Doa Arafah - Menjelang Hari Arafah.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
.
Kredit to Prof Muhaya & Dr Hajjah Azura Hashim
🔽tambahan
33. Ya Allah kurniakanlah buku catatan amalan dari sebelah kanan
34. Ya Allah hidupkanlah hati ku dan ahli keluarga serta keturunan ku dengan sentiasa dlm zikir dan selawat
35. Ya Allah lindungilah dan selamatkan daku dan ahli keluarga dari segala bahaya dan musibah yang tersembunyi dan nyata yg DTG dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dan sekeliling.
36. Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami dari pandangan Ain manusia yang bahaya
37. Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat dan kelilinginkami dengan mereka yg benar Jujur dan ikhlas mengasihi kerana Allah subhanahu wata'ala.
38. Ya Allah muliakanlah kami di hari tua
39. Ya Allah bebaskan kami dari sebarang hutang didunia dengan sesama makhluk.
40. Ya Allah, kurniakan lah kepada kami Qalbun Salim, yg tenang, taat dan sabar serta redho.
41. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halalan toyyiban lagi diberkati lagi dirahmati.
42. Ya Allah permudahkanlah urusan ibadah kepada MU dan jauhkan kami dari pandangan makhluk ketika beribadah dengan Mu ya Allah.
43. Ya Allah, didik jiwa kami untuk sentiasa ikhlas dan lindungi dari anasir mazmumah yg merosakkan.
44. Ya Allah kurniakanlah kami sifat dan sikap positif dan penuh dengan mahmudah . Buang yang negatif dan mazmumah dari diri kami Ya Allah. Tolong kami baiki diri kami Ya Allah
45. Ya Allah pilihlah kamu sebagai umat Baginda yang bersungguh menghidupkan sunnah dan mengikuti contoh tauladan Baginda .
46. Ya Allah, bimbingi daku dan ahli keluarga ku dalam menguruskan dan menundukkan nafsu amarah dan duniawi yg berlebihan lagi melalaikan.
47. Ya Allah , bantu kami mendapat Taufiq Hidayah Mu untuk senantiasa berusaha meningkatkan iman dan taqwa
48. Ya Allah bantu daku dan seluruh ahli masyarakat untuk saling tolong menolong dan mengasihi kerana Allah wa Rasul.
49. Ya Allah golongkan kami sebagai umat Baginda yang istiqamah menuntut ilmu untuk memperbaiki diri sebagai hamba dan bukan untuk bermegah.
50. Ya Allah kurniakanlah kami para Guru yang benar dan jujur dalam menyampaikan amanah warisan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
51. Ya Allah, ringankan tubuh badan kami melakukan kerja dan amal ibadah serta lisan yg sentiasa basah berzikir.
52. Ya Allah jadikan kami hamba MU yang ringan memberi maaf sesama insan dan yg paling banyak memohon ampun dan maaf dari Mu
53. Ya Allah terima lah taubat kami, bersihkan hati fikiran dan roh kami dari sebarang anasir yg merosakkan aqidah serta yg munkar
54. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami dikalangan golongan Ulul Albab
55. Ya Allah, kurniakanlah kemantapkan hati , roh, jiwa, fikiran dan keyakinan yg jitu berjalan dan mendokongi manhaj Nabawi sambil menjalani kehidupan di akhir zaman ini.
59. Ya Allah jadikan kami dan ahli keluarga lelaki dan perempuan kami benar benar mengikuti manhaj Nabawiyah yang benar
60 Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki kefasihan bahasa Arab, bahasa Baginda
61. Ya Allah kurniakanlah kami ingatan yang kuat untuk MB menghafal Al-Quran atau hadis atau pelajaran kami.
62. Ya Allah, golongkan kami dan pilih kami dan keturunan kami yang ikhlas dan suka membantu. Umat Baginda, yg suka memberi dari menerima.
