Anak Autisme saya masuk pertandingan bercerita.
Tapi masalah anak autisme saya, tidak pandai bercerita. belum mampu buat ayat panjang.
Maka saya guna kaedah edit, dia ajuk suara saya, dengan susah payah,
Alhamdulillah, siap!
Apa yang anak saya cerita, adalah perkara yang wajib semua rakyat malaysia tahu. Dan terima kasih kepada jiran jiran yang kibarkan jalur gemilang dengan penuh meriah.
Tengok video dan nilaikan, dah meriah ni saya rasa. Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah kerana kurniakan kemerdekaan pada Malaysia, dapatlah kita beribadat dan berdakwah dengan aman.
Tolong like dan share video, moga anak saya menang!
Woha!
https://youtu.be/h5LAHQIetig
pertandingan saya anak malaysia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Pemain Santai
Niat hanya nak melayan cucu Aesya AzZahra memukul bola ping pong. Permainan ping pong memang dekat di hati saya. Pernah menjadi juara di Fakulti Syariah, Universiti Kuwait. Skil ping ping memang menghiburkan. Service. Swing ball. Smash. Returm smash. Placing.
Memang dah lama tak bermain secara serius. Diajak bermain anak saya. Saya terus menyahut walaupun berkain pelikat. Terus teringat bagaimana saya mula bermain di asrama di Universiti Kuwait. Ramai rakan2 dari Malaysia & Thailand bermain berkain pelikat sebelah malam. Ramai orang hairan. Tapi bila lihat pelajar dari Yaman pun pakai kain pelikat, kami rasa normal.
Permulaan untuk mendapat mata ialah service yang berkualiti. Bola yang dihantar biar susah dikembalikan atau dikembalikan dalam keadaan yang tanggung atau tidak dirancang. Forced return. Bola memang bulat tetapi boleh dibentuk dalam bentuk lain kalau kita latih bertubi2 menghantar bola service.
Ramai penentang saya kalah kerana bola service saya yang mengelirukan. Dalam pusingan suku akhir perlawanan ping pong di Universiti Kuwait, saya pula tumbang kerana bola service penentang saya memang berkualiti tinggi. Swing gila. Saya langsung tidak boleh mengutip mata banyak.
Kesalahan pertama; saya overestimate diri sendiri. Kesalahan kedua; saya underestimate penentang saya.
Inilah resepi kegagalan & kekalahan dalam hidup samada dalam peperangan atau mana2 konflik. Dont overestimate yourself & dont underestimate others.
Memang saya suka smash. Yang lebih menghiburkan kebolehan mengambil bola smash orang lain. Inilah kekuatan sebenar. Lebih teruja kalau boleh mengembalikan bola dengan pukulan yang mengelirukan atau dengan smash. Amazing.
Dalam kehidupan, kalau kita dikritik, kena mampu menjawab dengan tenang & kalau boleh dengan hujah2 yang lebih mantap. Tak perlu marah2. Tak perlu merendahkan orang lain. Dalam ping ping pun, tak boleh marah pemain yang buat smash laju & tajam. Ini adat permainan & pertandingan. Kalau tak bersedia bertanding, jangan masuk dalam gelanggang.
Mana mungkin bina rumah di tepi laut tetapi tak mahu kena badai ombak laut. Pelik ramai yang suka rumah cantik di tepi pantai tetapi tidak suka ombak.
MDB
pertandingan saya anak malaysia 在 Facebook 的精選貼文
Selepas pulang dari Olimpik Rio 2016 dulu, saya berada di Malaysia seketika. Sekali setiap empat tahun, saya sibuk dengan pelbagai urusan yang bukan berkaitan dengan latihan dan pertandingan. Menghadiri pelbagai undangan dan jemputan dari pelbagai pihak.
.
Teringat ketika di jemput ke suatu program iaitu World #QuranHour. Program dimana bacaan Al-Quran dibuat serentak di seluruh dunia. Apabila di hubungi oleh pihak MediaPrima untuk menghadiri program tersebut, saya awal-awal menyatakan yang saya tidak lah bagus sangat tetapi saya bolehla baca. Mereka tidak kisah kerana mahukan beberapa figura yang berlatar belakang berbeza-beza untuk memeriahkan majlis. Saya terima atas nama kebaikan.
.
