ISLAM, PERKAUMAN DAN ANTI-ISLAM
Dr MAZA
1. Islam menolak perkauman. Ini kerana Islam bukan agama yang khusus untuk sesuatu kaum seperti mana terdapat agama dalam dunia ini yang jelas bersifat kaum tertentu. Tuhan dalam ajaran Islam merupakan Tuhan untuk segala sekelian alam. Merangkumi segala yang wujud termasuk semua manusia tanpa kecuali. Dalam solat (sembahyang), muslim wajib mengulangi ungkapan ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ yang bermaksud “segala pujian untuk Allah yang merupakan Tuhan bagi seluruh alam”. Ungkapan ini dibaca oleh seorang muslim dalam solat sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Maka, orang muslim yang memahami agamanya tidak pernah menyatakan agama Islam hanya khusus untuk kaum tertentu. Bahkan pada masa ini, bangsa Arab yang merupakan kaum Nabi Muhammad s.a.w bukanlah bangsa majoriti dalam kalangan Umat Islam. Bangsa Arab hanya sekitar satu perempat dari jumlah Umat Islam hari ini.
2. Ketuhanan dalam Islam sangat jelas dan tegas. Tuhan sama sekali tidak menyamai makhluk. Tuhan itu esa (tiada yang menyamainya) pada zat dan sifatNYA. Perbuatan menyamakan Tuhan dengan makhluk menjadikan seseorang muslim terkeluar dari Islam. Maka, dalam Islam tiada bayangan Tuhan menyerupai lelaki atau wanita kaum tertentu. Jika jelmaan Tuhan menyerupai kaum tertentu seperti yang dipercayai oleh sesetengah kepercayaan, sudah pasti itu menunjukkan diri Tuhan yang tidak adil terhadap kaum yang lain. Apakah lojik Tuhan yang adil menciptakan hanya satu kaum yang menyerupai dirinya? Sudah pastilah kaum yang menyerupai Tuhan itu lebih utama dari kaum yang lain. Bagaimanakah mungkin kaum lain diminta menyembah berhala Tuhan yang dizahirkan dalam rupa satu kaum tertentu. Tidakkah itu satu diskriminasi kaum yang jelas. Maka, tidak hairan jika unsur perkauman yang melampau muncul dalam ajaran yang seperti itu. Maka, akidah Islam bebas dari unsur perkauman yang sedemikian rupa.
3. Menghukum seseorang yang tidak bersalah hanya disebabkan keturunannya adalah satu kezaliman. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka kita tidak boleh menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa ibubapa tidak ditanggung oleh anak cucu. Islam menolak kepercayaan dosa warisan seperti mempercayai dosa Adam ditanggung oleh manusia. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan ke atas orang lain sekalipun sebangsa dengannya jika dia yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran:
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
(maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
4. Al-Quran menjelaskan bahawa Tuhan menciptakan manusia berbagai kaum, bangsa dan kabilah untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Mempelajari antara satu sama lain. Kemudian mereka hendaklah tahu bahawa kemuliaan itu bukan berdasarkan keturunan tetapi berasaskan taqwa iaitu kepatuhan kepada ajaran Allah. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
(maksudnya) Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Nabi s.a.w Muhammad menegaskan hal yang sama:
يا أيّها الناس ، إنَّ ربَّكم واحِدٌ ، وإنَّ أباكُم واحِد ، ألاّ لا فَضْلَ لِعربِيٍّ على عَجَمِيّ ، ولا لِعَجَمِيّ على عَرَبي ، ولا لِأحْمَر على أسْوَدٍ ، ولا أسود على أحْمَرٍ ، إلاّ بالتَّقوَى
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan)
Maka, dalam sejarah Nabi Muhammad s.a.w , Bilal bin Rabah yang merupakan orang kulit hitam telah menjadi muazzin Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa dikenang setiap kali azan. Demikian juga sahabat Nabi Muhammad Salman al-Farisi dari Parsi yang diangkat kedudukannya.
