dan kajian yang sama dalam keharusan mensyaratkan ibra' iaitu diskaun apabila pelanggan membayar awal pembiayaan mereka.
Saya melihat sebahagian sarjana Syariah muda yang menyertai bidang penasihat Syariah selepas saya banyak memberikan pandangan dan perspektif yang baru dan pelbagai. Ini amat digalakkan. Namun, apabila mereka didesak untuk menyatakan alasan penghujahan mereka, mereka cepat mengundur diri dan mengubah perspektif awal mereka. Jarang sekali mereka mengambil cabaran untuk membuat kajian lanjut untuk memperkasakan idea dan gagasan mereka. Dalam bidang kesarjanaan, kajian amat diperlukan. Seseorang itu hebat bukan kerana pandai bercakap dan bertutur tetapi kerana asas penghujahan. Amat senang memberi pandangan tapi amat sukar memberi lantai kepada pandangan tersebut.
Apabila saya masuk fasa kedua iaitu apabila saya menjadi penasihat Syariah secara aktif di peringkat antarabangsa di awal 2000, cabaran baru muncul. Ada sebahagian orang kurang selesa. Saya tidak pasti apa puncanya. Saya dapat memahami dari segi cara tutur kata dan bahasa badan. Seseorang yang berkedudukan tinggi dalam industri kewangan negara membuat komen di hadapan saya dan mereka di sekeling saya dengan berkata "Saya menyesal tidak belajar Syariah dahulu, kalau tidak boleh menjadi hebat dan xxxx macam Dr Daud". Saya tak sanggup zahirkan rangkap kedua kenyataan beliau. Saya hairan kenapa beliau berkata sedemikian sedangkan beliau sudah berada di puncak.
Saya mengambil pengajaran dari episod ini. Saya perlu menjadikan profil saya di bawah radar. Sejak detik itu, tiada ramai yang tahu resume saya sepenuhnya. Saya hanya guna resume ringkas dalam semua komunikasi saya melainkan dalam kes penzahiran kepada pihak berkuasa bila perlu. Saya telah 'terbang di bawah radar' sejak 2000. Sehingga sekarang, ramai tidak mengetahui sejauhmana keluasan dan velositi 'penerbangan saya'. Lebih baik begitu rasanya. Ada yang menggunakan keterlibatan saya di luar negara untuk menyebabkan pelanggan saya hilang keyakinan kepada saya. Ada yang tidak menyambung kontrak rundingan dengan syarikat saya sebab termakan dengan usul begini. Bagi saya, kita boleh dan perlu berjaya tapi jangan dengan menjatuhkan orang lain.
Pada tahun 2005, saya telah meletak jawatan di UIA semasa menjawat Timbalan Rektor. Dalam ucapan perpisahan, secara seloroh atau pun serius, saya disifatkan sebagai seorang yang ingin mengejar kekayaan apabila memilih untuk meninggalkan bidang pendidikan. Saya terkejut juga dengan kenyataan sedemikian dalam majlis perpisahan. Dalam ucapan balas, saya secara jujur menyebut bahawa insyaAllah saya akan cuba menjadi kaya dan merdeka dari segi kewangan tapi juga "saya ingin merdeka dan bebas dari sebarang sekatan dan kawalan". Ungkapan atau rangkap terakhir saya agak dalam maksudnya.
Mulai detik itu, saya kena berdiri sendiri. Tiada lagi gaji tetap. Saya kena ada pelampung keselamatan supaya tidak tenggelam dalam lautan yang luas. Perahu saya dilepaskan di lautan yang luas. Bimbang dan cemas selalu. Tapi saya merasa teruja apabila saya bebas masa, minda dan pergerakan serta keputusan dan tindakan. Saya tidak ada mana-mana bos. Saya tidak ada semua ini waktu bekerja bergaji dahulu. Saya merangkak dan kemudian berjalan dan kemudian berlari dan kemudian merangkak balik. Inilah pusingan biasa keusahawanan. Saya ingat semua orang menghargai semangat dan usaha keusahawanan iaitu kerjaya para Rasul dan Anbiya. Tapi saya tersilap.
Dalam satu kes yang melibatkan syarikat saya dengan satu pihak pelanggan yang besar, pengarah urusan dan beberapa pegawai kanan agensi itu telah menghina saya dan syarikat saya. Mereka memberitahu bahawa hasil kerja saya dan pasukan saya dalam satu khidmat rundingan adalah hanya sekadar standard "sekolah menengah". Saya terpaksa menjawab bahawa sekiranya kualiti kerja saya adalah "sub-standard", kenapa pihak pemilik dan pemegang saham agensi ini tidak hanya meminta pegawai mereka sahaja untuk membuat kerja tersebut. Saya difahamkan kemudian bahawa pihak pengurusan marah dan irihati sebab saya dapat kontrak kerja ini dan bukannya mereka. Mereka ingin sabotaj saya. Pelbagai masalah telah timbul akibat mereka diketepikan oleh pemilik mereka sendiri. Kalau nak marah, "marahlah kepada tuan anda atau diri anda sendiri".
