UNDI 18
1. Saya mengalukan-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memerintahkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember pada tahun ini. Langkah ini tepat dalam mengiktiraf suara anak muda dan selari dengan tuntutan semasa.
2. Ini membolehkan Seksyen 3 (Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) berkuat kuasa secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan menjelang 31 Disember 2021. Seksyen 3 menyatakan bahawa umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang mana rakyat Malaysia perlu mendaftar sebagai pengundi.
3. Dengan keputusan ini, suara anak muda dalam pembuatan dasar akan lebih mudah didengari dan dipertimbangkan. Saya percaya ramai anak muda yang berbakat, mempunyai idea yang ingin dikongsi dan sifat kepimpinan yang tinggi. Saya secara peribadi percaya pengetahuan anak muda pada hari ini lebih jauh terkehadapan berbanding 20 tahun atau 30 tahun yang lalu memandangkan pengetahuan mereka yang lebih tinggi selari dengan perkembangan teknologi.
4. Sejak akhir-akhir ini kita lihat anak muda banyak menyuarakan pendapat di media sosial dalam pelbagai isu seperti hak asasi, pendidikan, hak wanita dan alam sekitar. Medium ini seolah-olah tidak sesuai sebagai tempat mereka menyuarakan suara dan pandangan mereka. Jadi dengan menurunkan had umur mengundi, anak muda boleh menyuarakan suara dan pandangan mereka menggunakan medium yang lebih berkesan.
5. Malah langkah ini juga menggalakkan wanita muda (dibawah umur 30 tahun) yang tidak mempunyai partisipasi langsung dalam Dewan Negara atau Dewan Rakyat. Buat masa kini, Ahli Parlimen wanita yang paling muda dalam Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee yang berumur 32 tahun. Banyak negara telah mengiktiraf peranan wanita muda dalam kepimpinan negara seperti Alexandria Ocasio-Cortez dipilih ke Kongres Amerika Syarikat sewaktu berumur 28 tahun dan Mhairi Black yang menjadi Ahli Parlimen Scotland sewaktu berumur 20 tahun. Partisipasi wanita muda penting bagi merangka dasar yang mesra wanita dalam segenap aspek.
6. Kesedaran golongan muda juga perlu ditingkatkan dengan program-program berbentuk wacana, dialog dan penambahbaikan silibus sedia ada di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutamanya anak muda, badan bukan kerajaan, badan pemikir dan kerajaan sendiri. Pendidikan mestilah merangkumi asas-asas negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memupuk perasaan cinta kepada negara.
7. Saya berharap Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) mempercepatkan proses Undi 18 bagi membolehkan perkara ini menjadi realiti pada Pilihanraya Umum akan datang. Pertambahan pengundi yang diunjurkan mencecah 22.5 juta setelah mengambilkira pertambahan pengundi 18 tahun adalah satu bentuk demokrasi yang baik. Inilah masanya untuk kita memberikan anak muda kebebasan menggunakan ruang demokrasi yang ada. Anak muda mampu mencorakkan masa depan negara dengan lebih baik.
AINIE HAZIQAH
mhairi black 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
MEDIA STATEMENT
KEADILAN's Five Rising Stars: A Commitment Towards Reform and Change by 2021
In 2015, the United Kingdom elected its youngest Member of Parliament since the 17th century, 21-year old Mhairi Black. Her maiden speech in the UK Parliament garnered the attention of more than 10 million people worldwide and the praise of many fellow Members of Parliament.
...Continue Reading
mhairi black 在 福佳與林忌創作 Facebook 的最讚貼文
半年前英國國會大選,1994年出生,蘇格蘭民族黨Mhairi Black以20歲的年紀當選,打破英國紀錄。
在香港,18歲持BNO就可以參選英國下議院,卻反過來不能參選香港立法會。 平時大鬧 Old Seafood 阻住地球轉,話唔畀後生仔上位乜乜物物的香港人,卻反過來質疑點解要修改21歲的立法會議員選舉限制,真係令人嘆為觀止。
點解?咪因為對人不對事囉!
https://www.youtube.com/watch?v=lZAmhB55_-k
mhairi black 在 Mhairi Black pokes fun at Oliver Dowden over Tory ... - YouTube 的推薦與評價
Oliver Dowden expressed regret over Mhairi Black's announcement yesterday that she will step down as an SNP MP at the next general election. ... <看更多>
mhairi black 在 Mhairi Black MP 的推薦與評價
Mhairi Black MP 。 223424 個讚· 237 人正在談論這個。 SNP MP for Paisley and Renfrewshire South. ... <看更多>