MasyaAllah tabarakallah. Terima kasih Media Hiburan]
Semua orang ada cerita sebelum mencapai sesuatu dalam hidup. Kalau tak ada masa susah, kita tak akan belajar dan sukar untuk menghargai apa yang kita usahakan dan kita ada.
Alhamdulillah. Ujian lampau amat mengajar menjadi siapa saya. Alhamdulillah.
#journey #lifeexperience
Posted @withregram • Media Hiburan] Bukan senang nak jadi senang. Betul tak? Ralit dengar sharing Nourul Depp. Rupanya lebih 4 kali rakam lagu Kerana Terluka yang masih malar segar tu. Nak tahu lebih, swipe up di Insta Stories ♥️ #MHnews #MediaHiburan
同時也有249部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Disney + Hotstar membawakan ribuan jam hiburan untuk semua peringkat umur, yang menawarkan pilihan luar biasa dan luas lebih dari 800 filem dan 18,000...
「media hiburan」的推薦目錄:
- 關於media hiburan 在 Facebook 的最佳解答
- 關於media hiburan 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於media hiburan 在 Facebook 的最佳解答
- 關於media hiburan 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於media hiburan 在 Ifa Raziah Entertainment Youtube 的精選貼文
- 關於media hiburan 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於media hiburan 在 MEDIA HIBURAN - Home - Facebook 的評價
- 關於media hiburan 在 Media Hiburan - YouTube 的評價
media hiburan 在 Facebook 的最讚貼文
Adilkah penilaian kita?
Kelmarin media melaporkan seorang pendakwah terkenal akan dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan. Ada netizen yang kurang pasti siapakah pendakwah tersebut manakala ada yang seolah-olah tahu siapakah individu itu.
Semalam media sekali lagi melaporkan dari Bukit Aman dan kali ini, Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Sri Jalil Bin Hassan menerusi kenyataan media mengatakan individu yang dipanggil adalah Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di bawah Seksyen 509 kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 & Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Pihak polis tidak mengeluarkan kenyataan samaada dia akan didakwa atau tidak apatahlagi mengatakan dia bersalah atau sebaliknya. Ebit Lew mengeluarkan kenyataan menafikan dan mengatakan dirinya difitnah melampau. Samaada penafian Ebit Lew itu benar atau tidak masih belum terbukti. Polis juga telah menggeledah rumah beliau untuk membantu siasatan.
Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan saranan Dato Sri Jalil agar semua pihak tidak membuat sebarang provokasi & spekulasi. Apa yang saya ingin kongsikan adalah reaksi kita sebagai netizen dan sebagai Muslim.
Netizen berbelah bahagi dalam isu ini.
Ada yang terus menyokong kenyataan Ebit Lew bahawa dia difitnah, ada yang mengatakan sebaliknya dan ada yang bersikap neutral. Namun persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita termasuk saya sendiri adalah;
1. Bagi yang mencaci atau mengejek atau menghina Ebit Lew walaupun polis baru memulakan siasatan, adakah kita telah berlaku adil kepada beliau dengan menghina atau mencacinya?
Andai seseorang didapati bersalah sekalipun atas apa jua kesalahan mereka, Islam membenarkan kita menuntut keadilan tetapi Islam tetap tidak membenarkan kita menghina, mencaci atau mengejek seseorang yang fasiq. Jelas ajaran islam di situ.
2. Dahulu ramai yang meminta jikalau ada bukti maka buatlah laporan polis dan biar polis buat siasatan tetapi apabila ada pihak yang telah membuat laporan polis & pihak polis memanggil suspek untuk siasatan, segelintir netizen terus mengatakan ianya fitnah sedangkan pihak polis belum membuat sebarang kesimpulan kepada kes!
Di manakah prinsip anda yang terdahulu agar polis membuat siasatan?
