Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
YAB Perdana Menteri pada 8 September lalu, telah mengumumkan peralihan Lembah Klang iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berkuatkuasa 10 September 2021.
Seperti yang dimaklumkan, antara kelonggaran yang dinikmati penduduk di negeri-negeri Fasa 2 PPN termasuklah kebenaran dine-in di premis kedai makan dan aktiviti pelancongan di dalam negeri yang sama bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri, saya dapati ramai penduduk di Lembah Klang yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu baru-baru ini dengan membawa keluarga, termasuk anak-anak kecil, ke pusat beli-belah dan juga berkelah di taman-taman rekreasi.
Saya faham ramai yang teruja dengan kelonggaran ini terutamanya setelah hampir tiga (3) bulan berada di dalam Fasa 1 PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh sebelum itu. Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti ini pasti menyebabkan berlakunya perkumpulan orang ramai dan pematuhan SOP yang rendah.
Penting untuk saya ingatkan bahawa vaksinasi lengkap bukan alasan untuk kita leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan virus COVID-19.
Berdasarkan pemantauan dan analisa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi penularan jangkitan COVID-19 di Lembah Klang mula menunjukkan trend penurunan. Pastinya perkembangan yang positif ini akan membantu memastikan Pelan Pemulihan Negara berjalan lancar dan selamat.
Saya juga sebelum ini telah nyatakan beberapa kali tentang sasaran Kerajaan untuk mula beralih kepada fasa endemik pada akhir Oktober ini. Namun untuk merealisasikan sasaran ini, ia memerlukan kerjasama seluruh masyarakat untuk terus mematuhi SOP serta mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri.
Jika perkara ini gagal untuk diamalkan dan dipatuhi, kebimbangan saya adalah kita tidak akan mampu beralih ke fasa endemik, sekaligus membantutkan usaha pemulihan negara oleh Kerajaan.
Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.
Sehubungan itu, saya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ingatlah, kejayaan membendung pandemik ini melibatkan penglibatan dan pendekatan menyeluruh Kerajaan serta masyarakat.
Kredit foto : Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
同時也有44部Youtube影片,追蹤數超過877的網紅Megat Farezi,也在其Youtube影片中提到,Kali terakhir menjejakkan kaki masuk hutan Taman Negara Pahang ini adalah ketika berusia 7 tahun bersama ibu bapa dan adik beradik. Terbaru pada tahun...
「taman negara malaysia」的推薦目錄:
- 關於taman negara malaysia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於taman negara malaysia 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
- 關於taman negara malaysia 在 AIA Takaful Manager - Khairul Nidzam Facebook 的最佳解答
- 關於taman negara malaysia 在 Megat Farezi Youtube 的最讚貼文
- 關於taman negara malaysia 在 Megat Farezi Youtube 的最讚貼文
- 關於taman negara malaysia 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
taman negara malaysia 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
Mahukan kelainan, inilah kisah patut ditonton...
Penerbit Lega, Drama bersiri “Anak Sena” raih maklum balas positif penonton !!
“Tidak banyak babak rumah besar, tidak ada babak berebut harta berjuta ringgit dan memang lain daripada yang lain, drama ini memang sesuatu,” tulis netizen.
Ini antara komen yang ditinggalkan oleh penonton apabila mereka mengulas mengenai drama Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3. Memang betul, kisah kehidupan anak Orang Asli daripada suku kaum Bateq di Pahang diangkat menjadi tema utama, memang sesuatu.
Sudah ditayangkan beberapa episod, drama yang dibintangi oleh Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Sasha Abedul, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai lain ini cukup unik dengan memaparkan pelbagai kisah hidup masyarakat Orang Asli dalam menghadapi cabaran.
Sena selaku tok batin mahukan semua anak-anak Orang Asli bersekolah namun dalam masa yang sama mereka perlu menguasai ilmu hutan. Namun perkara tersebut ditentang oleh sebahagian besar penduduk yang menganggap ilmu pelajaran tidak penting.
