Posted @withregram • @nadiralnuri Sedih juga gambar ni pun ada yang pertikai, kata nak menunjuk amalan, solat di tempat tak sesuai.
.
Ada yang sudah respon dan maklumkan bahawa mereka memang sedang memasang paip di kawasan tersebut jadi mereka ambil peluang selesaikan solat di mana mereka berada. Islam itu mudah kan.
.
Pandangan saya, kerja-kerja kebajikan memang kena diadun dengan elemen 'adventure' dan keseronokan. Sebab yang terlibat ini orang muda, kadang-kadang dari pelbagai latar belakang dan perwatakan.
.
Nanti mereka balik bercerita dengan kawan-kawan mereka, kami ke Kedah dengan brother hari tu, sembahyang dalam sungai, seronok gila! Maka ramai lagi akan berminat nak ikut dan bantu.
.
Begitu pengalaman saya bersama Tentera Merah ini ketika berada di Sabah sebelum ini. Memang kami sengaja masukkan elemen 'adventure' nak bagi budak-budak minat nak join.
.
Kami meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah di bawah hujan lebat. Makan nasi mentah dengan sardin sambil air hujan menitik masuk pinggan. Potong buluh untuk buat atap.
.
Sampai sekarang saya terikat dengan anak-anak remaja ini dan yang mereka ingat ialah aksi-aksi mencabar ini, bukannya isi ceramah dan daurah.
.
Kalau tak suka PAS lantaklah. Tolak elemen politiknya. Tetapi elemen dakwah, elemen pembangunan insan, elemen tarbiyyah yang ada padanya perlu didokong.
.
Ucaplah alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak-anak kita berdakwah dan ditarbiyyah.
.
Yang banyak sangat komplen ni seru suruh berlatih dengan Qass*m je, nak tengok berapa minit bertahan.
「orang rimba」的推薦目錄:
- 關於orang rimba 在 Facebook 的精選貼文
- 關於orang rimba 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於orang rimba 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於orang rimba 在 Orang Rimba - EgyptToday 的評價
- 關於orang rimba 在 The Orang Rimba people of... - Survival International - Facebook 的評價
- 關於orang rimba 在 Indonesia's Orang Rimba: Forced to renounce their faith 的評價
- 關於orang rimba 在 Daily Game Unboxing - Orang Rimba: The Forest Keeper 的評價
orang rimba 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 10)
Fekah Buli
"Saya tak nak dia bekerja di pejabat awak. Awak kena pindahkan dia keluar secepat mungkin," seorang bos besar bersuara.
"Kenapa tuan?" tanya pegawai tertinggi di agensi tersebut tapi hanya sekadar soalan dalam hati sahaja. Tak berani nak luahkan soalan sebenar di lisan. Cari nahas.
"Saya tahu ada prosedur nak kena ikut tetapi saya tak boleh tunggu. Besok juga awak kena selesai," ujar bos besar lagi.
Pegawai tertinggi mengaru kepalanya beberapa kali. Dia sempat melihat kepada Ketua Jabatan Pengurusan Manusia. Mata mereka bertaut rapat. Berbicara senyap.
"Macamana ni?" hati masing2 memberontak.
"Memang boleh tukar pegawai bawahan tetapi tak bokeh tukar ikut suka hati. Nanti hilang respect di kalangan semua warga kerja. Bos ada amanah dan juga etika yang kena jaga. Bukan boleh belasah saja macam undang2 rimba," masing2 bergumam dalam hati. Tertekan. Ini bukan kali pertama arahan sebegini dibuat.
Bos besar melihat tepat ke sepasang mata pegawai tertinggi agensi di bawah kawalannya ini.
"Kalau tak boleh buat, nanti saya akan minta orang lain buatkan. Kalau ini berlaku, mungkin lebih seorang akan ditukar besok," bos besar masih melepaskan kata2 arahannya.
Pegawai tertinggi balik ke pejabatnya. Masam muka. Dia terus memangil ketua HR buat surat permindahan kepada salah seorang pekerjanya seperti yang diminta oleh VIP.
"Apa alasan nak dicatit dalam surat?" tanya ketua HR.
"Bagi mendapat pengalaman baru di tempat baru," jawab pegawai tertinggi.
"Tapi kenapa tergesa-gesa Tuan?" tanya ketua HR lagi.
"Ini kuasa preregotif saya sebagai No 1," jawab pegawai tertinggi. Hujah ikat mati.
Anda pernah dengar cerita macam ni? Ini sebahagian contoh buli di tempat kerja. Tengok saja laporan HR di Malaysia dan dunia....pelbagai bentuk buli boleh berlaku di tempat kerja. Saya pun pernah kena buli waktu muda2 dulu. Buli memang satu penyakit kronik. Pembuli ada sakit minda yang kronik.
Apa hukum fekah tentang buli? Mungkin ulamak belum lagi membuat kajian & ijtihad.
Bila saya sudah lama dalam kerjaya, saya dapat satu lagi insight baru. Buli ada muslihat lebih besar. Nanti saya cerita.
#fekahhalalharam
MDB
orang rimba 在 Facebook 的最讚貼文
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR
JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM,
TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MAC 2021
FASA 3 DAERAH PONTIAN.
22 MAC 2021 | ISNIN
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian mengadakan lawatan ziarah kasih kepada 3 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Daerah Pontian.
Tuan Pegawai Daerah Pontian juga menyampaikan kurniaan RM1000 daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada setiap keluarga tersebut bagi bulan Mac 2021 Fasa 3 serta bungkusan sumbangan berupa barangan keperluan asas.
Penerima Pertama : Abd Aziz Bin Mohd Ariff berumur 39 tahun dari Mukim Rimba Terjun merupakan seorang bapa yang perlu menjaga isterinya yang menghidapi sakit buah pinggang dan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.Beliau mempunyai pekerjaan yang tidak menentu yang memerlukan beliau menjaga isterinya.
Penerima Kedua : Aminah Bte Chapek berusia 71 tahun dari Mukim Rimba Terjun merupakan seorang ibu tunggal yang menghadapi sakit strok .
Penerima Ketiga : Lim Chwee Why @ Lim Chow Hway berusia 77 tahun dari Mukim Rimba Terjun.Beliau tidak boleh bekerja akibat hilang penglihatan dan menghidap penyakit kencing manis.
Turut hadir :Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Penolong Pegawai Daerah Pontian,Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai JKM Pontian,Penghulu Kanan Daerah Pontian serta Penghulu Mukim Yang Terlibat.
Semoga kurniaan sumbangan ini meringankan beban keluarga ini.
orang rimba 在 The Orang Rimba people of... - Survival International - Facebook 的推薦與評價
The Orang Rimba people of Indonesia are using their own quarantining method to protect themselves from #coronavirus. ... <看更多>
orang rimba 在 Indonesia's Orang Rimba: Forced to renounce their faith 的推薦與評價
Nov 17, 2017 - As the palm oil industry grows, some Orang Rimba have had to abandon their nomadic forest lifestyle. ... <看更多>
orang rimba 在 Orang Rimba - EgyptToday 的推薦與評價
Orang Rimba. As homelands devastated, Indonesian tribe turns to Islam. Fri, 16 Jun 2017 - 09:32 GMT. Indonesian tribesman Muhammad Yusuf believes his ... ... <看更多>