𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊
Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kesang, Mukim Kundang, Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang.
Penerima pertama ialah Encik Ramli Bin Daud, berumur 65 tahun yang menghidap strok. Manakala isterinya pula menghidap sakit jantung dan darah tinggi.
Seterusnya, ialah Saudara Muhammad Haikal Bin Hamizan, berumur 17 tahun yang menghidap penyakit hemofilia. Beliau tinggal bersama mak ayah, makcik dan atuknya yang masing-masing juga kurang sihat.
Penerima ketiga ialah Encik Hau Kim Ek, berumur 60 tahun dan menghidap kanser paru-paru. Beliau menyara anak-anaknya yang masih kecil.
Penerima seterusnya ialah Puan Melor Binti Abu Bakar, berumur 60 tahun. Beliau menghidap penyakit kencing manis. Penama merupakan peserta e-kasih daerah Tangkak.
Penerima kelima pula ialah Adik Mohd Wa’iz Bin Mohd Izuan, berumur 5 tahun. Penama dilahirkan dengan keadaan tulang belakangnya bengkok dan mempunyai cecair lebihan pada otaknya.
Seterusnya, Saudara Mohd Shafiq Bin Maswah, berumur 18 tahun yang merupakan seorang OKU. Ibu bapanya menjaganya dengan hasil berkebun.
Penerima ketujuh ialah Puan Miskiah Binti Buang, berumur 62 tahun yang menghidap sakit saraf. Manakala suaminya patah tangan akibat kemalangan semasa mengubahsuai rumahnya sendiri.
Penerima seterusnya ialah Encik Ahmad Bin Madisnan, berumur 57 tahun yang menghidap sakit gout serta beliau menyara ibu mertuanya yang telah uzur.
Tan Tiak Chai merupakan seorang OKU, tinggal bersama ibu bapanya yang juga kurang sihat. Beliau mengharapkan bantuan bulanan daripada JKM untuk menyara hidup.
Seterusnya adalah Saudari Nur Amiera Najihah Binti Abas, berumur 15 tahun. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan apendiks.
Penerima ke sebelas ialah Puan Junaidah Binti Dikin, berumur 59 tahun yang menghidap pemyakit kanser darah. Beliau memerlukan kos ambulans bagi mendapatkan rawatan di hospital.
Penerima seterusnya ialah Encik Tan Chiew Lin, berumur 84 tahun yang telah uzur. Beliau tinggal bersama abangnya yang juga merupakan seorang OKU.
Penerima terakhir ialah Puan Noraida Binti Abdul, berumur 52 tahun. Beliau menjaga 3 adik beradiknya yang merupakan OKU. Penama merupakan peserta e-kasih berstatus miskin tegar.
Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Pegawai Perhubungan Masyarakat Cina, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
Semua penerima menjunjung kasih atas sumbangan DYAM TMJ dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd...
melor 在 Facebook 的最讚貼文
SITUASI MENANG-MENANG : ISU PENJAJA PERSIARAN JALAN TENGGIRI & PENDUDUK SETEMPAT SERI TENGGIRI
AWAL 2020
Kawasan dibahu jalan Persiaran Jalan Tenggiri pada asalnya merupakan kawasan larangan menjaja - telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), namun terdapat beberapa penjaja yang masih menjalankan perniagaan.
Di atas usaha yang dibawakan oleh Dato’ Bandar MBSP - YBhg. Dato' Sr Hj Rozali b. Hj Mohamud serta Ahli Majlis - Saudara Fahmi Zainol, pihak MBSP telah bersetuju menjadikan kawasan ini sebagai kawasan penjaja. Namun begitu, mengambil kira faktor kawasan yang tidak begitu luas - tidak mungkin lesen perniagaan boleh ditawarkan kepada semua.