Mampukah Cikgu Amir lakonan Ben Amir mengubah nasib masyarakat tersebut? Atau dia sendiri tewas dalam perjuangan? Kita tunggu sampai ke episod terakhir nanti. Anak Sena ditayangkan melalui slot Lestary setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam.
Apa-apa pun terima kasih kepada TV3 Malaysia yang berani mempertaruhkan karya sebegini selain kerajaan Pahang yang membenarkan penggambaran dilangsungkan di Taman Negara. Setidaknya ia mengubat rindu kita untuk ke sana semula nanti.
https://www.instagram.com/p/CTWamtOBb9v/?utm_medium=share_sheet
taman negara malaysia 在 AIA Takaful Manager - Khairul Nidzam Facebook 的最佳解答
Hi semua 👋🏻
Kali ni saya nak share tentang hospital-hospital panel AIA di seluruh Malaysia.
Sebelum tu nak inform, AIA ni ada 2 jenis hospital :
1. Hospital Panel
2. Hospital Platinum
Secara mudahnya kedua-dua hospital ini adalah hospital yang di cover oleh AIA. Cuma beza dia Hospital Platinum ni lebih special dari Hospital Panel.
Apa perbezaan dia ye?
Hospital Platinum ni special sikit sebab:
✅ Tiada deposit hospital
✅ Masa menunggu yang lebih cepat
✅ Kadar harga eksklusif untuk client AIA
Kalau kawasan tempat tinggal korang ada Hospital Platinum, saya sarankan korang pergi je ke hospital tersebut. Tapi kalau tak ada, pegi hospital panel pun ok 👍🏻
Jadi mana nak tengok senarai hospital yang AIA cover ni ya?
Anda boleh download MYAIA app kat AppStore atau Playstore.
Yang belum jadi client AIA pun boleh download app ni. Boleh tengok senarai hospital dalam app ni ☺️.
Di bawah ini ialah senarai Hospital Panel dan Hospital Platinum AIA (setakat 7 Ogos 2021) :
𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Hospital Panel AIA
1. KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital
2. Putra Specialist Hospital Batu Pahat
3. KPJ Kluang Specialist Hospital
4. Gleneagles Medini
5. KPJ Puteri Specialist Hospital
6. KPJ Johor Specialist Hospital
7. Medical Specialist Centre (JB)
8. Regency Specialist Hospital
9. Hospital Penawar
Hospital Platinum AIA
1. Pantai Hospital Batu Pahat
2. Columbia Asia Hospital Iskandar Puteri
3. Kempas Medical Centre
4. Columbia Asia Hospital Tebrau
5. KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital
𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛
Hospital Panel AIA
1. Metro Specialist Hospital
2. Pantai Hospital Laguna Merbok
3. Putra Medical Centre
4. Kedah Medical Centre
Hospital Platinum AIA
1. Pantai Hospital Sungai Petani
𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡
Hospital Panel AIA
1. Kota Bharu Medical Centre
2. KPJ Perdana Specialist Hospital
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
Hospital Panel AIA
1. Oriental Melaka Straits Medical Centre
2. Pantai Hospital Ayer Keroh
3. Putra Specialist Hospital Melaka
Hospital Platinum AIA
1. Mahkota Medical Centre
𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡
Hospital Panel AIA
1. Nilai Medical Centre
2. CMH Specialist Hospital
3. KPJ Seremban Specialist Hospital
Hospital Platinum AIA
1. Columbia Asia Hospital Seremban
2. Salam Senawang Specialist Hospital
𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Hospital Panel AIA
1. Darul Makmur Medical Centre
2. Kuantan Medical Centre
3. IIUM Medical Specialist Centre
4. KPJ Pahang Specialist Hospital
𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
Hospital Panel AIA
1. Anson Bay Medical Centre
2. Sri Manjung Specialist Centre
3. Pantai Hospital Manjung
4. Perak Community Specialist Hospital
5. Kinta Medical Centre
6. KPJ Ipoh Specialist Hospital
7. Hospital Fatimah
