Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.
Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.
Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah lama buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.
Kini setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di medsos tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang. No problem, kami bersabar.
Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.
Bak kata Tuan Kamal Affandi, "kita bukan nak kurangkan predator seksual tetapi kita nak kurangkan jumlah orang dari menjadi mangsa."
Kami akan terus membantu mangsa-mangsa untuk keluar dari masalah ini dan mendapatkan keadilan. Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
Yang pernah menjadi mangsa mana mana ‘sexual predators’, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing wasap.my/60103735596 & In Sha Allah kami akan membantu anda semampu kami dengan PERCUMA untuk mendapatkan keadilan.
Beberapa bukti saya telah kongsikan di Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong atas permintaan mangsa.
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過39萬的網紅Aisar Khaledd,也在其Youtube影片中提到,#RAYA2021 #EIDMUBARAK #POLIS Subscribe YouTube channel AISARKHALEDD ❤️ Follow Instagram & Twitter AISAR_KHALEDD. Tag IG story @aisar_khaledd. 1) Su...
polis saman 在 Facebook 的最佳貼文
TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL FATIH SEFERAGIC
(Status panjang. Jangan komen sebelum baca habis)
Pada 31 Ogos 2021, sebuah NGO di Amerika Syarikat, Facing Abuse in Community Environments (FACE) telah menerbitkan satu laporan penyiasatan terhadap seorang Qari (pembaca Quran) antarabangsa bernama Fatih Seferagic. Laporan itu diterbitkan setelah mereka melakukan penyiasatan selama 13 bulan. Berikut merupakan ringkasan tuduhan terhadap Fatih Seferagic (FS).
1. FS dengan sengaja memaksa 3 mangsa untuk mengambil dadah & kemudian merogol mangsa-mangsanya.
2. FS memaksa perbuatan seksual terhadap 3 mangsa lain seperti meraba & meramas mangsa.
3. FS memgambil yuran untuk mengajar Quran tetapi tidak menunaikan janjinya.
4. FS meminjam sejumlah wang yang banyak dan berjanji akan memulangkannya tetapi tidak pernah memulangkannya.
5. FS dikatakan cuba menenangkan mangsa yang baru beliau rogol dengan memainkan rakaman bacaan Quran FS sendiri.
6. Kelakuan FS tidak selari dengan imej Qari & agamawan beliau.
7. Perbuatan FS dikatakan telah menyebabkan 2 mangsa beliau dijangkiti papillomavirus manusia.
Anda boleh membaca laporan penuh penyiasatan di https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic
Kami mengambil pendekatan berhati-hati untuk menilai isu ini sebelum menulis apa-apa tentangnya. Sebab itu, selepas hampir seminggu barulah kami mengeluarkan satu status tuntas bagi berkongsi pandangan kami.
SIAPAKAH FATIH SEFERAGIC?
Fatih Seferagic dilahirkan pada 1995 dengan nama Mehmed Elfatih Seferagic. Beliau selesai menghafal Quran pada 2010 pada usia 15 tahun & beliau sering dijemput ke serata dunia untuk memberikan khutbah, imam jemputan & mengajar Quran termasuklah di Malaysia & Indonesia.
Beliau telah bernikah pada 2013 pada usia 19 tahun tetapi bercerai pada 2014 & kemudian pada 2017 beliau bernikah buat kali kedua pada 2017. Fatih Seferagic telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 September 2021 menafikan semua tuduhan itu.
SIAPAKAH FACE?
Di laman Facebook, FACE memperkenalkan pertubuhan mereka sebagai;
“FACE is a first line of defense for victims in the Muslim community experiencing abuse and neglect at the hands of religious & community leaders.” (FACE merupakan pertahanan pertama bagi mangsa penderaan & pengabaian komuniti Muslim oleh agamawan & pemimpin masyarakat)
Dalam laporan mereka, FACE mengatakan penyiasatan bermula pada 10 Julai 2020 - 31 Ogos 2021 (13 bulan) di mana seramai 12 mangsa & 36 sumber telah diambil keterangan mereka.
Bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh mangsa-mangsa & sumber adalah, rekod perjalanan, rekod perubatan, kenyataan bertulis, gambar, teks mesej & juga rakaman. FACe turut mengatakan kesemua tuduhan dari kesemua mangsa juga telah dibuktikan.
Kami juga sempat melayari laman sesawang FACE dan mendapati mereka tidak meletakkan mana-mana agamawan sebagai panel penasihat syariah mereka.
ADAKAH TUDUHAN TERHADAP FATIH SEFERAGIC ITU BENAR?
