Pertemuan kedua pada hari ini adalah bersama YB Datuk Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Saya bersama YB Mas Ermieyati Samsudin dan Cik Izwa Zurish berbincang berkenaan pemerkasaan wanita dan The Council of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) dengan YB Timbalan Menteri.
COMWEL ditubuhkan bagi menghimpunkan kepimpinan wanita Malaysia dalam memperjuangkan agenda pemberdayaan wanita dan pengarusperdanaan gender secara sistematik dan holistik.
Semoga usaha untuk memperkasakan wanita menjadi realiti.
#AinieKerja
#WanitaMudaKerja
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過16萬的網紅THE TYA'S FAMILY,也在其Youtube影片中提到,Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl. Yang Tya harapkan adalah semog...
gender adalah 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
Sewaktu Perasmian Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) pada 8 Mac lepas, Pengasas COMWEL, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata untuk Malaysia menuju ke arah negara yang lebih maju, lebih ramai wanita harus diletakkan di dalam Parlimen dan kabinet.
Merujuk laporan Global Gender Gap Report, 2020 (GGGP 2020) dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia berada pada kedudukan ke-97 (64 peratus) dari segi penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, diikuti pencapaian pendidikan pada kedudukan ke-86 (99 peratus), kesihatan dan kelangsungan hidup pada kedudukan ke-84 (97 peratus) dan penyertaan dalam politik pada kedudukan ke-117 (11 peratus).
Jika dilihat, pencapaian Malaysia dalam kesaksamaan berpolitik terlalu rendah dan ketinggalan jika dibandingkan negara kurang membangun lain. Kurangnya pembabitan wanita dalam pembuat keputusan adalah sesuatu keadaan yang tidak sihat dan akan menimbulkan masalah sosiobudaya untuk jangka masa panjang.
Semua pihak seperti kerajaan, badan bukan kerjaan malah parti politik perlu memainkan peranan dalam hal ini. Pihak berwajib perlu memperkenalkan satu dasar jelas serta pelan tindakan komprehensif, berimpak tinggi dan berkesan jika ingin memastikan kesaksamaan gender menjadi keutamaan negara.
Penyertaan wanita dalam politik bukan hanya untuk memberi peluang semata-mata, malah untuk menggunakan potensi, kemahiran, kepimpinan dan kemampuan yang mereka ada untuk menyumbang kepada pembangunan negara yang membawa perubahan yang lebih besar. Justeru, lebih ramai wanita perlu diberi peluang agar sudut pandangan wanita diambil kira serta dapat dimanfaatkan dalam penggubalan dasar kerajaan untuk kepentingan masyarakat.
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
gender adalah 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac sebagai tanda memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kaum wanita dan peranannya dalam masyarakat dan negara.
Namun sehingga kini, masih banyak isu berkait rapat dengan kesetaraan jantina yang masih menjadi dilemma. Salah satu yang isu yang hris dipandang berat adalah peranan wanita dalam bidang kepimpinan.
Hak-hak wanita telah diperjuangkan dalam pelbagai isu termasuklah hak wanita untuk mendapatkan gaji sama rata, hak keselamatan di tempat kerja daripada gangguan seksual, hak mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga, penganiayaan seksual dan lain-lain isu berkaitan diskriminasi berdasarkan jantina.
Hak yang menjadi isu sejak akhir-akhir ini adalah tentang peranan wanita dalam bidang kepimpinan terutamanya dalam pembangunan negara. Negara serantau telah mengiktiraf wanita menerajui kepimpinan negara seperti Indonesia dan Thailand.
Kini wanita telah memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang. Wanita bukan sahaja tulang belakang kepada keluarga, tetapi tulang belakang organisasi, persatuan, tempat kerja dan negara. Wanita sebenarnya sudah memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan bangsa dan negara baik dalam aspek ekonomi, kesihatan, sosial mahupun politik.
Wanita seharusnya diberi peluang dan ruang untuk memperkasakan peranan mereka. Lebih ramai pemimpin wanita dalam barisan pembuat keputusan diperlukan di negara ini bagi mencapai kesaksamaan gender yang diperjuangkan saban tahun di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
gender adalah 在 THE TYA'S FAMILY Youtube 的精選貼文
Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl. Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang sebentar lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terimakasih semua ❤️

gender adalah 在 Gender adalah pembedaan peran, atribut, sifat ... - Facebook 的推薦與評價
Gender adalah pembedaan peran, atribut, sifat, sikap dan perilaku yang tumbuh dan berkembang dalam masyarakat. Dan peran gender terbagi menjadi peran... ... <看更多>