8. Taiping Medical Centre
Hospital Platinum AIA
1. Pantai Hospital Ipoh
2. Columbia Asia Hospital Taiping
𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦
Hospital Panel AIA
1. KPJ Perlis Specialist Hospital
𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
Hospital Panel AIA
1. KPJ Penang Specialist Hospital
2. Bagan Specialist Centre
3. Hospital Lam Wah Ee
4. Loh Guan Lye Specialist Centre
5. Gleneagles Penang
6. Hope Children Hospital
7. Mount Miriam Cancer Hospital
Hospital Platinum AIA
1. Pantai Hospital Penang
2. Island Hospital
3. Penang Adventist Hospital
𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Hospital Panel AIA
1. Rafflesia Medical Centre
2. Gleneagles Kota Kinabalu
3. KPJ Sabah Specialist Hospital
4. Jesselton Medical Centre
𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
Hospital Panel AIA
1. Timberland Medical Centre
2. Borneo Medical Centre
3. KPJ Kuching Specialist Hospital
4. KPJ Sibu Specialist Medical Centre
5. Rejang Medical Centre
6. Bintulu Medical Centre
7. Miri City Medical Centre
Hospital Platinum AIA
1. Normah Medical Specialist Centre
2. Columbia Asia Hospital Bintulu
3. Columbia Asia Hospital Miri
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
Hospital Panel AIA
1. Salam Shah Alam Specialist Hospital
2. KPJ Selangor Specialist Hospital
3. MSU Medical Centre
4. QHC Medical Centre
5. Sentosa Specialist Hospital
6. KPJ Klang Specialist Hospital
7. Kelana Jaya Medical Centre
8. KPMC Puchong Specialist Centre
9. Assunta Hospital
10. The Tun Hussein Onn National Eye Hospital
11. Manipal Hospital Klang
12. Pantai Hospital Klang
13. KPJ Damansara Specialist Hospital
14. Hospital Pakar An-Nur Hasanah
15. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
16. KPJ Kajang Specialist Hospital
17. Kajang Plaza Medical Centre
18. Putra Specialist Hospital Kajang
19. KPJ Rawang Specialist Hospital
Hospital Platinum AIA
1. AVISENA Specialist Hsopital
2. AVISENA Women’s & Children Specialist Hospital
3. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau
4. Subang Jaya Medical Centre
5. Ara damansara Medical Centre
6. Sunway Medical Centre
7. Columbia Asia Hospital Puchong
8. Sri Kota Specialist Medical Centre
9. Columbia Asia Klang
10. Thompson Hospital Kota Damansara
11. Beacon Hospital
12. Columbia Asia Hospital Petaling Jaya
13. Columbia Asia Hospital Cheras
𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Hospital Panel AIA
1. Kuala Terengganu Specialist Hospital
2. SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
Hospital Panel AIA
1. Quill Orthopedic Specialist Centre
2. UM Specialist Centre
3. CENGILD G.I Medical Centre
4. Pantai Hospital Kuala Lumpur
5. Taman Desa Medical Centre
6. Global Doctors Hospital
7. Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)
8. Tung Shin Hospital
9. UKS Specialist Centre
10. Lourdes Medical Centre
11. Damai Service Hospital (HQ)
12. KPJ Sentosa KL Specialist Hospital
13. Sunway Medical Centre Velocity
14. Al-Islam Specialist Hospital
15. KPJ Tawakkal Specialist Hospital
16. Institut Jantung Negara (IJN)
17. Hospital Pusrawi
18. Gleneagles Kuala Lumpur
Hospital Platinum AIA
1. Parkcity Medical Centre
2. Prince Court Medical Centre
3. Pantai Hospital Cheras
4. Pantai Hospital Ampang
5. Columbia Asia Hospital Setapak
Setiap hospital ni ada jenis medical card yang boleh pakai:
🔴 AIA - Medical Card Syarikat
⚫️ AIA - Medical Card Syarikat
🟠 AIA - Medical Card Individual
Jadi untuk client yang ada Medical Card Personal boleh rujuk hospital yang ada tunjuk 🟠AIA.