JULAI 2020
Berlaku penambahan jumlah peniaga tidak berlesen yang begitu ketara di Persiaran Jalan Tenggiri, Seberang Jaya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga mendapat perhatian serius oleh pihak MPKK kawasan dan persatuan penduduk disebabkan beberapa isu utama, antaranya :
1. Kesesakan lalu lintas yang melampau memberi kesan keselamatan kepada kejiranan setempat dan pengguna jalan raya terutama pada waktu-waktu puncak. Dengan pertambahan kenderaan yang meletakkan kenderaan di bahu jalan tanpa kawalan lalu lintas, situasi ini membahayakan penduduk setempat sehingga menyebabkan lokasi ini kerap berlaku kemalangan.
2. Kebersihan kawasan sekitar tercemar - kawasan dan longkang di bahu jalan juga dicemari dengan sisa-sisa makanan dan sampah sarap yang menyebabkan pembiakan tikus berpunca dari bahan buangan gerai-gerai berkenaan setiap hari.
3. Kegiatan vandalisme oleh penjaja bagi memasang barangan perniagaan mereka menyebabkan kerosakan pada kemudahan-kemudahan awam dan prasarana di persiaran jalan tersebut.
4. Meninggalkan kereta-kereta buruk (mengisi barang dan peralatan perniagaan) di kawasan perumahan penduduk. Situasi ini menyebabkan masalah lalulintas dan kacau ganggu kepada penduduk.
Isu dan permasalahan yang kian meruncing ini telah mewujudkan ketidakselesaan buat penduduk di kejiranan tersebut sehingga menimbulkan pergaduhan dan suasana yang tegang antara penjaja dan penduduk.
OKTOBER 2020
Pihak Pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Pejabat ADUN Angkat Seberang Jaya telah mengadakan satu perbincangan bersama MBSP, PDRM, Balai Polis Trafik SPT, MPKK Jalan Tenggiri, Komuniti Rukun Tetangga dan wakil peniaga, Encik Azman di Dewan Melor, MBSP.
Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak MBSP telah memberi lesen kepada peniaga sedia ada yang layak mengikut kriteria dan garis panduan yang telah dikeluarkan. Manakala, bagi penjaja yang belum mendapatkan lesen, mereka masih boleh beroperasi di lokasi tapak penjaja sementara - Tapak Ekspo Seberang Jaya telah disediakan.
Sesi penerangan berhubung isu penjaja di persiaran Jalan Tenggiri ini telah dibuat sejak awal tahun 2020 di MBSP bersama wakil peniaga, Encik Azman serta timbalan pengerusi peniaga yang turut serta hadir. Risiko bagi meneruskan perniagaan di kawasan tersebut dengan kesesakan lalulintas yang melampau, tiada penjarakan sosial dan kekerapan berlaku kemalangan sentiasa ditekankan secara terperinci dalam setiap sesi perbincangan.
Penerangan dan mesyuarat ini juga melibatkan pihak PDRM dan Polis Trafik yang tidak menyokong penjaja beroperasi disitu atas faktor-faktor keselamatan.
Mengambil kira penilaian kesan risiko yang membahayakan penduduk setempat disamping; memastikan kelangsungan perniagaan para penjaja, 17 penjaja atas belas ihsan pihak MBSP telah diberi tapak, dan selebihnya akan dipindahkan dan ke ruang tapak penjaja sementara yang telah disediakan.
Terima kasih diucapkan buat pihak MBSP, PDRM, MPKK Jalan Tenggiri & MPKK Sembilang, Komuniti Rukun Tetangga Seri Tenggiri, wakil persatuan penduduk serta para peniaga yang telah bersama dalam memastikan kata sepakat dapat dicapai bagi memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Para peniaga diingatkan agar mematuhi garis panduan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak MBSP.
Saya berharap usaha bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat dan para peniaga dapat disemarakkan dengan sifat toleransi, saling menghormati tanpa sebarang provokasi mengenai isu-isu yang boleh mengeruhkan hubungan ini.
#SeberangJaya
#PermatangPauh
#DemiPermatangPauh
melor 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Berjalan Sepuas2nya...Berfikir Sepuas2nya...Menulis Sepuas2nya
Semalam memang mencabar. Hari bermula jam 730 pagi dan berakhir jam 730 petang. Selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang selesai sekitar jam 6 petang, saya sambung dengan pertemuan dengan YBhg Tan Sri Ghazali Abdul Rahman dari MDN tentang projek rumah asnaf.