Selepas beberapa bulan, pengarah urusan agensi ini telah tidak disambung kontrak perkhidmatan beliau. Pada suatu petang di penghujung Ramadhan, beliau menelefon saya dan saya amat terkejut mendapat panggilan beliau. Saya rasa beliau ingin cakap biasa-biasa sahaja. Tetapi tutur katanya amat mengejutkan. Anda ingin tahu? Izinkan saya untuk menukilkan percakapan beliau secara harfiah. Beliau kata, "Doc, I dah buat keputusan untuk menjadi usahawan". Saya jawab, "Bagus sangat". Beliau sambung, "Kalau you orang Syariah pun boleh jadi usahawan, I lebih layak dan mampu jadi usahawan yang lebih berjaya". Saya sedih sangat dengan kata-kata ini. Tapi itulah sifat jahat yang sebati dalam masyarakat kita. Alangkah baik kalau dia tidak mengungkap rangkap kedua dalam kata-kata beliau. Semua orang boleh berjaya tetapi biarlah semua kita berjaya. Tidak perlu memandang rendah kepada sesiapa sahaja.
Cerita-cerita saya mungkin agak peribadi dan khusus kepada saya. Namun, saya percaya ianya juga berlaku kepada ramai orang lain tapi mungkin dalam versi yang berbeza. Kenapa kita tidak boleh alu-alukan semangat kejayaan sesama kita? Apa yang salah dalam DNA kita? Sampai bila kita perlu bersikap ego dan tidak meraikan orang lain? Marilah kita meraikan sikap baru dalam masyarakat kita untuk menyokong golongan muda dan juga untuk memberi segala galakan, penghargaan dan anugerah kepada mereka yang bekerja sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Merekalah pencipta pekerjaan yang sebenar dalam masyarakat.
Kejayaan orang yang berdiri sendiri walaupun kecil adalah lebih bersinar dari kejayaan seorang lain yang ada segala bantuan dari hari pertama dia bekerja ; modal, infrastruktur, gaji tetap dan bonus dan segala bentuk kemudahan. Keusahawanan perlukan semua bentuk sokongan sebab mereka bermula dari 'ground zero'. Mereka 'membakar' wang simpanan mereka sendiri dan kadang-kadang menjual rumah keluarga atau membuat pembiayaan semula (refinancing) rumah tempat tinggal mereka semata-mata untuk mendapat wang tunai untuk keperluan modal kerja mereka. Kita mesti perangi penyakit masyarakat yang bernanah kalau kita ingin melihat masyarakat Muslim Melayu yang lebih berjaya. Kepada yang telah berjaya, jangan lupa daratan dan bantulah barisan muda dan pelapis untuk turut meraih kejayaan.
* Saya akan mengembara di 10 ibukota dunia dalam tempoh 25 hari mulai hari ini. Destinasi pertama ialah Dubai. Boarding 710pm. Semoga selamat sampai.
** Foto di bawah adalah gambar hiasan. Gambar saya di KLIA sebelum boarding sekejap lagi dan foto bersama Irfan Khairi dan pelajar2nya di Dubai dan juga bersama Mushtak Parker, penulis dan editor terkenal dari London di Restoran Pegaga, MRR2.
malaysia halal standard 在 SabaruddinSohaimi LIVE! Youtube 的最佳解答
Dalam video ni saya ceritakan sedikit tentang Optimum Nutrition iaitu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia bina badan. Namun, disebalik jenama tersebut ada beberapa hal yang perlu kita fahami dan ketahui. Antaranya adalah, halal kah produk produk dibawah jenama tersebut seperti Optimum Nutrition Gold Standard, Serious Mass dan lain lain.
Dalam video ni saya kongsikan secara detail apa yang saya perolehi hasil dari email bersama Customer Service Optimum Nutrition itu sendiri
Official Instagram:
https://www.instagram.com/sabaruddinsohaimi/?hl=en
#BinaBadanMalaysia #ProteinHalal #SupplementHalal
malaysia halal standard 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
#MatSallehCariMakanLondon #MSCM
Rhys William meneroka makanan tradisional British yang diolah menjadikannya halal. Dalam episod yang pertama, siri terbaru Mat Salleh Cari Makan di London, Rhys membawa penonton ke sebuah restoran yang menyajikan hidangan berasaskan makanan laut iaitu Mr. Fish.
Fish & Chips memang terkenal sebagai makanan tradisional British. Dalam episod ini, Rhys akan membongkar rahsia di sebalik proses penyediaan hidangan terkenal ini dari ikan dan ubi kentang mentah menjadi hidangan ikonik UK.
Chippy, iaitu kedai yang menghidangkan Fish & Chips di UK boleh didapati di hampir segenap pelusuk United Kingdom. Namun hati-hati, tidak semuanya menghidangkan hidangan yang halal, kerana secara asli, bater yang digunakan dicampur dengan minuman seperti arak. Mr Fish memastikan semua makanannya dijamin halal.
Nak tahu bagaimana rasanya? Saksikan Episod 1 siri terbaru Mat Salleh Cari Makan di London!
English:
Follow Rhys William in his quest to explore traditional British food in London. The food shows is however tailored to suit the halal standard, suitable for all muslim consumption.
In this episode, Rhys will dig the secrets behind one of the most famous dish in UK, from cutting fresh fish, hand cut potatoes and serving it on a plate.
Watch the first episode of the all new Mat Salleh Cari Makan in London!
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.