3. Bayangkan jikalau anda sendiri adalah mangsa atau ahli keluarga anda menjadi mangsa gangguan seksual, adakah anda berani dan merasa selamat untuk tampil membuat laporan polis setelah melihat betapa taasubnya netizen sehingga menyerang bertubi-tubi di ruangan komen page atau individu yang berkongsi berita Ebit Lew dipanggil untuk siasatan?
4. Jika anda terasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Ebit Lew atas dasar dia sebagai manusia, bagaimana pula dengan hak mangsa yang juga manusia?
Di mana pula prinsip kita yang sepatutnya mendoakan kebenaran & keadilan dapat ditegakkan untuk mereka yang menjadi mangsa & mereka yang disiasat?
Bukankah belum masanya untuk sesiapa yang tidak tahu apa-apa untuk memihak kepada mana-mana pihak? Kenapa ada yang sanggup bersumpah laknat kepada orang memfitnah sedangkan belum lagi terbukti ianya adalah fitnah atau dakwaan itu adalah benar?
Justeru nasihat saya, berikanlah keadilan kepada mangsa-mangsa yang membuat laporan polis serta kepada pihak yang disiasat untuk mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang negara.
Kita perlu mewujudkan keadaan yang cukup kondusif untuk mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan atau serangan seksual untuk tampil ke hadapan mengheret pemangsa mereka ke muka pengadilan.
Kita juga perlu berpegang kepada prinsip ‘innocent until proven guilty’ maka tidak perlu menyebelahi mana-mana pihak.
Berikan keadilan juga kepada yang disiasat. Berikan juga keadilan kepada mereka yang dizalimi.
Mudah untuk kita yang bukannya mangsa untuk menulis dan bercakap tetapi betapa takutnya, traumanya mangsa-mangsa dengan kejadian yang menimpa mereka.
Bertambah trauma melihat ketaasuban netizen. Bertaqwalah kita semua kepada Allah Subhana Wa Ta’ala dan berlaku adillah. Allah berfirman:
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ)
[Surah Al-Ma'idah 8]
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Bukalah minda kita seluas-luasnya akan sebarang kemungkinan. Seperti yang didedahkan sebelum ini, pemangsa seksual boleh terdiri dari sesiapa saja.
Baik dari selebriti penunggang agama, ahli politik, selebriti hiburan hinggalah kepada orang tidak ternama.
Begitu juga mangsa juga boleh dari sesiapa saja, samada orang lain atau ahli keluarga anda sendiri…
Ingatlah, berlaku adil bukan hanya kepada orang yang kita suka semata-mata tetapi juga kepada orang yang kita tidak suka. Keadilan adalah untuk semua.
Akhir kata, tanyalah diri sendiri... Apakah Kita adil dalam menilai?
Subscribe Telegram Channel saya > https://t.me/brofirdauswong
media hiburan 在 Facebook 的最佳解答
Terima Kasih MEDIA HIBURAN ❤❤
media hiburan 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
Disney + Hotstar membawakan ribuan jam hiburan untuk semua peringkat umur, yang menawarkan pilihan luar biasa dan luas lebih dari 800 filem dan 18,000 episod dari beberapa filem The Walt Disney.
Pelanggan boleh menantikan yang filem yang baru dikeluarkan seperti Raya and the Last Dragon (penstriman bermula pada 4 Jun) dan Luca (penstriman bermula pada 18 Jun), Avengers: Endgame dan Frozen 2, exclusive Disney+ Originals Loki (penstriman bermula pada 9 Jun), The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan The Mandalorian, dan tayangan perdana eksklusif beberapa filem Malaysia dan drama bersiri J2: J Retribusi, Zombitopia (penstriman bermula pada 2 Julai), Ada Hantu (penstriman bermula pada 13 Ogos), Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah (penstriman bermula pada 25 Jun).
Kesemua filem dan siri TV tersedia dalam Dolby Vision ® HDR dan Dolby Audio ™, penonton dengan peranti yang serasi dapat mengalirkan pilihan rancangan kegemaran mereka Disney + Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang luar biasa.