Apabila sampai pada hari yang dijanjikan di Plaza Alam Sentral, saya bertemu dengan semua jemputan dan kami beramah mesra. Memang ramai di jemput. Saya pun di tempatkan di atas pentas menunggu bersama-sama dua figura dunia hiburan yang saya percaya semua orang kenal. Achey Bocey Achey Kintangkintung dan Datuk Rosyam Nor Rosyam Nor (Official Fan Page) . Pertama kali berkongsi pentas dengan dua ikon dunia hiburan ni, keramahan mereka berdua membuatkan saya rasa seperti sudah lama kenal antara satu sama lain. Kedua-dua mereka asyik buat lawak je, saya tukang gelak. Memang tak kering gusi duduk dengan mereka. Terbahak-bahak.
.
Tiba-tiba datang pihak produksi membawa seorang adik kecil yang di temani oleh atuknya kalau tidak silap (perbetulkan kalau siapa-siapa yang tahu), lalu beliau ditempatkan di sebelah Datuk Rosyam Nor. Adik ini tersangat istimewa. Nama beliau Haikal dan beliau adalah finalis Qari Junior. Adik Haikal ini mempunyai masalah penglihatan sejak dari kecil lagi tetapi boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan hebat.
Saya waktu tu belum mengenali beliau. Maklumlah tinggal di Melbourne dan sibuk dengan urusan latihan dan pertandingan setiap masa, tak sempat nak ikuti perkembangan tanah air. Sempat berbual mesra dengan atuk beliau, dan saya kagum dari cerita yang dikongsikan. Adik Haikal ni memang di tangannya selalu pegang Al-Quran. Saya lupa-lupa ingat, tetapi kalau tak silap Adik Haikal ni memang hafal ayat-ayat Al-Quran dan walaupun tidak dapat melihat, beliau memang suka pegang dan bawa Al-Quran kemana-mana. Kata atuknya, boleh kata setiap waktu beliau memeluk dan mencium Al-Quran tersebut. Beliau memang sukakan bau naskah Al-Quran itu. Masyaallah. Pernah berlaku dimana Al-Quran itu tidak ada bersama dengan beliau, terus menangis dan meragam.
.
Saya ketika itu merasakan diri amat kecil jika nak dibandingkan dengan Adik Haikal itu. Walaupun saya baru pulang dari temasya sukan terbesar di dunia, menang pingat Gangsa pulak tu, tapi bagi saya semua tu amatlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang dikurniakan kepada anak istimewa itu. Saya berterima kasih kepada Ma (ibu) saya kerana ketika saya kecil beliau menghantar saya belajar mengaji di rumah kenalan beliau, Tok Mek kami panggil (semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezki Tok Mek selalu). Tok Mek garang tetapi garang itulah membuatkan saya peka dan lancar membaca Al-Quran. Tetapi selepas khatam, saya terus tidak pergi mengaji lagi, merasakan diri sudah mendapat segulung ijazah dan sudah boleh membaca sendiri. Pada zaman itu saya ada baca Al-Quran di masa terluang tetapi tidaklah terlalu progresif. Bila nak baca baru baca.
.
Berada di situasi itu dan melihat keadaan Adik Haikal sangat memberikan keinsafan buat diri saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan ilmu perlu sentiasa di tambah dari masa ke semasa. Sedangkan telefon kita pun perlu di kemas kini sistem baru dari semasa ke semasa, ini kan pula bab ilmu agama kan. Selepas program itu berakhir, saya nekad untuk memajukan diri dan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan tahap bacaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan. Syukur Alhamdulillah, bila kita pasang niat, Allah akan tolong dan lorongkan ke arah tersebut. Kini saya sentiasa belajar untuk menyempurnakan bacaan Al-Quran dan sangat berterima kasih kerana mempunyai seorang guru yang sangat komited untuk membantu (moga Allah sentiasa memurahkan rezeki beliau dan merahmati beliau).
.
Sedikit cebisan pesanan saya buat semua, mungkin ada daripada kita merasakan kita sudah lanjut usia untuk mula belajar Al-Quran, malu, dah terlambat ataupun pelbagai alasan yang boleh di munculkan, akan tetapi janganlah didengari bisikan-bisikan tersebut. Kita semua tahu siapa punya kerja yang menimbulkan seribu satu alasan itu. Ambil lah satu langkah demi satu langkah untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Bak kata orang putih,
.
‘The journey of a thousand miles begins with a single step’
.
Moga perkongsian ini memberikan manfaat.
.
Sekian.
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang