Drama ziarah menziarahi sebelum PKP.. semua ini menjadi kenamgan..
Alkisahnya.. satu hari Saya sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:
“Dunia adalah tempat...”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang rupanya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteripun membancuh air minuman sambil saya membuka tabung kerepek.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.
Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis… “Dunia adalah tempat...”
Jari sayapun menari-nari di keyboard..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang menyinggah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri kembali memperbaharui air minuman sambil saya membuka tin biskut jagung.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.
Kau tahu tak Hamka?, siapa liwat MB? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM rasuah sana? Kau tahu kenapa ada MB tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanyatak dapat?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang sekejap, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri saya membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil saya menambah biskut keping.. tak lama hidangan keropok lekor pun bini turut hidangkan dan saya terus berborak dengan tetamu..
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.
Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,
Agak menarik…,
Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang hantar barang, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.
Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..
Okey jugak sembang filem yang out of the box?
Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan tabligh pula datang ziarah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan serdak kuih..
Tahu apa yang kami borakkan?
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab adab usul.., bab peristiwa akhir zaman, dan bab buku hamka keretamayat, Bla bla bla
Saya tak boring, korang boring tak? ..(saya sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)
Selepas tetamu yang suka bercerita tentang agama itu pulang, saya kembali duduk depan computer Tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.
“Dunia adalah tempat…”
Dalam kepala saya tergambar apa yang saya borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Sayapun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Sayapun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada saya dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Saya jawab, “yes” kerana saya setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
Ps: hidup menuju kematian, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang, Selamat Membina Akhirat. Woha!
x y imdb 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Di bulan syawal, Saya sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:
“Dunia adalah tempat...”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang beraya rupanya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteripun membancuh air minuman sambil saya membuka tudung kuih raya.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.
Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat...”
Jari sayapun menari-nari di keyboard..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri kembali memperbaharui air minuman sambil saya membuka tudung kuih raya.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.
Kau tahu tak Hamka?, siapa liwat MB? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM buat rumah terbuka? Kau tahu kenapa MB tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanya RM450?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri saya membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil saya menambah kuih raya ke dalam bakas yang sudah terbuka tudungnya
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.
Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,
Agak menarik…,
Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.
Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang beraya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan serdak kuih..
Tahu apa yang kami borakkan?
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab puasa enam.., bab peristiwa akhir zaman, bab buku hamka keretamayat, Bla bla bla
Saya tak boring, korang boring tak? ..(saya sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)
Selepas tetamu yang suka bercerita tentang ugama itu pulang, saya kembali duduk depan computer Tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.
“Dunia adalah tempat…”
Dalam kepala saya tergambar apa yang saya borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Sayapun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Sayapun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada saya dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Saya jawab, “yes” kerana saya setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
Ps: Kuih Raya sedang menuju serdak, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang, Selamat Hari Raya, dan Selamat Membina Akhirat. Woha!