HARI NI ABAH SENANG HATI. Nah! ABAH belanje 2 RESEPI ABAH.😍😍😍
Resepi RENDANG OPOR ABAH.
Bahan2.
1. 3 kg daging dipotong sebesar kotak mancis.
2. 1 kg santan.
3. 20 batang serai. Separuh dikisar. Separuh dititik.
4. 250 gram halia. Dikisar.
5. 100 gram lengkuas. Dikisar.
6. 10 biji bawang besar. Dikisar.
7. 2 labu bawang putih dikisar.
8. 20 tangkai cili kering. Direbus dan dikisar.
9. 4 sekawan.
10. Seinci belacan.
11. 5 sudu besar air asam jawa .
12. 200 gram rempah opor.
13. 2 keping gula kerek.
14. 5 sudu besar kerisik.
Cara memasaknya.
Rebus daging hingga lembut. Abah rebus selama 1/2 jam je. Tumis 4 sekawan. Bila dah naik aromanya, masukkan bahan2 yg dikisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan daging yg dah direbus bersama pati santan. Masukkan juga belacan, gula kerek dan air asam jawa. Bila dah mendidih baru masukkan rempah opor. Masukkan serai yg dah titik. Masak dgn api yg sederhana. Bila hampir kering masukkan kerisik dan garam. Masaklah hingga kering dan naik minyak.
Resepi nasi briani ABAH.
Bahan2.
1. 5kg beras basmathi. ABAH guna beras cap rambutan.
2. 8 sudu minyak sapi.
3. 2 tin susu cair.
4. 250 gram rempah nasi briani.
5. 2 labu bawang putih. Dikisar.
6. 10 biji bawang besar dikisar.
7. Daun pudina dan daun ketumbar secukupnya.
8. 4 sekawan.
9. Pewarna kuning telur dan air mawar.
Caranya.
Rendam beras selama 15 minit. Tapis. Sukat air. Cara Abah menyukat airnya. 10 cawan beras yg belum direndam, 15 cawan air. Tumis 4 sekawan dgn minyak sapi dan sedikit minyak kelapa. Bila dah naik aromanya, masukkan bahan2 yg dikisar. Masak hingga naik minyak. Masukkan bahan tumis ke dalam air bersama susu cair dan rempah briani. Masukkan garam. Abah guna garam kasar. Masukkan semua bahan ini dlm peruk bersama beras. Masaklah tanpa mengacaunya. Bila dah kering baru masukkan daun ketumbar dan daun pudina berserta rinjisan air mawar. Tambahlah pewarna kuning telur utk mencantikkannya.
Kredit : Adnan bin mat abu (mahn)
resepi rendang daging tanpa tumis 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Resepi rendang daging homemade request dr seorang teman
1 kg daging lembu dipotong kecil (ikut kesuaian)
1 mgkuk santan pekat
2 biji bawang besar sederhana**
3 ulas bawang putih**
3 batang serai**
sedikit halia, **
sedikit lengkuas**
cili kisar ikut kepedasan yang disukai
sedikit kunyit hidup (optional nak isi boleh taknak isi pun boleh)**
3@ 4 biji cili api (ni pun optional kalau suka pedas menyengat boleh taruk)**
air asam jawa sedikit
2 sudu besar kerisik
garam dan gula
*bahan yg digoreng tanpa minyak sebentar kemudian di kisar halus
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
6 biji buah pelaga
sebatang kulit kayu manis pecah2 kan dulu guna lesung senang nak blend nanti
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
* bahan utk dihiris halus
daun kunyit dan daun limau purut
caranya
1. kisar bahan bertanda ** hingga hancur (isi sedikit air senang kerjanya) dan kisar juga bahan penumis hingga halus
2. panaskan kuali..isi sedikit minyak..kemudian tumis bahan yang bertanda ** hingga naik bau dan pecah minyak..kemudian masukkan bahan penumis yang dikisar halus tadi.. masak sehingga ia pecah minyak dan agak lama ye dan sedikit kering...(dikuatiri nanti sakit perut baik tumis lama2 sikit)
3. kemudian masukkan daging ..masak sehingga empuk..masukkan santan pekat tadi ...biarkan ia agak kering dan masukkan kerisik, air asam jawa sedikit beserta garam dan gula..dan daun kunyit dan daun limau purut..masak sehingga empuk (terpulang pada anda inginkan rendang yang kering atau ada kuah)
Credit : Tahrunnisah Jali
Ada yang nak resepi lain tak?Kalau ada,komen NAK dan join group KOLEKSI RESEPI AIDILADHA 2020
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD
SEKALI KITA BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH,MAKA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA BERSELAWAT KEPADA KITA SEBANYAK SEPULUH KALI.
#naksyafaatNabi
#jomselawat
resepi rendang daging tanpa tumis 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最讚貼文
Raya ke-6 nak buat open house? Guna la periuk noxxa utk lauk2 yg payah empok!
