Rindu dengan masakan tradisi dari Negeri Sembilan ke? Apa kata kita cuba resepi Masak Lemak Daging Salai. Semestinya lagi sedap dan beraroma dengan menggunakan Rasaku
MENU MASAK LEMAK DAGING SALAI
Bahan-bahan Menyalai Daging:
1500ml Air Masak
1kg Daging Batang Pinang (Direbus)
1 Ketul Arang
Minyak Masak Kelapa Rasaku
Cara Penyedian:
1. Masukkan air sebanyak 1500ml ke dalam periuk
2. Rebuskan sekilo Saging Batang Pinang ke dalam periuk sehingga dimasak
3. Keluarkan daging tersebut dan biarkan ia sejuk untuk seketika
4. Panaskan 1 ketul arang dengan api
5. Pecahkan arang yang telah dipanaskan ke dalam periuk dan masukkan sedikit Minyak Masak Kelapa Rasaku
6. Masukkan alat pengukus dan letakkan daging yang direbus untuk disalai selama 20 minit
7. Setelah daging siap disalai, hiriskan daging tersebut dengan nipis.
Bahan-bahan Memasak Masak Lemak
2 Inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
3 batang serai
2 helai daun kunyit
Sedikit air suam
2 keping asam keping
Daging salai
100ml Krim Kelapa Rasaku
2 sudu Gula
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu garam
Cara Penyediaan:
1. Potongkan 2 inci kunyit hidup dan 10 tangkai cili padi dengan nipis (Jika mahu lebih pedas, boleh letak cili padi lebih)
2. Hiriskan satu batang serai. Untuk baki dua batang serai, ketukkan untuk menambahkan lagi aroma dalam masakkan
3. Buang tangkai daun kunyit dan gulungkan dengan elok untuk racitkan secara halus.
4. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan batang serai yang dipotong ke dalam mesin pengisar. Jangan lupa untuk letakkan sedikit air sebelum mengisar.
5. Setelah bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam kuali.
6. Tambahkan sedikit air daripada bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam kuali tersebut
7. Bukakan api dengan perlahan dan masukkan dua batang serai yang ditumbuk, 2 keping asam keping dan daging yang telah disalai.
8. Gaulkan kesemua sehingga sebati
9. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuah
10. Letakkan Krim Kelapa Rasaku sebanyak 100ml
11. Jangan lupa untuk letakkan 2 sudu gula, 1 sudu kunyit dan 3 sudu garam dan kacaukan perlahan-lahan
12. Apabiila kuah lemak mula mendidih, masukkan daun kunyit yang telah dipotong tadi.
13. Daging Salai Masak Lemak siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!✨
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku.
Bagaimana untuk menyertainya?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari RASAKU
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #masaklemak #dagingsalai
📌Shopee Rasaku : https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
Search