Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
15-25 biji cili padi
1 helai daun kunyit
2 ketul kunyit hidup
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 mangkuk besar santan
garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
Bersihkan ayam dan ketepikan.
Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
Tips:
Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Jarang nak dapat udang harimau di pasar Bahan-bahan 1/2 kilo udang harimau 6 biji buah belimbing, dibelah dua 15 takngai cili api 1/2 Inci Kunyit Hi...
「resepi masak lemak cili api negeri sembilan」的推薦目錄:
- 關於resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
- 關於resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 TheHH Family Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 Facebook 的最佳貼文
Rindu dengan masakan tradisi dari Negeri Sembilan ke? Apa kata kita cuba resepi Masak Lemak Daging Salai. Semestinya lagi sedap dan beraroma dengan menggunakan Rasaku
MENU MASAK LEMAK DAGING SALAI
Bahan-bahan Menyalai Daging:
1500ml Air Masak
1kg Daging Batang Pinang (Direbus)
1 Ketul Arang
Minyak Masak Kelapa Rasaku
Cara Penyedian:
1. Masukkan air sebanyak 1500ml ke dalam periuk
2. Rebuskan sekilo Saging Batang Pinang ke dalam periuk sehingga dimasak
3. Keluarkan daging tersebut dan biarkan ia sejuk untuk seketika
4. Panaskan 1 ketul arang dengan api
5. Pecahkan arang yang telah dipanaskan ke dalam periuk dan masukkan sedikit Minyak Masak Kelapa Rasaku
6. Masukkan alat pengukus dan letakkan daging yang direbus untuk disalai selama 20 minit
7. Setelah daging siap disalai, hiriskan daging tersebut dengan nipis.
Bahan-bahan Memasak Masak Lemak
2 Inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
3 batang serai
2 helai daun kunyit
Sedikit air suam
2 keping asam keping
Daging salai
100ml Krim Kelapa Rasaku
2 sudu Gula
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu garam
Cara Penyediaan:
1. Potongkan 2 inci kunyit hidup dan 10 tangkai cili padi dengan nipis (Jika mahu lebih pedas, boleh letak cili padi lebih)
2. Hiriskan satu batang serai. Untuk baki dua batang serai, ketukkan untuk menambahkan lagi aroma dalam masakkan
3. Buang tangkai daun kunyit dan gulungkan dengan elok untuk racitkan secara halus.
4. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan batang serai yang dipotong ke dalam mesin pengisar. Jangan lupa untuk letakkan sedikit air sebelum mengisar.
5. Setelah bahan-bahan tersebut siap dikisar, masukkan ke dalam kuali.
6. Tambahkan sedikit air daripada bahan yang dikisar dan masukkan ke dalam kuali tersebut
7. Bukakan api dengan perlahan dan masukkan dua batang serai yang ditumbuk, 2 keping asam keping dan daging yang telah disalai.
8. Gaulkan kesemua sehingga sebati
9. Masukkan sedikit air untuk menambahkan kuah
10. Letakkan Krim Kelapa Rasaku sebanyak 100ml
11. Jangan lupa untuk letakkan 2 sudu gula, 1 sudu kunyit dan 3 sudu garam dan kacaukan perlahan-lahan
12. Apabiila kuah lemak mula mendidih, masukkan daun kunyit yang telah dipotong tadi.
13. Daging Salai Masak Lemak siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!✨
Jangan lupa Follow Rasaku di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk berpeluang memenangi produk menarik dari Rasaku.
Bagaimana untuk menyertainya?
1️⃣ Follow Instagram, Facebook dan Tik Tok @rasaku.my
2️⃣ Like post ini
3️⃣ Tag 3 KAWAN anda di ruangan komen di bawah!
10 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu 🤩 Jadi jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari RASAKU
#resepimudah #rasaku #rasayangkurindu #masaklemak #dagingsalai
📌Shopee Rasaku : https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
Jarang nak dapat udang harimau di pasar
Bahan-bahan
1/2 kilo udang harimau
6 biji buah belimbing, dibelah dua
15 takngai cili api
1/2 Inci Kunyit Hidup
3 Ulas Bawang Putih
1 1/2 Cawan Santan
1 Batang Serai
1 Hiris Asam Keping
Air
Garam
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/Xnmx0Kiknpg/hqdefault.jpg)
resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 TheHH Family Youtube 的最讚貼文
Korang dah try ke masak ayam masak lemak ni? Hah Alif ni terer tau masak! Jangan main2! Resepi ni senang je, korang boleh try utk berbuka okay!
Jap, korang suka part yang mana? Ada tak resepi yg korang nak suggest?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Follow us!
Aisyah: https://www.instagram.com/aisyahhijanah/
Alif Teega: https://www.instagram.com/alifteega/?...
Thehhfamily: https://www.instagram.com/thehhfamily/
Video Editors / YouTube Manager :
@suri.hanan : https://www.instagram.com/suri.hanan/
@nickmyx : https://www.instagram.com/nickmyx/
Pembelian novel BLM : https://www.wasap.my/60146094964
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/bqVYXwPAcxw/hqdefault.jpg)
resepi masak lemak cili api negeri sembilan 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
Okay guys, hari ni aku nak sharekan satu lagi resepi iaitu Ayam Masak Lomak Cili Api. Resepi ni lebih kurang resepi ORIGINAL masak lomak Nismilan. Lebih kurang tau. Aku ingat-ingat lupa gitu resepi ni sebab dah lama tak masak style ni.
Siapa nak rujuk resepi, sila lihat kat bawah ni ya :
Bahan Kisar :
1. 50 Biji Cili Api
2. 2 inci kunyit
Bahan lain :
1. Ayam 1/2 ekor atau peha ayam 4-6 ekor.
2. 1 batang serai
3. 1 mangkuk santan cair
4. 1 mangkuk santan pekat
5. Daun kunyit 2 helai (1 helai masuk masa masak, 1 helai lagi potong halus masuk as garnishing)
6. 1pc asam keping
Cara-cara :
1. Kecutkan terlebih dahulu ayam di dalam periuk atau kuali.
2. Selepas itu, tuangkan bahan kisar perlahan-lahan.
3. Kacau bagi rata, selepas tu masukkan 1 batang serai yang sudah diketuk kalau tak aku ketuk kepala kau.
4. Masak sehingga naik bau, kemudian tuangkan santan cair. Kacau.
5. Masukkan santan pekat, daun kunyit yang dicarik-carik, Asam keping dan garam secukupnya.
6. Masak sehingga sedikit pekat dan pastikan api tidak terlalu kuat.
7. Siap!
Senang bukan? Hidangkan bersama keluarga tersayang.
#PaduBebBros #MasakLomakCiliApi #Experiment2020
-----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/UkL_MSJBu5I/hqdefault.jpg)