Senarai hospital ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Anda boleh selalu semak melalui MYAIA app tersebut ☺️.
Credit to Anan Adli🌷🌷🌷
taman negara malaysia 在 Megat Farezi Youtube 的最讚貼文
Kali terakhir menjejakkan kaki masuk hutan Taman Negara Pahang ini adalah ketika berusia 7 tahun bersama ibu bapa dan adik beradik. Terbaru pada tahun 2020 (Urrghhh Covid19) ketika PKPP akhir Julai lalu
Dulu rasanya ketika kecil takdelah penat sangat. Rasa macam tak banyak mendaki (hiking) je. Seronok!! Kenapa sekarang rasa perjalanan dalam hutan lebih kepada naik bukit eh? Tercungap- cungap kami. Faktor umur keberangkalian...
Cuma yang bestnya berbanding dulu time kat sini, takde pacat. Hahaha
Apapun setelah berpuluh tahun tak jejak masuk hutan berusia ratusan jutaan tahun ini, akhirnya dapat direalisasikan pada tahun 2020 tahun penuh cabaran!
#rainforest #tamannegara #tamannegarapahang #tamannegarakualatahan #hutan #hiking #travel #tahunmelawatmalaysia #2020 #pkp #cuticutimalaysia #fareasy #nationalpark
taman negara malaysia 在 Megat Farezi Youtube 的最讚貼文
Malam-malam mencari haiwan liar di Taman Negara Pahang. Haiwan apa yang kami jumpa? katanya ada Kongkang, Gajah, Tapir, Tupai Terbang Kucing hutan mahupun Beruang Panda.....
#tamannegara #nationalpark #mutiaratamannegara #tamannegarapahang #travel #cuticutimalaysia #malaysia #hutan #resort #faizdickie #fareasy #nightsafari
taman negara malaysia 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
?ETS
ETS (atau dikenali sebagai Eletric Train Service) merupakan sebuah keretapi antara bandar yang dioperasi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 12 Ogos 2010. Ia merupakan keretapi tolok metre yang terpantas di Malaysia dan diwujudkan sebagai perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan dan keselamatan. Terdapat dua jenis kereta api yang digunakan iaitu KTM Class 93 dan KTM Class 91 dimana boleh menampung sebanyak 346 / 312 kerusi di setiap set kereta api. Kelajuan sepantas 140KM/jam dapat mengurangkan waktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dari 12 jam ke 5 jam dan juga dari Kuala Lumpur ke Gemas dari 4 jam ke 2 jam.
Untuk mengetahui info lebih lanjut dan ingin membeli tiket ETS, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/ETS.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?ERT
ERT atau dikenali sebagai Ekpress Rakyat Timuran merupakan perkhidmatan keretapi antara bandar yang dioperasikan oleh Keretapi Tahan Melayu Berhad (KTMB). Ia juga dikenali sebagai KTM Antarabandar / KTM Intercity. Kereta api ERT hanya tertumpu perjalanan Timur - Selatan iaitu dari Gemas ke Tumpat.
ERT juga menawarkan dua jens kelas iaitu Seats Class dan Sleeper Class; dimana para penumpang boleh memilih sama ada membeli tempat duduk biasa atau “bunk bed” berhawa dingin yang cukup selesa untuk perjalanan jauh. Apa yang menarik di ERT adalah ia mempunyai fasiliti yang lengkap seperti kafe yang menawarkan pelbagai makanan yang menyelerakan. Jika anda malas untuk pergi kafe, pihak ERT juga membuat servis troli katering dimana mereka akan menjual makanan dan minuman kepada para penumpang.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan ingin membeli tiket ERT, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/Intercity.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?Shuttle 60 (SH60)
Shuttle 60 merupakan kereta api perkhidmatan harian lokomotif di laluan Pantai Timur dari Gua Musang ke Tumpat. Shutte 60 merupakan perkhidmatan dibawah Shuttle Timur, dimana ia menawarkan perkhidmatan keretapi harian yang popular sepanjang Laluan Pantai Timur. Shuttle ini menawarkan akses kemudahan untuk penduduk tempatan yang tinggal di kawasan perkampungan di negeri-negeri Timur Pahang dan Kelantan. Shuttle ini berhenti di semua perhentian sepanjang laluan dengan harga yang sangat berpatutan untuk penduduk tempatan sebagai pengangkutan utama di rantau tersebut. Ia mempunyai kemudahan seperti kafe di keretapi ini.
Tiket Shuttle Timuran / SH60 hanya boleh membeli “on the spot” di kaunter sahaja.
??Antara tempat yang kami lawati di sekitar Kelantan :
?Masjid Razaleigh
Masjid Razaleigh ini merupakan mercu tanda baharu Kelantan yang terletak di Gua Musang. Berkeluasan 70,000 kaki persegi, masjid ini mempunyai rekaan yang unik dimana masjid ini diinspirasi daripada Masjidil Haram di Makkah.
⛩Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek)
Tokong Swee Nyet Keung merupakan tokong yang dibina oleh masyarakat Cina seawal kedatangan mereka di Kelantan di Kampung Pulai dari negara China kira-kira 400 tahun yang lalu. Tokong ini menjadi salah satu tarikkan pelancong untuk datang ke Gua Musang, khususnya untuk kaum Cina
?Taman Etnobotani
Terletak di sekitar pekan Gua Musang, Taman Etonobotani merupakan taman herba dan pusat inkubator yang berasaskan herba untuk usahawan-usahawan tempatan. Taman Etnobotani ini juga menyediakan aktiviti riadah kepada para pengunjung seperti “Rock Climbing", chalet dan banyak lagi.
??Pasar Siti Khadijah
Diinspirasikan oleh nama isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah, seorang wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan. Menariknya, majoriti peniaga di pasar ini adalah kaum wanita yang terkenal dalam perniagaan. Antara barang yang diniagakan di Pasar ini adalah kuih-muih tradisional Kelantan, sayur-sayuran, makanan m entah, rempah ratus dan kraftangan.
?Pusat Kraf Tangan Kelantan
Merupakan satu pusat terutamanya para pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka. Malah, terdapat juga aktiviti pameran, demonstrasi dan interaktif kraf tempatan yang menjadi tarik tumpuan para pengunjung.
?Wayang Kulit Pak Dain
Diasaskan oleh Pak Dain, seorang pengiat seni yang memperjuangkan seni Wayang Kulit, dimana beliau terkenal dengan mencipta “Wayang Kulit Fusion” yang menarik perhatian generasi muda dengan persembahan Wayang Kulit modern inspirasikan daripada filem “Star Wars”,
?RS Serunding
Serunding Ramlah Salleh (RS) merupakan pengeluar Serunding terkenal yang berasal dari Kampung Laut, Kelantan. Para pengunjung boleh mendapatkan Serunding yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di sini.
?Ayu Fashion
Berlokasi di Tumpat, ia merupakan bengkel batik yang diasaskan oleh Tuan Haji Mahadi@Ibrahim Deraman. Di sini para pengunjung boleh melihat hasil pembuatan Batik menggunakan teknik Batik Cop
?KTM Depot Tumpat
Merupakan Depot Lama KTM dari tahun 1966. Ia mempunyai sebuah rumah api dimana para pengunjung boleh melihat kawasan perkampungan, yang asalnya merupakan sebuah muara laut.