Untuk panduan bersama
*Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan*
1. Nasi Arab..HP7 minit
2. Bihun goreng..Stir Fry & steam 4 minit
3. Nasi impit ..HP 25 minit
4. Kacang kuda..rendam semalaman..HP 10 minit
5. Ikan Untuk laksa..HP 15 minit
6. Sup tulang...HP 45 minit..
7. Sup Ayam ...HP 10 minit
8. Nasi putih...HP 7 minit
9. Bubur nasi ..HP 20 minit
10. Dodol, steam5 minit
11. Bubur kacang hijau, HP 11 minit
12. Pulut kuning HP 3minit + Steam 3 min (santan + garam)
13. Popcorn Hp 1 min
14. Kentang LP3
15. Rendang daging HP20minit
16. Nasi impit nona. HP30minit
17. Rebus telur 1 minit HP
18. Rendang ayam tua 35minit HP
19. Ayam golek hp15 steam 5
20. Sardin Homemade 90HP
21.kek coklat moist 15 steam
22. Daging batang pinang 5HP
23. Kerang rebus tanpa air 1HP
24.Makaroni HP 8.Air paras makaroni
#groupresepinoxxa
*RESEPI PERIUK NOXXA*
🍭 *BIHUN GORENG*
Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.
Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang
🍭 *NASI GORENG*
1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)
2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)
3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan
🍭 *NASI PUTIH*
1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.
2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off suis dan lepaskan tekanan.
🍭 *PULUT*
1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air
2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah
3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan
🍭 *APAM BALIK*
Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry
🍭 *BUBUR KACANG*
1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).
2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.
3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.
4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.
5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.
🍭 *BUBUR NASI*
1 cwn beras : 6 cwn air.
1. Masukkan semua bahan.
2. Tekan high pressure 15x.
3. Kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.
* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol untuk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah untuk mula sesuatu fungsi dan untuk menamatkan sesuatu fungsi.
🍭 *NASI DAGANG*
1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) — kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yang ni.
2. Santan (500g)
3. Garam
4. Halia (dimayam halus)
5. Halba (2 sudu)
6. Bawang putih dan merah
*** Bahan 3 – 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.
Cara masak:
1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.
2) Set Pressure 7 minit.
3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.
4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.
5) Nasi dagang SIAP!
🍭 *DODOL*
Bahan:
1. Gula merah 1.5kg
2. Gula pasir 12 sudu makan
3. Air 3 mug
4. Daun pandan 3 helai.
5. Tepung pulut 1kg
6. Tepung beras 6 sudu makan
7. Santan 3 kg
cara:
1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.
2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.
🍭 *CHOCOLATE MOIST CAKE*
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla
Bahan C 3 biji telur (Gred A)
Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
🍭 *CREAM CARAMEL*
Bahan A (Caramel)
1/2 cawan gula pasir
6 sudu besar air
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.
5 biji telur (Gred A)
Cara:
Caramel:
1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.
Puding:
1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.
2. Blend telur, gula dan roti sehingga halus.
3. Masukkan bahan blend ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa
5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)
6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.
🍭 *KEK GULA HANGUS*
Bahan gula hangus:
1/2 cawan noxxa- 1 cawan noxxa gula pasir
1 cawan noxxa air
2 sudu besar mentega
Bahan kek:
1 setengah cawan noxxa tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
* (Diayak)
1 setengah cawan noxxa susu pekat
5 biji telur (Gred B/C)
I sudu kecil esen vanilla
Cara:
Caramel
1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.
2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.
Kek:
1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula hangus.
4. Kacau sebati.
5. Steam 12-13 minit.
6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air. Keluarkan kek selepas 10 minit.
🍭 *CILI BLEND NOXXA*
Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih
blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak…
2 bks ltk tmpat frozen utk stok…1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwh…utk kegunaan seharian…
Senang nk msk tinggal ceduk jeee…
Kita kan supermom…x de bibik…keh3…
🍭 *NASI ARAB MANDY NOXXA*
Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
↪Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
↪Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus
🍭 *KARI TULANG DAGING LEMBU*
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik.
Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit.
Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah Empuk.
*Nasi Beriani Noxxa*
Bahan-bahan diperlukan
2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak
1 labu bawang besar di mayang
2-3 labu bawang putih di mayang
sedikt halia di hiris halus
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih)
2-3 helai daun salam (bay) kering
sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)
sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik
garam secukup rasa
1 kilo beras seeloknya beras Basmathi
kismis dan gajus
1 caw susu cair
Cara menyediakan dan memasak:
on kan stir fry dan masukkan minyak sapibila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangimasukkan bawang besar, putih n halia...tumis hingga layumasukkan rempah n goreng hingga garing sketmasukkan beras, air dan susu...ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan kunyittukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minitbila dah cukup masa lepas kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus...pastu keep warm sehinnga masa makan
*Nasi Lemak Noxxa*
3 cawan beras - dicuci
1 cawan santan
3 cawan air
1 inci halia - dihiris atau dititik
1 labu bawang - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.
Caranya
1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pada pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.
4. Tekan ON.
5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk dimakan.
*RENDANG AYAM NOXXA*
Bahan-bahan:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF
#noxxa #senangkankerja
.
.
Share!
.
.
.
Iklan:
Berminat viralkan perniagaan anda? Mesej admin utk dptkan t&c pengiklanan. Tq