Kalau sahabat tengok di IG & Facebook saya, pasti akan perasan saya banyak bergambar bersama Brother Shah Kirit Bin Kalkulai Govindji atau lebih mesra dengan panggilan Bro Shah.
.
Pertama kali saya berjumpa beliau adalah pada 2011 ketika beliau mengendalikan Friendly Comparative Religion di UIA, Gombak. Saya muallaf yang baru bertatih ingin mengenal apa itu dakwah dan apa itu perbandingan agama. Saya cuma salah seorang dari beratus peserta yang kagum dengan kehebatan beliau. Beliau juga adalah Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012 & Penerima Tokoh Pendakwah Negara Saudara Kita 2015.
.
Tidak pernah saya sangka bahawa hari ini selepas 8 tahun, kami telah bersama merantau ke benua Afrika seperti Uganda, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Afrika Selatan dan Mesir untu berdakwah bersama selain dari digandingkan untuk forum di masjid serta di program TV.
.
Kami berbeza NGO tetapi kami sedar NGO hanyalah platform untuk berkhidmat demi Islam bukannya penyebab perpecahan dan permusuhan sesama kita. Lengkap melengkapi bukannya hasad dengki benci membenci.
.
Sekarang NGO pimpinan Bro Shah iaitu Global Unity Network (UNITY) sedang mengumpul dana untuk membeli pejabat. Saya menyeru sahabat untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka dengan menghubungi Puan Aisha di +60 18 229 0688 untuk maklumat lanjut.
.
Bro Shah Kirit, dialah guru dan dialah teman dalam dakwah. Hadirilah kursus yang dikendalikan beliau dan dengarlah ceramahnya di YouTube dan sahabat pastinya akan; “WOW”! Doakan ukhuwah kami berpanjangan demi dakwah dan Islam. Allahuma Ameen.
.
* Boleh follow FB beliau di Shah Kirit dan NGO beliau Global UNITY Network.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #globalunitynetwork #broshahkirit #shahkrit #mrmunity @ Global UNITY Network
Search
uganda religion 在 Top Religion Population in Uganda 1900 - 2100 | Data Player 的推薦與評價
Statistics of major religion in Uganda from 1900 to 2100Please support my channel. It can buy me another cup of coffee:)Related ... ... <看更多>