SULTAN JOHOR KURNIA WANG LEBIHAN BAYAR CUKAI KEPADA YSIJ UNTUK TERUS MEMBANTU RAKYAT MEMERLUKAN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta bagi tahun 2019 yang diterima Baginda akan dikurniakan kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Baginda Tuanku Sultan, bertitah YSIJ secara aktif menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat termasuk sumbangan makanan setiap minggu dan pelbagai bantuan lain.
DYMM Sultan Johor, bertitah lebih bayaran itu diserahkan kepada Baginda bagi pembayaran cukai di atas syarikat-syarikat milik Keluarga DiRaja Johor.
“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LDHN di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, dimana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.
“Ini juga bagi membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik COVID-19,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (29 September).
Terdahulu, DYMM Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor, Encik Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Bermula pada April tahun lalu, Baginda Tuanku Sultan secara berterusan mengurniakan bantuan bekalan makanan kepada golongan memerlukan diseluruh Johor setiap minggu.
Bantuan juga disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana alam, selain warga emas dan juga pesakit-pesakit kronik tanpa mengira agama dan bangsa.
Selain itu, beberapa kediaman yang rosak akibat bencana alam turut dibaikpulih menerusi YSIJ bagi meringankan beban rakyat.
ucapan terima kasih atas sumbangan 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 的精選貼文
YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR, YAYASAN TEMASEK SUMBANG MESIN OKSIGEN MUDAH ALIH KEPADA HOSPITAL, KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura secara berterusan menjalin usaha bersama dalam menjaga kesejahteraan serta kesihatan rakyat di Johor.
Pada hari ini (13 Mei), YSIJ bersama Yayasan Temasek sekali lagi menyampaikan sumbangan 50 unit mesin oksigen mudah alih untuk kegunaan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seluruh negeri Johor.
Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Muhammad yang juga wakil rasmi DYMM Sultan Johor dan YSIJ kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Ucapan penghargaan turut dizahirkan oleh Kerajaan Negeri kepada YSIJ dan Yayasan Temasek yang menyumbang pelbagai bantuan kepada hospital serta klinik kesihatan di seluruh Johor secara berterusan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata sentiasa menjadi hasrat DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam menitikberatkan aspek kesihatan dan kualiti rawatan perubatan kepada rakyat.
"Sumbangan ini dapat diagihkan kepada hospital dan klinik kesihatan seluruh Johor bagi menambah lagi keperluan serta mempertingkatkan aspek kualiti rawatan perubatan.
"Bagi pihak kerajaan negeri kami amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYMM Sultan Johor dan Yayasan Temasek," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu berkata sumbangan mesin berkenaan akan diagihkan kepada hospital-hospital dan klinik kesihatan seluruh Johor mengikut keperluan.
"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Johor dan Yayasan Temasek di atas sumbangan yang disampaikan pada hari ini," katanya.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
ucapan terima kasih atas sumbangan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Menjulang Kebangkitan Ummah
Semalam, selepas saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Shariah di Suruhanjaya Sekuriti, saya telah bergegas meninggalkan bangunan SC yang indah di Damansara/Mont Kiara menuju Ipoh untuk acara ucapan saya jam 3 petang. Kereta dipecut. Makan tengahari hanyalah roti manis & air milo kotak. Cukup untuk mengalas perut.
Pembentangan saya ialah tentang sosio ekonomi dalam proses kebangkitan ummah ke arah kemakmuran bersama. Saya membuat pelbagai sentuhan mesra kepada cara fikir dan cara kerja masyarakat Islam. Antaranya, "kurang2kanlah berbincang dan berforum tentang pengagihan zakat dan wakaf serta sedekah kerana ini adalah yang paling senang. Nak bahagikan kutipan memang mudah. Yang susah ialah nak jana kekayaan dan sumbangan yang lebih". Banyak lagi teori dan aplikasi sosio ekonomi yang saya sebut dalam kertas kerja saya sebanyak 37 muka surat.
Di sebelah malam, saya diamanahkan oleh pihak penganjur dan urusetia Muzakarah Sultan Nazrin Shah: Menjulang Kebangkitan Ummah untuk mempengerusikan sidang meja bulat di kalangan tokoh2 ulamak dan pentadir dalam menyediakan Deklarasi Perak 2020.
Ini pengalaman yang luar biasa. Pertamanya, walaupun di waktu malam, ia dihadiri oleh ramai peserta persidangan meja bulat dan lebih menarik lagi oleh para pemerhati. Ramai yang datang memerhati dan mendengar.
Keduanya, setiap peserta telah terlibat secara aktif sepanjang dua jam. Saya terpaksa tangguhkan sesi dalam jam 11:15 malam. Bukan sahaja mereka aktif, sumbangan idea dan perspektif mereka segar dan fresh. Teruja mendapat input yang banyak dalam masa 2 jam. Inilah keajaiban kalau kita kumpulkan tokoh ulamak dan umara berbicang secara tenang dan berilmiah.
Walaupun bukan kesemua idea dan komen akan dimasukkan dalam Deklarasi Perak 2020 supaya tidak terlalu panjang, saya minta pihak sekretariat catitkan segala isi perbincangan secara verbatim (harfiah) atau video untuk rujukan masa depan.
Terima kasih pihak penganjur iaitu Pejabat Mufti Negeri Perak atas undangan dan kepercayaan. Di pagi ini, saya mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 8 pagi dari Ipoh untuk mempengerusikan mesyuarat Board of Governors di UIAM jam 10 pagi.
MDB