Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過90萬的網紅ERA,也在其Youtube影片中提到,Gila Bola ERA: UEFA Euro 2012 Unmissable hanya di Astro - KESEMUA 31 perlawanan SECARA LANGSUNG dengan 12 SIARAN LANGSUNG perlawanan secara EKSKLUSIF ...
siaran langsung bola 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Ramai kawan pergi Syah Alam. Tengok bola! Aku ada kerja pulak kat johor...
Jadi aku tulis sedikit cerita Kenapa BEST tengok bola?
Apapun jawapan korang, sebenarnya tengok bola adalah best kerana permainan itu ada peraturannya dan semua pemain bermain mengikut peraturan dan korang faham sangat dengan peraturan itu
(siapa yang tengok bola tapi tak faham peraturan? - angkat tangan - dan pergi tolong bini lipat baju)
Kerana itu dalam mana-mana perlawanan bola sepak mesti ada pengadil untuk memastikan semua pemain mengikut peraturan, lagi! untuk membantu pengadil, korang sedia maklum, di tepi garisan ada pulak penjaga garisan untuk memastikan para pemain bermain dalam peraturan yang di tetapkan.
Malahan jika korang nampak pemain-pemain buat silap dan pengadil pulak tak nampak maka korang akan mencaci cerca, menyumpah seranah, menebak leser, memaki di facebokk, atau menujukan santau kepada pengadil yang tak nampak kesalahan para pemain, Dan lagi!, jika pengadil bagi hukuman yang tidak setimpal, kad merah, kad kuning kat pasukan kegemaran korang, maka korang lagi-lagilah akan kutuk pengadil tersebut habis-habisan!
Apatah lagi jika ada mana-mana pemain yang telah di 'beli'..ohh, lagi tak best! Apa ke jadah!
So tengok bola sangat best bila semua pemain ikut peraturan dan menang dengan skill dan adil.
Teringat zaman aku main bola masa kecik dulu di kampung Chendering. Sangat sungguh bahaya kepada bot-bot kecil kerana tiada pengadil, tiada penjaga garisan (boleh bermain lagi walaupun sudah masuk halaman surau..), tiada kad kuning untuk kesalahan memecahkan pasu bunga rumah jiran yang berdekatan, apatah lagi kad merah, sekiranya cedera atau cedera parah, pandai-pandailah korang, sekali tersepak gengster..siaplah kena belasah dekat hujung simpang, selepas mendapat kecederaan lebih kurang, aku give-up, aku bosan bermain tanpa peraturan, permainan bahaya nak mampos macam ni hanya samseng je yang layak main, lalu aku keluar padang dan terus ke surau mengaji guna pembesar suara sebelum azan untuk memikat anak pak imam dan itu cerita lain.
Apa aku nak cerita, Malam karang, andaikan korang tengok bola yang takde peraturan, takde pengadil, bola tercampak kat penonton pun masih boleh teruskan prmainan, ada gaduh-gaduh, darah di sini sana, penonton pun masuk sama, takde jersey,ada yang berkain pelikat cap gajah duduk, .best tak?!Huh! Aku pun akan tutup TV mana mana game yang takde peraturan atau pengadil tak ikut peraturan…sebab memang tak best…!
Oleh yang demikian, rujuk pada perjalanan hidup, rujuk kepada orang yang hidup tanpa peraturan, tanpa agama, rujuk data, ramai orang bunuh diri di kalangan orang yang takde paraturan hidup. Kenapa mereka bunuh diri? Sebab hidup mereka tak best! Kenapa hidup tak best? Sebab hidup tanpa peraturan…
Jadi fahamilah, bahawa hidup dalam dunia ini akan jadi best bila ada peraturan…dan ugama akan membuatkan korang best bila korang ikut peraturan.
Dengan syarat, KORANG FAHAM DENGAN PERATURAN ITU..
Apa yang jadi masalah tak best dalam hidup beragama, adalah bila ummat ni tidak faham dengan peraturan ugama, tak nak belajar, malas belajar, atau jika rajin belajar, merujuk kepada guru yang masalah, memang punah.