63. Ya Allah jadikanlah AL Quran penunjuk bagi cahaya dan jalan yang benar.
64. Ya Allah, kurniakan kami zuriat keturunan yg Solehin lagi bertaqwa dan berakhlak mulia serta punya jatidiri yg teguh dan kental
65. Ya Allah rezeki kan kami mempunyai kejiranan yg baik, disenangi lagi terpuji adab perilaku.
66. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan ku ilmu yang bermanfaat untuk diri mereka dan ummah , minat dan penuh semangat dibidang yg dipilih oleh Mu yg baik buat agama dan dunia nya.
67. Ya Allah, kurniakan anak dan zuriat keturunan ku pasangan hidup yg benar mengikuti ajaran agama Islam yg Benar, punyai fikrah yg benar terhadap Allah wa Rasul dan mempunyai akhlak terpuji serta ikhlas dalam kasih sayang Mencontohi Baginda dan kehidupan berumahtangga yg diberkati , dirahmati, diredhai penuh Sakinah dan Mahabbah.
68. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga kami dan bakal ahli keluarga pasangan anak anak kami yang menghormati, baik pekerti dan mengamalkan kehidupan Islam yang benar
69. Ya Allah kurniakanlah Ilm dan pendidikan yang membentuk fikrah yg mengikuti manhaj Nabawiyah jln Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berjaya dlm persekolahan atau madrasah dan di peringkat universiti .
70. Ya Allah kurniakanlah pekerjaan yang terbaik dan paling sesuai untuk anak dan zuriat keturunan kami dan menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.
71. Ya Allah jadikanlah dunia ditangan tetapi bukan dihati kami
72. Ya Allah kurniakanlah pengakhiran Husnul Khatimah buat kami, anak anak kami, zuriat keturunan kami dan semua yang kami kasihi.
73. Ya Allah jgn dibolakbalik hati kami setelah engkau memberi hidayah dan tetap lah kami berada bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
74. Ya Allah kurniakanlah kami segala kebaikan, keaafiatan, kesejahteraan, Keselamatan dunia dan akhirat serta jauhkan dan bebas kami dari segala godaan hawa, nafsu, keinginan yg mendorong kepada azab api neraka.
75. Selamatkan kami dan zuriat keturunan kami dari fitnah dan azab kubur dan neraka.
76. Ya Allah pilih kami dan zuriat keturunan kami dibawah bimbingan Mursyid yang benar dan Haq dari ahli keluarga Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mengenali dan mengikuti serta membantu Imam Mahdi diwaktu yang hanya diketahui oleh Mu jua ya Allah.
77. Ya Allah, tingkatkan perjalanan hidup kami dari seorang muslimin ke tingkatan Mutaqqin dan Mutaqinat
78. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan kami yang Qurratun Ain
79. Ya Allah pilih lah kami dan ahli keluarga serta zuriat keturunan kami dikalangan Muhibbin yg ikhlas membantu dakwah nya Baginda Nabi mengikut kemampuan dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Mu kepada kami
80. Ya Allah kurniakanlah ibubapa ku tingkatan yg tinggi di Syurga bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
81. Ya Allah, kurniakan umur yang barakah, kelapangan rezeki, AAFIAH dan kebolehupayaan melangsungkan kehidupan dengan penuh Kebaikan tanpa sebarang kemudaratan .
82. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki berat timbangan amal dan sebelah kanan.
83. Ya Allah sembunyikan Aib kami didunia dan dipadang Masyar dan jadikanlah kami hamba MU yang suka menyembunyikan aib aib hamba MU yg lain.
84. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki dibimbing kalimah Tauhid لا اله الا الله محمد رسول الله oleh Baginda Nabi di pengakhiran hayat.
85. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga wanita kami mengikuti contoh tauladan Ummahatul Mukminin dan penghulu syurga bagi kaum muslimah di syurga iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra
86. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami dalam bermujahadah mengikuti jalan yang benar dan lurus yg diajar Baginda Nabi.
87. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami yang lelaki muslimin menjadikan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai contoh tauladan dan ketua dalam kehidupan dunia dan akhirat.
88. Ya Allah jika ada dari ahli keluarga kami yang tersasar dan jauh dari jln yg benar dan lurus, mohon di bimbing kembali ke jln yg benar dan lurus dengan. rahmat dan kasih sayang serta tawfiq hidayah dari Mu YaAllah.
