Apa Kaitan Kuih Bakul Dengan Dewa Dapur?
Kuih Bakul merupakan kuih yang terkenal di dalam budaya cina terutama pada tahun baru Cina. Kuih ini juga dikenali dengan nama “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud kuih dan di dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud tinggi yang melambangkan erti semakin bertambah tahun semakin tinggi (年年高升/niánnián gāoshēng) yang bermakna “setahun lagi kehidupan, meningkat lagi kemajuan”
Kuih ini diperbuat daripada beras pulut yang tumbuk sehingga halus dan dicampur dengan beberapa ramuan lain sehingga menjadi melekit dan manis seperti dodol. Kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja akan tetapi ia terkenal pada tahun baru disebabkan terdapat kepercayaan di sebalik tahun baru berkaitan dengan dewa mereka.[1]
Ini kerana bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Daoisme, mereka percaya setiap akhir tahun sebelum menjelang tahun baru, Dewa Dapur akan naik ke langit untuk untuk membuat laporan mengenai sesebuah keluarga di rumah itu kepada Dewa Tertinggi iaitu Yu Huang Da Di atau The Jade Emperor di langit. Ini kerana, kebiasaan orang Cina mereka akan menyembah dewa dapur di rumah mereka. Dewa Dapur dikenali dengan beberapa sebutan seperti Zao Shen, Zào Jūn Gōng atau Cao Kung Kong (bahasa hokkien) adalah salah satu di antara dewa-dewi yang termasuk dalam kategori Dewa Penjaga Rumah.
Kebiasaanya masyarakat cina akan menyediakan sebuah altar yang dilokasikan di arah utara atau timur di bahagian dapur rumah mereka dan gambar Dewa Dapur digantung di tengah-tengahnya. Bagi mereka yang tidak memasang altar, biasanya mereka akan menggantung gambar dewa sahaja di dapur. Adapun sebahagian daripada mereka mengkritik perbuatan meletakkan altar dewa di dapur di atas beberapa faktor tetapi secara umumnya masyarakat Cina yang mempercayainya akan menggantungkanya di dapur.
Ini kerana masyarakat Cina memiliki kepercayaan bahawa Dewa Dapur ini akan melaporkan hal yang berlaku di rumahnya kepada dewa tertinggi di langit maka sehubungan dengan itu ia hendaklah dipastikan bahawa khabar yang dibawa itu dari yang baik-baik sahaja. Untuk itu, masyarakat cina akan membuat kuih bakul ini sebagai makanan utama yang digunakan untuk persembahan upacara sembahyang kepada dewa Dapur (Jie Sie Siang Ang), iaitu dilakukan enam hari sebelum tahun baru.
Dipercayai kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ia dapat memaniskan serta melekitkan mulutnya semasa Dewa Dapur pergi ke syurga untuk memberi laporan tahunan kepada Maha Dewa Syurga (The Jade Emperor) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut.[2] Dari kepercayaan inilah tradisi kuih bakul dijadikan kuih utama di kalangan masyarakat cina sebelum perayaan tahun baru.
Sejarah Dewa Dapur
Kisah Dewa Dapur ini memiliki beberapa versi dan memiliki sedikit perbezaan di antara satu sama lain. Diceritakan pada asalnya beliau merupakan seorang manusia biasa sahaja dan di alam dunia dahulu beliau dikenali sebagai Zhang Lang. Diceritakan pada zaman dahulu sekitar abad ke 2 SM terdapat seorang pemuda yang kaya raya bernama Zhang Lang, yang memiliki tanah yang luas dan haiwan ternakkan yang sangat banyak.[3] Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang baik hati dan bijaksana. Kehidupan mereka berjalan dengan bahagia sehinggalah sampai pada suatu ketika dikatakan Zhang Lang mengambil isteri kedua yang memiliki sifat buruk dan dengki serta memiliki banyak tipu muslihat. Akibat dari pengaruh yang dari hasutan isteri kedua ini, Zhang Lang kemudian menceraikan isteri yang pertama.[4]
Pada satu hari, Zhang Lang mabuk dan beliau memberi kesemua harta bendanya dan segala kekayaannya kepada orang ramai. Disebabkan hal itu beliau jatuh miskin sehingga mengemis meminta sedekah. Oleh disebabkan kemiskinan itu, isteri keduanya meninggalkannya lalu bersama dengan lelaki lain yang lebih kaya.[5]
Pada suatu hari pada musim sejuk, Zhang Lang yang kelaparan itu berjalan untuk mengemis dengan memasuki sebuah rumah besar untuk meminta sedekah makanan. Seorang pelayan di rumah itu menerimanya dengan ramah dan baik hati serta membawanya ke ruang dapur untuk memberinya makan. Zhang Lang di khabarkan oleh pelayan di rumah itu bahawa pemilik rumah besar itu adalah seorang janda yang baik hati dan gemar menolong orang yang miskin. Hal itu menimbulkan rasa kagum di dalam hatinya. Pada saat pemilik rumah itu datang menemuinya ketika makan, Zhang Lang terkejut besar setelah mengetahui bahawa pemilik rumah itu adalah bekas isteri pertamanya yang telah dicerai olehnya suatu ketika dahulu. Disebabkan beliau berasa amat malu di atas perbuatannya masa lalu, Zhang Lang tidak berani menemuinya, akhirnya dia bersembunyi di dalam sebuah tungku dapur dan berada di situ sehinggalah dia mati terbakar menjadi abu.