Jawapan kami adalah kami tidak tahu kerana kami di MRM tidak pernah melihat bukti-bukti dari mangsa-mangsa & juga saksi yang lain. Pendirian kami di MRM adalah tidak memihak kepada FACE mahupun Fatih Seferagic.
Kami juga enggan menuduh Fatih Seferagic sebagai penunggang agama atau apa-apa label kerana KAMI TIDAK MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI TUDUHAN TERHADAP FATIH. Jikalau kami melabel Fatih sebagai penunggang agama atau mana-mana label TANPA KAMI MELIHAT BUKTI, kami risau andai tuduhan itu adalah tidak benar maka kami telah memfitnah & menjatuhkan maruah beliau.
Kami juga enggan menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic kerana sekali lagi, kami tidak tahu apa yang FACE tahu & apakah bukti-bukti yang telah dilihat dan diperolehi oleh FACE untuk menerbitkan laporan penyiasatan itu. Jikalau kami menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic tetapi FACE MEMANG MEMPUNYAI BUKTI KUKUH TUDUHAN ITU, maka kami risau kami telah memfitnah FACE & juga mangsa-mangsa yang telah berani tampil ke hadapan untuk melaporkan.
Kami berpegang kepada firman Allah Subhana Wa Ta’ala apabila kami tidak tahu hujung pangkal akan sesuatu isu;
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa' 17:36)
BEBERAPA PERSOALAN TERHADAP TUDUHAN FACE & PENAFIAN FATIH SEFERAGIC
A) Kami mendapati agak janggal untuk FACE melengkapkan siasatan selama 13 bulan tetapi hanya memberikan masa selama 48 jam untuk Fatih Seferagic memberikan respon sebelum laporan itu diterbitkan. Adakah ianya bagi memastikan mangsa-mangsa berani tampil ke hadapan tanpa diganggu oleh Fatih Seferagic?
B) Kenapa FACE tidak membuat laporan polis terhadap Fatih Seferagic setelah seminggu laporan diterbitkan andai SEMUA TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN sebagaimana yang mereka nyatakan di dalam laporan penyiasatan ATAU mereka sedang dan telah membuat laporan polis tetapi tidak diumumkan kepada khalayak ramai?
C) Fatih Seferagic telah membuat kenyataan penafian terhadap kesemua tuduhan yang diterbitkan oleh FACE. Penafian tidak memadai tetapi Fatih Seferagic MESTILAH MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG terhadap FACE kerana memfitnah beliau.
Mungkin beliau dalam perancangan membuat laporan polis atau tindakan undang-undang terhadap FACE. Kegagalan Fatih Seferagic sekurang-kurangnya membuat laporan polis terhadap FACE akan seolah-olah memberikan indikasi bahawa mungkin ada tuduhan dalam laporan FACE itu adalah benar.
Tindakan terbaik dari Fatih Seferagic adalah melakukan saman fitnah terhadap FACE bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Berani kerana benar, edit & padam kerana salah.
KENAPA MRM TIDAK BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU PREDATOR SEKSUAL?
Kami menjangkakan mungkin akan ada individu yang akan bertanya kenapa kami di MRM tidak bersikap neutral dalam kes ‘sexual predators’ yang telah dimainkan oleh kami lebih 2 bulan?
Buat makluman yang mungkin bertanya, jikalau anda membaca dari awal perkongsian kami ini, anda akan temui jawapannya. Beza kes Fatih Seferagic & isu ‘sexual predators’ yang kami bangkitkan adalah MANGSA-MANGSA MENGADU KEPADA KEPADA KAMI & KAMI TELAH MELIHAT SEGALA BUKTI-BUKTI TULEN & SAH DARI MANGSA-MANGSA SERTA SAKSI.
Tambahan pula, tindakan undang-undang juga telah diambil oleh para mangsa terhadap ‘sexual predators’ yang membuktikan kami di MRM tidak sekadar sembang kosong tanpa bukti.
“OK KALAU BEGITU, KENAPA TIDAK BIARKAN PIHAK BERKUASA SIASAT & JANGAN KONGSI APA-APA LAGI?”
Soalan yang bagus bagi yang mungkin bertanya. Sebagaimana telah dinyatakan, ‘sexual predators’ adalah ‘plural’ bukannya ‘singular’ & kesedaran berterusan perlu dilakukan kepada masyarakat agar mereka yang pernah menjadi mangsa berani tampil ke hadapan dan agar masyarakat dapat bersama mencegah ‘sexual grooming’ terus berlaku khususnya mereka yang bertopengkan agama.
