"𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃𝙐 𝙃𝘼𝙋𝙋𝙔 𝙎𝘼𝙉𝙂𝘼𝙏!! 𝙋𝙡𝙖𝙣𝙣𝙚𝙧 𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙠𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙝. 𝙆𝙚𝙢𝙖𝙣𝙖-𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙥𝙪𝙣 𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙋𝙡𝙖𝙣𝙣𝙚𝙧, 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙡𝙪𝙥𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣.“
.
.
"Tak sangka planner ni memang membantu sangat! Macam-macam dapat dirancang dengan mudah, palinggg cool saya berjaya cabar diri untuk saving Travel & Umrah. Guideline pun sesuai untuk semua peringkat umur. Selama ni tak pernah terfikir pun nak catat tarikh period, senaraikan bil-bil. Bertimbun bil sampai pernah hilang semua. Alhamdulillah tak sia-sia cuba guna Exclusive Planner ni, banyak sangat manfaat." - 𝑁𝑎𝑠𝑢ℎ𝑎, 𝐽𝑜ℎ𝑜𝑟 𝐵𝑎ℎ𝑟𝑢 (𝑃𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑃𝑙𝑎𝑛𝑛𝑒𝑟 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖)
Apa yang LUAR BIASANYA planner ni??
✅ Tak perlu susah-susah fikir apa amalan sunat yang boleh diamalkan dibulan ramadhan, dengan Exclusive Planner tinggal tick dan amalkan sahaja.
✅ Pengguna wanita tak perlu risau lagi kalau terlupa tarikh akhir datang bulan, track sahaja dengan Period tracker. 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔!
✅ Cabar diri dengan “𝙎𝙖𝙫𝙞𝙣𝙜 𝘾𝙝𝙖𝙡𝙡𝙚𝙣𝙜𝙚“. Make your own tabunh! Travel, Umrah, Untuk Masa depan, SEMUA BOLEH!
✅ Ruangan untuk membantu anda mengamalkan pemakanan sihat serta kawal berat badan dengan mendisiplinkan diri bersama Exclusive Planner.
✅ Sesuai untuk SEMUA PERINGKAT UMUR, tua atau muda semua perlu menghargai masa! Ayuh kekal teratur!
Setiap Planner akan 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝟲 𝗙𝗥𝗘𝗘𝗚𝗜𝗙𝗧!
FREEGIFT yang anda akan dapat 😍
1. Calendar 2021
2. Calendar Hijri
3. Kad Doa
4. Kad Zikir
5. Bookmarks
6. Poster Quotes
Kesemua diatas bernilai RM79 tapi promosi untuk 100 orang sahaja yang tekan link dibawah anda akan dapat 𝗥𝗠𝟮𝟭 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 Beserta juga 𝗙𝗥𝗘𝗘 𝟲 𝗚𝗜𝗙𝗧!!!! 😭 cepat cepattt!
Dapatkan sekarang sebelum harga kembali pada asal.!
Nak DISKAUN? Pastikan tekan link di sini ya! :
https://hijanahhaulbooks.yezza.store/
https://hijanahhaulbooks.yezza.store/
https://hijanahhaulbooks.yezza.store/
「tua guideline」的推薦目錄:
tua guideline 在 Pai Syahira Facebook 的最讚貼文
Fit kids = fit brains!
Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan "grey matters" di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan.
Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).
Sebagai scientist & researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan "instinct" yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.
Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di "qouted" dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.
Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan "buas/nakal"), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat. Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.
Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan "hallway monkey bar" untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut 😌).
Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai "buas & nakal", apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibubapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc). Dia juga faham dimana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi "the dos & donts" kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham "guideline" kita.
Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau "Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6".
Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni 💆🏻)! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own reseach 😉
Nota kaki: sepatutnya kecerdasan fizikal & otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut & berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi 😌
Update: disertakan sekali bajet & diagram DIY hallway monkey bar by Hazwan Jalani keada sesiapa yang berminat nak buat sendiri.
#fitkidsfitbrains
#Harrazsidqi5y3m
#Hareezsidqi2y
#hallwaymonkeybar
#anakNURY
#GDkids