Tahukah anda, Thalassemia major adalah penyakit genetik yang merbahaya.
Ianya disebabkan oleh pasangan yang menghidapi thalassemia minor yang mempunyai 25% peluang untuk mendapat anak thalasemia major.
Ianya tidak boleh sembuh buat masa ini. Anak memerlukan transfusi darah yang kerap.
Anak akan menghidapi
✅ Pemendapan zat besi akibat daripada transfusi darah. Ubat untuk merawat adalah sangat mahal
✅ Pembengkakan organ limpa. Anak terpaksa menjalani pembuangan organ ini bila membengkak
✅ Tulang rapuh dan perkembangan terbantut. Anak tidak boleh aktif seperti kanak-kanak normal
✅ Mudah terkena jangkitan kuman dan boleh membahayakan kesihatan.
✅ Masalah jantung seperti lemah jantung.
Jika anda seorang thalasemia minor/trait/pembawa, anda boleh mencegah daripada mendapat anak thalasemia dengan tidak berkahwin dengan pasangan pembawa thalasemia.
Berikan kebenaran kepada KKM untuk menyaring anak anda di sekolah. Anda tidak mahu cucu anda menderita disebabkan anda bukan?
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...