Main bola tak faham peraturan jadi tak best, hidup Beragama tak faham peraturan lagilah tak best!
Aku bagi contoh simple sahaja, bab tengok bola, ada yang sanggup berkemah nak beli tiket? Sanggup datang awal, sanggup conteng muka? Padahal bola tu akan ada siaran langsung di rumah, kenapa penonton sanggup tengok secara live drive kereta berjam jam tak kisah? Kenapa?
Satu adalah sebab penonton faham peraturan bola dan satu lagi sebab penonton tu dah dapat kemanisan tengok bola secara live di padang bola.
Jadi dalam bab solat misalnya, ada yang sanggup datang awal ke masjid, sanggup tukar pakaian harian kepada pakaian Sunnah, sanggup jalan kaki ke masjid, sanggup pandu kereta setengah jam pun tak kisah kenapa?
Satu adalah sebab korang faham peraturan agama dan satu lagi sebab korang tu dah dapat kemanisan solat secara berjemaah di masjid.
Bila dah dapat kemanisan, nak cerita pun orang tak faham!
Jadi kepada kita semua yang sedang bersemangat tengok piala Akhir Bola Malaysia, jom sama sama bersemangat untuk agama.
Boleh Insya-Allah!
siaran langsung bola 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang Jakarta, saya sempat berbincang bersama Pak Imam Nahrawi, Menteri Belia & Sukan Indonesia sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Palembang.
.
.
Pak Imam Nahrawi seorang yang sangat peramah, banyak perkara yang dibincangkan sehinggalah dalam flight ke Palembang.
.
.
Pada awal pagi esok, saya akan bersama-sama dengan Presiden Jokowi dan selepas itu saya akan terus ke Surabaya bagi memberikan sokongan kepada pasukan U-19 Malaysia. Susah dan senang bersama!
.
.
Saya telah menghubungi Kementerian Komunikasi, dan pada masa yang suntuk ini mereka tidak dapat menyiarkan siaran langsung di RTM. Alternatively, peminat bola sepak Malaysia boleh tonton di FB Live http: www.indosiar.com/live
.
.
Berkaitan dengan isu provokasi penonton Indonesia terhadap perlawanan Malaysia vs Indonesia separuh akhir Piala AFF - Bawah 19. Pak Imam Nahrawi telah menyatakan dalam kenyataan media dengan tegas bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab akan diambil tindakan
.
Kata Pak Imam,
.
“Panpel harus bertindak profesional. siapa pun, sesama atlet harus saling bersikap profesional. Saya harap PSSI harus bertindak tegas, profesional, dan harus memberikan jaminan keamanan, keselamatan, kepada siapa pun," ujar Imam di Jakarta, Jumat sore (13/7/2018).
.
"Jaminan ini tidak cuma berkaca dari kasus di Sidorajo, namun semuanya. Di Asian Games, di semua turnamen, panpel harus memberikan serta menjamin rasa aman semuanya. Saya minta panpel wajib memberikan rasa aman kepada siapa pun. tidak hanya kepada atlet, kepada suporter juga. Harus saling menjaga,"(END QUOTE)
.
.
Beliau juga sampaikan salam kepada semua peminat bola sepak Malaysia dan mengambil kesempatan memohon maaf atas insiden yang berlaku dan mahukan sukan diraikan bersama dengan penuh semangat.
.
.
InsyaAllah selepas ini kami akan sentiasa bekerjasama rapat demi pembangunan sukan dan belia di rantau Asia Tenggara ini.
.
.
Saya dan Pak Imam bukan sahaja berkongsi kementerian yang sama malah berkongsi idola yang sama, Datuk Siti Nurhaliza.
.
.
Looking forward to working with you.
siaran langsung bola 在 ERA Youtube 的最讚貼文
Gila Bola ERA: UEFA Euro 2012 Unmissable hanya di Astro - KESEMUA 31 perlawanan SECARA LANGSUNG dengan 12 SIARAN LANGSUNG perlawanan secara EKSKLUSIF di Astro 8 Jun-1 Julai 2012.