Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過148萬的網紅Nikmatul Rosidah,也在其Youtube影片中提到,?Winnipeg Bread ? Bahan Water Roux Mix: 25 g Terigu pro tinggi / Bread flour. 125 ml Air. Cara: Campur air dan tepung sampai larut tanpa gumpalan....
「buka puasa jam」的推薦目錄:
- 關於buka puasa jam 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於buka puasa jam 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於buka puasa jam 在 Facebook 的精選貼文
- 關於buka puasa jam 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的最佳貼文
- 關於buka puasa jam 在 Padu Beb Studios Youtube 的最讚貼文
- 關於buka puasa jam 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於buka puasa jam 在 Universitas Muhammadiyah Malang UMM - Facebook 的評價
- 關於buka puasa jam 在 APAKAH BENAR DI KOREA ITU …? [Q&A] - YouTube 的評價
buka puasa jam 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
Perempuan, nampak lemah tapi kuat dan tak pernah serik!
Dia sanggup melalui proses mengandung yang terdapat bermacam-macam dugaan..
Ada wanita yang hadap morning sickness 3 bulan pertama je, untung kalau 3 bulan je kena.. ada juga isteri 9bulan10hari duk menghadap loya.. sampai check in hospital kurang tenaga.. dehidrasi sebab dah takda benda nak muntah.. makan keluar, makan keluar.. perut siapa yang tak senak kan?
Itu belum yang siap kena topup darah sebab darah rendah, tumpah darah dan sebagainya. Dia punya kesabaran tu, semua demi anak yang dia kandung dan demi cinta dia pada suaminya.
Baru lepas satu dugaan, datang yang lain pulak. Badan dan kaki sering sakit-sakit, terutama dibahagian pinggang dan tulang belakang.Dengan kaki kejang tengah-tengah malam.. kaki bengkak.. panas badan macam duk dalam ketuhar.. orang nak kata gemok ke apa ke.. tak heran dah.. janji anak dalam kandungan sihat.. hebatnya wanita anda!
Bila check up, dah kebal kena ambil darah.. tunggu berjam-jam di klinik tunggu giliran.. sampai sakit2 pinggang duk lama..
Bila kena minum air gula.. kena puasa dulu start 10 malam sampai esoknya.. 8 pagi ambil darah, part ni paling tak suka.. time nurse cari urat tak jumpa.. dah try belah kanan tak lepas, belah kiri plak.. pun xlepas juga.. cucuklah berkali-kali sampai jumpa.. muka steady je, sebab dah biasa..
Minum air gula lepas tu 2 jam kena tunggu sehingga ambil darah semula.. tunggulah di kerusi sampai tertido.. ada juga yang tido dalam kereta, lebih selesa dari dipandang orang.
Setel bab air gula.. ada juga yang kena sembelit.. buasir.. kencing manis.. tekanan darah tinggi.. HB low.. dan bermacam-macam lagi pembawakan lah.. masa tu bila perut dah besar, nak jalan pun tak larat.. jalan macam penguin.. bangun dari katil pun ambil masa.. diri lama dan duduk terlalu lama pun tak boleh.. nanti bengkak kaki.. dugaan-dugaan ini yang dialami wanita sepanjang mengandung..
Habis bab mengandung.. bersalin pula.. tahan sakit contraction.. ya Allah azab sungguh sakit dia.. ada yang sakit kontraksi kejap je, ada juga yang berhari-hari sakitnya.. doktor seluk banyak kali pun dah lali sakitnya.. bila bukaan dah 10cm, nak meneran lagi.. karang salah meneran koyak banyak.. sakit kena gunting lagi.. lepas tu jahit pula.. hidup-hidup pulak tu.. ada juga wanita yang dah melalui sakit kontraksi, bukaan pula tak buka-buka.. jantung bayi dah lemah, end up terpaksa ‘czer’ tak ke dua-dua sakit tu? Tak kisahlah janji anak yang dia kandung dan sayang dah selamat keluar..
Habis bab bersalin, nak lalui tempoh berpantang pula.. nak kena berurut, bertungku, pakai stoking, pakai pilis, berbengkung dan bermacam-macam lah..
Makanan pula tak boleh sebarangan makan.. silap makan, silap pantang boleh bentan! Waktu berpantang lah suami kena pandai ‘tackle’ hati isteri. Waktu ni dia sangat sensetif. Bantu dia.
Habis berpantang.. nak membesarkan anak sehingga dia berakal bukan mudah.. nak uruskan rumahtangga, anak-anak nak hantar ke pengasuh.. dengan hal kerjanya lagi.. isteri kadang-kadang hilang tumpuan disebabkan kesibukan yang melanda hidupnya.. tugas seorang wanita, isteri dan ibu ni tak pernah selesai..
Pada lelaki, suami dan ayah.. janganlah bebani isteri anda.. dia telah melalui proses yang sukar dan mencabar untuk melahirkan zuriatmu.. Ya tengok dari luaran dan fizikalnya nampak macam kuat, dalamannya kita tak tahu..
