Alhamdulillah selesai 3-hari Program Titan Summit. 100 Usahawan Jutawan dari lebih 20 Industri dan bidang yang berbeza.
Mereka ni rata-rata bermula dari kosong, bina kejayaan bisnes melalui ilmu dari Journey bersama RichWorks dan perniagaan kecil sederhana yang akan dibawa ke tahap seterusnya untuk capai bantu lebih ramai orang. Dah tengok kejayaan Jutawan di kelas Virtual Online Titan Summit 2021? Apa perasaan anda?
Semangat?
Terinspirasi?
Dapat rasa aura Usahawan Jutawan?
Tahniah kepada 100 Usahawan Jutawan dan kepada semua peserta yang menyertai. Anda telah melakukan yang terbaik!
Cuba kongsi dengan kami apa perasaan anda setelah melihat dan mendengar perkongsian dan pencapaian mereka?
#TitanSummit2021
#BangsaUsahawanDigital
#SatuMisiBantuTheNation
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,?Megalive Result RichWorks episode ke- 26! PKP atau tanpa PKP, Bisnes anda boleh survive. Dengan ELMU yang tepat! “Masa PKP ni lah peluang dan masa...
「mendengar apa ni」的推薦目錄:
- 關於mendengar apa ni 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於mendengar apa ni 在 Facebook 的精選貼文
- 關於mendengar apa ni 在 Facebook 的精選貼文
- 關於mendengar apa ni 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
- 關於mendengar apa ni 在 N5T 88 Youtube 的最讚貼文
- 關於mendengar apa ni 在 Kelana Akira Abdullah Youtube 的最佳解答
- 關於mendengar apa ni 在 ALYPH - Adakah Kau Mendengar? (Official Music Video) 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Mendekat, Melihat, Mendengar (Official Lyrics Video) - YouTube 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Mendekat, Melihat, Mendengar (Official Music Video) - YouTube 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Ternyata Ini Penyebab Jika Ada Orang yang Mendengarkan ... 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Thank semua dengar album ni dan yang sedang mendengar. 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Terima kasih pada yang masih mendengar lagu ciptaan saya ... 的評價
- 關於mendengar apa ni 在 Emas OROdesign - Facebook 的評價
mendengar apa ni 在 Facebook 的精選貼文
Upin Ipin Agenda propaganda?
Terkejut Kak Ros mendengar berita itu, lalu masuk ke bilik membuka album gambar melihat wajah arwah ibu dan ayahnya. Air mata bergenang di pipi.
Kemudian Upin dan Ipin masuk menangis merindui arwah ayah dah ibu mereka.
Apa agenda utama dari kisah Upin dan Ipin?
Mereka berdua adalah anak yatim piatu yang sangat kuat dan tabah, selalu ketawa dan ceria walau dalam hati, kerinduan pada arwah ibu dan ayah sangat kuat, tapi hidup mesti diteruskan.
Opah jahit baju, Kak Ros jual kuih, Upin Ipin kadang bantu Tok dalang berniaga, rezeki di cari bersama, waktu main mereka main betul betul, waktu solat mereka solat betul betul, waktu belajar mereka belajar betul betul. Itulah agenda utama kisah Upin dan Ipin.
Semalam saya dan anak isteri baca taklim, baca hadis bab Ikram Muslimin, Pesan Nabi, Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana rasa kasih sayang semata mata kerana Allah, maka Allah akan memberinya pada tiap rambut yang diusap oleh tangannya akan pahala. (Riwayat Imam Ahmad),
Anak tiba tiba bertanya, jika Ayah jumpa Upin Ipin anak yatim, sorang botak, sorang ada satu rambut, kira dapat pahala sikit ke ayah?
Anakku, Jika ikut sains, kanak kanak normal ada rambut lebat, jika botak, maka ada sejenis penyakit, tak silap ayah nama penyakit botak di kalangan kanak kanak ni adalah Kebotakkan Alopecia, yang mana semua rambut di kulit kepala gugur dan kekal botak sampai bila bila. Dalam 0.1% penduduk bumi hadapi masalah kebotakkan Alopecia termasuk Upin dan Ipin.
Jadi, Anakku, Allah Maha Kaya, perumpaan pahala sebanyak rambut tu adalah galakkan mengusap kepala anak yatim dengan mesra, ada rambut ke, tiada rambut ke,botak Alopecia ke, pahala tak pernah habis kerana Allah Maha Kaya.
Alhamdulillah, jawab anak kerana saya terus usap rambut mereka.
Maka bersyukurlah kita rakyat Malaysia, kerana masih ada kanak kanak hebat dan kuat macam Upin Ipin, yang tabah dan ceria teruskan hidup, walapun ada penyakit botak Alopecia, walaupun Opah kerja kais pagi makan pagi, walaupun Kak Ros masih belajar tapi sanggup tolong Opah jual kuih, walaupun anak yatim piatu, dan terkini Upin IPin di tuduh Agenda Propaganda Malaysia pula, namun Upin Ipin, anak yatim yang tabah, sampaikan pesanan:
“Hai kawan kawan, Waktu main, kita main betul betul, waktu belajar, kita belajar betul betul. Waktu cari duit, kita cari duit betu betul, waktu solat, kita solat betul betul,”
“Betul Betul Betul”
Woha!
mendengar apa ni 在 Facebook 的精選貼文
Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
mendengar apa ni 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
?Megalive Result RichWorks episode ke- 26!
PKP atau tanpa PKP, Bisnes anda boleh survive. Dengan ELMU yang tepat!
“Masa PKP ni lah peluang dan masanya untuk saya fokus dalam bisnes!” - Puan Suraya
Malam ini kami bawakan kisah Bina Bisnes Berjaya khas untuk anda yang mula rasa ‘down’, sedih dan tertekan selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri semalam. Tunggu! Jangan ‘stress’ dulu Puan Suraya yang menjalankan perkhidmatan unit trust konsultan nak kongsikan kejayaan beliau sepanjang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.
Beliau berjaya capai hampir setengah Juta dalam masa 4 bulan sahaja. Walaupun ketika itu masih PKP dan beliau hanya buat bisnes secara separuh masa sahaja! Tahniah Puan Suraya! Siapa yang nak menjalani kehidupan seperti Puan Suraya sepanjang PKP ni? Atau nak tahu apa yang Puan Suraya lakukan dan macam mana beliau menghadapi PKP dengan kehidupan yang lebih baik? Jom tonton!
RichWorks akan sentiasa ‘support’ dan bersama anda untuk bimbingan anda lakukan tindakan yang tepat sepanjang PKP dan Darurat ini. Kami sentiasa ada di sini, untuk membantu usahawan dan rakyat Malaysia.
Ada yang nak jadi The next Usahawan Jutawan PKP?
Layari BinaBisnesBerjaya.com SEKARANG!
#AzizanOsman
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana

mendengar apa ni 在 N5T 88 Youtube 的最讚貼文
Kita yg melihat seorang yg baik melakukan kejahatan, wajarkah kita berkata: Buat apa kau buat baik ni sedangkan benda jahat kau masih buat!
Allah tak terima amal baik engkau! Buat apa solat kalau masih buat maksiat? Sia-sia sahaja tutup aurat tapi masih buat maksiat!
Mereka yg berkata seperti di atas, renungilah hadis di bwh:
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ كَانَ رَجُلاَنِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَآخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ada dua orang lelaki bersaudara drpd Bani Israel. Salah seorang sering melakukan dosa dan seorang lagi bersungguh-sungguh beribadah.
فَكَانَ لاَ يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ .
Lelaki yg bersungguh-sungguh dlm ibadah ini setiap kali dia melihat saudaranya melakukan dosa dia akan berkata: Tinggalkanlah dosa ini.
فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَىَّ رَقِيبًا
Pada suatu hari, dia mendapati saudaranya sdg melakukan dosa lalu dia berkata: Tinggalkanlah dosa ini. Lalu saudaranya menjawab: Biarkan aku dan Tuhan ku. Adakah engkau diutuskan kpd ku untuk menjadi pemerhati ke atas ku?
فَقَالَ وَاللَّهِ لاَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لاَ يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ .
Saudaranya menjawab: Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni engkau, Dia tidak akan memasukkan engkau ke dlm syurga.
فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ
Lalu nyawa mereka berdua diambil dan mereka berkumpul di hadapan Tuhan sekalian alam. Allah berkata kpd lelaki yg kuat beribadah: Adakah engkau tahu apa yg Aku tahu? Adakah engkau berkuasa atas apa yg ada pada Tangan ku? Allah berkata kpd yg sering berdosa:
اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ. .
Pergilah, masuklah ke dlm syurga dgn rahmat Ku. Allah berkata kpd yg lain pula: Pergilah bersamanya (iaitu lelaki yg rajin beribadah itu) ke neraka.

