Resepi Kuih Raya Ekspres: Biskut Coklat Nestum Oreo
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Tak banyak bahan pun, semuanya mudah nak cari.
Bahan-bahan
250g Dark chocolate (saya guna jenama Le Bourne)
1sb Buttercup
200g Nestum original
1/2 paket Oreo tanpa krim (dikisar kasar)
*Nota: Sukatan nestum boleh dikurangkan lagi kalau mahu biskut rasa lebih coklat. Tapi kalau nestum lebih banyak, biskut lebih rangup. Terpulang pada citarasa sendiri.
Cara-cara
1. Cairkan Coklat & Buttercup
Pertama sekali, cairkan coklat melalui kaedah double boiler.
Kalau yang belum tahu, double boiler ini maksudnya kaedah mengukus, maksudnya kita tak panaskan coklat secara direct atas api.
Mula-mula rebus air dalam satu periuk kecil hingga mendidih. Kemudian, letakkan satu lagi mangkuk yang lebih besar di atasnya. Lepas itu, dah bolehlah masukkan coklat. Bila dah cair, tambahkan buttercup. Adunkan sebati.
2. Masuk Nestum & Oreo
Seterusnya, masukkan Nestum dan biskut oreo yang dah dipecahkan tadi ke dalam adunan coklat dan buttercup.
Gaul rata.
3. Masukkan Ke Dalam Bekas
Sekarang, kita dah boleh pindahkan adunan ke dalam bekas.
Ada 2 cara untuk anda lakukan.
* Pertama, boleh sudukan ke dalam papercup macam biasa.
* Cara kedua pula, kalau tak ada papercup atau nak jimatkan masa, tuangkan saja ke dalam loyang / bekas apa-apa. Saya lapik dengan aluminium foil supaya senang nak angkat keluar bila dah mengeras.
4. Hias
Seterusnya, bolehlah make-up sedikit dengan taburan nestum, manik berwarna atau apa-apa bahan yang anda suka.
5. Sejukkan
Akhir sekali, sejukkan 5 minit di dalam peti sejuk atau hingga ia mengeras. Keluarkan dan simpan di dalam bekas kedap udara, bersuhu bilik.
Bagi yang buat dalam loyang / bekas besar, lepas keluarkan dari peti sejuk, biar suhu bilik sekejap. Bila dah agak lembut nanti boleh terus potong bar. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara. Siap!
Senangnya, Macam Tak Percaya!
Eh, dah siap dah. Mudah sangat resepi kuih raya ini. Menurut Iminz Kitchenette, anggaran tempoh penyediaan hanyalah 20 minit saja. Tapi walaupun ringkas, rasanya tetap sedap.
Kalau nak simpan lama, boleh simpankan dalam chiller supaya tetap rangup. Tapi selalunya bila sekali buat, mesti cepat ‘licin’.
Rugi kalau tak cuba!
*Resepi kuih raya Biskut Coklat Nestum Oreo ini disumbangkan oleh Iminz Kitchenette
resepi biskut nestum rangup 在 My Resipi - Biskut Nestum Rangup - Facebook 的推薦與評價
Corndog yang sedap dan mudah disediakan. Resipi Corndog Sedap Yang Jimat. Bahan-bahan: Roti gardenia. Sosej (potong 2) Lidi Pencucuk Mozarella cheese. Cheese ... ... <看更多>
resepi biskut nestum rangup 在 resepi biskut nestum yang telah menjadi viral!! - Pinterest 的推薦與評價
Biskut Cornflakes Badam Rangup || Dijamin Sedap Dan Mudah. Salam Ramadan semua....Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang sedap.Resepi ni adalah antara resepi ... ... <看更多>