Saya mengucapkan tahniah kepada tiga pengadil wanita yang telah dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengendalikan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Mereka ialah Rita Gani, 43, Nurul Ain Izatty Zainal, 22, dan Nur Akmal Anuar, 32.
Rita merupakan pengadil yang memiliki pengalaman luas termasuk pernah mengendalikan perlawanan di Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada dan Sukan Olimpik 2016 di Brazil. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pengadil Terbaik Wanita Asia 2014.
Nurul Ain dan Nur Akmal juga menampilkan prestasi konsisten dan memiliki pengalaman dalam mengendalikan saingan di peringkat tempatan termasuk Piala Tun Sharifah Rodziah, Piala Belia dan Piala Presiden.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga pengadil wanita hebat ini, semoga mereka menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menceburkan diri dalam lapangan kepengadilan bola sepak.
Kredit gambar: Berita Harian
Search