mendengar apa ni 在 Kelana Akira Abdullah Youtube 的最佳解答
"DEMO" Full Version Song APOLOLIE .. please subsbcribe . share . like . and set notification on for more song coming soon !
Lyric & Artist
Kelana Akira
https://www.instagram.com/kelan4kiraaaa/
Erellyus
https://www.instagram.com/erellysry/
Editor
Awra
https://www.instagram.com/amrmdn._/
SOOJUD121 MUSIC
https://www.instagram.com/soojud121/
PLEASE DO SUPPORT THIS SONG
M3TROCITY CURRENT - Current Till Die ( Official Lyrics Video)
https://www.youtube.com/watch?v=me-S8...
subscribe like and share
support M3TROCITY CURRENT
Thank you ! Salute !
FOLLOW THEM ON INSTAGRAM
@hzrlamn
https://www.instagram.com/hzrlamn/
@mhdasree_
https://www.instagram.com/mhdasree_/
@syazrulsamsudi
https://www.instagram.com/syazrulsams...
@syfx.sairl
https://www.instagram.com/syfx.sairl/
salam for those who listening,lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapapun yang mendengar terima kasih.
LATE MORNING KUCHING
https://www.youtube.com/channel/UCPQ1...
https://www.instagram.com/latemorning...
OUFA
https://www.instagram.com/oufaa_/
MENTOR
NAJEEP LOCO
https://www.youtube.com/channel/UCCLv...
??OFFICIAL APOLOLIE LYRIC??
Kelana
datang tanpa tanda bayang bayang
datang bayang aku boleh hadap sorang sorang
budak melalak cuba masok dalam wayang
beli tiket tapi x ckup tambang
jari jemari corak atur mainan
dengan satu aksi jilat sampai licin
sudah naik dalam macam nafsu batin
aku tunjuk cara please jangan pening
samar curi hati hati dalam cari
jangan lupa semua ada kualiti
Biar tahap panas bukan main langsi
hujah aku beri hujah tanda mati
jangan garang bila hanya dalam lagu
kenapa goyang bila namamu di seru
dirimu kosong tapi akal tak laku
macam kutu hey merayap dalam buku
aku bukan raja aku nak bicara
salah guna bakat bikin kau akan merana
aku takkan hilang boy dengan satu mantera
sebab di belakang ramai lagi tentera
ku berpesan
boy jangan salah ketuk pintu
Nanti jumpa makhluk itu yang berbulu
Kuku panjang hey seram macam hantu
Kau apa tahu sebab kau bukan aku
Erell
ku bercerita tentang satu kesah
Kesah manusia yang tiada waktu susah
Kami redha dan terus pasrah
jika cara ni boleh buat memisah
Benar berkata itu benar berkata ini
selalu kita faham walau berat begini
susah sangat untuk kita yang hadapi
demi Berjaya kita terus jadi begini
ini nasihat ku bukan penjahat
sekadar buat untuk kita bertaat
hadap susah walau tiada penyelamat
janji kita usaha ke garisan penamat
kami penat banyak hadap kekecaman
ini lumrah orang mahu kena koman
mulut hanya berkata rasa mahu saman
kami manusia biasa takkan beri hukuman
Kelana
Nait tinggi jangan lupa daratnya
Kalau mengaji wajib tahu tajwidnya
Tiap sebutan harus waspada
Salah baca lain maknanya
Salam sayang dari kelana akira

mendengar apa ni 在 Mendekat, Melihat, Mendengar (Official Lyrics Video) - YouTube 的推薦與評價

Organic Records Present:MALIQ & D'Essentials (MAD)'s brand new single, "MENDEKAT, MELIHAT, MENDENGAR "Out now and available to request on ... ... <看更多>
mendengar apa ni 在 Mendekat, Melihat, Mendengar (Official Music Video) - YouTube 的推薦與評價

Official Music Video of "MENDEKAT, MELIHAT, MENDENGAR ” by MALIQ & D'Essentials.#MMM is available to buy on #PopHariIni, a compilation album ... ... <看更多>
mendengar apa ni 在 ALYPH - Adakah Kau Mendengar? (Official Music Video) 的推薦與評價
Adakah Kau Mendengar ?” Available Now! ... TikTok - https://tiktok.com/@alyphland LIRIK: Adakah kau mendengar ? ... Dah tekan berapa ni ? ... <看更多>