Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis. Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Azizan Osman,也在其Youtube影片中提到,? LIVE ! 1957 : Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan Merdeka bergempita dengan teriakan kemerdekaan di Tanah Melayu! Jom sama-sama sambut dan raikan a...
merdeka 1957 在 Facebook 的最佳貼文
Malaysia happy 64, 不管你几岁我都爱你,没有国就没有家。 谢谢马来西亚,我爱你。
#我们都是马来西亚人 #WeAreALLMalaysian 这是我们国父东姑阿都拉曼 在 1957 8月31日 高喊 Merdeka 的时候也告诉我们全国人民,我们不分种族因为我们都是马来西亚人,让我们永远记住,团结是我们作为一个民族和一个民族的基本力量。
这是Tunku Abdul Rahman作为马来西亚首相的最后一次广播。
这个活动看到各种艺术家,名人和人物聚在一起,支持一个想法和努力促进团结。
无论我们是谁,我们是做什么的或我们在哪里,当我们看到彼此时,我们会看到超越表面,超越贬低和隔离, 我们只看到我们是谁 - 马来西亚人。
最后请认真记得独立不是理所当然,和平也不是偶然,这些都是经历过了斗争,不文明,才有今天的和平和谐,所以记得我们不再看肤色而我们是 #AnakMalaysia
Selamat Hari Merdeka!
#WeAreAllMalaysians
Selamat Hari Merdeka!
#WeAreAllMalaysians
A Malaysian Project by Awesome Studios
Make up by Moments with Mandy
#WeAreAllMalaysians
#awesomestudios
#momentswithmandy
#merdeka
merdeka 1957 在 Hasmie - by Irma Hasmie Facebook 的精選貼文
Merdeka! Laungan keramat oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada detik 12 malam 31 Ogos 1957 menjadi detik paling bersejarah dan permulaan ke arah penubuhan negara Malaysia seperti yang kita kenali hari ini.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-64 Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka!.
Repost by @reposta.app_
———@mymotac
#MyMOTAC
#MySeniBudaya
#MalaysiaTrulyAsia
#staysafe
#HKHM2021
#KeluargaMalaysia
merdeka 1957 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
? LIVE ! 1957 : Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan Merdeka bergempita dengan teriakan kemerdekaan di Tanah Melayu! Jom sama-sama sambut dan raikan ambang kemerdekaan bersama RichWorks.
Bangkit Berniaga Bangsaku !
#AzizanOsman
#BangkitBerniagaBangsaku
#MerdekakanBangsaKita
#SokongPerniagaanKecilSederhana
merdeka 1957 在 AZIZUL HAQIM OFFICIAL Youtube 的最讚貼文
Sebuah lagu patriotik. Cover istimewa ini buat semua rakyat Malaysia yg menyambut hari kemerdekaan negara kita 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2019. 62 tahun kita merdeka. Semoga negara Malaysia terus aman, makmur dan jaya. Amin ❤
.
.
#bahteramerdeka #lagupatriotik #azizulhaqim
merdeka 1957 在 MARK O'DEA Youtube 的最讚貼文
SELAAMT HARI MERDEKA! THIS SONG IS FOR ALL MALAYSIANS!
Don't forget to subscribe for more silly videos! @markodea8