Sexy ciken grill is doneeee. 😋
Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket😋
Resepi
Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.
Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Selamat mencuba
Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali
同時也有40部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah Bahan-bahan 5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji 2 sudu teh serbuk kunyit Gar...
sudu teh 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗜𝗔 𝗚𝗘𝗕𝗨 𝗚𝗘𝗕𝗔𝗦𝗦𝗦
BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan untuk kuih :
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah kalau kurang)
1 sudu teh garam halus
2 sudu minyak masak (guna waktu nak bentuk keria)
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
2) Bahan-bahan untuk sira :
1 1/2 senduk gula pasir
1 senduk besar air
CARA-CARA :
1) Kuih Keria
- Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
Rebus dengan air secukup dengan garam hingga empuk.
- Setelah empuk angkat toskan air. Terus lecek keledek hingga lumat dalam keadaan keledek masih panas.
- Biarkan suam-suam kuku baru letakkan tepung sedikit demi sedikit. Agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.
❗Tips penting waktu bentuk gegelang kuih keria. Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tidak keras. Elakkan guna tepung waktu nak bentuk sebab nanti keria kita akan jadi keras.
- Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum disira dengan gula.
2) Sira Gula
- Masak gula pasir dan air dengan api sederhana hingga berbuih.
Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau rata sehingga gula melekat pada seluruh kuih.
- Tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria.
- Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.
P/S : Ini resepi dan tips Mama Kak King waktu Mama meniaga dulu. Memang jadi feveret orang sekitar Gombak dulu. Kalau time bazar ramadan, licin sokmo!
Selamat mencuba!! Jangan lupa share tau..
Resepi resepi kuih terbaik follow ye
.
.
sudu teh 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
𝗞𝗘𝗞 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟 𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡𝗚
Bahan karamel:
Karamel/gula hangus
7 sudu besar gula
7 sudu besar air
Cara:
1. Cairkan gula dalam periuk, atas api kecil sehingga menjadi karamel, kacau.
2. Masukkan air. Masuk kan karamel tadi ke dalam loyang 10x10 dan ratakan karamel. Ketepikan dan sejukkan.
Bahan puding:
4 biji telur saiz A
4 keping roti
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Satukan semua bahan dan kisar.
2. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.
Bahan kek pisang:
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan pisang berangan dilecek
3 sudu besar susu pekat/susu tepung
Cara:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Mixer hingga sebati.
2. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, mix lagi.
3. Kemudian masukkan tepung, kacau hingga sebati. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus 45 minit.
4. Apabila sudah masak, biar kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang/renggang dari loyang.
5. Sisipkan bahagian tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas. Siap.
Kredit Resepi: Fauziah Yahya
.
.
sudu teh 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan
5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan - dipotong 3
Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntunm bunga lawang
10 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 helai pandan - digunting dalam 4 inci
Cara memasaknya:
1. Rendam beras dalam 30 minit, basuh dan toskan atau boleh biarkan didalam periuk nasi dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau
3. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi, masukkan serbuk kunyit serta garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan daun pandan pun boleh. Masak seperti memasak nasi seperti biasa. Siap!
Nota : Kalau di Kerpan, kampung en suami, nasi lemak ni dijual dengan harga RM150 berlaukan ayam sambal tanpa lain-lain tambahan dan dibungkus.
Nak tahu resepi sepenuhnya boleh jengah di https://www.dapursweetsourleyra.com/2021/05/resepi-nasi-lemak-kuning-ala-utara.html
sudu teh 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
Beli Electric Oven di https://t.productlink.io/a611m7
Beli Mixer di https://t.productlink.io/a611m8
Beli Air fryer di https://t.productlink.io/a611ma
Beli Microwave di https://t.productlink.io/a611mc
Beli Breadmaker di https://t.productlink.io/a162wkb
Kereta tak boleh start? Blh guna Powerbank Jumper https://t.productlink.io/a0537p8
SURGICAL COLOR FACE MASK READY STOCK : https://t.productlink.io/a0537p5
Oversized Full Face shield : https://t.productlink.io/a0537p6
Bio Ion|Deo Sanitizer Germ-Free Sanitiser : https://t.productlink.io/a0537p7
Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr
Wardrobe Cik iena : https://t.productlink.io/a0537p9
Berikut Cik iena KOngsikan Resepi Kuah Kacang Sedap dari Mak.
Resepi yang sering kami guna untuk masak kuah kacang.
Resepi Kuah Kacang Mak ( untuk 5 orang makan) | Peanut Sauce Recipe
Bahan asas masakan
200 gm kacang tanah
30 biji cili kering yang tak kerinting( cili kering yang tak kerinting ni tak pedas sangat)
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit belacan
2 sudu besar udang kering
gula merah
3 batang serai
daun limau purut
2 keping asam keping
1 sudu teh Serbuk kunyit
Bahan Kisar
Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas , cili kerinng, belacan dan udang kering serta sedikit serbuk kunyit
Cara Masak Boleh refer video atau http://www.ienaeliena.com/2021/05/resepi-kuah-kacang-mak.html
#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #foodblogger #lifestyleblogger
Resepi Kuah Kacang Sedap,resepi kuah kacang,cara penyediaan kuah kacang,cara masak kuah kacang,cara masak kuah kacang nasi impit,kuah kacang simple,kuah kacang satay,kuah kacang che nom,kuah kacang tanpa santan,resepi kuah kacang tanpa santan,kuah kacang sedap gila,kuah kacang sedap simple,kuah kacang,kuah kacang sedap,nasi impit kuah kacang,kuah kacang pedas,sambal kacang,kuah kacang malaysia,masakan malaysia yang mudah,masakan malaysia resepi
sudu teh 在 Sally Samsaiman Youtube 的最佳解答
#BringingGoodnessToTheWorld
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega, dicairkan
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 biji telur (Saiz A @ B)
1 sudu teh ekstrak vanila
1/4 cawan serbuk koko HERSHEY'S
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/3 cawan tepung serba guna
1 1/2 cawan cip coklat (HERSHEY'S Semi-Sweet & Special Dark Chocolate Chips)
HERSHEY'S Special Dark Chocolate Chips & HERSHEY'S Chocolate Syrup (untuk hiasan)
.
CARA-CARANYA:
1. Letakkan mentega cair ke dalam mangkuk besar, Sally tak guna mixer, depends on your preference. Selepas tu masukkan gula pasir, gula perang dan kacau sehingga campuran sebati. Selepas tu masukkan telur dan ekstrak vanila dan kacau lagi.
2. Campurkan serbuk koko, baking soda, dan garam, kemudian perlahan-lahan campurkan tepung. Pastikan semua sebati, kikis semua tepi tu. Kemudian baru masukkan coklat cip. Adun ala kadar je.
3. Rehatkan doh dalam 1-2 jam, kalau semalaman lagi bagus, jgn lupa tutup dengan plastik.
4. Panaskan oven 170°. Alas dulang pembakar dengan baking sheet, sendukkan adunan dalam 1-2 sudu ikut selera. Jarakkan sikit supaya tak melekat.
5. Bakar selama 8-10 minit (bergantung kepada kapasiti oven), atau sehingga masak. Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 10 minit selepas dikeluarkan baru pindahkan ke bekas yg lain.
.
**TIPS 1:
Untuk nmpk macam gooey chocolate chip, letakkan HERSHEY'S Special Dark Chocolate Chips di atas biskut yang dah dibakar masa panas!
**TIPS 2:
Untuk pilihan cip coklat ikut selera, kalau nak campur 2-3 pun takpe tapi sukatan jgn berbeza sgt!