Ketika isterinya mengetahui bahawa orang yang hangus terbakar di dalam tungku dapur itu adalah suaminya sendiri, maka beliau sangat sedih, dan akhirnya meninggal dunia kerana kesedihannya itu. Ketika dewa tinggi iaitu Dewa Tai Shang Lao Jun mengetahui peristiwa ini, beliau sangat terkesan atas ketulusan hati Zhang Lang yang berani menebus kesalahannya sehingga sanggup mati hangus terbakar di dalam tungku dapur itu, maka beliau mencadangkan kepada dewa tertinggi Maharaja Jed untuk mengangkat Zhang Lang menjadi Dawa Dapur dan dinamakan Zao Jun atau Zao Shen. Lalu setelah itu beliau dilantik menjadi dewa Dapur.[6]
Selain dikenali dewa Dapur, beliau juga dikenali sebagai dewa api. Tugasnya adalah untuk melaporkan segala perkara yang terjadi di dalam sesebuah keluarga kepada dewa tertinggi untuk menghakimi dan membalas baik buruk mereka. Oleh disebabkan orang cina inginkan dewa Dapur membawa khabar yang baik maka disediakan kuih bakul yang manis dan melekit itu untuknya.
Selain itu, kuih bakul juga sinonim dengan sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, dan selain tahun baru, biasanya ia juga dimakan selepas hari Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.
Kesimpulan
Kuih bakul adalah kuih yang terkenal dikalangan masyarakat cina malah selain masyarakat cina juga turut mengemari makanan ini tanpa tidak mengikut musim. Adapun dikalangan masyarakat cina mereka memiliki kepercayaan di sebalik kuih ini terutama pada perayaan tahun baru cina. Ia juga turut dihidangkan kepada para tetamu dan dimasak dengan pelbagai cara. Adapun kepercayaan kuih bakul yang dikaitkan dengan dewa dapur ini hanyalah wujud di dalam kepercayaan masyarakat cina. Dan iktikad ini tidak dipalitkan di atas kuih bakul semata-mata akan tetapi ia lebih kepada simbolik kepada mahu tibanya perayaan tahun baru yang mana hari pertukaran buku laporan yang dibawa oleh Dewa Dapur bagi setiap tahun.
Rujukan:
[1] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals In China, Mc Graw Hill, Singapura, hlm 6
[2] Lihat Rongguang Zhao, (2015). A Hisotry of Food Culture in China, SCPG Publishing Corporation, New York, hlm 16
[3] Lihat Shri Bhagavatananda Guru, (2015). A Brief History of the Immortals of Non-Hindu Civilizations: In association with Aryavart Sanatan Vahini 'Dharmraj', Notion Press, India, hlm 155
[4] Sebahagian kisah mengatakan beliau tidak berkahwin dua tetapi beliau menceraikan isteri pertamanya kerana fizikal isterinya itu tidak cantik dan memalukan beliau dan dari sebab itu dia menceraikan isterinya.
[5] Lihat Patricia Bjaaland Welch, (Januari 2014). majalah Passage artikel The Kitchen God, Friends of Museums Singapore, hlm 12-13
[6] Lihat Ibid
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1,600的網紅柚智夫妻,也在其Youtube影片中提到,Notion 全方位實戰課程|中文世界裡,最完整的 Notion 線上課程 Notion 是一款跨時代的雲端數位工具,被稱為來自未來的人生管理工具。讓我們幫助你打造出專屬於你的數位大腦和人生系統。 當疫情讓所有人都必須適應遠距工作,你應該趁這機會增強自己的數位工具能力。 新時代的工作者,必須懂...
para notion 在 柚智夫妻 Youtube 的最讚貼文
Notion 全方位實戰課程|中文世界裡,最完整的 Notion 線上課程
Notion 是一款跨時代的雲端數位工具,被稱為來自未來的人生管理工具。讓我們幫助你打造出專屬於你的數位大腦和人生系統。
當疫情讓所有人都必須適應遠距工作,你應該趁這機會增強自己的數位工具能力。
新時代的工作者,必須懂得運用數位工具來為自己賦能,解放個體的潛力,省下時間、避免拖延、管理知識、提升工作和學習的效率。
——-
⚡️ 課程完整介紹&單元大綱(Notion 頁面):
https://raymondhouch.com/notion-hahow
⚡️ 課程頁面(Hahow 線上課程平台):
https://hahow.in/cr/notion-hahow
⚡️ 線上訓練營頁面:
https://raymondhouch.com/online-course