89. Ya Allah berkatilah waktu dan masa kami serta jauhkan dari perkara yang melalaikan dan merugikan kejayaan akhirat kami.
90. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami sentiasa bersama para Awliya dan Solehin serta keturunannya Baginda yang benar jalan mereka.
91. Ya Allah pilih dan kurniakanlah kami , ahli keluarga kami anak dan zuriat kami dari kalangan Ahlillah, ahli zikir, ahli Quran, ahli selawat, ahli Hadeeth, ahli Bahasa Arab, ahli ilmu Sains dan matematik, jurutera, perniagaan, doktor, dll ahli di bidang yang membawa kebaikan umat Baginda khususnya yg tunduk lagi tawaduk.
92. Ya Allah kurniakanlah kami rumah yang selesa dekat dengan masjid dan mahligai yang tak terfikir oleh kami disyurga Firdausi.
93. Ya Allah rezeki kan kami mintasi titian sirat dengan jayanya
94. Ya Allah lindungilah kami dari panas terik matahari sejengkal di padang Mahsyar.
95. Ya Allah terimalah taubat dan amal baik kami dan ampuni kami , ahli keluarga dan zuriat kami.
96. Ya Allah pilihlah zuriat dan keturunan kami tetap didalam Iman, Islam dan Ihsan.
97. Ya Allah kurniakanlah rezeki menunaikan umrah haji kepada seluruh zuriat keturunan ku.
98. Ya Allah tetap kan hati kami, teguh kami dalam kecintaan dan kebersamaan serta rasa kasih terhadap Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama para Muhibbin yang mencintai Baginda dan ahli keluarga Baginda dengan penuh tulus ikhlas.
99. Ya Allah jadikanlah kami hamba hamba MU yang dikasihi dan dicintai lagi dikenali oleh penduduk langit walaupun tidak dikenali didunia dan yg tetap istiqamah menghidupkan malam serta tidak jemu menadah tangan berdoa bermohon belas ihsan dari mu Ya Allah.
Aamiin Allahumma Aamiin
「doa selamat arab」的推薦目錄:
doa selamat arab 在 Facebook 的最佳解答
Kenapa orang Islam Bergaduh?
(Tanya sama abang kereta mayat)
Ada orang bukan islam datang bertanya, mereka keliru dengan orang islam yang bergaduh sesama sendiri, katanya agama islam adalah agama kedamaian, tapi kenapa saling bergaduh, dan saling bunuh membunuh. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?
Saya toleh kiri kanan, sebab saya bukanlah ustaz ulamak untuk jawab soalan ini dari sudut ilmu dan dalil, tapi sebagai seorang yang dah ada pengalaman penuh beragama islam, dan hidup di kalangan orang islam sejak kecik, toleh lagi kiri kanan, biarlah saya jawab solan ini mengikut sudut pandang saya seorang penganut agama islam yang biasa-biasa.
Jika pembaca lain rasa padangan saya ada yang salah, boleh tegur diruangan komen.
Ok, kisahnya begini, masa saya kecik, arwah ibu saya, selain seorang peniaga kedai runcit, juga seorang guru mengajar kanak kanak membaca Al quran dalam Bahasa arab. Ibu saya juga menggalakkan (paksa sebenarnya) saya dan adik beradik yang lain dengar ceramah agama dari ustaz di masjid antara magrib dan Isyak (sekitar 1 jam), waktu lain, sebagai kanak-kanak, kami main, menonton, baca komik, main lagi, sama macam anak anak seluruh dunia, Cuma setiap hari, kami solat lima waktu, (ambil masa sekitar 10 ke 15 minit), juga setiap hari, belajar mengaji (sekitar setengah jam) kecuali hari cuti sekolah.
Hari Jumaat, kami di wajibkan solat Jumaat di masjid, pakai baju melayu dan datang awal sebab ada Kerabat Istana akan datang dan bagi RM1 setiap kanak kanak yang datang awal. Sebelum asar, wang tu dah habis kami belanja. Adohai…, hari jumaat adalah hari yang paling seronok, sebab boleh main puas puas lepas solat Jumaat sampai magrib. Biasa kami akan habiskan dengan mandi laut, atau mandi sungai.