Pagi tadi, saya ada masa lapang selama 3 jam dari jam 7 hingga 10 pagi. Seronok sangat. Saya mulakan dengan berjalan pagi. Hari ini tidak ada had masa. Saya jalan sepuas2nya. Dah lama tak pakai baju main futsal sebab dah lama tak berfutsal. Pakai baju futsal pun cukup untuk mengembalikan rasa aura bermain futsal. Mungkin sekejap masa lagi, boleh bermain futsal balik.
Dalam hidup, tak semua yang kita nak akan dapat. Kalau tidak boleh buat semuanya, jangan ditinggalkan semuanya. Tak boleh futsal, boleh berjalan atau berkebun. Jangan mudah beralasan. Alasan adalah yang paling mudah dan murah dalam hidup.
Sambil berjalan, saya berfikir sepuas2nya. Tak sabar tunggu bulan Mac. Buku novel al-Quran yang kedua akan siap di minggu pertama Mac. Buku Maqasid Shariah akan siap di hujung Mac. Buku genre cerita haiwan saya yang pertama akan siap juga di hujung Mac.
Sewaktu berjalan, siap khayal plot drama untuk sambung novel futurist saya Covod 25: Kapsul Kehidupan & Makhluk Mistik. Novel Covid 25 Part Ii kena siap sebelum September 2021.
Anda nak tahu apa akan berlaku kepada Melor & anak kembarnya? Apa kesudahan bibik cinta antara Faruk & Aini? Bagaimana pula konflik antara pasukan Genting Highland & Hulu Langat? Adakah makhluk mistik lebih cerdik? Apa pula sikap Kamal terhadap Faruk? Apa kesudahan kem kedap utara tentera di dalam perut bukit? Banyak lagi.
Bila dah siap berjalan, dapat masa 1 jam untuk menulis novel Covid 25 part II...seronok sangat ada masa untuk menulis barang 1 ribu patah perkataan setiap hari. Hari ini luar biasa sebab free di awal pagi. Imaginasi & khayalan novel Covid 25 pun dah semakin sempurna waktu berjalan tenang. Tajuk siri II "Perjuangan Suci Baru Bermula".
Perjuangan menulis & berkarya adalah perjuangan setiap hari mencuri sisa2 masa yang ada untuk berbakti.
MDB
Penulis
melor 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
melor 在 食在好玩 Eatlicious X 飞常好玩PlaynFly Youtube 的最讚貼文
【炸鸡酥脆到卡兹卡兹大大声】??
堪称比麦当当炸鸡还要Crunchy!! #脆到没朋友 的Double卡拉炸鸡汉堡才RM8.99,而且竟然还有Cucuk Chicken Chop!! 两大片才RM2.99,汽水还有Unlimeted Refill!! 真的抵到笑~?
有什么炸鸡?能比现点现炸,脆脆外皮再加上热乎乎多汁来得Crunchy好吃呢?
坚持现点现炸的 @Harumi 炸鸡,目前全马一共有8家分店的,而且还在扩展更多分店中。他们家的 #卡拉炸鸡 真的脆到没朋友,不相信请看视频,卡兹卡兹声绝对是原声没有Effect哦~
比起我们第一次接触HARUMi时,他们如今的炸鸡竟然脆上几倍,因为他们竟然有R&D部门在台湾不停研究如何将炸鸡酥脆度提高!! 虽然他们目前多数分店在Perak,但受到当地人非常大的喜爱啊!!