5. Sejarah mencatatkan semua bangsa telah berkongsi ketamadunan Islam yang cemerlang bahawa tanpa diskriminasi. Akidah Islam telah menyatukan bangsa-bangsa tanpa perkauman. Ini terbukti dengan lahirnya tokoh-tokoh besar Umat Islam yang bukan Arab ketika pemerintahan umat Islam berada di tangan yang berbangsa Arab. Umpamanya, dalam bidang hadis yang merupakan sumber agung Islam; al-Imam al-Bukhari iaitu Abu Abdillah Muhammmad bin Ismail (meninggal 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang Arab. Beliau berasal dari Bukhara, Uzbekistan. Al-Imam Abu Isa, Muhammad bin Saurah al-Tirmidzi (meninggal 297H) iaitu pengarang Sunan al-Tirmidzi juga bukan seorang `arab. Beliau berasal dari Tirmidz yang sekarang dalam Negara Uzbekistan. Pengarang Sunan Abi Daud, Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajistan (meninggal 275H) juga bukan seorang Arab. Dia berasal dari Sajastan atau dikenali juga dengan Sistan yang sekarang berada di wilayah Iran. Demikian pengarang Sunan al-Nasai Ahmad bin `Ali bin Syu`aib al-Nasai (meninggal 303H) juga bukan Arab. Beliau berasal dari Nasa, salah satu negeri di Khurasan yang sekarang dalam Turkmenistan. Begitu juga pengarang Sunan Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (meninggal 279H), bukan Arab, berasal dari Qazwain yang sekarang dalam wilayah Iran. Adapun al-Imam Muslim bin al-Hajjaj (meninggal 261H), pengarang Sahih Muslim, para pengkaji berbeza pendapat samada beliau seorang arab atau tidak. Ramai pengkaji yang menyatakan beliau juga bukan seorang Arab. Walaupun mereka semua bukan Arab tetapi Islam telah menjadikan mereka ini tokoh-tokoh hadis rujukan Umat Islam. Nama mereka sentiasa disebut. Satu kedudukan yang begitu tinggi yang diiktiraf oleh Arab dan bukan Arab. Dalam politik pula, Salahuddin al-Ayubi (meninggal 589H) juga bukan seorang Arab. Dia berbangsa Kurdi. Namun dia telah berjaya menjadi sultan yang disayangi oleh Arab dan bukan Arab. Dia telah mentadbir kerajaan Islam pada zamannya dengan gemilang sehingga berjaya mengembalikan al-Masjid al-Aqsa.
6. Di zaman ini, sekalipun amalan Umat Islam lemah, namun sikap keterbukaan Umat Islam yang tidak menghukum manusia hanya kerana perbezaan bangsa dan agama itu diamalkan. Lihatlah kaum India yang beragama Hindu di Malaysia yang bebas mengamalkan agama mereka. Bandingkan keadaan ini dengan nasib yang menimpa Umat Islam di India. Lihatlah kaum Cina di Malaysia yang bebas berekonomi. Bandingkan nasib yang diterima oleh masyarakat muslim Uighur di China. Bandingkan kedudukan minoriti bukan muslim dalam masyarakat muslim di seluruh dunia dan bandingkan pula keadaan derita moniriti muslim di negara-negara bukan muslim.
7. Maka di Malaysia, yang menjadi isu bukanlah bangsa tetapi sikap anti-Islam yang dizahirkan oleh sesetengah pihak tertentu. Kebetulan pihak tersebut dari bangsa-bangsa tertentu. Maka apabila hal itu berlaku, kelihatan seperti pertembungan antara kaum, padahal ia merupakan pertembungan antara kumpulan yang anti-Islam dengan Umat Islam yang terdiri dari pelbagai kaum. Sementara kaum Melayu pula majoriti muslim. Sedangkan di sana ramai bukan muslim dalam negara ini yang tidak memusuhi Islam.