Bila tiba bulan puasa setahun sekali, kami berpuasa (sebagai kanak-kanak, rasa seronok dengan suasana yang berubah, seronok berbuka dengan juadah best, seronok di benarkan tidur sepanjang hari), dan malam hari, lepas tarawih, seronok makan lepas solat witir, dan seronok dibenarkan bermain di malam hari sepanjang bulan puasa. (main Meriam buluh, lilin, mercun, obor dan sebagainya)
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, dan begitulah rutin hidup normal sebagai seorang islam, bila tiba raya haji, seronok dengan rezeki daging lembu yang melimpah ruah. Siap buat satay tepi pantai bersama rakan sebaya.
Selain itu juga, kami orang islam juga merayakan awal muharam, masak bubuk asyura dan makan ramai ramai, juga sambut maulidul rasul, (hari lahir Nabi) dengar ceramah dan makan sedap, ada yang berarak keliling kampong tiru Nabi berarak waktu pembukaan Mekah. Kami juga sambut peritiwa israk mikraj(peristiwa asal usul solat 5 waktu) dengan ceramah agama dan makan sedap, sambut 15 syaaban dengan ceramah agama atau baca Yassin, yang penting ada makan sedap juga. Happy sahaja kami sebagai orang islam.
Bila ada antara kami yang berkahwin, ada khutbah ringkas untuk penghantin, dan ada makan sedap, di selang dengan budaya sedia ada orang melayu seperti acara silat, kompang, bersanding dan lain lain. Semua happy sahaja, tak ada gaduh gaduh.
Bila ada kematian pulak, kami orang kampung akan bergotong raya uruskan mayat, dari mandikan mayat ke tanam mayat, bacakan Yassin, dan di malam hari, akan ada kenduri tahlil selama tiga malam, tidak wajib tapi dah jadi adat yang ada suasana agama. Sabab kami tahu ada hadis bagitahu dalam kampong yang ada suasana agama, akan mendatangkan Rahmat.
Jika ada kelahiran anak, akan ada majlis akikah, kenduri makan daging kambing, dua ekor jika dapat anak lelaki, seeokor jika ada anak perempuan. Begitulah lebih kurang hidup kami orang islam, tak ada gaduh gaduh, hidup aman dan damai.
Waktu itu jugak, ibu bapa kami banyak cerita kesusahan hidup zaman penjajah, zaman perang dunia kedua, zaman tak boleh makan nasi, zaman kena makan ubi sahaja, zaman sekolah tak terurus, yang mana buatkan kami sangat bersyukur hidup di zaman sekarang, bersyukur dapat solat di masjid, bersyukur dapat berpuasa dan makan sedap, bersyukur dapat sambut hari raya, pendek kata Alhamdulillah.
Hidup aman damai tak ada nak gaduh-gaduh bab agama. Bersyukur jadi orang islam.
Sehinggalah di pertengahan 80-an, bila muncul pilihan raya, bila tiba tiba muncul parti mengaku parti mereka paling islam, dan jika tak sokong parti mereka, kita akan jadi kafir. Parti mereka akan bawa ke syurga. Maka muncullah bait bait perbalahan antara kami orang islam.(di kampung saya)
Sebahagian orang kampung masih menyokong Kerajaan dan sebahagian orang kampung menyokong Pembangkang, walaupun mereka semua islam, tapi antara mereka ada yang kafirkan antara satu sama lain, lalu muncul dua masjid sebab konon tak sah solat di masjid kerajaan, muncul orang islam yang tak makan sembelihan parti lain kerana tak halal, muncul laki bini yang bercerai sebab berbeza fahaman politik. (saya tak kenal siapa yang bercerai, saya dengar cerita sahaja, lagipun saya masih budak tak ada lah nak ambik tahu sangat)
Ok, saya masih remaja waktu itu, tapi cukup tak suka bila ada orang islam kafirkan sesama islam, saya yang solat kat masjid kerajaan katanya tak sah sebab imam sokong Umno, Adohai..