#NasiLemak Kala Krispy【RM7.99】:Nasi Lemak绝对是可以代表马来西亚文化,怎么可以错过炸鸡配Nasi Lemak呢?脆脆又Juicy的卡拉炸鸡,坚持使用天然材料并新鲜制作的Sambal,有点火辣但吃了非常爽!! 除了卡拉炸鸡,还有大鸡腿版本~
#NasiKari Kala Krispy【RM7.99】:比起Sambal有些人比较喜欢浓郁椰浆味的咖喱,而且直接淋在卡拉炸鸡上,还可以变成咖喱风味的卡拉炸鸡~
#Fried Chicken Satay【RM2.99】:看到Satay很多人都会先入为主以为是“那种Satay”,其实小晶觉得更适合叫做Cucuk Chicken Chop,因为是两大片Chicken Chop插着串串!! 而且这串串是最受欢迎热卖品之一~
#Whole Chicken【RM29.99】:习惯走巴刹的应该都知道一只鸡要多少钱了,没想到这酥炸过的整只鸡竟然只卖RM29.99而已!! 另外还有Set Happy Family,只需RM55.99就有整只鸡、薯条、4份蘑菇汤和4份白饭了~
#Kala Burger【RM6.99】:搭配脆脆去骨卡拉炸鸡的汉堡,就连汉堡咬下去都是卡兹卡兹的!! 而且还可以Top Up RM2,就可以升级成为Double Kala Fried Chicken的汉堡了!!
【我们还吃了什么?】
Krispy Chicken Chop【RM8.99】
Krispy Chicken Popcorn【RM8.99】
Nasi Lemak Whole Leg【RM11.99】
Unlimited Refill Soft Drink【RM1.99】(只限Dine In)
HARUMi官网:http://www.harumi.com.my
FB:https://www.facebook.com/HARUMiFriedChicken
Email: harumi@dbegurney.com
【SERI MANJUNG Outlet】
地点:152 & 152A JALAN PPMP 3/3, PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG POINT 3, 32040 SERI MANJUNG, PERAK.
联络号码:05-689 0022
营业时间:11AM-11PM
【TELUK INTAN Outlet】
地点:NO. 1 PERSIARAN MELOR 1, JALAN SUNGAI MANIK, TAMAN MELOR FASA 3, 36000 TELUK INTAN, PERAK.
联络号码:05-620 4522
营业时间:11AM-11PM
【AYER TAWAR Outlet】
地点:NO. 169 MEDAN SERI INDAH, TAMAN SERI INDAH, 32400 AYER TAWAR, PERAK.
联络号码:05-672 1981
营业时间:11AM-11PM
【KAMPAR Outlet】
地点:NO. 27 JALAN BATU KARANG, TAMAN BANDAR BARU, 31900 KAMPAR, PERAK.
联络号码:016-559 1026
营业时间:11AM-11PM
【SERI ISKANDAR Outlet】
地点:NO. 36 PERSIARAN SIBC 2, SERI ISKANDAR BUSINESS CENTRE, 32610 SERI ISKANDAR, PERAK.
联络号码:05-373 1388
营业时间:11AM-11PM
【TAPAH Outlet】
地点:NO. 82 JLN BALDWIN 3, PUSAT PERNIAGAAN BALDWIN, 35000 TAPAH, PERAK.
联络号码:05-401 1880
营业时间:11AM-11PM
【KL SUNGAI LONG Outlet】
地点:NO. 18-1 JALAN S/L 1-3, BANDAR SUNGAI LONG, 43000 KAJANG, SELANGOR.
联络号码:03-9011 5178
营业时间:11AM-11PM
【Setapak Outlet】
地点:NO. 5A, JALAN MALINJA 2, TAMAN BUNGA RAYA, 32100 SETAPAK, KUALA LUMPUR.
联络号码:03-4161 5209
营业时间:11AM-11PM
-------------------------------------------------------
Subscribe食在好玩►►http://bit.ly/2rZ5Q6D
食在好玩Youtube ►►http://bit.ly/2txjFLw
食在好玩instagram ►►http://bit.ly/2rV5va9
食在好玩Blog ►►http://bit.ly/1qokzzA
--------------------------------------------------------
《美食Vlog》频道►►http://bit.ly/2txl3hj
《旅游Vlog》频道►►http://bit.ly/2txa47A
melor 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
Sy dh konfiden kongsi life style sy yg ala2 kampungan..Ni sy tanam bunga melor dn halia tepi rumah..
Elok buat teh sedap dn naikan seri muka juga tau...
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES (Rozita Jamu Ratu Malaya)
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram (Rozita Jrm Official)
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/