8. Ajaran al-Quran terhadap penganut agama lain sangat jelas. Tindakan seseorang itu sendiri menentukan bagaimanakah mereka dilayani. Hal ini Allah tegaskan dalam al-Quran:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
(maksudnya): “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).
9. Maka, isu sebenar ialah terdapat golongan cuba menggunakan nama kaum mereka untuk melancar permusuhan terhadap Umat Islam di negara ini. Lalu apabila apabila mereka dijawab atau dibantah, mereka menjadikan itu sebagai isu perkauman. Hal ini menjadi lebih ditonjolkan apabila hampir keseluruhan Bangsa Melayu di negara ini beragama Islam. Maka, pertikaian dalam pelbagai isu yang bercampur antara eleman kaum dan agama menjadikan keadaan kelihatan lebih tegang. Krisis disebabkan kaum menjadi krisis disebabkan agama. Demikian juga krisis disebabkan agama menjadi krisis disebabkan kaum. Di samping kita tidak dapat menafikan juga terdapat golongan politik yang menjadikan agama sebagai alat berpolitik. Demikian juga ada golongan politik yang menjadikan kaum sebagai alat dalam berpolitik.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
sistan 在 觀念座標 Facebook 的精選貼文
※ 2017.06.18 歷史上的今天—《每日電訊報》Dominic Selwood ※
波斯薩珊王朝末代君主即位
公元 632 年的 6 月 16 日,葉茲底德格三世(Yazdegerd,《新唐書》作伊嗣俟)在伊斯塔克爾(Estakhr,位在今日伊朗南部)即位,成為薩珊王朝(Sassanian)的最後一位君主,薩珊王朝自公元 224 年以來一直統治波斯。在他即位的八天之前,穆罕默德卒於麥地那。
葉茲底德格統治的年代並不平靜,他即位後的第二年,阿拉伯領袖阿布·巴克爾哈里發(Caliph Abu Bakr)領導軍隊入侵波斯。接下來幾年,小型戰役不斷。公元 637 年,阿拉伯軍隊在卡迪西亞(al-Qadisiyyah)取得決定性的勝利,接下來攻佔了波斯的西都,泰西封(Ctesphone,位在巴格達東南方二十英哩處)。葉茲底德格東逃至米底(Media),並在米底與他的將領一起圖謀反攻、奪回泰西封。
但是此一計畫失敗。公元 642 年,阿拉伯軍隊在納哈萬德(Nahavand)殲滅了薩珊帝國的軍隊。阿拉伯軍隊死傷亦十分慘重,但阿拉伯人宣稱這是勝中之勝(Fath al-Futuh),因為此役為他們打開進入波斯心臟地帶的道路。
葉茲底德格憂心王朝不保,開始巡迴、周遊各大城市:伊斯法罕(Isfahan)、伊斯塔克爾、基爾曼(Kirman)、錫斯坦(Sistan),最後前往梅爾夫(Merv,今日的土庫曼),不幸死於非命。傳說他在此地,被一名覬覦他錢包的磨坊主人殺死。葉茲底德格之死,結束了薩珊王朝的國祚,波斯淪陷於阿拉伯之手。
不想被阿拉伯人統治的波斯人大舉遷移至印度西部地區。他們所信仰的宗教,瑣羅亞斯德教(Zoroastrian,又稱袄教、拜火教),使他們與眾不同,印度人開始稱他們為帕西人(Parsees)。到今天為止,瑣羅亞斯德曆仍然使用 YZ(即葉茲底德格縮寫)作為後綴詞,標示著葉茲底德格在公元 632 年即位,也是瑣羅亞斯德曆的零年。
http://www.telegraph.co.uk/…/day-ad-632-yazdegerd-iii-asce…/
sistan 在 Iran | Sistan va Baluchestan | Landscapes & Nature - YouTube 的推薦與評價
Sistan and Baluchestan Province (Persian: استان سيستان و بلوچستان, Ostān-e Sīstān-o Balūchestān ) is one of the 31 provinces of Iran. ... <看更多>