Saya yang masa muda pilih untuk tenggalam dalam dunia rock, metal, hiburan,dan filem barat, sebab malas nak layan geng politik dalam kampung, tingkatan tiga saya apply asrama, rasa seronok dapat hijrah tinggalkan kampung. Habis SPM saya terus kerja di KL (Bangi, tapi kira KL jika orang kampung tanya, ha ha) lepas tu dapat masuk IPTA di Kelantan, dan di sinilah saya banyak kembali belajar bab agama.
Kat sini pula dah jumpa ajaran yang bukan politik kafirkan orang tak sokong mereka, tapi bidaah sana sani, haram sana sini, qunut bidaah, baca yasin malam jumaat bidaah, doa ramai ramai lepas solat bidaah, ok saya sangka baik, bidaah hasanah kan? Tidak! Kata mereka! Bidaah sesat semua, haram! Takde yang baik, adohai….
Lepas tu bila dewasa sikit lagi jumpa pulak takiyyah Syiah, bila kita puji Aisyah, melenting mereka, jika puji Abu Bakar dan Umar, terus mereka gelisah dan caci sahabat, alamak? Ada jugak orang caci sahabat?
Lepas tu ramaikan lagi kawan, jumpa pulak anti hadis, lepas tu solat pakai niat sahaja sebab hadis semua palsu katanya, adohai..
Dalam dunia dewasa penuh pencaroba, tiba tiba ada orang tabligh datang dakwah rumah ke rumah, ajak dakwah face to face macam nabi, Door to Door macam Nabi, lepas tu ajak iktikaf di masjid kerana yakin akan dapat duduk bawah Arash di akhirat mereka yang terpaut hatinya pada masjid.
Saya ikut, dan banyak belajar agama kat sini, dari sekecil kecil Sunnah, hingga sebesar sebesar Sunnah, tiada kafirkan orang di sini, tiada caci sahabat, tiada bidaahkan orang, tiada tolak hadis, yang ada adalah kasih sayang, lemah lembut, dan sangka baik, Alhamdulilah.
Rupanya, akhir zaman masih wujud madrasah bergerak macam zaman Nabi, berpusat di masjid, berlumpul semua orang tak kira darjat dan pangkat, semua satu fikir bagaimana masjid dapat penuh dengan lelaki, wanita taat suami, suami taat ibu, ibu wujudkan suasana agama di rumah, perghh
Pendek cerita..
Bab agama ini, kita ikutlah aliran Sunnah Wal Jamaah, iatu Islam yang berpegang kepada 4 rujukan:
-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)
-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, semua jenis hadis kecuali hadis palsu)
-Ijmak Ulamak (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan Al quran dan hadis)
-Qias (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan hal yang tiada dalam Al quran dan hadis, termasuk guna dalil akal selagi tak bertentantang dengan Alquran dan hadis)
Jadi, kisah amalan orang islam di sekitar hidup saya (tolak anti hadis, politik kafir, wahabi, syiah, anti mazhab), adalah merujuk kepada 4 sumber di atas, tak ada nak gaduh gaduh, tak ada nak kafirkan sesiapa, hidup aman damai dengan penuh keyukuran atas nikmat merdeka dan nikmat dapat amal ajaran Islam.
Berbeza pendapat ni berlaku sejak zaman sahabat lagi, tapi mereka tetap ada adab dalam berbeza pendapat, itulah yang di amalkan oelh 4 mazahab berbeza pendapat bab cabang, tapi masih hidup aman damai insyaALlah.
Jadi kepada orang bukan islam yang bertanya, kenapa kami orang islam saling bergaduh, sebab tak reti nak beradab dalam berbeza pendapat, ada yang reti macam perbezaan 4 mazhab, tapi yang tak reti adab macm geng anti hadis menolak Ijmak dan Qias ulamak dari pelbagai mazhab, buat mereka sanggup hokum orang sebagai kafir dan ahli Bidaah, dan dalam politik lah geng ni tolak hadis nasihat pemimpin elok elok, dan ambik hadis separuh, itu yang kat kampung saya dulupun boleh ada dua masjid, haram makan sembelihan penyokong kerajaan, dan kena cerai bini jika sokong parti lain, astarfirullahalazim.
Tarik nafas.