In Sha Allah, kami tidak MRM tidak akan lakukan apa apa TANPA BUKTI YANG JELAS!
Nasihat kepada diri kami dan sahabat semua yang membaca sehingga habis. Ingatlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala untuk kita berlaku adil;
“…dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Al-Maaidah 5:42)
Keadilan bukan sahaja untuk orang yang kita sokong tetapi keadilan juga perlu diberikan kepada orang yang membenci atau tidak menyukai kita. Kepada kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu, maka berpeganglah kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
[HR Al-Bukhari no. 6475]
Ada seorang individu bernama Shaykh Azhar Nasser telah membuat ciapan di Twitter bahawa jikalau seseorang telah membuat serangan seksual terhadap wanita tidak boleh lagi diberikan platform untuk bercakap tentang Islam hatta selepas mereka dihukum & mendapat keadilan.
Apa komen sahabat semua tentang kenyataan individu itu?
polis saman 在 Facebook 的最讚貼文
Ada beberapa individu pm saya ‘screenshot’ pertama & bertanya kenapa saya ‘double standard’ dalam posting berkenaan isu predator seksual tetapi kes Zamri Vinoth pula saya berdiam diri.
Saya bersangka baik mereka yang bertanya itu baru ‘follow’ saya sejak kes isu predator seksual. Mungkin juga mereka ini ingin memprovokasi & bukannya benar-benar serius dalam isu predator seksual. Namun saya bersangka baik.
Untuk makluman yang bertanya, ketika Zamri Vinoth ditahan polis pada 25 Julai 2018 untuk siasatan atas tuduhan rogol, saya berada di Mesir bersama Bro Shah Kirit & Abu Shariz atas jemputan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir untuk mengendalikan kursus dakwah kepada pelajar Malaysia di sana.
Saya menerima berita beliau ditahan lebih kurang jam 5pagi Mesir (11pagi waktu Malaysia). Saya terus menghubungi isteri beliau & memberitahunya bahawa usah risau tentang perbelanjaan harian kerana InshaAllah kami akan membantu mereka.
Saya juga memaklumkan kepada isteri beliau bahawa kami akan menyokong Zamri jikalau dia memang tidak terlibat & kami tidak akan menyokongnya andai dia terlibat!
Setelah polis melengkapkan siasatan, tiada pendakwaan kerana Zamri mempunyai alibi ke atas pertuduhan tersebut. Zamri telah menyaman seorang individu bernama Arun Doraisamy kerana memfitnahnya. Saya tabik kepada Zamri kerana berani mengambil tindakan saman terhadap individu yang memfitnahnya.
Prinsip saya jelas. Yang salah itu tetap salah walaupun diri sendiri apatahlagi sahabat seperjuangan. Yang tak bersalah tetap tak bersalah walaupun dari orang yang memusuhi & membenci saya.
Prinsip saya memang begitu. Saya tidak akan komen apa apa kes yang saya tidak tahu latarbelakang & bukti-buktinya. Saya memilih untuk bersikap neutral bagi memberikan keadilan kepada yang dituduh & menuduh.
Pada 28 April 2019, beliau sekali lagi ditahan polis untuk membantu siasatan atas tuduhan menghina agama Hindu. Pada 29 April 2019, saya terus memuatnaik status yang dengan jelas saya mengatakan;
“Andai beliau (Zamri) terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam danundang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.”
Namun hasil siasatan polis dalam kes ini juga didapati Zamri tidak bersalah kes diklasifikasikan sebagai NFA.
Saya konsisten dengan prinsip saya. Saya tidak memihak kepadanya dengan mengatakan ianya adalah fitnah atau cubaan menjatuhkannya kerana saya perlu berlaku adil kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Persoalan kepada mereka yang bertanya atau menuduh saya bersikap ‘double standard’;
“Apa pula prinsip anda?”
Pada waktu yang sama, terdapat beberapa portal berita melaporkan kononnya Zamri Vinoth mempunyai rekod jenayah merogol dan sebagainya. Zamri bertindak memberikan amaran saman akan dilakukan jikalau mereka tidak memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf.
SAYS & FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/25/correction-to-our-report-on-zamri-vinoth/ telah membuat pembetulan & permohonan maaf secara terbuka kepada Zamri Vinoth. https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2101142439996731/?d=n
Tidak cukup dengan itu, diberikan pelbagai label-label kepada saya & Zamri Vinoth kerana ketaasuban ataupun kemalasan membaca & mengkaji yang menyebabkan sel sel otak tidak berkembang dengan baik.