Di aplikasi di Android TV dan Apple TV Disney + Hotstar, pelanggan dapat menikmati ultra-vivid imaging dengan Dolby Vison, sementara Dolby Audio memberikan kejelasan kristal, dialog yang mudah didengar, perincian yang hebat, dan kesan bunyi sekeliling yang realistik, dan semuanya bersatu dan memberi impak pengalaman anda menonton.
Pelanggan akan dapat menstrim Disney + Hotstar dengan pelbagai pilihan telefon bimbit yang serasi dan menyambungkan peranti TV semasa pelancaran, termasuk pemain media streaming.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
media hiburan 在 Ifa Raziah Entertainment Youtube 的精選貼文
Ser ser ser.. haaa siapa tahu lagu ini?
Siapa tak kenal salah seorang ratu dangdut Malaysia, Ifa Raziah yang terkenal dengan gelaran MISS DIVA.. Apa agaknya kakak kita ni nak kongsi ketika zaman-zaman mudanya? Mesti banyak story ni...yang pastinya panassss.
Saksikan MH Throwback Media Hiburan bersama Ifa Raziah, 26 Mei hari Rabu jam 9 malam hanya di Astro Prima dan On Demand.
.
Click ADD FRIEND di Facebook IFA RAZIAH DIVAS! ???
.
FOLLOW Instagram, Tiktok & Twitter @ifaraziahdivas! ???
.
SUBSCRIBE YouTube Channel IFA RAZIAH ENTERTAINMENT & ring the ?!
.
@ifa_raziah
#MissDiva #IfaRaziah #CEOStarVendors #FounderSerifaBeauty #ArtisVersatilPopular #ArtisSensasiPopular #DivaDangdutMalaysia #QueenOfVersatile #TeamIfaRaziah #WeLoveIfaRaziah #IfaRaziahDivas #Pukpukpukk #SukerrBanggeee #KurusCantikLentik #StarVendors #LebihVogue #LebihHavoc #SolidDiva #SolidDivaMocha #SolidMolid #SolidBerry #SolidBeauty #SerifaBeauty #SerifaBeautyByIfaRaziah #MissDivaCosmetics #MissDivaSkincare #SerifaGlow #SerifaShine
media hiburan 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
KRONOLOGI INSTAGRAM JANNA NICK KENA REPORT: Nama pelakon Janna Nick sekali lagi TRENDING di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu. Isu itu dibangkitkan kembali oleh peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna umpama tidak menghormati pemergian Jonghyun kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video. Tidak ingin memanjangkan isu, pelakon #MarryMeSenorita itu tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan itu. Tak lama kemudian, satu hashtag #Jannanickisgoingtojailparty pula menjadi trending selepas ada netizen yang yang memuat naik satu kenyataan memaklumkan pelakon itu menyindir satu lagi artis K-Pop di ruangan Instagram. Dalam tangkapan skrin tersebut, Janna didakwa menyindir nama satu kumpulan K-Pop iaitu Blackpink di ruangan komen ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen. Hal ini membuatkan netizen berasa kurang senang dan mengecam tindakan Janna yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka. Bukan hanya peminat dari Malaysia, bahkan dari peminat dari luar negara juga turut mengecam tindakan Janna yang didakwa mempermainkan nama girlband kegemaran mereka. Pada hari ini, 22 Febuari 2021, Janna Nick mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial, baru-baru ini. Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyatakan kesemua tangkapan skrin (screenshot) telah diambil oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan undang-undang.#JANNANICK
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
media hiburan 在 Media Hiburan - YouTube 的推薦與評價
Portal hiburan Malaysia yang memaparkan berita terkini, gosip dan wawancara eksklusif dari industri hiburan tanah air. ... <看更多>
media hiburan 在 MEDIA HIBURAN - Home - Facebook 的推薦與評價
MEDIA HIBURAN. 2304524 likes · 66711 talking about this. Portal Selebriti No. 1 Malaysia TOP & TRENDY. ... <看更多>