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu lebih berhikmah dari geng sesat yang hanya rujuk 2 sumber.(al quran dan hadis pilihan atau tolak semua hadis). Ustaz kami tak kafirkan mereka, dan suruh kami pujuk mereka kepada dakwah dan tabligh.
Tapi Hamka, katanya keluar berdakwah pun bidaah?, Nabi tak keluar berdakwah tiga hari! Bidaah! Jadi duduk rumah sahajalah, adohai…
Inilah masalahnya bila tolak banyak hadis, tolak ijmak ulamak dan tolak qias, habis tu mereka pergi belajar agama 4 tahun di Univerisiti ada hadis kah?
Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, balik kepada penanya soalan, kenapa orang islam saling bergaduh sesama islam, hmm, masalah sentiasa timbul, kadang datang dari Orang Islam yang murtad, tolak semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak. Semua tak betul! Hidup ini tak ada tuhan, kita terjadi secara semula jadi. Mati jadi tanah, habis!
Tapi sibuk datang komen kat blog saya ajak berdebat sedangkan jika korang bahagia dengan pilih hidup tanpa Tuhan, jadilah atheist yang beratika. Macam Maddox, blogger terkenal dunia yang selalu kutuk dan hina orang tak makan daging konon sebab binatang pun ada perasaan, tapi Maddox bagitahu, tak akan hina orang agama yang haramkan makan daging kerana hormat pilihan agama orang lain, itulah etika Atheist.
Tapi bila keluar Islam lepas tu kutuk pasal Islam, itu yang zaman dahulu kena hokum bunuh, Nauzubillah! dalam mazhab Sunnah wal jamaah, orang murtad ni kita kena dakwah dan pujuk mereka secara lemah lembut, macam saidina Umar buat di zaman pemerintahanya..
Panjang nak cerita tapi saya dah penat,
Benda ni balik kepada basic nafsu manusia, mana lebih mujahadah hidup? Sebagai ahli Sunnah? Wahabi? Anti hadis? Atau Atheist?
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu hidup lebih bermujahadah dalam mengamalkan agama tapi tetap bahagia (janji Allah, siapa ingat padanya hati akan tenang) tanpa perlu sibuk kafirkan orang sebaliknya golongan ahli Sunnah wal jamaah inilah yang banyak keluar berdakwah (rujuk gerakan Tabligh) ke seluruh dunia.
Mereka keluar berdakwah untuk jumpa semua orang islam sama ada tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, atau murtad, tapi mereka (gerakan tabligh) datang pujuk rayu mereka kepada Islam yang asal.
Secara teori, menjadi geng anti bidaah hasanah lebih mudah sebab dah tak payah ikut pendapat ulamak tapi hati mereka tak tenang sebab sibuk kafirkan orang, dan sanggup bunuh orang yang tak sependapat dengan mereka. (rujuk pengganas islam yang berfahaman keras!)
Secara teori juga, golongan anti hadis, hidup lebih mudah dari geng anti hadis daif sebab dah tak payah ikut mana mana hadis, jadi selamba tak solat, tapi hati tak tenang, sebab tu sanggup datang blog saya dan komen setiap hari tuduh saya syirik sebab sembah kaabah. Adohai..
Secara teori juga, golongan murtad lagi senang hidup, tolak semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak, tapi hati tak tenang sebab mereka ada datang ke blog saya mengaku hati tak tetang dan rasa nak bunuh diri.
Bukan semualah, tapi itulah cerita saya, pengalaman saya berdebat dengan mereka, dan pilihan hidup masing masing.
Saya rasa sampai sini sajer saya cerita kisah orang islam bergaduh sesama islam, ada banyak lagi pecahan, seperti geng sembah kubur, geng solat pakai niat, Nabi palsu dan lain lain, tapi wahabi, anti hadis dan murtad ni yang lantang bersuara di blog saya akhir akhir ni, itu yang saya luang masa tulis untuk sedikit pencerahan.
Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka?
Secara ringkas:
A) Golongan penyokong parti politik pilihan saya sahaja masuk syurga, lagi 72 parti semua masuk neraka, undilah parti pilihan saya jika mahu syurga! tak undi kami, masuk neraka!