Is ok je untuk berbeza pendapat dan sebagainya tetapi menuduh & mengeluarkan kenyataan fitnah? Ajaran Islam manakah yang mengajar anda begitu? Saya & Zamri telahpun mengambil tindakan saman terhadap beberapa individu yang tidak serik megeluarkan kenyataan fitnah sebagai pengajaran.
Nasihat saya kepada mereka yang telah membuat tuduhan & fitnah secara bertulis terhadap kami, anda diberikan masa 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadamkan kenyataan anda yang berbentuk fitnah terhadap kami. Sila hantar link permohonan maaf anda ke Facebook kami.
SAYS & FMT telah memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf kerana jelas ianya tidak benar. Anda boleh padamkan status dan enggan meminta maaf tetapi tidak mengapa, identiti anda semua telah dikenalpasti & segala bukti-bukti telah kami miliki.
Telah berulangkali kami membiarkan & memaafkan tetapi ada yang masih meneruskan tuduhan & fitnah mereka. Kemaafan perlu diseimbangkan dengan keadilan & pengajaran untuk masa hadapan. Kemaafan ada masa & tempatnya begitu juga keadilan juga perlu ditegakkan.
Jikalau hanya menggunakan konsep kemaafan tanpa neraca pertimbangan keadilan, tiada perlunya Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam & para sahabat Radiyallahuanhum berjihad & tidak ada perlunya hukum qisas di dalam Islam.
Jikalau memang fitnah, saman mereka yang memfitnah. Kami tidak suka memainkan emosi masyarakat & menagih simpati. Kebenaran akan terbukti jua.
*Kami tidak akan komen kes-kes lain yang pengadunya tidak datang kepada kami & kami tidak tahu bukti-buktinya. Kami hanya komen kes yang pengadu datang kepada kami beserta bukti-bukti yang telah kami sahkan keasliannya.
polis saman 在 Aisar Khaledd Youtube 的最讚貼文
#RAYA2021 #EIDMUBARAK #POLIS
Subscribe YouTube channel AISARKHALEDD ❤️
Follow Instagram & Twitter AISAR_KHALEDD. Tag IG story @aisar_khaledd.
1) Subscribe youtube channel AISARKHALEDD
2) Follow instagram&twitter Aisar_Khaledd
3) Jangan lupa subscribe youtube channel AISARKHALEDD
Instagram : @aisar_khaledd / https://www.instagram.com/aisar_khaledd/
Twitter : https://twitter.com/aisar_khaled
TIKTOK : https://vt.tiktok.com/ZSJ6rELSG/
https://tomaz.my/collections/pre-order-gaming-chairs

polis saman 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Usahawan kosmetik popular didenda RM10,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan kerana memiliki produk tidak berdaftar dan tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM), pada 2019. Orang Kena Saman (OKS), Fatin Amiera Zainal Abidin, 32, yang mewakili Syarikat Amyera Beauty membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret M Barath.Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa kerana memiliki barang kosmetik tidak bernotifikasi membabitkan produk Amyera Beauty Flawless Day Cream, Amyera Beauty My Secret Cleanser, Amyera Beauty Flawless Night Cream, Flawless Booster Cream dan Flawless Acne & White Black Head Cream. Kesalahan itu didakwa berlaku di premis milik usahawan berkenaan di Amyera Beauty, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1 Bandar Damansara Perdana, di sini, jam 11.30 pagi pada 19 Februari 2019.#BULETINVIRAL
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!

polis saman 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Gerakan Yang diwujudkan netizen bagi menentang pelakon drama MARRY ME SENORITA, Janna Nick di media sosial gara-gara didakwa mempersendakan Lisa Blackpink akhirnya bertukar menjadi lebih serius. Menurut Janna Nick, dia kini berdepan ugutan jenayah dan serangan peribadi termasuk membabitkan syarikat produksi miliknya, Janna Nick Studios. Sehubungan itu Janna tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri atas yang didakwa fitnah, ugutan dan serangan peribadi yang mengaibkan serta merosakkan reputasi dirinya di malaysia dan di luar negara. Peminat-peminat k-pop di Malaysia turut mendakwa bahawa imej malaysia telah terjejas dan kononnya ada diantara mereka telah ‘dibuang’ daripada terus sertai kelab peminat artis.tambahan lagi, mereka turut mewujudkan tanda pagar #sorryfrommalaysia yang ingin mewakili janna dan malaysia memohon maaf kepada kumpulan blackpink dan beberapa pihak lain atas insiden yang terjadi sebelum ini. #JANNANICK #BLACKPINK
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
