Untuk pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dengan selamat #ReopeningSafely dan beralih ke fasa endemik, perkara paling asas yang perlu dilakukan adalah untuk kita semua menjalani gaya hidup sihat. Ini termasuk menjaga diet atau pemakanan, bersenam dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan.
Ini kerana kebanyakan individu yang paling terjejas teruk akibat virus COVID-19 seperti kematian atau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) adalah mereka yang mempuyai masalah komorbiditi.
Selain vaksinasi, pertahanan utama untuk badan kita adalah dengan memastikan kita kekal sihat. Malaysia sedikit bermasalah dalam hal ini kerana berada di kedudukan tertinggi di rantau ini bagi penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi (hipertensi) dan diabetes. Jadi, amalkan gaya hidup sihat untuk persediaan kita menghadapi endemik!
penyakit obesiti 在 Facebook 的精選貼文
Kalau badan besar tak cantik ke?
Cantik, tapi risiko sangat tinggi
Bila kita tak jaga kesihatan, kita mudah dijangkiti penyakit kronik
Apa penyakit kronik tu?
💉Kencing manis
💉darah tinggi
💉obesiti dan
💉 banyak lagi
Peserta kami @amiha_ayu kekal cantik dan ayu sebelum dan selepas join program kami
Dengan menurunkan berat badan, beliau sekaligus mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik
Lain orang ada sebab yang berbeza
Jadi apa sebab anda?
#staystrong #prayformalaysia #nouruldepp #nouruldeppshares #nouruldeppsays #nouruldeppqoutes #nouruldeppcares #sihatonline #kurusonline #programnouruldepp #onlineprogrambynouruldepp #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp #humanempowerment #human #mentalawareness #mentalhealth #teamsihat
penyakit obesiti 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
Saban tahun pada 12 Ogos, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan menyambut Hari Belia Sedunia bagi mengetengahkan isu-isu belia untuk diberi perhatian oleh komuniti antarabangsa dan menyambut potensi belia sebagai rakan kongsi dalam masyarakat dunia pada hari ini.
Tema pada tahun ini adalah “Transforming Food Systems: Youth Innovation for Human and Planetary Health”. Sewaktu 2021 ECOSOC Youth Forum 2021 (EYF), isu yang dibawa oleh belia adalah termasuk impak pandemik COVID-19 terutamanya kepada kesihatan, alam sekitar dan sistem makanan. Sebagai salah satu daripada dapatan rasmi yang dicadangkan oleh EYF, belia menekankan kepentingan untuk terus berusaha bagi mendapatkan kesaksamaan sistem makanan.
Kerajaan telah melancarkan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2.0 (DPKM 2.0) untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memperkukuhkan sekuriti makanan serta pemakanan. Malah negara kini negara kini sedang berdepan masalah beban berganda malnutrisi dengan peningkatan kadar obesiti di setiap peringkat umur serta kekurangan pemakanan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun susulan pembangunan pesat sosioekonomi termasuk perubahan gaya hidup dan amalan pemakanan.