B) Golongan Anti hadis daif, (Wahabi) cukup hadis soheh pegangan kami, yang lain semua bidaah, masuk neraka!
C) Golongan Anti semua hadis. Al quran sahaja pegangan kami, siapa sekutukan Al Quran dengan hadis, adalah ahli neraka!
D) Golongan Anti Sahabat Nabi, kecuali Sahabat tertentu pilihan mereka. Siapa sokong sahabat Nabi yang kami benci, mereka ahli neraka! (Syiah)
E) Golongan yang fikir risau terhadap 72 golongan lagi dan berusaha dakwah mereka kepada Sunnah wal Jamaah agar semua selamat dari azap api neraka.
Akhir kata, jika ada masa dan rezeki, akan ada pendakwah Sunnah wal jamaah akan pergi berdakwah rumah korang semua, datang mereka bukan nak kafirkan korang, tapi nak ajak kepada Sunnah Nabi SAW, ajak dengan lemah lembut, insyaAllah.
Korang mungkin akan caci dan maki mereka, atau lari, tapi mereka akan teruskan usaha kerana mereka telah mendapat kemanisan iman dalam kerja dakwah mereka. Jika korang tak nak, mereka akan beredar dengan doa dan sangka baik, InsyaAllah.
Dulu, Allah suruh Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun yang mengaku Tuhan, sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa Fiaraun laknatullah akan tetap mati tidak beriman, kerana itulah pilihan hati Firaun, namun di jalanan, ketika Nabi Musa Berdakwah, Seribu ahli sihir Firaun telah masuk Islam.
Begitulah berkembangnya ajaran Sunnah wal Jamaah, Jumpa korang tapi korang bangga tak nak, InsyaAllah di jalanan, akan ada yang nak, sebab tu Sunnah Wal Jamaah 90% di dunia ini (rujuk wiki) sebab mereka keluar berdakwah sebagaimana Nabi-Nabi terdahulu keluar berdakwah. Deep nih!
Last,. Sesungguhnya saya sayang korang semua, dan saya setuju Jemaah dakwah datang ketuk pintu rumah korang dan ajak kepada Sunnah. Dalam jamaah dakwah, semua mazhab ada, Hanafi, Maliki, Shafee, Hambali dan lain lain. Mungkin satu hari nanti, Geng Wahabi yang bertaubat, anti hadis yang bertaubat dan geng murtad yang bertaubat serta lain lain fahaman dapat bersatu dalam kerja dakwah dan tabligh, inysAllah.
Kata-kata akhir, menjadi seorang yang hidup beragama Islam Ajaran Sunnah wal jamaah sebenarnya tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup akan selalu di uji kerana itulah maksud hidup. Firman Tuhan: “Jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji.”
Akhir kata, Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' sesama kita. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan saya mati dalam fahaman Sunnah Wal Jamaah. Amin.
Lakum Di Nukum wa liyadin.
Ps: Ini hanyalah pendapat peribadi, jika berbeza pendapat tak perlu caci maki, boleh komen elok elok, jika setuju dan nak lebih panjang dan lebar, boleh baca buku hamka keretamayat-Woha!
doa selamat arab 在 Facebook 的最佳解答
Zaman islam maju dulu, Syaitan datang 'ajar' agama, Berhala dan Dajjal pun ber'dakwah'...
Baik, sekarang saya bawakan Kajian Khas Hamka Keratamayat berkenaan Teori Kospirasi Dajjal dengan bersandarkan hadis-Hadis pilihan, sebuah penemuan yang mengejutkan tentang ummat islam akhir zaman-woha!
Al kisahnya, Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.
Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.
Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.
Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.
Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.
Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.
Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan,
Untuk pengetahuan pembaca, Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.
Maka tidak pelik, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis. Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya”
“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”
Penderitaan ini bukan sahaja di alami oleh Nabi, malahan turut di alami oleh anak kesayangan Nabi Muhammad SAW yang mana pernah sewaktu Nabi ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan, dan Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, Nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa datuk mereka, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong.
Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut.
Seorang cium di leher.
Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun.
Nota kepada Mualaf: kasyaf adalah dapat melihat ramalan peristiwa hadapan dengan izin Allah.