Wajarkah isteri dipermainkan setelah dia mengorbankan segalanya untuk anda? Wajarkah anda curang dibelakangnya setelah dia sanggup melepaskan segalanya demi anda? Dan wajarkah dia tidak dihargai sedangkan anda tahu dia mengutamakan anda dalam segala hal.
Jadi, berubah dan hargailah WANITA anda.
Pada semua wanita, jangan fikir anda lemah.. anda layak digelar ‘SUPERMOM’ yang awesome!
TERIMA KASIH ISTERI!
Buat papa mama yg nak ilmu kehamilan - kelahiran - berpantang - mendidik anak2 & penyusuan susu ibu boleh klik link ini utk dptkannya ya : ebook.9bulan10hari.com 😍
buka puasa jam 在 Facebook 的精選貼文
Ada orang bukan Islam tanya, kenapa Allah tak hentikan Rogol?
Mereka nak dunia ni akan auto stop bila buat jenayah, mereka nak bila orang nak buat jahat, terus keluar malaikat stop perkara tu.
Bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat.
Orang nak makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat sikap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?
Padahal Tuhan dah buat babi yang makan najis, tak pernah ubah menu, Tuhan dan buat harimau makan daging sejak beribu ribu tahun tak pernah ubah menu? Kenapa?
Kerana hidup binatang ni tiada kebabasan memilih, mereka akan kekal bertelanjang, makan menu yang dah ditakdirkan, dan hidup bebas ikut nafsu! Tuhan dah buat makluk yang takde akal macam manusia.
Best ke jika hidup macam binatang yang takde idea langung nak tukar menu makanan? hidup nafsu nafsi, berak kencing tak payah basuh, bebas!
Deep sikit, binatang macam teruk sangat contohnya, tahukah anda, Tuhan juga dah cipta malaikat yang takde nafsu, hidupnya ibadat sahaja siang malam, tiada syurga neraka untuk Malaikat.
Tiada yang berkahwin, tiada yang makan, semua ibadat sahaja, Tuhan dah buat makluk macam tu.
Kemudian Tuhan cipta manusia makluk paling unik yang dikurniakan kebolehan pilih apa sahaja nak buat, hidup adalah ujian, buat baik balas baik, buat jahat di balas jahat.
Maka menu makanan manusia tak sama tiap tahun, berubah rubah, ada nasi goreng kampung melayu, mee goreng mamak india, nasi goreng cina, mee pedang korea, nasi goreng USA, macam macam! Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Pakaian juga macam macam fesyen. 60-an, 90-an, GenX, Gen Y, macam macam! Semua Tuhan benarkan. Nak seksi nak seksa, Tuhan benarkan, takde yang sedang seksi tiba tiba kena sopak, tapi ingat, semua itu uJian, ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan, nak buat baik boleh, nak buat jahat pun boleh.
Jika nak hidup yang dikawal macam robot, Tuhan dah buat babi yang makan tahik tadi, makan sahaja najis tak perlu fikir apa apa, sampai masa mati jadi tanah.
Tapi manusia, Tuhan cipta dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah.
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika kita kemalangan sebab orang langgar lari, kita lumpuh, anak isteri mati, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, akan dapat keadilan hidup si syurga!
Anak anak orang bukan islam yang mati sebelum baligh, akan terus masuk syurga!
Orang OKU yang sabar akan dapat syurga.
Orang yang merogol, bunuh orang, munafik, kafir, akan masuk neraka!
Dan Hidup ini hanyalah mimpi, kita bila bangun dari mimpi ngeri tak rasa pun susah dan sakit, begitulah perasaan ahli syurga, akan anggap susah di dunia hanya mimpi.
Perkara sama yang menimpa ahli neraka, senang didunia hanya rasa bagai mimpi.
Maka kita semua tak payah sombong lah, sebab hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan, esok lusa semua mati, Tak akan ada yang mampu hidup selamanya, semua akan ke mahkamah Allah,
Dan tolong jangan bercakap macam pintu Taubat dah tertutup, atau macam korang dah di jatuhkan hukuman ke dalam neraka, sebab Pintu taubat masih terbuka, maka semua orang kafir yang masih hidup boleh bertaubat.
Orang islam pun bukan semua ke syurga, kena bertaubat dulu! Sebab semua orang akan berdosa namun sebaik baik pendosa adalah yang minta ampun pada Allah dan berjanji tidak akan buat dosa lagi!
“Tapi Hamka , Masalah islam ialah, islam tak boleh ada flaw sebab Tuhan sepatutnya perfect . Even kalau ada 1 flaw pun, islam itu adalah palsu. Cuba buka minda dan fikir,berapa flaws yang mungkin ada dalam islam? Poligami?, wanita dipinggirkan? Puasa tahan lapar 12 jam? Kuasa cerai tangan suami? Wanita kena bertudung? Murtad hokum bunuh? Dan lain lain, Itu semua adalah kecacatan dalam Islam, Islam have flaws. That’s why god doesn't exist”
Adohai, jika nak bantah memang tak habis 1400 tahun pun, sedanh hidup 63 tahun lebih dari cukup, senag beginilah, Islam datang dari Tuhan, dan datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam.
Bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada Adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist.
I rest my case!
Ps: semoga Alla berikan hidayat kepada kamu, kami, dan kita semua. Amin.
buka puasa jam 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的最佳貼文
?Winnipeg Bread ?
Bahan Water Roux Mix:
25 g Terigu pro tinggi / Bread flour.
125 ml Air.
Cara:
Campur air dan tepung sampai larut tanpa gumpalan.
lalu dimasak di api kecil sekitar 1 ke 2 menit sampai pekat.
Biar kan dingin .
Bahan Adonan :
425 g Terigu pro tinggi
150 g Rye flour.
50 g Gula
25 g Butter.
1.5 sdt Garam.
7 Gram Yeast SAF INSTANT
5 g Ibis blue Pelembut roti / Bread Softener
5 g Bakers Bonus A / Bread Improver
Water Roux mixture
150 ml Air hangat
150 ml Susu Hangat.
Cara:
Masuk kan semua bahan uleni sampai kalis.
Bulat kan dan pindah kan di mangkok yang berminyak.
Biarkan selama 20 menit.
Kempes kan adonan ,bisa di bagi menjadi 2 bagian lalu bentuk lonjong dan biarkan mengembang sampai ukuran 2x lipat .
panggang di oven panas selama 40 menit.
Tunggu 1 jam baru dipotong.
buka puasa jam 在 Padu Beb Studios Youtube 的最讚貼文
Kepada warga Shah Alam / Puchong / Subang Jaya yang nak makan Colek Kelate boleh datang ke Umi Nasi Paku Ayam Kampung di Seksyen 26, Shah Alam (Boleh Waze atau Google Maps).
Mereka menghidangkan Colek bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Senarai harga Colek di ruangan komen guys.
#PaduBebBros #ColekKelate #UmiNasiPakuAyamKampung
----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios
buka puasa jam 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
2 KETUL LAMB SHANK RM 33 SAHAJA DI PANGLIMA FROZEN FOOD!
Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Nasi Arab memang selalu menjadi tarikan di Bazar Ramadan. Siapa je tak terliur dengan bau rempah-rempah nasi arab bersama lauk ayam atau lamb shank sebesar penumbuk tu! Senang je rupanya nak buat Nasi Mandy di rumah. Kalau teringin, jom cuba resipi ini.
Bahan-bahan untuk Nasi Mandy Lamb:-
? Beras Basmathi 600 gram
? Bawang Putih 5 ulas
? Bawang Besar 4 ulas
? Cili Hijau 3 biji
? Tomato 2 biji
? Rempah 5 sekawan (Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang, Cengkih, Biji Ketumbar)
? Pati Ayam 1 kiub
? Rempah Mandy 3 sudu besar
? Minyak Sapi (Ghee) 2 sudu besar
? Air 1 liter
Cara-caranya:-
Masukkan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, bawang putih, daun ketumbar, cili hijau, tomato dan rempah 5 sekawan. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan rempah mandy.
Apabila naik bau, masukkan lamb shank yang telah diletakkan garam. Masukkan air dan tambahkan garam dan gula untuk perasa.
Biarkan selama 45 minit. Kalau tidak menggunakan pressure cooker, masak lamb shank dalam 1 jam 30 minit.
Setelah masak, keluarkan lamb shank. Masukkan beras yang telah direndan selama 1 jam. Tunggu sehingga nasi masak. Masukkan semula lamb shank ke dalam nasi dan gaul rata.
Bahan-bahan untuk Salad Arab:-
? Timun 1 biji
? Bawang Besar 1 biji
? Tomato 2 biji
? Cili 2 biji
? Cuka 3 sudu besar
? Minyak zaitun 4 sudu besar
? Garam
? Gula
Cara-caranya:-
Potong dadu timun, tomato dan bawang besar.
Masukkan cili yang telah dicincang halus.
Gaulkan kesemua bahan bersama cuka dan minyak zaitun. Tambah sedikit garam dan gula untuk perasa.
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
buka puasa jam 在 APAKAH BENAR DI KOREA ITU …? [Q&A] - YouTube 的推薦與評價
MASAK PAKE MESIN, BUKA 24 JAM, TANPA PEGAWAI! - KOREA TRIP #9. Nihongo Mantappu ... Bikin 7 Macam Takjil Untuk Buka Puasa Di Korea!! ... <看更多>
buka puasa jam 在 Universitas Muhammadiyah Malang UMM - Facebook 的推薦與評價
Dhuhur jam berapa ya? Kalau buka puasa nanti jam berapa sih? Daripada bingung, mending lihat jadwal ini aja! Jadwal imsakiyah Ramadan 1439H untuk daerah... ... <看更多>