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya.
Nota kepada Mualaf: Setiap Nabi dan Ambia a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya setelah beratus tahun berdakwah tapi tiada yang ikut malahan menyakitkan jasad dan perasaan Nabi –Rujuk cerita para Nabi.
Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!
Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama.
Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan walaupun di Madinah? sebab boikot hanya berlaku di Mekah ketika ummat islam dipulau ke lembah Abu Mutalib?
Kenapa Nabi tiada wang untuk membeli makanan?,
Adakah Nabi tak pandai berniaga?
Hello!
Korang semua yang aku muliakan.
Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu, sebelum baginda jadi Nabi SAW.
Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.
Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya mati sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, sanggup di korbankan.
Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?
Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.
Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."
Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.
Belum cerita kisah Abu Zar, yang mati bersendirian (rujuk artikel sebelum ini)
Korang semua yang aku muliakan, Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa fatal Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.
Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.
Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.
Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.
Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya.
Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,
"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”
Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"
Dengan selamba serigala menjawab: “ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”
Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Aku bagi cerita lain yang lebih gempak.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:
“Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”
Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..
Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Ingat kisah Syaitan mengajar Abu Hurairah rahsia ayat Kursi?
Kata Syaitan: "Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.”
Ok, berhala dah, Syaitan dah, sekarang Aku bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!
Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.
Lalu Dajjal bertanya:
“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?
Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Korang semua yang aku muliakan sekalian.
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz sebab kisah ni panjang)
Syaitan pun ‘berdakwah’? wow!
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap agama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana agama, dan menitiskan darah serta air mata kerana agama!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas agama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan DAJJAL pun ‘berdakwah’ kepada islam.
Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!
Ada ustaz dan AJK Susrau yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..
Dalam masjid hari ini, ada orang islam yang bergaduh, beza bab akidah atau mazhab, terus caci mencaci, malahan dalam parti islam, ada pecat memecat, dalam majlis ilmu juga ada caci mencaci, menkafirkan orang, menghina ulama terdahulu dan ada tahap mendoakan bala sesama islam, yang mana dalam bergamapun ada banyak unsur maksiat, bidaah sana bidaah sini, semua sesat saya sahaja yang betul, maka menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah, malahan ada yang lari dari pangkuan Allah(murtad).
Maka aku berpesan kepada diri sendiri dan juga para pembaca, jadikanlah diri kita sebagai asbab hidayat, bukan sebagai penghalang hidayat.
Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.
Tapi apa itu pengorbanan?
Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.
Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun malam solat tahajjud misalnya
Contoh lain, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.
Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!
Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.
Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?
Sebagai contoh: aku belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib solat jemaah awal waktu tempat azan di azankan, juga aku sepatutnya banykakkan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!
Hampeh kepada diri sendiri!
Aku juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib Khatam Al-quran setiap tahun dengan tahu semua makna, tapi aku biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? atau baca teori kospirasi?
Adohai..
Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku sepatutnya berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!
Aku juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana aku wajib ajak kawna kawan buakn islam masuk islam dan ajak orang islam amal agama tapi aku masih bersenang lenang dalam hangatnya pelukkan isteri di kedinginan malam. isk isk..
Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
Pesanan ini di tujukan khas kepada diri sendiri.
Akhir kata: Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat, maka kenapa kita dalam hidup beragama Islam boleh bergaduh sesama kita?
Renung-runungkan, dan selamat muhasabah diri!
Woha!
doa selamat arab 在 Doa Selamat Dunia Akhirat Lengkap Arab, Latin dan Artinya 的推薦與評價
Arifah Diah Hidayanti - Doa Selamat Dunia Akhirat.Allaahumma innaa nas-aluka salaamatanfiddiin wa 'aafiyatanfil-jasad waziyaadatanfil-'ilm ... ... <看更多>
doa selamat arab 在 Doa Selamat Lengkap tulisan Arab, rumi dan Artinya. Doa ... 的推薦與評價
Doa Selamat Lengkap tulisan Arab, rumi dan Artinya. Doa mohon keselamatan yang akan kami share dibawahvini merupakan *kumpulan doa-doa selamat* yang... ... <看更多>